Sejak seminggu yang lalu, Intan terus-terusan mendapat mesej dari insan yang tidak dikenalinya itu namun tidak dibalasnya satu pun.
Akan tetapi hatinya tertanya-tanya gerangan insan yang tidak dikenali itu. Sedikit demi sedikit timbul rasa ingin tahu tapi dibiarkan sahaja ianya berlalu. Suatu hari nanti andai Allah mengizinkan pertemuan mereka sudah pasti akan dipertemukan.
Bukan aku tak sudi bersama, cuma diri tak sanggup terluka.
Dulu terlalu percaya tak sangka aku mangsa, fobia cinta.
Telefon bimbit Intan menyanyi menandakan ada panggilan yang masuk namun Intan membiarkan sahaja ianya bernyanyi kerana panggilan tersebut dari insan yang tidak dikenali.
“Kenapa kau tak jawab panggilan tu Cik Intan Qalesya?” soal Alieya yang baru balik dari perpustakaan mengulangkaji pelajaran.
“Malaslah aku. Dari insan yang tidak dikenali.” Jawab Intan selamba.
“Tak kenal maka tak cinta.”
“Apa pulak yang kau merepek ni Lieya? Ada-ada je. Takde masanya nak jatuh cinta lagi. Sakit tau jatuh tu. Hehe.”
“Intan, aku tahu lah apa yang dah terjadi. Barang yang lepas jangan dikenang. Jangan kerana Eizrul kau label semua lelaki sama sahaja. Memang jatuh tu sakit tapi sanggup ke hidup keseorangan di dunia tika kau jatuh sakit?” soal Alieya pula.
“Pandai dah kawan aku sekarang ni bermadah. Hehe. Yelah, aku tahu hakikat jatuh sakit tatkala keseorangan. Allah kan ada.” jawab Intan selamba sambil tersenyum.
“Ikut suka kau lah Cik Intan. Aku cuma nak kawan aku ni senyum kembali. Sekarang ni memang tersenyum tapi bukan senyuman yang lahir dari hati.”
“Eh, sekarang ni bukan senyuman ke?”
“Senyuman sekarang senyuman untuk tutup luka di hati supaya orang tak tahu tapi aku tahu.”
“Err...” Intan terkelu terdiam seribu bahasa.
“Cinta memang adakalanya menyakitkan tapi janganlah terus berada dalam kesakitan sehingga engkau ketakutan untuk meneruskan kehidupan.” Alieya menambah lagi.
Intan merenung telefonnya, membaca semua mesej yang dihantar oleh insan yang tidak dikenali itu. Memang indah bait kata yang diungkapkan namun sejujur manakah kata-kata yang diungkapkan tak siapa yang tahu.
“Aku kawan kau Intan. Aku tak sanggup tengok kau terus-terusan begini. Nampak memang tenang diluar. Tapi, di dalam tersimpan seribu kedukaan.” kata Alieya lagi sebelum mencapai tualanya untuk mandi.
Intan terus membaca mesej tanpa menyedari Alieya sudah keluar dari bilik.
“Aku tahu Alieya kau kawan terbaik aku pernah ada. Terima kasih sebab prihatin. Selagi aku masih mampu tersenyum riang itu tandanya aku masih mampu bertahan. Janganlah kau risau sangat. Kalau aku menangis sekali pun benda dah jadi bukan dapat diulang kembali masa lalu.” Intan berkata-kata namun Alieya sudah tiada di bilik.
Di luar bilik, Alieya terdengar apa yang dikatakan oleh Intan.
“Kau memang seorang yang tabah, kawanku. Semoga engkau terus tabah menjalani kehidupan mendatang.”
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment