Sunday, December 4, 2011

KeNaLi TaNDa2 PeNyAkIt

TANDA-TANDA DAN PENYAKIT:
MATA — (Bertindak balas dengan keadaan hati)
MATA MENJADI MERAH
>> Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

MATA MENJADI KABUR
>> Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
KELUAR TAHI MATA
>>F ungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

KELUAR AIR MATA
>> Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

KETEGANGAN MATA DAN KELOPAK
>>Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG — (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)

SELSEMA:
>> Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
>> Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat)

HIDUNG SEBU:
>> Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
>> Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

BERSIN:
>> Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
>> Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

BATUK:
>> Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
>> Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
>> Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
KERONGKONG:

KERONGKONG KERING:
>> Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

SAKIT KERONGKONG:
>> Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
BIBIR PUCAT:
>> Sistem penghadaman yang lemah.
>>> Perut mengandungi angin.
>> Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu sebelum memakan zat besi.

BIBIR KERING DAN PECAH:
>> Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah)
LIDAH ATAU GUSI BENGKAK,SAKIT:
>> Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

LIDAH,TISU MULUT ATAU GUSI MENJDAI PECAH-PECAH (ULSER)
>> Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

MULUT BERBAU BUSUK:
>> Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)

TELINGA RASA TERSUMBAT:
>> Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

TELINGA BERDENGUNG:
>>S edang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT

PELUH MASIN:
>> Badan mengandungi lebihan asid urik.

PELUH BERBAU:
>> Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

RUAM DAN BISUL:
>> Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

KULIT GATAL DENGAN RUAM:
>> Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

KULIT PECAH DAN BERAIR:
>> Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR:
>> Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI ( Sakit sendi )
RASA PANAS:
>> Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit gout.

TIDAK RASA PANAS:
>> Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

SAKIT BAHAGIAN BAHU:
>> Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

KEBAS TANGAN:
>> Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN:
>> Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

KEBAS KAKI:
>> Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

SAKIT TAPAK KAKI:
>> Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

SAKIT TUMIT KAKI:
>> Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

RASA PANAS DI TAPAK KAKI:
>> Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

GATAL DI CELAH-CELAH KAKI:
>> Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk.

TANDA-TANDA DALAMAN:

KEPALA:
>> Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA:
>>Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA:
Bahagian atas :
>> Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Bahagian bawah (tengkuk) :
>> Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa spt Gas Keluar Dari Telinga :
>> Menandakan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing :
>> Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG:
LOYA ATAU MUNTAH:
>> Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

MUNTAH DARAH:

Darah merah :
>> Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
Darah hitam :
>> Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek :
>> Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat :
>> Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

KENCING:
Kencing Kerap :
>> Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur :
>> Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak :
>> Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat :
>> Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah :
>> Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
BUANG AIR BESAR:

Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar :
>> Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
Sembelit :
>> Membersihkan toksin dari usus kecil.
NAJIS BERDARAH:

Darah merah :
>> Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
Darah hitam :
>> Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam :
>> Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN:
Badan Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

1.Sakit menyucuk :
>>P roses menyeimbangkan urat saraf.
2.Sakit sengal :
>> Menandakan luka di dalam badan.
3.Sakit menyentap :
>> Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
4.Sakit menegang :
>> Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh:
>> Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas :
>> Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan:
>> Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut :
>>L emah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah :
>> Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut :
>> Sistem paru-paru yang lemah.

RASA BIMBANG TANPA SEBAB
>> Sistem jantung yang lemah.
>> Sistem saraf otak yang lemah.
>> Masalah pengaliran darah.
>> Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.


For more info, godek lah kat sini.
http://aabubiz.blogspot.com

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template