Sunday, December 11, 2011

Aku Stalker Part 8


“Oi Intan! Tak sedar diri lah kau ni. Kau tahu tak Fazril tu kekasih aku? Kenapa kau layan jugak mesej dia ah? Desperate sangat dah ke?” maki Lydia sewaktu Intan melangkah kaki masuk ke dalam bilik kuliah pada pagi itu.

“Kau dengar tak apa aku cakap ni perempuan? Ke telinga kau dah pekak?” soal Lydia lalu ketawa bagai dirasuk.

Satu kelas kehairanan. Selama ini, Intan memang tak pernah bergaduh dengan sesiapa pun. Rekod dia bersih.

“Maaf Cik Lydia anak Tan Sri Ikmal, saya langsung tak tahu dan tak kenal siapa Fazril yang Cik Lydia maksudkan tadi. Setahu saya, saya tak pernah ada kenalan yang bernama Fazril.” Intan memberi penjelasan dengan sopan agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Takkanlah engkau nak mengaku depan khalayak ramai yang engkau dah rampas boyfriend aku. Cuba kau tengok telefon bimbit kau sekarang. Ada tak nombor 0123456789?” soal Lydia lagi.

Intan menyemak nombor tersebut. Ya! Memang nombor itu ada dalam telefon bimbitnya. Banyak sekali kerana nombor itu adalah nombor insan yang tidak dikenalinya.

“Tengok muka kau sahaja aku dah tahu kau perempuan jenis macam mana Intan. Pasti ada nombor itu dalam telefon bimbit kau kan?” bentak Lydia lagi.

Intan hanya terdiam kaku. Di sisinya seperti biasa, Alieya seorang sahabat yang setia.

“Maaf, Cik. Saya tak rasa kawan saya ganggu kekasih awak. Mungkin kekasih awak yang berpaling arah untuk mengenali kawan saya, Intan setelah mengetahui siapa awak yang sebenarnya.” Tiba-tiba Alieya bersuara.

“Saya tahu Fazril memang kekasih awak Cik Lydia. Tapi, itu suatu masa dahulu. Dia bukan lagi kekasih awak sekarang kerana awak telah curang terhadap cintanya yang tulus. Pasti awak hairan kan bagaimana saya boleh tahu semua itu. Saya sepupu Fazril. Dan saya takkan biarkan sesiapa pun buruk-burukkan nama Fazril di hadapan saya.” jelas Alieya membela rakan dan sepupunya.

Suasana kelas yang tadinya haru biru kini menjadi sepi. Lydia yang tadinya begitu petah berbicara membuat pelbagai tuduhan kini terdiam seribu bahasa. Mukanya merah padam kerana malu bercampur geram apabila kisah cintanya yang lalu diperkatakan di khalayak ramai.

Masing-masing mengambil tempat duduk apabila pensyarah mula masuk ke dalam bilik kuliah.

“Terima kasih kawan.” ujar Intan pada Alieya.

“Tak payahla berterima kasih sangat. Kita kan kawan.” balas Alieya dengan senyuman.

“Nanti aku ada benda nak tanya kat kau. Bila ada masa free kita borak panjang. Sekarang, time for lecture.”

Okay. Anytime, my friend.

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template