Sunday, November 3, 2013

Kerna Kamu Cuma Satu Untukku

... Pilu Hati Ibu ...
"Nisa, oh Nisa..." panggil ibu dari arah dapur.
"Mana pulak pergi budak ni..." omel ibu sendirian.
"Oh anakku Nisa yang comel, di manakah anakanda?" soal ibu lagi sambil tangannya pantas memasukkan satu per satu ramuan untuk Laksa Sarawak.
Masih tiada jawapan. Akhirnya hasrat ibu untuk meminta tolong daripada anak kesayangannya dilupakan sahaja.
Sementara di dalam bilik,
Nisa berpura-pura tidak mendengar ketika ibunya memanggil kerana sibuk melayari laman sosial.
Ping! Bunyi menandakan ada mesej baru masuk dalam ruangan chat.
Nisa tersenyum sendirian di dalam bilik. Mesej tersebut adalah daripada Irzan, buah hatinya.

Irzan: Salam, Nisa buat apa tu?
Nisa: Waalaikumsalam, online je ni. Nape?
Irzan: Saja tanya, tak boleh ke?
Nisa: Boleh je... jangan lebih-lebih sudah.
Irzan: Lebih-lebih yang macam mana?
Nisa: Macam-macam lah. Buat-buat tak tahu pulak.

Begitulah Nisa menghabiskan masa hujung minggu atau pun waktu cutinya sepanjang berada di rumah. Kalau tidak melayari laman sosial, dia akan keluar berjalan-jalan bersama rakan-rakannya. Dia tidak mempunyai keinginan untuk membantu ibunya untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti gadis-gadis lain yang seusia dengannya.
Sedang Nisa asyik melayari internet, pintu biliknya diketuk.
"Assalamualaikum, Nisa." kedengaran sayup suara ibunya.
"Hmm...mengganggu betul lah orang tua ni." rungut Nisa di dalam hati.
"Waalaikumsalam, bu. Ada apa?" tanya Nisa sejurus selepas pintu biliknya dibuka.
"Ibu nak ajak Nisa sarapan sekali. Ayah pun tengah tunggu Nisa nak makan sama-sama." panjang lebar ibu menjawab.
"Ala, Nisa tak lapar lagi lah bu. Ibu dan ayah makan lah dulu." jawab Nisa acuh tak acuh.
"Makanlah sekarang, nak. Nanti sejuk laksa tu tak sedap pulak. Jomlah sayang." ibu masih mahu memujuk.
"Bukannya tak dapat dipanaskan pun nanti. Ibu ni ada-ada je lah." serentak itu pintu bilik ditutup kuat.
"Astarghfirullahalazim." perlahan sahaja suara ibu diperlakukan sedemikian oleh anaknya sendiri.
"Ya Allah, apakah salahku padanya? Apakah selama ini aku kurang memberi didikan padanya?"
Begitulah lumrah sikap seorang ibu, seringkali rasa kekurangan dari didikannya apabila si anak tidak membesar seperti yang dibentuk.

... Doa Ibu...
"Ibu, Nisa nak keluar kejap. Mungkin balik lewat sikit." Cepat-cepat sahaja Nisa memberitahu ibunya.
"Keluar dengan siapa, nak?" soal ibunya perlahan.
"Ibu ni sibuk je nak tahu Nisa keluar dengan sape. Orang la, takkan binatang." bentak Nisa kemudian terus keluar dari rumah apabila kelihatan sebuah kereta hitam tiba di perkarangan rumahnya.
Nisa keluar tanpa menyalam tangan ibunya dan berlalu pergi. Perangai Nisa semakin menjadi-jadi jika ayahnya tiada di rumah. Itulah peluang keemasan bagi Nisa untuk membuat perangai kerana sepanjang ketiadaan ayah, takkan ada sesiapa yang akan mampu melarang mahupun menegahnya untuk berbuat onar. Ibu pula sememangnya tidak mampu untuk bersuara kerana hatinya mudah tersentuh lalu menyalahkan dirinya sendiri.
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku Ya Allah kerana gagal mendidiknya dengan baik. Ya Allah, lindungilah dia dari sebarang kemudaratan. Sungguh, hambamu ini tidak mampu untuk melihat apa yang terlindung daripadanya, Engkau jua yang Maha Melihat." ibu Nisa tetap mendoakannya meskipun hatinya terguris dengan tingkah Nisa sebentar tadi.
Laju sahaja Nisa melangkah pergi meninggalkan ibunya dengan pakaian yang ketat tidak mengikut syariat.

"Hai sayang, nape lambat sangat? Lama I tunggu." Manja sahaja suara Nisa bertanya pada Irzan.
"I ada kerja sikit tadi sayang, maafkan I ye. I bukan sengaja pun nak lambat-lambat. Rindu sayang tau." Kata Irzan cuba memujuk Nisa yang mula menarik muka masam kerana menunggu Irzan sudah hampir sejam.

... Maafku Pinta ...
Malam itu, ibu menunggu Nisa untuk makan malam bersama. Malangnya, Nisa tidak kunjung tiba. Hati ibu digamit rasa bimbang, rasa gelisah mula bertandang. Ibu tidak mampu untuk menjamu seleranya pada malam itu. Nasi terbiar di atas meja terhidang bersama lauk kegemaran Nisa yang sudah sejuk. Penat menunggu, ibu pun tertidur di meja setelah menutup hidangan dengan tudung saji.

Tiba-tiba, ibu dikejutkan dengan bunyi dering telefon. Cepat-cepat ibu bangkit dari tidurnya untuk menjawab panggilan tersebut kerana itu mungkin panggilan dari anak kesayangannya, Nisa.

"Assalamualaikum," kedengaran suara garau ayah.
"Waalaikumsalam abang," jawab ibu perlahan.
"Ayang ke mana dari tadi abang telefon tak diangkat?" tanya ayah.
"Maaf abang, ayang tertidur tadi." jawab ibu yang baru menyedari bahawa dia telah tertidur selama dua jam memandangkan sudah pukul  12 tengah malam.
"Alhamdulillah, lega sikit hati abang. Kalau tidak, mahunya abang balik tinggalkan kerja semata-mata nak pastikan isteri abang dalam keadaan sejahtera."
"Abang tak payah risau, fokus pada kerja abang. Doa untuk ayang, insyaAllah segalanya terkawal," ibu cuba untuk meyakinkan ayah.
"Baguslah kalau macam tu, abang nak tidur dulu ni. InsyaAllah, lusa abang dah boleh balik lepas siapkan kerja di sini. Ayang jaga diri elok-elok. Solat jangan lupa. Ha, lagi satu. Perhatikan Nisa sementara tunggu abang balik ye. Terima kasih, sayang. Jangan lupa baca doa sebelum tidur ye, mimpi indah," pesan ayah panjang lebar.
"InsyaAllah abang, ayang ingat semua pesan abang. Abang pun sama ye. Jaga diri. Maafkan ayang jika ada salah silap tutur kata malam ni. Assalamualaikum abang."
"Ayang tak buat salah ape pun. Waalaikumsalam sayang."

Ibu benar-benar rasa bersalah kerana tidak memberitahu ayah perkara sebenar tentang apa yang telah terjadi. Ibu masih tertanya-tanya ke mana perginya Nisa yang masih belum pulang dari petang tadi. Jika perkara ini diketahui ayah, sudah pasti Nisa akan dimarahi oleh ayahnya.

...Cinta Manusia...
Nisa balik dengan esakan pada malam itu. Namun, tika ibu bertanya dia membiarkan sahaja ibunya berfikir sendirian. Dia terus masuk ke biliknya dan tidak menghiraukan ibunya yang telah lama menunggu.

to be continued...


Wednesday, June 12, 2013

Kenapa Aku Perlu Lalui Semua Ini?

Kenapa aku?
Kenapa mesti aku?
Kenapa perlu aku?

Mengapa aku perlu dengar semua itu?
Mengapa aku perlu tahu semuanya?
Mengapa aku perlu hadapi semua ini?

Hati, kenapa perlu jujur?
Hati, kenapa perlu akur?
Hati, kenapa dengan kau?

Minda, kenapa tak halang?
Minda, kenapa tak tegah?
Minda, kenapa biar aku menyerah?

Akal, ke mana perginya kau?
Akal, ke mana halanya kau?
Akal, ke mana ingin kau bawa aku?

Hati, Minda, Akal, aku berserah pada ketentuanNya semula.
Akanku melangkah bagai tiada apa-apa, redha menjalaninya.

Wednesday, March 6, 2013

Hantaran Dari Jauh


Salam semuanya. 

Hari ini Anis rasa teruja sebab dapat hadiah yang ditunggu sejak minggu lalu.

Finally, tengahari tadi dapat mesej dari makcik,
"Barang pos awak dah sampai."
*kitorang memang mesej lagu tu...sesaje...walaupun sarawakian...hee kita 1Malaysia ma. =)

All of sudden hati rasa girang. Pelik. Haha.
Excited nak tahu apa la agaknya kan hadiah orang jauh bagi. *ngade*

Waktu makcik balik tadi tengok bungkusan, buat tak tahu je dulu. Hehe.
*wat busy sidai baju bagai... dah rileks baru bukak... men skodeng je dulu..lucu.
Pastu tengok ada kotak kecik. Dupdapdupdap... 
*saje bagi efek...haha..rantai la kat dalam...bukan cincin...

Masa untuk jamu mata anda.
Tengok je la gambar.


Terima kasih PosLaju Malaysia. Hehe.

catatan:
Terharu bila baca surat tu.
Better late than never.
&
Sesuatu yang diberi dengan keikhlasan pasti akan diterima dengan keikhlasan.


Sunday, February 24, 2013

Ubah Fengshui?

Salam sokmo!
Anis here. *bajet macam orang tunggula dye nye update kan kan kan...

Lama dah rasanya tak update blog. *lame ke?entahla...bukak sem baru dengan amanah baru ni agak menyukarkan Anis untuk update blog sekarang ni. Yelah tu...main game yang lebih sebenarnya.
Ok back to the topic.

Semalam Anis datang kerajinan dan kebosanan dalam masa yang sama melihatkan bilik yang sudah mula menyakitkan pancainderaku. *chewah...ayat macam bombastik.

Silalah tengok gambar sebelum dan selepas. (^_^)v
Bukan nak menunjuk. Hehe.
Nak cerita la... jika rasa dah bosan ngan susunan bilik, ubahlah! Takyah tunggu lama.
Bila suka bilik, semangat la nak buat kerja.

seleraknye bilik anak dara
ish3x...
tengok bilik camni
mata mana nak tahan
(__ __ !!)
see....
kan da comel!
haha...ngade tol kan.
ermmm yang fail tu masih jugak kat dalam tu.
*misi mencari almari fail masih K.I.V. sem depan la kot

Selesai perkongsian kemas bilik. Anis memang suka ubah2 susun atur bilik. Nak ubah fengshui la kononnya.
Sebenarnya untuk keselesaan diri sendiri dan bagi sedap mata sendiri tengok. 
Ada benda nak beli tapi memandangkan tak layak dapat BR1M terpaksa tahan dulu niat. Hehe. *ngade*
Target next sem: Meja study. *makin penuh bilik.hehe.*
Target yang dah dicapai: Tempat gantung tuala dan sejadah serta telekung. (RM35 sahaja) *tak tahu mahal ke tak. Hehe. Asalkan ada.

Alhamdulillah pada 15 Februari yang lalu, Anis dah jangkau usia 22 tahun. *what a big number.haha 
Jamulah gambar kat bawah ye.

dah tua pun dapat hadiah wo...hehe
tengah menunggu hadiah pos dari seseorang yang jauh
*kawan sahaja*
(^_^)v
apalah agaknya hadiahnye kan kan kan...

Kek tu piping sendiri. Hadiah untuk diri sendiri.
Elmo dari seorang sahabat sekelas.
Thanks Nur Afiqah Fatin bt Saipullah.
Moga Allah berkati dan rahmati dirimu.
I Love You.
Sekian...hehe.

plus: Beli hadiah birthday untuk diri sendiri... New baby. *Acer Aspire|V5 Touch. Lovin' it.

















Saturday, February 2, 2013

Should I say...

Dear you, PLEASE STAY.
Dear you, PLEASE GO AWAY.

Dear you,
I keep thinking, am I really loves you all these while?
Or, I'm just keeping you so that I'm not alone?
Or, I'm just being sympathy?

Dear you,
I don't know what to say anymore. I'm really sorry if all these while I'm stressing you with my attitude towards you. I'm trying hard to make you believe that I really loves you. But, the harder I try, the harder you are trying to believe me. I know, I'm not the best as you wish even though you say so.

Dear you,
Thank you for still believing me and be there for me. Even I've might have annoyed you with my bad attitude.
Thank you so much because still loving me. I can feel the love is still the same as the first time we know each other last year.

Dear you,
If Allah let us to be husband and wife, I will surely loves you and try not to make you hurt anymore.
I'm really sorry if lately I've neglected you. It is just because I am busy. I am so sorry and really sorry.
Take care always and never forget to be a good Muslim. Hope you'll lead me to Jannah. Amin.

Sincerely,
MeTheOneYouLove.

To,
YouTheOneILove

Friday, January 11, 2013

Dalam Kita Tetap Ada DIA

Saya SAYANG Awak
Awak SAYANG Saya

Saya CINTA Awak
Awak CINTA Saya

Saya RINDU Awak

Awak RINDU Saya

Walau kita saling sayang, cinta dan rindu 
ALLAH tetap PENENTU

Awak,
Andai ini takdir kita, saya harap awak mampu jalaninya.

Awak,
Andai ini jalan kita, saya harap awak mampu tempuhinya.

Awak,
Andai ini dugaan kita, saya harap awak mampu hadapinya.

Sebab,
Kalau awak lemah, siapa yang akan bimbing saya nanti?
Kalau awak longlai, siapa yang akan sambut saya nanti?
Kalau awak layu, siapa yang akan papah saya nanti?

Awak,
Maafkan saya, sebab sayalah awak sering diganggu.
Maafkan saya, sebab sayalah awak sering dilanda kekusutan.
Maafkan saya, sebab sayalah awak sering dilanda resah dan gelisah.
Maafkan saya.

Awak,
Saya harap awak kuat.
Saya harap awak tabah.
Saya harap awak yakin.

Kuatlah di kala dia cuba untuk menggoyahkan rasa.
Tabahlah di kala dia cuba untuk memisahkan kita.
Yakinlah di kala dia cuba untuk meracuni minda.

Ini kerana,
DIA ada bersama kita selagi mana kita mengingatiNya.
DIA ada bersama kita selagi mana kita tidak melupakanNya.

Awak,
Percayalah, hari itu pasti akan tiba.
Percayalah, kata itu akan dilafazkan.
Percayalah, ia pasti akan tiba.

Lambat atau cepat, DIA penentu.
Akan tetapi semuanya atas usaha KITA.
Tak perlu gopoh tak perlu berlumba-lumba.
Persiapkan diri kita untuk hari itu nanti.

Hati kita akan selalu terikat, andai ikatan itu disertai DIA.
Hati kita akan selalu setia, andai kesetiaan itu disertai REDHA.
Hati kita akan selalu bersama, andai kebersamaan itu disertai BERKAH.

Awak,
Dalam kita berharap akan bahagia, saya harap kita tidak terlalu leka.
Saya bukan hendak mendoa, jauh sekali ingin meminta perpisahan.
Andai ditakdirkan tiada jodoh kita, saya harap awak takkan bermuram durja.
Jalanilah hidup seperti sediakalanya kerana saya bukan DIA yang tanpanya saya awak masih hambaNya.
Namun, tanpa ada DIA tiada maknanya penyatuan kita.

DIA cipta kita, bukan kita mencipta.
DIA temukan kita, bukan kita mempertemukan.

DIA berkuasa atas awak.
DIA berkuasa atas saya.
DIA miliki awak.
DIA miliki saya.

Saya bukan milik awak dan jauh sekali awak milik saya. Segalanya pinjaman dunia dari DIA.

Awak,
bersama atau tidak kita nanti, saya nak awak tahu yang rasa ini tak pernah saya rasai sebelum ini.
Awak,
memiliki atau tidak kita nanti, saya nak awak tahu yang rasa ini tak pernah menipu.
Awak,
saya nak kita bersedia dengan apa jua kemungkinan kerana bukan pada kita letaknya kekuasaan.

Awak, saya pergi dulu.
Awak tahu siapa awak.
Awak juga tahu siapa saya.
Awak tahu siapa DIA.
Yang akhir itu buat saya cinta.

Teruskanlah memberi peringatan kepada saya kerana itu yang saya butu.
Semoga dipertemukan jua nanti. Amin.
Jaga diri, jaga iman, jaga segalanya.

With love, Anis.
Dikala sukar melelapkan mata.


Tuesday, January 8, 2013

Senyum Penawar Duka


Betul kata peribahasa, suka membawa duka.
Tiba" hati rasa sayu.

All of sudden,
abang jadi caring, mak pulak semacam ada sixth sense lately.

Oh Allah, help me.
Bukan niat untuk mengadu di blog usang ini. Namun, sekadar ingin berkongsi supaya yang lainnya akan lebih berhati-hati.

Anis percaya Allah takkan bebankan apa yang Anis tak mampu tanggung. Bukan Anis kata, AlQuran dah lama bagitau.

"Masa lalu ni, makin kita lari makin dia hampiri."
Tak kiralah masa lalu tu kelam, suram, indah, damai, ceria, gembira, duka, dan sebagainya.
Apa yang membuatkan masa lalu ini semakin menghampiri?
Bila kita nak berubah jadi yang lebih baik dan ingin mendapat yang lebih baik dari apa yang pernah kita ada.

Maaf, niat untuk meluah terhalang.
Biarku pendam sebuah duka.

(^_^)

Moga Allah permudahkan segalanya untukku dan juga buat kamu.
Amin.
 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template