“Uit2...” simple sahaja mesej dari Izzaq.
“Yup2...” balas Intan simple juga.
Begitulah rutin harian Intan. Dia lebih senang menghabiskan masa terluangnya bersama adik-adik di rumah sambil berbalas mesej dengan Izzaq. Dia rasa selesa setiap kali berbalas mesej dengan kawannya itu daripada melayan mesej insan yang tidak dikenali.
Kadang-kadang bila tiada satu pun mesej dari Izzaq dalam sehari, semacam kurang tapi bukanlah satu keperluan sekadar rasa lain sedikit sahaja tidak banyak. Lagipun, sejak diri kembali single tak ada apa yang perlu membuatkan dia sentiasa bersama telefon bimbitnya ke mana sahaja dia pergi.
Namun, Intan tak pernah berenggang dengan handphone SE nya kerana takut kalau-kalau Izzaq tertunggu-tunggu balasan daripadanya. Hubungan mereka sekadar kawan. Tidak lebih dari itu.
“Ehem, busy nampak. Mesej sape tu, kawan?” soal Alieya pada Intan yang kelihatan sibuk bermesej.
“Busy? Mana ada busy nya mesej kawanla, kawan.” Jawab Intan bersahaja.
“Yeke kawan ni, kawan?” seloroh Alieya lagi.
“Kau ni kan, pernah tak aku tipu kau kawan? Aku merajuk kang nanti kau jugak yang susah nak pujuk aku.”
“Tak pernah la kawan. Aku main-main aje la. Apa susah nak pujuk kau, ‘kawan’ kau tu kan ada. Hihi. Jangan marah na. Aku gurau je.”
“Ewah ewah...banyak cantek. Kawan aje lah.” Serentak itu bantal kecil dibaling ke arah Alieya.
“Main baling-baling nampak. Wei, apasal kau tak naikkan pangkat ‘kawan’ kau tu jadi ‘kawan spesial’? One way to move one is to be with someone new.” Seloroh Alieya lagi.
“Takde masanya aku nak fikir pasal tu dulu. Cukuplah luka lalu Lieya. Aku tak nak bercinta dengan orang baru kalau hati masih ada cinta lama. Bukankah itu menambah lagi kelukaan dan mencipta luka di hati dia?”
“Ye tak ye jugak. Apa-apa pun aku selalu doakan kau la kawan.” Kata Alieya lagi.
“Terima kasih la kawan. Kau pulak apa cerita dengan ‘buah hati’ kau tu?”
“Eh, bila masa pulak aku ada buah hati ni? Kau ni mesti stalk facebook aku kan?”
“Tau-tau je kau kan. Hehe. Gelabah la tu. Sampaikan salam aku kat mamat tu kawan.”
“Pandai lah kau balas balik. Sekejap ja kau balas ye.” Alieya pula yang tersipu-sipu malu.
“Tu lah lain kali jangan nak mengada-ngada dengan aku. Kan dah kena balik. Hehe.”
“Okey. Okey. Aku angkat bendera putih.” Alieya mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah kalah. Akhirnya bilik mereka dipenuhi ketawa riang.
“Lieya, nak tak kalau esok kita pergi jalan-jalan cari makan?”
“Boleh jugak. Esok kan Ahad. Bosan jugak dah aku terperap di asrama ni. Lagipun stok makanan aku pun dah nak habis. Hehe.”
“Esok pergi jalan kaki pergi ke kedai dekat-dekat atau nak naik van pergi ke pusat bandar?”
“Hmm... kalau naik van payah pulak nanti nak ajak orang lain. Kita pergi berdua je kan. Jalan kaki je lah. Nanti kalau ke pusat bandar banyak pulak aku nak beli.”
“Betul jugak tu. Okey, esok pagi kita jalan-jalan cari makan k. Hehe.”
“Orait kawan. Kau buat apa lagi tu? Stalking lagi ke? Haha.”
“Pandai la kawan aku ni. Mana ada. Aku dah kurang sikit stalking sekarang ni. Nak simpan kerajinan untuk masa depan. ” Seloroh Intan pulak.
“Lain benar bunyinya. Ce citer. Ce citer.”
“Rahsia. Hehe.”
“Rahsia pulak. Bagitau lah kawan. Hehe.’’
“Aku main-main ja. Masa depan nanti aku nak stalk facebook suami aku pulak lah. Hehe. Tu pun kalau dia ada facebook la kawan. Haha.”
“Aku ingatkan apa la tadi. Kau ni memang suka bergurau la kawan. Jom lah tidur lagi. Esok nak jalan-jalan kan.”
“Excited pulak budak ni. Hehe. Okey la kawan. Selamat malam. Mimpi manis sweetheart. Hehe.”
“Tengok tu. Sempat lagi dia bergurau sebelum tidur. Jangan lupa baca doa ya kawan. Mimpi manis jugak. Maafkan segala kesalahan aku k.”
“Okay. Aku jugak.”
“Andai tiada esok untukku, matikanlah hambaMu ini dalam keadaan yang baik-baik.” Doa Intan di dalam hati sebelum menutup matanya.
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment