“Hmm... dalam novel ja wujud hero macam ni. Realiti? Satu dalam seribu. Itu pun peratusnya boleh dikatakan 0.001%” omel Intan sendirian tanpa menyedari kehadiran Alieya yang sedari tadi memerhatikannya sedang leka membaca novel Cinta Kau dan Aku.
“Ehem... apa yang kau omelkan tu kawan?” soal Alieya sekaligus membuatkan Intan yang sedang leka dengan khayalannya, terkejut.
“Laa... aku ingatkan sape lah tadi. Kau ni Lieya, buat terkejut aku je.”
“Khusyu’ je dari jam 6 petang tadi kau belek novel tu sampai sekarang tak tidur-tidur lagi. Makan pun tidak. Apa yang syok sangat novel tu?”
“Ni ha, aku dok fikirkan wujud ke lelaki macam dalam novel ni dalam dunia realiti. Setahu aku lah, lelaki pandai bermanis mulut sahaja. Sepanjang hidup aku 20 tahun ni belum pernah lagi jumpa lelaki macam Farish Hakimi macam dalam novel tulisan Siti Rosmizah ni.”
“Nama pun novel sayang oi. Orang reka, kalau betul pun kita tak pernah tahu. Lagipun, kadang-kadang novel ni diambil dari kisah penulis sendiri lepas tu mungkin ada ubah suai la. Macam kita karang cerita jugak la.” Alieya pulak yang panjang hujahnya.
“Hmm...bahlul bin bodoh betullah Farish ni. Cakap isteri pun tak percaya. Kau jugak yang menyesal nanti.” Tiba-tiba Intan mengomel lagi.
“Ni mesti tak dengar punya aku cakap apa tadi. Apasal kau bengang pulak dengan Farish? Apa dia dah buat kat kau?”
“Kau ni pun satu. Farish dalam novel lah. Bila masa pulak Farish kawan kita tu dah kahwin? Farish novel ni ha, masa nak dapatkan si Farisya bukan main lagi usahanya. Dah dapat baru diuji dah melatah. Cakap isteri pun dia tak nak dengar dah. Tapi aku dah boleh agak la ending cerita ni.”
“Habis tu yang kau baca jugak, kenapa?”
“Nak dapatkan kepastian lah sama ada hero dan heroin bersatu kembali atau tak. Contoh kalau kau dah tahu keputusan peperiksaan kau dari melalui panggilan telefon buat apa nak tunggu slip keluar? Aku bukan apa, jalan cerita ni macam lebih kurang sama ja dengan jalan cerita dalam novel Andai Itu Takdirnya, novel sulung penulis ni. Cuma kali ni tebal sikit.”
“Baru aku tahu kau ni kaki novel jugak.”
“Tengok orang la.”
“Aku dah ngantuk dah ni, aku tidur dulu.”
“Ok.”
Akhirnya Intan berjaya menghabiskan bacaannya. Bukan mengulangkaji tetapi membaca novel yang baru dibelinya semalam. Tepat jam 4.22 pagi tadi, dia berjaya menghabiskan bacaan novel setebal 600 muka surat itu bermula kira-kira jam 6 petang semalam.
Inilah yang terjadi apabila Intan diberikan novel dan mempunyai masa yang terluang. Satu novel boleh habis dibaca dalam beberapa jam sahaja. Novel Cinta Kau dan Aku itu benar-benar buat Intan leka. Kisah percintaan antara Farish dan Farisya.
“Kisah dalam novel lagi kan ada cubaan, inikan pula kehidupan sebenar. Kau baru diuji sedikit dah melatah, Intan. Bercinta pada yang sudi, berkasih pada yang sayang. Intan teringat akan kata-kata itu yang tersurat di dalam novel. Ada benarnya. Nak dipendekkan cerita mulai hari ini, Eizrul akan ku biar pergi dan tak mengharap dia kembali untuk menabur semula janji kemudian menghilangkan diri membuat gundah di hati. Tidak akan ku biar terjadi lagi.” Kata Intan di dalam hati sebelum melelapkan matanya yang sudah terasa kantuknya selepas menunaikan solat Subuh.
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment