Thursday, December 15, 2011

Aku Stalker Part 12


Semalam Intan hampir-hampir sahaja diserang di dalam tandas. Namun, Alieya bergegas melihat keadaan Intan di tandas setelah menerima mesej dari Fazril. Memang ketika itu Lydia dilihat seperti sedang berbalah dengan Intan. Mujurlah Lydia tidak berkasar.

“Kau okey tak ni Intan?”

“Aku okey lah Lieya. Don’t worry k.” Jawab Intan dengan senyuman.

“Aku tengok kau asyik termenung dari tadi. Macam orang ada masalah, apa cer?”

“Kau ni, aku termenung memikirkan masa depan. Tahun depan tahun akhir kita. Lepas tu masuk alam kerja pulak. Entah jumpa entah tidak dengan kau nanti. Hmm... kalau jumpa yang lebih kurang macam kau takpe lah. Kalau jumpa sebijik macam Lydia? Harapnya tidaklah. Hehe.”

“Sempat jugak kau ni bergurau. InsyaAllah, kau akan jumpa yang baik-baik macam aku ni sebagai teman sekerja. Hehe. Doa aku sentiasa ada buat kau lah kawan.”

“Alahai kawan aku yang seorang ni, promote diri nampak. Hehe. Apa-apa pun terima kasih la sebab doakan aku. Aku pun nak bagitau benda yang sama, doa aku selalu ada untuk kau.”

“Terharunya aku. Hihi. Nanti aku kahwin jangan tak pergi tau.”

“Lama lagi tu. InsyaAllah.”

“Janji dengan Allah tu...”

“Kalau diizinkan Allah. Kalau ada hal, tak dapat lah nak merasa nasi minyak kawan aku ni. Kenalah poskan. Hehe.”

“Ada-ada ja lawaknya. Okey. Aku poskan khas untuk kau. Mintak tolong Fazril hantarkan.”

“Kau ni, buat apa susahkan dia. Baik aku sendiri datang. Malas lah nak jumpa Fazril semata-mata nak makan nasi minyak. Tak nak aku.”

“Fazril tu okey je kalau aku mintak tolong pasal kau. Rileks la.”

“Orang kata jangan selalu terhutang budi nanti tergadai body. Aku tak nak lah.”

“Ke situ pulak dia. Fazril tu baik orangnya, dia ikhlas tau nak kawan dengan kau. Dia tahu dalam senyuman yang kau ukir tu ada parut luka yang belum sembuh. Kenapa kau tak nak bagi dia peluang untuk sembuhkan luka tu?”

“Aku takut dia bukan pakar dalam merawat hati. Serah kat doktor pakar pun belum tentu sembuh ni. Hihi.”

“Tengok tu. Sengaja nak tukar topik. Doktor haiwan mungkin boleh kot. Kau masih ingat kat doktor haiwan tu?”
“Buat apa ingat pada orang yang langsung tak ingat kita Lieya. Entah ada entah tidak aku ni wujud dalam kehidupan seharian Khairil aku pun tak tahu. Malaslah nak fikir. Banyak sangat nama lelaki yang pernah singgah di hati dan hanya meninggalkan parut luka yang tak pernah sembuh. Aku tak nak nama Fazril masuk dalam senarai jugak. Tunggulah aku buat pembedahan plastik kat hati ni bagi ilang parut. Hehe.”

“Tahu tak pembedahan plastik tu haram kerana mengubah ciptaan Allah? Kau ni ada-ada ja. Macam lah parut kau tu nampak.”

“Hihi. Dah pandai melawak nampak. Tapi lawak-lawak kau pun ada fakta. Aku tahulah haram. Tak pernah terfikir nak buat pembedahan plastik. Membazir. Baik aku sedekah duit tu kat anak-anak yatim yang senasib dengan aku daripada habiskan duit untuk buat pembedahan plastik.”

“Tau takpe. Aku belajar dari kau jugak melawak-lawak ni. Bukan orang lain. Dahlah termenung tu. Takda masalah yang tak dapat diselesaikan.”

“Okey lah kawan. Jom lah kita balik asrama. Dah nak maghrib dah ni. Lama pulak kita jogging hari ni kan? Mesti dah turun berat badan aku ni. Hihi.”

“Ye tak ye jugak. Jomlah balik. Banyaklah kau punya jogging. Banyak termenung dari tadi memang turun berat badan kau. Haha.”

“Malam ni kita jemaah kat masjid lah. Lama dah tak solat jemaah.”

“Okey jugak cadangan kau tu.”

“Apalagi, cepatlah balik asrama.” Jerit Intan lalu berlari meninggalkan Alieya.

“Tunggu aku la kawan.”

Intan melambai-lambai ke arah Alieya yang termengah-mengah mengejarnya. Intan berhenti seketika menunggu Alieya lalu kedua-dua mereka berjalan seiringan ke asrama dan bergegas membersihkan diri untuk solat berjemaah di masjid.

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template