Tuesday, December 13, 2011

Berhentilah MEMBEBEL!

Tengok tajuk macam kasar je kan???
Tapi aku bet semua orang pernah rasa benda ni. Tak kiralah tua muda.

Situasi-situasi yang buat korang rasa macam ni ialah:

Bos: Awak ni pandai tak buat kerja ah? Sini salah, sana salah. Bila saya tanya kata faham ke tidak, angguk-angguk je.


Cikgu: Awak ni asyik ponteng je? Mak ayah awak harapkan kami ni didik awak tapi awak tak bagi kerjasama dengan kami.


Mak: Tengok result exam ni banyak gagal. Merah sana sini. Belajar ke tak?


Ayah: Tengok abang dan kakak kamu tu semua pandai-pandai. Kamu ni nak jadi apa lah nanti.


Abang: Kau ni aku tengok malas sangat nak belajar kenapa ah? Nak jadi doktor bawah jambatan ke?


Kakak: Kau ni kan reti makan tido makan tido ja. Tak da kepakaran lain?


Well, daripada pembacaan aku selama ni kan...banyak orang kata PEREMPUAN kuat membebel. Tapi, lelaki pun apa kurangnya kan kan kan. [Senyum lah tu..hehe..aku tak pihak pada siapa2 k. sebab aku kuat bebel..yeke? *tertakluk pada T&S.]

Ada sebabnya orang membebel...contoh situasi-situasi di atas mereka bukannya membebel disebabkan suka-suka tapi, lebih kepada AMBIL BERAT. Bukan ambil berat korang. PRIHATIN bahasa lainnya.

Aku tak nak ambik contoh jauh-jauh la. Semua orang ada mak. *tak kiralah mak kandung, mak angkat, mak tiri, etc...dan tak kiralah apa jua cara korang panggil macam mana. Insan yang paling selalu membebel kat korang ialah MAK.

Sepanjang cuti ni aku tadah telinga bebelan mak aku pasal adik-adik dan abang gue lho. Sometimes untuk aku ada gak sampai lah rasa letih pulak nak dengar. Tapi aku tahu mak bebel atas satu sebab yang paling utama iaitu.... MAK SANGAT-SANGAT SAYANG KAT KAMI SEMUA. Betul tak mak? Hehe. *macam la mak aku baca apa aku dok bebel kat blog nie. =="

Plus, seorang mak takkan membebel tanpa sebab tau...

1. Mak bebel kitorang yang selalu lewat bangun sebab... MAK TAK SUKA KITORANG SKIP BREAKFAST. *Kalaulah dia tahu aku selalu skip breakfast masa study confirm kena punya.hehe.

2. Mak bebel bila selalu lewat mandi sebab... MAK TAK NAK KITORANG DEMAM. mana taknya, bangun lewat,breakfast tidak pastu mandi lambat. Cukup pakej.

3. Mak bebel kitorang tak reti berjimat-cermat sebab...KALAU KITORANG DAH TAKDA DUIT MINTAK DUIT MAK.hehe.plus membazir kan amalan syaitan.

4. Mak bebel bila selalu buat kerja last minute sebab...BILA BUAT KERJA LAST MINUTE KENALAH TIDUR LEWAT...bila dah tidur lewat tak cukup rehat bila tak cukup rehat tak sehat.. *bila anak mak dah bersyarah... =="

5. Mak bebel bila kitorang tak belajar sebab... TAKDA SIAPA YANG RUGI KALAU TAK BELAJAR. Mak cuma boleh tumpang gembira kalau anak berjaya nanti. Yang hidup senang, anaknya sendiri. (^^,)

6. Mak bebel bila kitorang malas belajar masak sebab....MAK KATA, MASAKAN MAK TAK SAMA DENGAN YANG JUAL KAT PASAR. Nanti bila mak dah takda nak cari kat mana? huhu (~_~) sejak dari itu lah aku mula belajar masak. And suka memasak a.k.a KETAGEH MEMASAK.

7. Mak bebel bila lagi ye....errr......haa...mak bebel bila kitorang tak sedar waktu *aku tanya mak sendiri tadi. hehe..aku baca depan mak tadi mak bebel sebab apa. sebab...MAK KATA BILA TAK SEDAR WAKTU TAK TAHU TIKAR SEMBAHYANG...solat kan tiang agama.

8. Mak bebel bila kitorang tak mengaji especially adik-adik selalu kena. sebab...NANTI BILA MAK DAH TAKDA TAKKAN NAK PASANG KASET SURAH YASSIN?

9. Mak bebel bila kitorang selalu gaduh....sebabb....apa ya...?hehe..rasionalnya KITORANG KAN ADIK BERADIK.

10. Mak bebel bila kitorang sepahkan barang.....*ni mak jugak yang cakap...sebab LOGIKLAH KAN KALAU ORANG TAK SUKA BENDA BERSEPAH.

Sekian sahaja lah perkongsian pasal membebel. Hehe. (^_^)v
Eh2...last but not least, bila lagi nak dengar MAK MEMBEBEL kalau bukan sekarang masa mak masih ada kan? Nanti mak dah takda nak dengar sapa pulak membebel? Jangan pulak tercari-cari bebelan itu bila orangnya tiada. Ayah dah takda maklah teman setia. Mak yang tahan dengan kerenah aku selama 20tahun ni.
SAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAYYYYYAAAAAAAAAAAAAAAAAAANG MAK!



0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template