Semua orang tau jogging ialah satu aktiviti berlari sacara perlahan dan berterusan samada dilakukan di padang atau di taman2 permainan.
Apakah kesan baik yg sebenarnya kita dapat apabila kita ber jogging?
Sebenarnya banyak, dan kebanyakan kita kurang menyedarinya. Saya senaraikan kebaikannya:
Sebenarnya banyak, dan kebanyakan kita kurang menyedarinya. Saya senaraikan kebaikannya:
1) Pembakaran Lemak:
Jogging akan menyebabkan tenaga digunakan dan dengan itu lemak2 yg tersimpan di badan akan dibakar ,seterusnya akan mengurangkan jumlah lemak dalam badan. Jika dilakukan secara berterusan akan mengurangkan tahap obesiti (kegemukan). Jogging menyebabkan kalori digunakan lebih banyak dalam seminit berbanding lain2 senaman kardiovaskular.
2) Melambatkan Proses Penuaan (awet muda):
Otot dan tulang dicipta untuk menampung beban yg ada di atas nya. Dengan duduk di depan komputer berjam-jam akan menyebabkan tulang kita berkeadaan lemah. Tetapi dengan kerap bergerak , tulang dan otot akan kekal sihat. Disamping itu jogging akan dapat menjaga perut dari penuaan dengan menggalakkan hormon pertumbuhan tubuh manusia.
3) Membantu Melawan Penyakit:
Dengan ber jogging, keanjalan arteri akan bertambah baik. Ia akan berfungsi 3 kali lebih baik daripada kita berkeadaan diam. Dengan itu akan merendahkan tekanan darah tinggi seseorang.
Jogging juga akan mengurangkan risiko angin ahmar dan kanser payudara. Ia juga mengurangkan risiko serangan jantung dan mengukuhkan jantung. Jogging juga adalah pilihan doktor bagi pesakit peringkat awal seperti osteoporosis, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
4) Meningkatkan Kesihatan
Dengan ber jogging akan dapat meningkatkan jumlah kolesterol HDL (baik), mengurangkan risiko darah beku dan menggalakkan penggunaan 50% paru2 yang biasanya tidak digunakan. Jogging juga dapat meningkatkan daya tahan (imun) badan dengan mewujudkan lebih tinggi lomfosit (sel darah putih) yg mana akan bertindak melawan serangan penyakit.
5) Relief (menurunkan) Tekanan:
Apabila hidup tertekan oleh masalah, fikiran jadi sempit. Berjogging akan dapat melarikan fokus kepada masalah buat sementara. Fikiran akan lapang.
Semasa jogging, organ badan kita akan melepaskan hormon endorfin yang boleh menyebabkan euforia (perasaan gembira). Oleh itu selepas jogging biasanya kita akan rasa ceria dan lapang. Jogging juga telah digunakan bertahun2 untuk merawat kemurungan klinikal dan ketagihan. Jogging membuatkan mereka melihat sesuatu yang lain daripada tekanan atau ketegangan.
6) Membantu Minda:
Apabila kita berjogging, kita akan melatih minda kita supaya menumpukan fokus kita kepada larian dan bersungguh2. Ini dapat menguatkan minda kita supaya fokus kepada sesuatu apabila kita menghadapi kehidupan.
Kesimpulannya, jogging memberi menafaat kepada kesihatan , dan minda kita . Ia bukan saja sekadar buang masa yang mungkin sesetengah kita fikirkan.
More info? Click la link tuh.. =)
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment