Thursday, December 15, 2011

Aku Stalker Part 13


“Salam Lina, kau apa khabar kat sana?”

“Wslm Intan. Aku sihat, alhamdulillah. Sekarang aku dah mula cuti. Kau pulak?”

“Next week aku sit exam, Lina. Aku tak bolehla nak study. Bila study dia ja yang aku ingat. Macam mana ni Lina... aku buntu.”

“Intan, kau kena fikir masa depan kau. Kalau kau tak boleh score exam, sapa jugak yang susah? Kau sendiri jugak. Kau kena ingat, kau sedih-sedih ingat dia kau fikir dia tengah ingat kat kau ke sekarang ni? Lelaki macam tu buat apa kau kenang-kenang lagi. Biarlah dia.”

“Aku tahu, Lina. Aku tahu. Masalahnya bukak buku pun aku takda mood sekarang ni.”

“Parah kau ni Intan. Ingat mak kau, adik-adik engkau. Pesanan arwah ayah kau. Takkan kau dah lupa semua tu?”

“Aku sedih sangat bila terkenang kata-kata manis dia Intan. Tadi aku ter’stalk’ blog dia. Bukan main happy lagi dengan kekasih dia, his wife. Hancur lumat hati aku Lina.”

“Sabar Intan, sabar. Allah takkan uji hambaNya melebihi apa yang termampu. Percayalah. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Kau kan pernah bagitau, dia pernah kata selagi dia tak kahwin selagi itu kau berpeluang. Usahalah.”

“Aku tak nak lah hancurkan kebahagiaan orang. Untuk apa bahagia atas derita insan lain? Biarlah aku beralah. Dia bukan hadiah untuk direbut. Biarlah rasa cinta ini terkubur tiada bernisan.”

“Sejak bila pulak ada peribahasa terkubur tiada bernisan? Baru dengar ni.”

“Itulah kau tak tahu, kamus aku. Hehe. Ayat menghibur hati lah katakan.”

“Aku tahu kau tabahlah kawan. Tak payahlah fikir pasal dia lagi k. Ayat kau tadi pun dah ada keputusan di dalamnya. Percayalah pada ketentuanNya. Sekarang, aku nak kau belajar untuk exam next week. Nanti menyesal tak sudah dibuatnya.”

“Okeylah, Lina. Kita mesej lain kali ya. Thanks sebab sudi dengar luahan hati aku ni. Maaf sangat-sangat menggganggu masa cuti kau.”

“Takda mengganggunya pun. Dulu aku pernah jugak ada masalah, kau pun dengar masalah aku. Kita kan kawan. Tak payahla berkira sangat k. Tak payah fikir sangat masalah tu. Belajar dan buat yang terbaik untuk exam kau.”

“Salam kerinduan dari jauh, Lina.”

“Salam kerinduan juga Intan.”

Intan rasa sedikit lega setelah berbalas mesej dengan Lina. Dia sudah tidak tahu kepada siapa untuk diluahkan rasa hati. Intan lebih selesa meluahkan rasa melalui mesej sebab itulah  dia tidak menyatakan sendiri kepada Alieya permasalahan yang dihadapinya sekarang.

“Sampai bila harus nama engkau yang selalu ada di dalam fikiran dan hati aku ini? Aku tak punya jawapan untuk itu namun aku pasti yang aku tak mengharap engkau kembali untuk menabur janji melukai hati ini untuk sekali lagi. Takkan lagi. Maafkan aku terpaksa melupakan dirimu yang suatu masa dahulu pernah menjadi kebanggaanku.” Bisik Intan di dalam hatinya sebelu menyambung mengulangkaji pelajarannya.

Baru sahaja beberapa helai muka surat buku dibacanya, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk.

“Salam, maaf menggangu. Harap awak sihat selalu. Saya yakin dan pasti awak sudah pun tahu identiti sebenar saya. Saya hanya nak ucapkan selamat maju jaya untuk peperiksaan minggu hadapan. Andai rasa lelah dan payah nak mulakan langkah, mulakanlah dengan mengingati Allah hanya dengan mengucapkan basmalah. Allah akan bantu hambaNya yang sentiasa ingat padaNya. Rabbi yassir wa la tuassir. Mohon pada Allah dipermudahkan bukan disusahkan. InsyaAllah segalanya akan menjadi mudah. Semoga berjaya. Yang ikhlas, Fazril.”

“Mesej macam tulis surat. Panjang.” Jahatnya mulut kau ni Intan. Jauh di sudut hatinya, Intan rasa terharu membaca mesej yang dihantar oleh Fazril namun dia hanya membiarkan sahaja mesej itu tanpa balasan. Intan meneruskan pembacaannya yang terhenti sebentar tadi.

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template