“Seronok kan jalan-jalan cari makan hari ni kan, Intan?”
“Ha ah, seronok sangat Lieya. Orang tu jumpa mamat kat facebook tu. Aku ni jadi ubat nyamuk je.”
“Ala... bukan sebab tu lah seronok. Aku tengok kau tadi bukan main happy ja tadi. Ke tadi kau buat-buat je senyuman dan tawa kau? Jujurlah kat aku, please.”
“Hehe. Aku gurau je lah Lieya. Don’t worry be happy my dear friend. Aku okey la. Kebahagiaan insan di sekeliling aku, kebahagiaan aku jugak. Okey lah tu kau ajak aku sekali untuk jumpa mamat tu. Manalah tau kot-kot dia buat benda tak senonoh boleh jugak aku tolong. Atleast aku tahu kau masih percayakan aku sebagai kawan.” Jawab Intan bersungguh-sungguh.
“Alhamdulillah. Lega sikit aku dengar kau cakap macam tu. Lagipun, tak lama lagi mamat tu nak jadi tunang aku dah. Dia pun tak suka nak keluar berdua-duaan. Cuti hujung tahun nanti aku dan dia akan bertunang. Jemput lah datang ye. Awal tahun depan sebelum mula semester baru, kitorang kahwin. Aku tak nak lah bercinta lama-lama lepas tu putus. Kahwin lagi senang. Mamat tu pun setuju jugak dengan cara aku.”
“Baguslah kalau macam tu Lieya. Benda baik buat apa nak ditangguhkan. Doa aku sentiasa mengiringi engkau kawan. Tak lama lagi jadi tunang orang, jadi tak boleh la kau nak nakal-nakal. Hehe.”
“Boleh je kalau nak nakal, tapi jangan lebih-lebih dan bukan nakal dengan lelaki lain. Nakal dengan kau takpe. Kau dah biasa dengan kenakalan aku. Haha.”
“Iyelah tu. Biasalah sangat.”
“Dua minggu lagi nak ujian kan? Kau dah mula ulangkaji ke?”
“Macam baru kenal dengan Intan Qalesya lah kau nie Lieya. Pernah kau tengok aku pegang buku seminggu sebelum exam?”
“Haha. Miss Last Minute la katakan. Tapi result gempak jugak. Ye dak?”
“Banyak lah kau punya gempak. Macam-macam lah. Kau tu pun apa kurangnya. Kau tanya pasal ulangkaji tadi kenapa? Nak belajar sama-sama?”
“Yelah. Nak belajar sama-sama. Budak pandai la katakan. Hehe.”
“Ni yang aku malas ni. Tolonglah, aku tak pandai mana pun Lieya. Kita berdua je? Tak ajak yang lain? Tapi aku tak nak la ramai sangat. Nanti lain pulak jadinya. Bergosip. Haha.”
“Okey bos. Hehe. Nanti aku tanya Mei Mei dan Rina.”
“Banyak lah kau punya bos. Solat dulu.”
“Okey.”
Intan pun keluar dari biliknya untuk ke tandas bagi membersihkan diri sebelum menunaikan solat Asar. Alieya pula mengemas barang-barang yang dibelinya tadi kemudian merebahkan diri ke katil.
Tidak lama selepas itu, telefon bimbit Alieya pun berbunyi menandakan ada mesej masuk.
“Salam Lieya, boleh tolong aku tak?”
“Wslm, tolong apa bro? InsyaAllah aku tolong.”
“Kau tahu kan pasal Lydia dah serang Intan minggu lalu?”
“Aku tahu sebab aku ada masa tu. Then?”
“Macam ni, tadi masa di cafeteria aku terdengar si Lydia tu nak serang dia lagi hari ini tapi tak tahu kat mana. Tolong tengok-tengokkan Intan tu, k.”
“Okey, thanks for info.”
“Chiao dulu. Thanks Lieya. Salam.”
“No problem. Intan kan kawan aku. Wslm.”
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment