Sunday, December 30, 2012

Pernahkah Terfikir... (Part 1)

Pernahkah terfikir jika suatu hari nanti mata yang boleh melihat ini menjadi buta?

Cuba anda tutup mata anda seketika. Gelap bukan? Pasti ada yang mahu cepat-cepat buka mata kan. Rasa teraba-raba walau dipimpin oleh seseorang. Rasa kurang yakin untuk melangkah walau ada suara yang menunjuk arah. Hidup kita bertuah bila mampu melihat keindahan alam ciptaan Allah. Syukur, syukur dan syukurlah.

Ikuti kisah ini.
Pagi itu, dia bangun seperti biasanya. Menunaikan solat subuh, kemudian bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Sebelum melangkah keluar rumah, dia mencari sesuatu. Apabila yakin pintu dan tingkap sudah dikunci, dia pun mengorak langkah menuju ke tempat kerja yang tidak jauh dari rumah.
Suasana pagi itu, amat bising dengan bunyi kenderaan di sekeliling. Itu sudah menjadi perkara biasa baginya kerana menyedari bahawa terdapat beberapa buah sekolah yang berdekatan dengan rumahnya.
Di pertengahan jalan, dia disapa oleh seseorang.
“Hati-hati pak cik.” Suara itu menghilang.
Dia hanya mampu mengucapkan terima kasih di dalam hatinya. Terdetik di hatinya, suara itu kepunyaan siapa. Namun, sudah pasti soalan itu tidak terjawab. Dia meneruskan perjalanan berbantukan tongkat di tangan sambil mengira-ngira langkahnya dengan hati-hati.
Seperti kebiasaannya, dia akan singgah di kedai untuk minum pagi sebelum memulakan kerja sebagai tukang urut. Itulah pekerjaan yang mampu dilakukan untuk mencari sesuap nasi.
Pada sebelah petang, sekali lagi dia terpaksa menghadapi laluan yang sibuk dengan kenderaan. Petang ini amat berbeza. Dia tersalah kiraan sehingga menyebabkan dia mundar-mandir dalam kesesakan lalu lintas. Mujurlah, ada seseorang yang datang membantunya.
“Pak cik nak ke mana ni?”
Suara itu lagi. Siapakah dia?
“Pak cik nak balik ke rumah pak cik. Tapi disebabkan jalan raya terlalu sesak, pak cik tersalah kiraan.” Sebak menjelaskan.
“Biar saya tolong pak cik ye.”
“Terima kasih.”
Setelah beberapa kali menjawab pertanyaan budak perempuan itu, akhirnya dia selamat sampai ke lorong rumahnya.
“Terima kasih ye, anak.”
“Sama-sama pak cik. Perkara kecil je. Lain kali, hati-hati ye pak cik. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Terima kasih Ya Allah kerana hulurkan bantuanMu melalui insan sepertinya.

Bagaimana jika dia di dalam itu adalah kita? Dibantu, tapi tak pernah mampu melihat siapa orang yang membantu.
Yang BUTA tak semestinya TAK NAMPAK
Yang CELIK tak semestinya MELIHAT

Renung-renungkan.

Thursday, December 6, 2012

Tutorial Letak Lagu Kat Blog

Salam 1M... HeHeHe
Cam pelikkan Anis tetibe je wat tutorial.
Sesaje...tengah tolong orang...post la sekali kat sini.
Biar gambar berbicara.
Harap" masa upload tak berubah kedudukan.









Thursday, November 29, 2012

Doomsday Preppers?

Salam readers, hope that you (the one who read for sure) are having a GOOOOD TIME =)

Tajuk cam WEIRDO kan kan kan? * ke dah ada yang tahu?
First and for most, I bet yang selalu tengok channel NatGEO a.k.a NGEO bukan NGO tahu pasal ni.
Beberapa jam yang lalu Anis tengok. It sounds interesting.
*lil bit weird but something that can make me think about preparing myself too.

Ok, orang kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA kan?
Bukan orang je kata. Allah pun ada.

Dalam Surah al Hujrat ayat 13,

"Wahai manusia, sesungguhnya kami telah ciptakan kalian dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-puak agar kalian saling berkenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."
[nak tahu lebih lanjut, klik]

Berbalik pada kisah asal. Tajuk POST hari ini malam ini.
What exactly is Doomsday Preppers ni?
Pelik semacam jep bunyinyer...
Jap Anis try translate untuk  korang k. Hihi.
Jawapan GTrans ialah...
Guess what? kiamat preppers (makin pelik bunyinya a.k.a sound terrible)
Ok mode serious ON. (^_^)

Doomsday Preppers explores the lives of otherwise ordinary Americans who are preparing for the end of the world as we know it. read more

Saje nak bagi readers tekan" read more tu...

the more you READ, the more you GAIN.
*takde kena mengena dengan Ads ok. Anis punye blog takde Ads nie...
sesaje nak iSHAREiCARE plus, tak reti nak letak" Ads bagai yang menyemak. hehe

Actually, the show made me realised how much that I prepare for that day? END of THE WORLD.
Hari Kiamat. Terasa diri amat kerdil. Bukanlah nak kata Anis nak prepare macam diorang buat tu.
Lupe nak RATE entry kali ini. Ia lebih kepada Muslim Awareness. *betul ke istilah nie. Tak kisah la sape bace pun kan. This is because iLIKEiSHAREiCARE =)

Semua orang tahu hari itu pasti tiba. Namun, kita tidak tahu bilakah akan terjadi. I wish I could have their spirit on keeping useful stuffs of theirs but modifying it in keeping a well good deeds for that day which is going to be presented in front of Allah.
[erm,,,mesti korang annoyed kan Anis rojakkan mat saleh ngan muhammad soleh punya bahasa. I'm sorry]

Diorang punya preparation memang tip top.
Check list bagai... 
Alangkah bagusnya kalau Anis ada preaparation macam tu kan kan kan...

For example:
Solat hari ini full ke tak? ( Ya / Tak )

Hari ini ada marah? ( Ya / Tak )

Simple question like that. Sometimes we missed that simple basic things just because we are rushing for something bigger and complex. 

All of sudden, idea pun terhenti di sini tika adik Anis yang bongsu dan comel mengetuk pintu memanggil-manggil untuk mengambil selimut. Ok done.

Hope dapat manfaat. 
Syukran sebab sudi baca.
Sama" lah kita berfikir.

They are preparing on their own and family.
Are we Muslim prepared ourself?

ps: 
hari semakin dekat... persediaan belum dibuat... namun alhamdulillah kerana Allah telah bagi Anis lulus jpj test hari ini... =) kegembiraan yang Allah bagi untuk Anis hargai semasa hidup ini dengan menambahkan lagi ibadah kepadaNya. tak bermakna takda ganjaran tak nak buat k. USAHA perlu. Jumpa len masa untuk sambung cerita tentang JPJ TEST (^_^)

Monday, November 26, 2012

Muda, Sebaya, Tua

Salam readers. Terima kasih sudi bertandang.
Suddenly, rasa nak update blog memandangkan driving lesson on 3 pm.
mana nak mula nie...tajuk punyelah simple...yeke?pi bekpes dulu baru sambung tulis.saving.
 *semalam taip. sambung balik draft... starts at 22:10*

Okey. Tengok tajuk mungkin korang dah dapat agak kan...
Erm... Anis nak bicara tentang... JODOH.
Waduh..koq bisa? Hee...

Seorang insan pernah tanya Anis...lebih kurang plus minus macam ni la soalannya:
"Bagaimana kalau suatu hari nanti, awak ditakdirkan berkahwin di mana pasangan awak jauh lebih tua?"

Anis jawab,,,
"Saya tak kisah kalau itu dah jodoh saya. Saya terima dia jika dia boleh terima saya apa adanya."
*korang mesti akan kata ini jawapan cliche kan? tapi, do i care? hehe ;P kidding

To be honest la,
Anis tak fikir pun pasal umur dalam memilih pasangan.
Nak tahu kenapa?
Anis pernah berpasangan dengan pelbagai peringkat usia.
*ayat macam hebat sangat...ni zaman jahiliyyah Anis dulu k.

MUDA pernah tapi UNOFFICIAL... kata sayang tapi ada orang lain... ape de hal...
SEBAYA pernah tapi A WEEK... kata sayang but keep me as 2nd choice... bodoh la time tu...
TUA pernah tapi MALAS NAK INGAT... mostly kuat cemburu...

But, Anis takkan salahkan diorang la pasal kisah lalu nie.... HITAM KELAM SURAM... biar diPENDAM tapi JANGAN SIMPAN DENDAM.

Manusia memang akan buat silap, but please... jangan repeat kesilapan yang sama.
*just a friendly reminder for me and you (the one who read this)*

CINTA ni ajar Anis about LIFE, LOVE, LIES and etc. Banyaklah.
*panjang sangat dah nie terpesong. U-Turn jap...

After all I've been through... finally I decide to only loves someone that really loves me.
Susah nak pertahankan prinsip ni tau. Lepas semua yang berlaku, Anis ingat Anis takkan fall in love lagi.
But I jatuh lagi la. Kali ni lain, LDR. Long distance relationship. Alhamdulillah, with all upside down, akan jumpa dia for the first time this December. Some people find it funny, when they know that we get together from Kolony. 
* apa itu kolony? pi tanya Mr. Google k. Anis tak nak citer panjang.

Berbalik pada tajuk lah...
Anis tak kisah sangat" pasal siapa jodoh Anis.
Anis pentingkan ciri" dia yang utama iaitu HE KNOW HOW TO TREAT ME WELL.
Means, HIS CARE. But, all in all AGAMA itu perlu jugak. Maklumlah nak adjust bakal wife yang tak bape baik nie kena ada ILMU AGAMA yang MANTOP.

Anis pernah tengok kehidupan MARRIED couples with different age stages.
But, Anis takkan citer lebih" la life diorang. P&C lah katakan. =)
Jangan risau okey. Anis akan conclude kan everything at the end.

Pasangan Lebih MUDA

Wanita Lebih Muda dari Lelaki:
    
Ini perkara biasa lah kan. Masyarakat tak kisah pun pasal ni. Ni always happened la. Takde rare sangat.
E.g: My own brother. Now dah ada dua orang anak perempuan yang comel macam Mak ANJANG. hihi
*ANJANG: Anis anak kedua dari enam. At Sarawak usually panggil anjang.

Ni yang rare lah kot,
Lelaki Lebih Muda dari Wanita:
  
Bagi Anis tak pelik mana pun. Biasa sahaja. Because Anis dilahirkan oleh married couple kategori ini.
Alhamdulillah, Anis bahagia je jadi anak kepada Puan Ja'yah binti Jair dan Allahyarham Saad bin Abdullah @ Lim Than Tee. Sweet loving couple.

Pasangan yang SEBAYA

Ermm... siapa ek dalam family Anis, *thinking.hehe*
Kalau tak silap Anis lah kan, pak cik Anis. Both cikgu and cikgi. Cikgi di SMK, cikgu di SK.

Pasangan yang TUA a.k.a BERUSIA

Lebih kurang lah dengan yang kat atas" tadi, kategori yang pertama tu. Terbalikkan aje. =)
Nak contoh jugak ke?
   
Lelaki Lebih Tua dari Wanita,
    
Ini biasa. E.g: Sweet loving married couple yang terpilih ialah... parents kawan Anis yang ayah dye jauh
lebih berusia daripada mak nye. But still yet happily ever after. Ni lah cinta orang dulu". *oops! takleh
conclude dulu. Belum habis lagi.

Yang ni rare but tetap ada.
Wanita Lebih Tua dari Lelaki,
    
Tak perlu pening pale fikir lah kawan"... Saidatina Khadijah dan Nabi Muhammad S.A.W kan ada.
Baca lah sirah tentangnya, betapa baginda amat mencintai isterinya.

Konklusi dah ke?
Pelikkan Anis ni,,, tetibe je ade part konklusi. Mana perginya pengenalan?
Aaah... pedulilah. hehe. Anis memang macam nie. Ikut suke dye je nak taip.

Pasal pasangan dalam hidup ni kan, tak payahla risau. One fine day, you will find one. =)
*suke ayat one fine day tu sebab dulu baca novel, sweet giler malangnya tak ingat dah novel mana.hehe

Jadi diri sendiri, jangan ubah diri semata-mata nak puaskan hati orang yang kita cintai k.

Sabar penting, jangan cepat melatah. Anis pun cepat melatah jugak. But, alhamdulillah. Sabar tu ada walaupun terkadang memakan diri sendiri. Tak kisah sangat, the result is 4 flat. hehe. kidding.

Perlu ada kepercayaan. Itulah orang selalu katakan. =) I trust you, you trust me. Bawak berbincang bila ada yang tak puas hati k.

Umur bukan kritertia utama untuk capai kebahagiaan dalam sesuatu perkahwinan. Meskipun banyak drama yang kita lihat di sekeliling kita, tak semestinya kita akan end up like the drama k. Hidup kita, pilihan kita. Lepas usaha kita doa, kemudian tawakkal pada Allah. MUDAH bukan?

Last but not least,
Kita selalu fikir pasal siapa JODOH kita sama ada MUDA|SEBAYA|TUA
Apa kata kita fikir bila MATI kita. Adakah MUDA|SEBAYA|TUA

Renung-renungkan.
Ini semua hanyalah pendapat Anis tentang jodoh.
If nak tahu dengan mendalam, GRAB A BOOK and READ.
(^_^)v

ps:
Anis akan test jpj Khamis nanti. Mohon doakan ya. =) Terima kasih, syukran, xie xie.
Kemudian... we can think about our December.








Friday, November 23, 2012

Jika Ini CINTA...

Jika ini CINTA
Mengapa MANISNYA tak ku kecapi
Jika ini CINTA
Mengapa INDAHNYA tak ku capai
Jika ini CINTA
Mengapa MADUNYA tak ku rasa
Jika ini CINTA
Mengapa dibiar hati LUKA
Jika ini CINTA
Mengapa dibiar hati MERANA
Jika ini CINTA
Mengapa dibiar hati KECEWA
Jika ini CINTA
Kenapa sukar untuk KETAWA
Jika ini CINTA
Kenapa sukar untuk BAHAGIA
Jika ini CINTA
Kenapa sukar untuk CERIA

Mungkin,
Cinta sudah hilang SERINYA
Atau mungkin,
Cinta sudah hilang ARAHNYA
Juga mungkin,
Cinta sudah hilang KUASANYA

Hakikatnya,
Cinta itu tidak berpaksikan SYARI'AT
Kenyataannya,
Cinta itu bergelumang MAKSIAT
Realitinya,
Cinta itu lupa akan AKHIRAT

Ya Allah,
Usah biarkan cintaku mengundang MURKAMU
Ya Allah,
Usah biarkan cintaku mengundang AZABMU
Ya Allah,
Usah biarkan cintaku mengundang NERAKAMU

Tuesday, November 20, 2012

Said Bin Amir Al-Jumahi (Bahagian 2)


Jom sambung kisah Said Bin Amir Al-Jumahi.
Tidak lama kemudian, Umar mengunjungi Syam untuk melihat suasana di sana. Ketika tiba di Hims, banyak masalah yang terdengar dari penduduknya, baik para pekerja mahupun pemimpin, sebagaimana yang terjadi kepada penduduk Kufah.
Ketika Umar tiba di sana dan para penduduk menemuinya untuk mengucapkan salam, dia bertanya: “Bagaimana keadaan pemimpin kalian?”                                                                                                    
Maka mereka mengadukan perihal dirinya dan menyebutkan empat di antara perbuatannya yang sangat menakjubkan.
Umar berkata: “Aku mengumpulkan mereka semua dan berdoa agar aku tidak curiga kepadanya, padahal aku sangat percaya kepadanya.”
Tatkala semuanya telah berkumpul, Umar bertanya: “Apa yang kalian keluhkan terhadap pemimpin kalian?”
Para pendududuk pun menjawab: “Dia tidak pernah menemui kami kecuali telah siang hari.”
Umar bertanya kepada Said: “Apakah benar yang mereka katakan, ya Said?”
Dia terdiam sejenak, kemudian berkata: “Demi Allah, sebenarnya aku tak ingin mengatakannya. Tetapi kerana itu harus dikatakan, baiklah. Keluargaku tidak mempunyai seorang pembantu, sehingga setiap pagi aku mesti membuat adunan roti untuk mereka, menunggunya hingga masak dan membagikannya kepada mereka. Kemudian aku berwudhu’ dan baru aku keluar menemui masyarakat.”
Mereka berkata: “Dia tidak pernah mahu ditemui pada malam hari.”
Umar bertanya kepada Said: “Apakah benar bagai yang mereka katakan, ya Said?”
Said berkata: “Demi Allah, sebenarnya aku juga tidak ingin mengatakannya. Aku telah memberikan waktu tengah hariku untuk mereka dan waktu malam aku berikan untuk Allah.”
Umar bertanya lagi: “Apa lagi yang kalian tidak berpuas hati ke atasnya?”
Mereka berkata: “Setiap bulan, dia tidak menemui kami untuk satu hari.”
Umar berkata: “Apa lagi ini, ya Said?”
Said pun menjawab: “Aku tidak mempunyai pembantu, ya Amirul Mukminin. Dan aku tidak mempunyai sehelai kain pun kecuali yang aku pakai ini, sehingga aku mesti mencucinya setiap bulan dan menunggunya hingga kering untuk dipakai kembali. Dan setelah itu, aku keluar menemui mereka pada petang hari.”
Umar bertanya lagi: “Apa lagi yang kalian keluhkan atasnya?”
Mereka berkata: “Wajahnya selalu murung dan sedih, sehingga membuat orang-orang keluar dari majlisnya.”
Umar bertanya: “Apa yang terjadi pada dirimu, ya Said?”
Said berkata: “Dahulu, aku melihat kematian Khubaib bin Adi dan waktu itu aku masih musyrik. Dan aku melihat kaum Quraisy memotong-motong tubuhnya dan mereka berkata kepadanya; Relakah engkau jika Muhammad menggantikan tempatmu ini?” Khubaib menjawab; Demi Allah, aku tidak akan rela jika aku selamat untuk keluarga dan anak-anakku sedang Muhammad ditusuk duri. Demi Allah, aku selalu terbayang akan hari itu. Bagaimana aku tidak menolongnya. Aku sangat khuatir Allah tidak akan mengampuniku. Itulah yang sedang menimpaku sampai saat ini.”
Umar pun berkata: “Maha suci Allah yang tidak membuatku curiga kepadanya.”

ps: Kita selalu persoalkan sikap pemimpin kita. Apa kata kita ambil iktibar dari kisah ini dan aplikasikan dalam kehidupan kita sendiri. Bila terlalu sibuk jaga kain orang, kita takkan sedar kain kita sendiri yang terselak dan terkoyak. Selamat beramal.

Said Bin Amir Al-Jumahi (Bahagian 1)


Pada suatu hari, di awal pemerintahan Umar, Said menemuinya dan berkata: “Wahai Umar, aku berwasiat kepadamu agar taat kepada perintah Allah dalam urusan manusia dan janganlah engkau taat kepada manusia pada urusan Allah. Janganlah ucapanmu menyalahi perbuatanmu kerana ucapan yang terbaik adalah yang sesuai dengan perbuatan. Ya Umar, amanahlah terhadap setiap urusan orang yang Allah menjadikanmu sebagai wali (pemimpin) dari kaum muslimin. Cintailah mereka sebagaimana engkau mencintai dirimu sendiri dan keluargamu, dan bencilah sebagaimana engkau membenci untuk dirimu dan keluargamu. Bukakanlah setiap pintu kebaikan dan janganlah engkau hiraukan ejekan orang lain.”
Umar berkata: “Siapa yang sanggup melakukan semua itu, ya Said?”
Said menjawab: “Lelaki sepertimu akan sanggup melakukannya, yang Allah jadikan wali atas semua urusan umat Muhammad, yang tiada penghalang antaranya dengan Allah.”
Maka ketika itu, Umar menawarkannya untuk menjadi menterinya dengan berkata: “Ya Said, kami menjadikanmu pemimpin atas penduduk Hims.”
Said berkata: “Ya Umar, demi Allah, janganlah engkau ciptakan fitnah untukku.”
Lalu Umar jadi marah dan berkata: “Demi Allah, engkau letakkan urusan ini di bahuku sedangkan engkau membiarkanku sendirian memikulnya.”

“Demi Allah, tidaklah aku meninggalkanmu.”
Kemudian Umar melantik Said menjadi pemimpin di Hims dan berkata: “Apakah aku harus memberimu harta?”
Said menjawab: “Untuk apa semua itu, ya Amirul Mukminin? Sungguh hakku di Baitulmal lebih banyak daripada keperluanku.
Setelah itu, Said pun berangkat ke Hims.
bersambung...
 ps: Tahukah anda?

             Said bin Amir adalah seorang lelaki yang telah membeli akhirat dengan dunia dan sangat memuliakan Allah dan Rasul-Nya dari dunia dan akhirat.

(Sejarawan)


 *Anis wat bahagian sebab takut ade yang tak minat nak bace...lepas ni publish yang Bah.2 k. =)

Wednesday, November 7, 2012

Tips Study LAST MINUTE?

Salam semua.

Setelah keluar melangkah dari bilik peperiksaan terasa ringan segala bebanan!
Terdengar akan ku suatu laungan sewaktu Hari Kemerdekaan!

*dahla tu makcik, ape punye intro daa.. *

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Syukur pada Allah.
Berakhir sudah...semester empat...

Back to the topic darling!
Focus!

Okey semua,
Ermm..tajuk cam tak gempak kan...kan...kan...
Tapi still yet ceq nak share jugak MY CRAZY TIPS on STUDYING
Selalunya kan orang dok kongsi pasai
TIPS BELAJAR BERKESAN dan CEMERLANG,
TIPS BELAJAR MENJELANG PEPERIKSAAN,
ceq lak pe kejadahnye nak kongsi
TIPS STUDY LAST MINUTE
Fuiyooo!
Ade ke orang nak baca?
*biaq pi la takde orang bace pom* hehe *

Before nak amalkan, kena YAKIN yang korang ni memang KAKI STUDY LAST MINUTE.
Hehe... dan Tips2 yang akan dikongsikan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

1. PASTIKAN TAK PERNAH PONTENG KELAS.
Ini penting sebab, bila tak ponteng kelas... tahulah apa yang dibelajar. Maka senanglah nak study last minute. Boleh hanya klik butang "refresh". Hehe. *ingat otak hang komputer ke Cik Anis oi* Just kidding! Tapi seriouslah, ceq tak pernah nak ponteng kelas sesaje takat ni. Ia penting untuk bagi ILHAM masa nak jawab soklan. Leh jadi macam flashback lah cam dalam movie selalu buat tu. Hehe.

2. KIRA TAJUK NAK KENA STUDY
Haaa... nak tau pasai pa? Meh sini ceq nak habaq. Hehe Kalau dah tahu berapa banyak tajuk, mudahle nak estimate masa untuk menghabiskan bacaan. Sebaik2nya mula sehari sebelum exam lah. Hee.. Contoh: Exam Rabu, korang study siap2 molek2 mula dari pagi Selasa. *ekceli ceq study mule ikot mud...kalo takdaq mud ceq tidoq...malam jadi kelawaq* If korang rasa korang tu jenis yang takleh nak tidoq lewat, mulelah as an early bird... if ada darah nocturn dialu-alukan mula lewat. Tapi jangan terlalu lewat sebab takut tak cukup tidoq and rehat, rebah sebelum bertempur. Hik3x.

3. MAKE SURE YOU READ ALL TOPICS
Ni hok penting jugok. *men hentam je hang ni guna loghat macam2* Baca lah sampai muntah. Part ni lah nak uji ingatan korang berapa percent. Hehe. If tak kuat tu, kena guna kreativiti lah buat nota. Untuk ceq, ceq pegang prinsip, "Tulis Lebih Ingat". Walaupun dah pernah buat nota tu dalam kelaih. Tak salah buat lagi. Mengulang tu baek untuk ingatan. Plus, bila baca nota sendiri akan lebih faham dan ingat. Buku-buku sekarang pun bukannya banyak peta minda. Banyak ke ayat berjela-jela dan berbunga-bunga. Kekadang tak masuk peksa pun yang ayat macam iklan Shell tu. Lebih kilometer dengan Shell. Hehe Study last minute dak sesuai baca yang berkilometer ni. Kalau buleh nok carik yang hok milimeter jah. Notes tu lak, korang leh baca before nak mule exam. Bagi ingat kaw kaw munyer.

4. JANGAN OBSES SANGAT KAT SOKLAN BINTIK
Huk aloh! Pelik tapi bonar. Inilah hakikat. Ceq ingat, bila abeh doh SPM, takdaq lagi soklan spot gini. Bukan keta sport tu. Ni ha, soklan pak dukun. *kan ramalan. hehe* Korang leh bace gitu je untuk pastikan soklan spot tu, tajuk2 nye kome dah khatam dan bereh sokmo deh. If korang rajin, korang terailah jawab soklan tuh. Sekedar nak nguji minda. Hehe. Ceq tak buat sem ni sebab Virus M menular dalam diri. Sem lepah buat doh. Hihi. Bincang an kengkawan pun boleh jugok. Nanye2...kongsi2 jawapan yang dirasakan betul dan menepati skema. Pi mai pi mai tang tu jugak lah spot... (semua tajuk dirangkum sekali) wat gapo nak sibuk kan. Hehe.

5. MINTAK DOA DARI IBU BAPA
Ini ceq selalu amalkan bila dak kondifen gara2 study last minute. Hehe. InsyaAllah, akan dipermudahkan urusan menjawab soklan tu nanti. Ni tak kiralah study first minute ke, tak study ke,,, memang kena buat! Compulsory k. Pahtu jange lupo deh ucap terima kasih kat parents.


Petua tambahan:

Ustazah ceq pesan, kalau lupe leh bace Ya Mu'id *salah satu daripada nama2 Allah* insyaAllah apa yang kita baca tu akan ingat semula. (ni dapat sem ni. fresh lagi. syaratnya KENA ULANGKAJI)

Tak pun, baca Surah Dhuha. (ni petua masa sekolah rendah. kalau Surah Dhuha tak hafal, susah le nak ngingatnye. Hehe)

Okeylah semua.
Sekian sahaja celoteh Anis.
Anis mampu bagi 5 TIPS STUDY LAST MINUTE cara Anis.
Hehe... cara orang len Anis tak tau lah ye.

(^_^)
Cuti dah nak mula.
Apa plan? Fikir tentang
DISEMBER

nak tahu apa?
tunggu...~

take care semuanya

terima kasih sudi singgah





Thursday, October 11, 2012

guane nak dapat?

Salam sejahtera sokmo. *eh...ganu pulak...~
Anis tengah fikir nak buat income lebih...
tapi, I don't know how..? *actually, I malas.hehe
bukan apa, the allowance just enough for my own use but...
hmm.. *not suitable to spill it over here.ngee~
I just need an opinion to make extra money...
simple job...through the net... *entah ape" ayat bunge"
tu je kot nak luah...
tolong Anis..kalau ada idea lah...
*tengah nak encourage my ENTREPRENEURSHIP spirit...yang sangat low~

Thanks for reading and pass by.
Have a nice day!

Wednesday, October 10, 2012

it's been a while

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua readers. *eh ada readers ke?
Rasanya dah lama Anis tak update blog ni...
Nak update tapi otak terasa tepu dek kesibukan melanda sepanjang September.
Rasa nak habaq kat semua orang lagu ni... "Wake me up when September ends."
That's surely not gonna happen lah kan.
Apa" pun, Anis berjaya menempuhi segalanya dengan lancar. Alhamdulillah.
*sebab taklah sibuk mana pun. hehe... sebab ada lagi yang lebih sibuk dari Anis.

Anis malas nak cerita pasal kesibukan lah.
Ni nak kongsi kisah cinta yang sweet lebih sweet dari aiskrim. *just kidding...
Nak baca? Klik!
Mungkin Anis agak terlambat tahu kewujudan kisah cinta ni, tapi still Anis nak kongsikan.

Ok. Honestly, Anis sebak dan terharu bila dapat tahu masih ada lagi spesies lelaki macam tu kat dunia ni.
Suddenly thinking, adakah suami Anis nanti akan mampu jaga Anis kalau lah Anis sakit? *nauzubillah...
Tapi, buat apa Anis nak risau kan... selagi tak ada suami, Anis lah yang kena jaga diri Anis sendiri.
Kalau dah ada suami pun, masih jugak kena jaga. Takkan nak harapkan suami to take care of us for 24 hrs?
Ada nasihat lah dari blog tu... kalau nak suami sayangkan kita,,, kena hafal Asmaul Husna... *lebih kurang gitu lah... Senang je nak orang sayang... Kita mulakan dengan diri sendiri menyayangi orang lain...~ But, jangan terlalu berharap yang orang akan sayang sama macam kita sayang orang itu k.
*eh...macam nak buat review blog pulak...

Ermm...actually, Anis bersyukur sangat dah bulan Oktober. Means masa untuk settle down and relax. No3x..~ Settle down and STUDY! Fokus untuk study je sekarang ni... tak lama lagi nak periksa.
Semester ni dah nak berakhir. Ada super senior yang akan graduate. *Anis pulak yang lebih2x.. hehe
Doakan Anis ye... terima kasih. Jap, doakan untuk dia jugak. *dia pun nak periksa...tapi tahun depan nak graduate..jelez kat dia ni..hoho. DOAKAN KAMI. TERIMA KASIH.

Then, last but not least. *ekceli tak tahu nak update apa sebenarnya..men taip je dari awal tadi. =)
Anyway, thanks sudi baca. Len kali bertandang lagi. Harap taklah lama sangat kena tunggu update. *2bulan tak update blog. hope tak berulang lagi masa hadapan.

Bagi yang nak periksa... SELAMAT BERUSAHA SELAMAT MAJU JAYA.
Doa.Usaha.Istiqamah.Tawakkal.
Anis doakan kalian. InsyaAllah.

ps: Setiap kali nak exam, pasti tak lupa pesanan Cikgu Lee. "Luck will come to you if you study."

Friday, August 3, 2012

Ikatan

Salam Buat Semua Yang Membaca
*ayat biasa, bajet ada pembaca*

Bismillahirrahmanirrahim...
Anis rasa macam da lama tak update blog.
padahal tak lah lama mana pun.

Lama dah nak update pasal IKATAN ni.
Ni ada nota ikatan PPIM Anis buat hari tu.
*step untuk buat ikatan je.*

1 LINGKAR SETENGAH BELIT

BUKU SILA

BUNGA GETI

IKATAN SERONG

LILIT BALAK

SETENGAH BELIT

SIMPUL KERUSI

SIMPUL LAPAN

SIMPUL MANUK

SIMPUL MATI

SIMPUL PENGAIL

SIMPUL PULIH

SIMPUL TINDIH KASIH
Sambil" kita belajar jenis" ikatan kan, pernah tak terfikir yang ikatan (tali) pun ada disebut dalam Al-Quran? Ape lagi, pi la belek" AlQuran... cari kat Surah Ali Imran.


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam)

Tali kalau teguh, kuatlah fungsinya... tak mudah nak terlerai.
Macam tu jugak kita, semakin kuat kebergantungan kita padaNya, insyaAllah kita takkan mudah terlepas.
Terlepas apa? Terlepas pelbagai peluang, pelbagai hikmah dan macam" lagi.
Bila kita lepaskan tali tu, maka terpisahlah kita dari segala peluang berharga.
Bahkan kita akan jatuh... diibaratkan seorang pendaki yang mendaki gunung.
Ikatan tidak teguh, maka dia akan jatuh. Begitulah juga bila kita tidak teguh pada agama Islam, maka mudahlah untuk kita terjatuh ke lembah hina. 
Ini bukan untuk menghukum, yang jatuh dalam lembah hina bukanlah selama"nya dia hina kerana seseorang boleh berubah jika Allah berkehendak dan dia berusaha untuk merealisasikan perubahan itu. Jangan terlalu mudah untuk menghukum pesalah" kerana mungkin suatu hari nanti mereka bertaubat, kita tak tahu.

"Hidayah Itu Memang Milik Allah, Tapi Kita Perlu Mencarinya"

sekian sahaja perkongsian.saya masih belajar, nak kongsi apa yang tahu dulu.
(^_^)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Fasa Kedua
Moga Allah perkenankan doa hambaNya untuk memulakan ikatan dengan si dia dan mempermudahkan urusan hamba ini.
Amin Ya Rabbal Alamin



Wednesday, July 25, 2012

Anas Ibnu Malik Al-Ansari


A
nas Ibnu Malik dibimbing ibunya, Al-Humayshak, untuk mengucapkan dua kalimah syahadah pada masa usianya masih muda dan hatinya tumbuh mencintai Nabi Allah, Muhammad bin Abdullah (baginya selawat dan salam yang utama dan suci.

Rasulullah s.a.w sentiasa tinggal di Madinah. Sehingga pada suatu hari, ibu Anas bersama anaknya menemui Nabi s.a.w lantas mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w dan berkata: “Ya Rasulullah, tiada seorang lelaki dan wanita pun dari kaum Ansar yang tidak member hadiah padamu. Tetapi aku tidak memiliki sesuatu pun yang dapat kuberikan kepadamu kecuali anakku ini. Ambillah dia dan mintalah dia untuk berkhidmat kepadamu sesukamu.”
Nabi sangat gembira melihat anak itu. Baginda mengusap kepalanya, meraba rambutnya, kemudian menjadikannya sebahagian dari keluarga baginda.
Sepanjang hidupnya Anas sentiasa mengingati kenangannya bersama Nabi s.a.w. Dia merasa sangat sedih ketika Nabi wafat. Air matanya berlinang dan lidahnya kelu dan gugup untuk berbicara.
Dia bersemangat untuk mengikuti setiap ucapan dan perbuatan Nabi. Mencintai apa yang baginda cintai. Membenci apa yang baginda benci.
 Dua hari yang sangat berkesan baginya adalah hari ketika pertama kali dia bertemu dengan Nabi dan hari ketika berpisah dengan baginda untuk selamanya.
Ucapan yang sering terlontar di bibirnya adalah: “Sungguh aku sentiasa ingat ketika pertama kali bertemu baginda dan ketika baginda meninggalkan kita untuk selamanya dan aku tidak melihat ada hari-hari yang lebih berkesan dari kedua hari itu.”
Ketika Nabi masih hidup, baginda sering mendoakan Anas Ibnu Malik dan doa baginda dimakbulkan oleh Allah. Anas r.a. merupakan seseorang yang sangat teruja dengan syafa’at Rasulullah pada hari kiamat, sehingga dia selalu berkata: “Sungguh aku sangat ingin bertemu Rasulullah pada hari kiamat kelak dan mengatakan kepadanya: Ya Rasulullah, ini adalah hamba kecilmu, Unais.”
 *****
Tahukah anda?

              Salah satu doa baginda Nabi s.a.w buat Anas adalah: “Ya Allah, anugerahkanlah kepadanya harta dan keturunan dan berkatilah dia.”

              Anas menjadi orang Ansar yang paling kaya dan yang paling ramai keturunannya, hamper mencapai 100 orang. Allah s.w.t memberkati kehidupannya, sehingga dia boleh hidup selama 103 tahun.

*****

  Bagaimana pula kita ya? Jika Rasulullah s.a.w bersama kita sekarang, adakah kita akan segembira Anas atau kita lebih gembira atau mungkin baginda dilihat bagai angin lalu? Renung”, Tenung” Usah Murung”



Thursday, July 12, 2012

Kursus Pra Perkahwinan

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia
*ayat bajet ada stalker...

Seperti yang dijanjikan pada entry sebelum ini,
Janji nak cerita pasal input apa yang kita dapat bila pi Kursus Pra Perkahwinan.

Kursus tu makan masa 2 hari ja.
Anis pi aritu bayar RM15 je...
*mungkin bajet untuk makan je kot...Anis kurang pasti la...

Dalam masa 2 hari tu, kita dengar ceramah.
Kena hadir 10 Slot baru boleh dapat sijil.
Anis pi kesemua 12 slot meskipun bila masa dah nak habis tu Anis da mulai kebosanan.

Bosan2 pon Anis dengar tau...tapi...sambil melukis la.. 
^^v


Hari Pertama (7 Julai 2012)
Mula2 pi tuh kena daftar dulu.
Dapat fail, A4 paper kosong 2 helai, name tag dan buku Gerbang Menuju Perkahwinan.
Buku tu ada semua input tentang ceramah yang akan disampaikan.
Alaa..bagi buku pun bukan semua nak baca kan...
That's why kena pi ceramah jugak.

Ceramah 1: AKHLAK
[rumusan: Sejahat-jahat manusia, sebaik-baik jin.]
Ceramah 2: AKIDAH
[rumusan: Akidah pohon, akhlak itu buahnya.]
Ceramah 3: PROSEDUR PERKAHWINAN
Ceramah 4: MUNAKAHAT
[rumusan: Kaf(Kongsi), Ha'(Hidup), Wau(Waktu), Ya'(Yang), Nun(Nikmat)]
Ceramah 5: HUBUNGAN DALAM KELUARGA
Ceramah 6: IBADAH
*daripada semua ceramah tu, yang Anis ingat satu
"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul."

Hari Kedua (8 Julai 2012)
Ceramah 7: PENGURUSAN KESIHATAN
[rumusan: jaga kesihatan, HIV, AIDS etc.]
Ceramah 8: PENGURUSAN MASA DAN KEWANGAN
[rumusan: Keinginan dan keperluan]
Ceramah 9: KOMUNIKASI SUAMI ISTERI
[rumusan: Perlu ada komunikasi yang baik untuk elak salah faham]
Ceramah 10: PENGURUSAN STRESS
[rumusan: Stress boleh memotivasikan]
Ceramah 11: PERKHIDMATAN RUNDING CARA JAIS
[rumusan: Pasangan pergi kaunseling bukan pasangan yang nak bercerai.]
Ceramah 12: PEMBUBARAN PERKAHWINAN
[rumusan: Perkataan cerai boleh berlaku di mana-mana]
*yang ni secara keseluruhannya, ermm...agak kurang menyengat penyampaian,,sebab tu Anis pi melukis...tapi masih dengar gak la..nasib bek la penceramah yang last ada ohsem...cerita pasal cerai tu...

sekian sahaja perkongsian,
walaupun Anis pi tanpa pasangan,
*jauh di mata tapi dekat di hati, pasti bersatu juga nanti, InsyaAllah..
doakanlah....
Anis tidak rasa kekurangan,
sebab dengar ceramah boleh tambah pengetahuan.

p/s: bayaran untuk kursus tu ekot negeri...ada jabatan agama yang dah diswastakan, sebab tu bayaran kursus mahal...tu yang ustaz penceramah Prosedur Perkahwinan bagitau kat kitorang...
tapi kan, dia (yang jauh di mata tu) pi FREE...
(^_^)

Tuesday, July 10, 2012

Bila Anis Bosan (B.A.B)

B.A.B
bukan
Buang Air Besar
^^v

Pada 7 dan 8 Julai 2012,
Miss Anis pergi
Kursus Pra Perkahwinan
*pergi dengan kawan untuk timba ilmu je...
nak kahwin jugak dah kot.hehe

Ingatkan kursus tu ada Teori dan Amali
ropenyer dengar ceramah je
*nanti Anis cerita pada entry akan datang ye apa pengisiannya.
InsyaAllah

1st day boleh tahan lagi.
Tak berapa nak bosan lah
cuma parah sikit sebab penat duduk lama
huhu

Dah2x,
Anis tamao celoteh panjang pasal B.A.B ni
Macam ni kisahhnya,
2nd day mula naik bosan.

Jadi,
Anis melukis.
Penuh sehelai A4 paper
dengan 8 lukisan 
sebab Anis lipat 4
and
entry ni
Anis nak upload la gambar2 tak berapa nak cantek tu
hehe

TADAA!







boleh pulak yang last ni terbalik.hm..

that's all
sekian

^^v


Sunday, July 8, 2012

F R I E N D


I don't need a FRIEND but I need a BEST FRIEND

A BEST FRIEND for me is...

I don't care if you don't share your HAPPINESS
but I swear it hurts me a lot when you only need me during your LONELINESS

I don't care if you don't share your SECRET
but I swear it hurts me a lot if you share others my SECRET

I don't care if you don't even care if I'm in PAIN
but I swear it hurts me a lot if you be with me because there's something you GAIN


Saturday, June 23, 2012

Hero

Watak Utama;

- Tuan Amir Faheem, hero di malam hari anak kepada arwah Amir Muiz.
- Afeefah Husna, isteri kepada Afam

Cerita seorang hero yang punya segalanya namun  tidak punya ketenangan dalam kehidupan.
Sanggup bergadai nyawa untuk menjaga keamanan kota, tapi punya hati yang keras untuk tunduk padaNya.
Arwah ayahnya telah mewasiatkan banyak harta namun tidak akan menjadi miliknya sekiranya tidak berkahwin dengan wanita yang solehah.
Dengan bantuan Mak Cik Amirah, Hero pun berkahwin dengan Afeefah Husna.
Mampukah Husna melembutkan hati Hero yang telah lama keras dan enggan untuk mengamalkan Islam dalam kehidupannya?
Nak tahu bacalah.
Novel air tangan Hilal Asyraf memang best walaupun baru pertama kali membacanya.
Memang novel tarbiah terbaik.

sumber: Langit Ilahi


Isabella

Novel ini merupakan novel perbandingan agama.
Membacanya memperbanyakkan input mengenai agama Islam dan Kristian.
Sesuai untuk mereka yang mencari kebenaran.
Benar-benar bermanfaat.
Cinta seorang anak paderi terkemuka setelah menganl Islam.

Novel dah kawan pinjam, jadi godek gambo dari Mr. Google je.

sumber gambar

Monday, June 18, 2012

tangisan ditahan

hari sabtu kau ketawa riang...
meski hati kau walang meninggalkan yang tersayang
jauh dari pandang...


hari ahad kau tersenyum manis
meski hati kau menangis  merindukan mereka di sana...
jauh dari mata...


pagi tadi, senyuman masih kau lakar...
meski hatimu terlalu merindui mereka...


sekarang...
satu mesej menyampaikan kesedihan...
aku masih ingin menahan tangisan...
kerana aku tak nak tangisanku kelihatan...
biarkan ku tanggung sendirian...


mengapa...
mengapa alasan yang kau beri atas setiap kenyataan ku keluarkan...
mengapa dia juga kau  persalahkan sedangakan segalanya telah dia tunaikan...
mengapa dia yang kau sasarkan setelah semuanya dia kobarkan untuk kamu...


aku penat...
jangan buat aku tersepit...
jangan buat aku terhimpit..

Hari Pertama Masuk Sekolah

hehe
buat lawak la pulak kan...
bukan hari pertama masuk sekolah
hari pertama masuk kuliah
*ini bukan lirik lagu.

1st thing, ALHAMDULILLAH
bangun awal walaupun tidur lewat

2nd, ALHAMDULILLAH
Lulus, meneruskan pengajian

3rd, ALHAMDULILLAH
Eizy still alive behind his number ^^,
(wanna know who? click. )

4th, ALHAMDULILLAH
Umi call update pasal kamus dah dicetak, insyaAllah akan settle hujung bulan ini

5th, ALHAMDULILLAH
Masih mampu menggembirakan insan yang disayangi

6th, ALHAMDULILLAH
Masih mampu bernafas untuk beribadah kepada Allah

7th, ALHAMDULILLAH
Kerana memperkenalkan diri ini pada WUWM

this is the 7th AWESOME things happen before new semester started
 >>> ALHAMDULILLAH <<< 

jawatan sebagai S/U masih tetap dan berpencen
moga dipermudahkan segala urusanku diiringin keberkatan olehNya

*hati berbunga*

Thursday, June 14, 2012

Untuk dia...

Assalamualaikum.
Di harap Eizy sihat selalu.
Kak Anis hairan di atas kehilangan.
Apa2 pun doa tetap dititipkan.
Semoga dipermudahkan segala urusan diiringi keberkatan.

pencarian membuahkan hasil,
walau cuma satu cerpen
ia tetap menggamit memori bersama.

p/s: Sesiapa yang mengenalinya, harap disampaikan salam padanya.

Saturday, June 9, 2012

Bapak...


Dimana akan kucari
Aku menangis seorang diri
Hatiku selalu ingin bertemu
Untuk mu aku bernyanyi...

Untuk ayah tercinta
Aku ingin bernyanyi
Walau air mata di pipiku
Ayah dengarkanlah
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi..

Lihatlah hari berlalu
Namun tiada seindah dulu
Datanglah aku ingin bertemu
Untukmu aku bernyanyi..

sumber: Lirik Lagu Ayah


#mungkin kita lupa...atau mungkin kurang peka...
ayah/bapa/abi/walid/papa etc...hargailah mereka...

Anis di sini sentiasa merinduimu...
dengan harapan, suatu masa nanti kita kan bertemu...

Sunday, June 3, 2012

5 tahun akan datang?

pernahkah terfikir
apa akan jadi dalam masa 5 tahun dari sekarang?
dulu tak pernah terfikir
tapi lepas tengok status kawan kat FB
dye bagitau 
pernah buat esei BI
pasal apa awak akan jadi 5 tahun akan datang
itu yang buat terfikir

inilah status dibuat kat FB saya
sebelum tu pulak,
terbacalah blog Mr.K
dye update pasal
sebab tu jugak terfikir

agaknya memang itulah lumrah kehidupan kan...
kenapa mesti 5 tahun?
entahla...
saja je kot nak buat 5.
sebenarnya boleh je nak buat nombor lain kan...
terpulang pada individu tu kan 
...
nak dipendekkan cerita
"Kita tak boleh harap orang untuk terus berada di sisi kita selamanya."
dan
"Selalulah berdoa agar hubungan kita dengan orang yang kita sayangi berkekalan."


Wednesday, May 30, 2012

itulah CINTA

bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli jarak USIA
bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli akan STATUSNYA
bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli apa orang KATA
bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli apa jua RINTANGANNYA
bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli SIAPA DIA

habis tu,
apa lah yang kau peduli?

bila kau jatuh CINTA
kau peduli MASA UNTUK BERSAMA
bila kau jatuh CINTA
kau peduli RASA TIKA BERSAMA
bila kau jatuh CINTA
kau peduli APA ASAL BAHAGIA
bila kau jatuh CINTA
kau peduli SETIA CUMA PADA DIA

itulah KUASA CINTA,
yang BENCI boleh jadi SUKA
yang MARAH boleh jadi RINDU
yang SEDIH boleh jadi GEMBIRA
yang SUNYI boleh jadi RIUH
yang JAHAT boleh jadi BAIK
yang PUTUS ASA boleh jadi KUAT USAHA
yang MURAM boleh jadi SENYUM
yang MALAS boleh jadi RAJIN

CINTA itu AGEN PERUBAHAN
perubahan pula terbahagi DUA
POSITIF ke NEGATIF
NEGATIF ke POSITIF

itulah KUASA CINTA,
yang SUKA boleh jadi BENCI,
yang RINDU boleh jadi MARAH
yang GEMBIRA boleh jadi SEDIH
yang RIUH boleh jadi SUNYI
yang BAIK boleh jadi JAHAT
yang KUAT USAHA boleh jadi PUTUS ASA
yang SENYUM boleh jadi MURAM
yang RAJIN boleh jadi MALAS

bila CINTA yang kau nampak INDAH belaka
bila BENCI yang kau nampak JIJIK sahaja

orang kita bila CINTA kata
SAYA SANGGUP KORBAN APA SAHAJA
orang seberang kala CINTA ngomongnya
APA SAJA UNTUKMU
orang puteh pula bila CINTA they said
ANYTHING FOR YOU
...
orang kita bila BENCI kata
TAK SANGKA AWAK BUAT MACAM NI
orang seberang tika BENCI ngomongnya
TEGA2 NYA LHO LAKUIN INI SAMA GUE
orang puteh bila BENCI they said
HOW COULD YOU DO THIS TO ME
...
jika dibahaskan perihal CINTA
takkan pernah ada penghujungnya
CINTA ibu pada anaknya cinta sejati
CINTA suami pada isteri cinta hakiki
namun
ada satu CINTA yang meliputi segalanya
CINTA dari SANG PENCIPTA
tanpa cintaNya
takkan ada cinta-cinta lain

si arjuna dan dara yang belum berpunya
orang mungkin fikir kau sunyi tanpa cinta si dia
tapi hakikatnya kau riuh dengan kehadiran cinta
cinta keluarga dan kawan yang sentiasa ada saat suka duka

si arjuna dan dara yang belum berpunya
hakikatnya kau sudah dipunyai dah sudah mempunyai
cuma kau perlu terus bersabar menunggu waktunya tiba
percayalah Sang Pencinta takkan pernah tinggalkan hambaNya

untuk apa mengejar CINTA MANUSIA
jika tercicir CINTA PENCIPTA

CINTA boleh buka jalan BAHAGIA
jika kau pilih untuk terus berada di landasanNya

sekian sahaja bicara tentang cinta
setiap orang punya pendapat mereka
inilah pendapat saya
bagaimana dengan anda?

with love,
Anis


Friday, May 25, 2012

soalan cepumas

Salam semua,
*ayat bajet ada pembaca nih...
terima kasih buat yang membaca

Okeh, today is the day!
Bermulanya cuti.
*puhlis..3minggu je kot takyah nak excited sangatla puan

Berbalik semula pada tajuk asal,
SOALAN CEPUMAS

begini,
saya dapat soklan cepumas masa tengah tunggu turn amek kehadiran after assembly tadi.
soalannya berbunyi begini
eh2x,,,takde bunyilah.orang baca je ayat kat atas.

macam ni ha soklannyer
"ANTARA USAHA DAN HASIL PEMBELAJARAN, MANA SATU LEBIH PENTING?"

I said both, tapi penanya soklan suruh pilih salah SATU sahaja
(_ _")
agak tidak suka bila terpaksa memilih, tapi kena pilih jugakkan?

setelah berfikir dan berfikir, 
masa tak lama diberikan

jawapan saya ialah...
jawapan saya...
saya
jawab
...
USAHA

Rasionalnya? Walaupun dia tak tanya tadi, tetiba nak memperjelaskan.
pelik bebeno kan.memandai je.orang tak mintak, suka nak bagi lebih2

KALAU TAK USAHA MANAKAN DAPAT HASILNYA?
jadi saya fikir, usaha lah penting,
contoh situasi,
nak solat diterima,
kenalah jaga aspek2 pentingnya, 
khusyu' nya etc
pepatah arab pun ada mengatakan;
Man Jadda Wa Jadda
(siapa yang berusaha akan mendapat hasilnya)

then,
saya pi la tanya kawan saya pulak apa jawapan dia bagi
dia lak kata,
HASIL lebih penting,
sebab
bila dah tahu hasil yang macam mana nak,
barulah kita usaha.
contoh:
nak excel dalam exam,
kenalah study kan?

ok
actually,
saya tak nak wat pilihan tadi,
dek kerana kehendak soalan mintak cenggitu,
pilih USAHA.
hehe

Seriously,
baru teringat...
satu lagi point yang saya bagi kat kawan saya tadi
USAHA penting sebab,
atleast kita akan rasa puas hati bila dapat hasilnya sebab dah berusaha
plus,
usaha juga penting menentukan hasil walaupun
kadang2
usaha banyak tapi hasilnya tetap macam tu
itu mungkin ujian yang Allah nak bagi
so, keep trying til' you get what you aim
plus,
kalau usaha guna jalan singkat a.k.a menipu,
pasti takkan puas dapat hasilnya kelak.
try ar buat kalo tak caye

setakat tu je lah celotehan,
dah takdak point lagi,

sebelum mengakhiri,
ada speech kopi pes dari status fb saya,

Buat semua rakan2 guru pelatih,
Selamat kembali ke pangkuan keluarga terchenta 
Selamat kembali ke kampung halaman yang dirindui
Selamat memanfaatkan cuti bersama insan2 tersayang

Selamat pergi
Selamat kembali hendaknya

Berakhirlah sem ini, jumpa sem depan pulak.
18 Jun 2012

Kami balik ke Batu Lintang lagi...


with love,
Anis

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template