Sunday, December 30, 2012

Pernahkah Terfikir... (Part 1)

Pernahkah terfikir jika suatu hari nanti mata yang boleh melihat ini menjadi buta?

Cuba anda tutup mata anda seketika. Gelap bukan? Pasti ada yang mahu cepat-cepat buka mata kan. Rasa teraba-raba walau dipimpin oleh seseorang. Rasa kurang yakin untuk melangkah walau ada suara yang menunjuk arah. Hidup kita bertuah bila mampu melihat keindahan alam ciptaan Allah. Syukur, syukur dan syukurlah.

Ikuti kisah ini.
Pagi itu, dia bangun seperti biasanya. Menunaikan solat subuh, kemudian bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Sebelum melangkah keluar rumah, dia mencari sesuatu. Apabila yakin pintu dan tingkap sudah dikunci, dia pun mengorak langkah menuju ke tempat kerja yang tidak jauh dari rumah.
Suasana pagi itu, amat bising dengan bunyi kenderaan di sekeliling. Itu sudah menjadi perkara biasa baginya kerana menyedari bahawa terdapat beberapa buah sekolah yang berdekatan dengan rumahnya.
Di pertengahan jalan, dia disapa oleh seseorang.
“Hati-hati pak cik.” Suara itu menghilang.
Dia hanya mampu mengucapkan terima kasih di dalam hatinya. Terdetik di hatinya, suara itu kepunyaan siapa. Namun, sudah pasti soalan itu tidak terjawab. Dia meneruskan perjalanan berbantukan tongkat di tangan sambil mengira-ngira langkahnya dengan hati-hati.
Seperti kebiasaannya, dia akan singgah di kedai untuk minum pagi sebelum memulakan kerja sebagai tukang urut. Itulah pekerjaan yang mampu dilakukan untuk mencari sesuap nasi.
Pada sebelah petang, sekali lagi dia terpaksa menghadapi laluan yang sibuk dengan kenderaan. Petang ini amat berbeza. Dia tersalah kiraan sehingga menyebabkan dia mundar-mandir dalam kesesakan lalu lintas. Mujurlah, ada seseorang yang datang membantunya.
“Pak cik nak ke mana ni?”
Suara itu lagi. Siapakah dia?
“Pak cik nak balik ke rumah pak cik. Tapi disebabkan jalan raya terlalu sesak, pak cik tersalah kiraan.” Sebak menjelaskan.
“Biar saya tolong pak cik ye.”
“Terima kasih.”
Setelah beberapa kali menjawab pertanyaan budak perempuan itu, akhirnya dia selamat sampai ke lorong rumahnya.
“Terima kasih ye, anak.”
“Sama-sama pak cik. Perkara kecil je. Lain kali, hati-hati ye pak cik. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Terima kasih Ya Allah kerana hulurkan bantuanMu melalui insan sepertinya.

Bagaimana jika dia di dalam itu adalah kita? Dibantu, tapi tak pernah mampu melihat siapa orang yang membantu.
Yang BUTA tak semestinya TAK NAMPAK
Yang CELIK tak semestinya MELIHAT

Renung-renungkan.

Thursday, December 6, 2012

Tutorial Letak Lagu Kat Blog

Salam 1M... HeHeHe
Cam pelikkan Anis tetibe je wat tutorial.
Sesaje...tengah tolong orang...post la sekali kat sini.
Biar gambar berbicara.
Harap" masa upload tak berubah kedudukan.









 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template