Monday, January 30, 2012

Books!

Lama rasanya tak merapu benda yang berfaedah...
Walaupun rasanya ringkas je update untuk hari ini, harap bermanfaat.

"How you make your reference book attractive to you?"
For me,
I love to wrap my reference bo0ks to make them lo0ks like a present to me. 

Each time I lo0k at them I'll always want to 0pen them. 

It's just like you're giving yourself a present everyday every time you open the closet to look for 

reference books.

Tadaa..

bukan ler nak menunjuk ye...
ada yang dah wrap ada yang belum..
ngee..~
Ini cara saya, anda pulak bagaimana?



Saturday, January 28, 2012

Kisah Aku & Semut


Aku: Semut, tlg aku boleh?
Semut: Tlg ape?
Aku: Aku nak mkn ko...
Semut: Apesal pulak tetibe nk mkn aku?
Aku: Org kta, kalo mkn ko cpt lupa..aku nk try lah
Semut: Aiseyhmen...mane ade...kalo ko mkn aku, mcm mna aku nk tanggung family2 aku yg lain?
Aku: *termenung...

Friday, January 27, 2012

Hanya Allah yang tahu...

hanya Allah yang tahu
betapa aku menyayangimu
hanya Allah yang tahu
betapa hati ini merinduimu
hanya Allah yang tahu
betapa rapuh hati dikecewakanmu
hanya Allah yang tahu
betapa sukarnya bangun untuk melupakanmu

hanya Allah yang tahu
hanya Allah yang tahu
hanya Allah yang tahu
hanya Allah yang tahu

hanya Allah yang tahu
dari mana idea ini datang mengetuk mindaku
hanya Allah yang tahu
mengapa jari ini terus menaip laju
hanya Allah yang tahu
segala isi hatiku bila dibiar kosong olehmu
hanya Allah yang tahu
siapa sebenarnya diriku

hanya Allah yang tahu
apa terbaik untukku
oleh sebab itu
aku akan berhenti merayumu
aku akan berhenti mengingatimu
aku akan berhenti mengintaimu
aku akan berhenti mencintaimu
mungkin jika ia perlu
aku akan melupakanmu seolah-olah tak pernah mengenalimu
aku akan melupakanmu seolah-olah tiada apa yang berlaku
aku akan melupakanmu seolah-olah rasa cinta tak pernah ada untukmu
aku akan melupakanmu meskipun aku tahu ia sukar bagiku
namun aku yakin
hanya Allah yang tahu
hikmah di sebalik apa yang telah berlaku
antara
kau dan aku
maafkanku
kerana
ucapan
terima kasih
takkan pernah habis untukmu

-TERIMA KASIH-

[di saat sakit, betapa bodohnya ku rasakan kerana masih mengingatimu.]

Thursday, January 26, 2012

Yakin Cintamu Ku Dapat?


saat dirimu hakimi hatiku
namun ku coba selalu mengalah
ku lakukan demi cinta
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* aku menunggu dan terus berharap
dan aku bertahan hingga datang gelap
hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
yakin cintamu ku dapat
reff:
meski kau selalu menyakiti aku
ku coba bertahan walau sakit hati ini ku paksakan
dan aku percaya suatu saat nanti
kau akan mengerti bahwa cintaku ini takkan mati
repeat *
repeat reff
meski kau selalu menyakiti aku
ku coba bertahan walau sakit hati ini ku paksakan
bahwa cintaku ini takkan mati


Source:http://liriklaguindonesia.net/kangen-band-yakin-cintamu-ku-dapat.htm#ixzz1kXhmrWuX


Alkisah tersebut lah kisah...
ada seorang insan menyatakan lagu ini ada kena mengena dengan kisah silam aku.
Hemoh3x.. <--pinjam tagline sat...
ermm...
1st and for most...
thanks sebab perkenalkan lagu ni pada saya
2nd...
saya dah dengar dan hayati liriknya
chewaahh...macam la nk buat kajian
=.="
3rd...
honestly,,,lagu ni agak memberi kesan.
tacink je tapi tak nangis sakan.haha
4th,
dia tak selalu sakitkan saya, tapi saya yg selalu sakitkn diri sndiri 
sbb 
saya masih tak dapat lupakan dia
walau berapa banyk dh semut jadi mangsa.haha
5th,
err...
to conclude.
saya tak yakin cinta nya akan saya dapat 
sebab
1. dia dah cukup bahagia, buat apa saya nak ganggu kebahagiaan dia?
2. saya tak nak bahagia atas duka orang lain.
3. hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk saya.
4. mungkin memang bukan dia jodoh saya.
5. saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berharap yang saya perlu berhenti berharap.

sekian sahaja saya merapu

"sedang mempraktikkan ilmu"
-merapu dikatakan boleh membantu melupakan seseorang-
bukan saya kata, saya taip sahaja
(^_~)v


Tuesday, January 24, 2012

another collection...





nak download 'contengan' merapu ni?
ape tunggu lagi,
like page saya k
^^
takde paksaan ye.
kalo tak suke leh unlike balek.
hemoh3x

Thursday, January 19, 2012

my beloved...

mr. cinderella ku yg hnsem...

ceria~

i'll b always love them both

seronoknyerr

suka gambar ni...

ada flash pulak ==

flash lg..

xjelas sgt

my upin ipin...sayang adekku...

awak,
memang saya sedih sejak awak berlalu pergi
namun,
saya akan merana jika mereka tiada
jika diberi pilihan,
saya akan pilih mereka daripada memilih awak.
terima kasih sebab pernah singgah 
dan
 ketuk pintu hati yang dah lama tertutup ni
tapi
awak dah buat ia tertutup balik
awak buat saya betul-betul susah nak percayakan sesiapa
terima kasih banyak2 awak
awak tetap sahabat saya cuma bukan untuk selamanya
kerana
lebih baik awak sahabat sementara 
daripada hadir di sisi selamanya
cuma untuk menyakiti hati ini

-terima kasih-


Wednesday, January 18, 2012

single ke double?

BEST NYA SINGLE SEBAB :
1. Sbb tak rugi duit untuk topup . ✔
2. Sbb xpyh kluar duit nk blnja kekasih. baik blanja parent makan. ✔
3. Sbb malam2 xpyh text & call sampai trtido.boleh tido terus. ✔
4. Sbb xkena berleter itu ini itu ini bla bla bla. ✔
... 5. Sbb xde org ganggu tgh tido dgn bunyi henpon. ✔
6. Sbb xde org nk jeles. ✔
7. Sbb duit sentiasa ada. ✔
8. sbb xde orang nak kongkong pegy mne2 ✔
9. sbb xde org kongkong kite nak buad pape ✔
10.sbb x bnyk dosa......✔
[pasti banyak pernah baca benda ni an an an?]
ceq nak improvise.haha. *ap maksd improvise pn tak taw.
ada hati nk guna =,=

ni aku punya point of view bila single k.
berdasarkan pengalaman yang aku hadapi sekarang
(^_^)v
kalo tak sama an korang punya jangan marah pulak.
kita memang berbeza untuk saling melengkapi 

ada jugak yang tak kena bila single...
no.1 (kadang2 topup abis bila org len request.haha)
no.2 (bila xklua duit utk kkasih..sy ad kekasih lain..fmily..anak sy lg.hemoh3x)
no.3 (xboleh tdo terus,slagi kerja xsiap.fact sbnr:berFBsmbl buat kja =,=)
no.4 (kena leter jugak la...sy ad kkasih (mak sy) haha.kna leter tiap kali cuti tu.smpai sy pn terikut2 jd seorg yg kuat bleter...mklumla,sy kn nk jd mak jugak 9t.hehe)
no.5 (kna ganggu jugak.mcm smlm..kol2pg terjaga..alahai.sabor je la kn..)
no.6 (ada org jeles tau,,sbb kte takde mslh.bla org xde mslh ni,org suka bg mslh kt dia.jd bersabarlah ye.)
no.7 (mmg sntiasa ada kalo pndai urus.single/x bkn pnyebab duit takde k.)
no.8 (ade r..tpu kalo xde org kong2..parents kn ada?tp,kong2 bkn sbb nk sekat kta punya kbebasn..sbb SAYANG je tu..so think +ve k.)
no.9 (same je dgn no.8 td..sebab SAYANG.)
no.10 (xbyk dosa?lg mudah dpt dosa,,,cth: bila tgk couple dudok2 sesame,pahtu jln dgn geng..mulalah anyam ketupat.alahaii...baru 1 cth..~)

single atau tak awak tak penting..
CINTA ni memang FITRAH...fitrah yang kena diKAWAL dgn AKAL. bukan NAFSU.
bukan nak galakkan couple. galakkan berCINTA.ada beza couple dgn cinta k.
baca ni kalo nak taw apa bezanya.
(^_^)

Tuesday, January 17, 2012

bicara tanpa kata

ku tidak meminta seseorang yang sempurna,
namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya menjadi sempurna di mata-Mu.
Seorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.

Seorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna..
InsyaAllah aku akan mencintainya dengan cara yang sempurna walaupun aku bukan insan yang sempurna...


-dukungan yang telah kau lepas...
-senyuman yang telah kau ragut...
-doa yang telah kau abaikan...
-diriku yang telah kau tinggalkan...
-dirimu mensia-siakan aku...

namun, ada dua kata inginku ungkap...
~TERIMA KASIH~

-sakitnya dilukai buat aku tak sanggup melukakan sesiapa dan melihat insan lain terluka
-sedihnya aku ditinggalkan buat aku sedar yang aku tidak keseorangan kerana aku masih punya keluarga dan teman serta yang penting Tuhan yang tak pernah mengabaikan aku
-janji dan harapan serta kata semangat yang kau beri namun kau hancurkan buat aku tak rela mengikat janji pada sesiapa kerana takut aku akan sepertimu jua, tapi sampai bila aku akan terus hidup dengan kenangan yang memeritkan
-tatkala ku ingin melelapkan mata, nama mu menjelma walau terlalu ingin aku melupa
-namun, di hati tetap berdoa agar kau selalu bahagia bersamanya

~bicara tanpa kata hanya frasa~


Monday, January 16, 2012

i do sketched?

alkisah tersebutlah kisah...
aku baru tau macam mana kawan2 aku lukis katon2x kiut2 before ni...
rupa2 nya guna paint sahaja
=.="
then, bila dah tau...
apa lagi..aku buat experiment la
inilah hasil nya..
tadaaaa




kuning gitu...
haha..
sekian saja.

daun selasih daun mengkudu,
terima kasih thank you

Apakah...

Apakah perbezaan pandangan sarjana barat dan sarjana Islam tentang guru efektif?


Sarjana barat kebiasaannya menekankan pencapaian ilmu pengetahuan yang dianggap penting mengikut peredaran semasa. Sebagai contoh, pengetahuan Sains namun tidak menitikberatkan nilai-nilai murni yang perlu dimiliki oleh pelajar setelah memiliki ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu, banyak dalam kalangan ilmuan cerdik pandai di barat lebih terdorong menyalahgunakan ilmu yang ada.

Jika dibandingkan dengan sarjana Islam yang menitikberatkan ilmu dan akhlak sekaligus berlandaskan panduan alQuran dan asSunnah. Maka, lahirlah seorang ilmuan yang bukan sahaja mampu memberi manfaat pada dirinya malah memberi manfaat kepada masyarakat di sekeliling dengan ilmu yang ada seiring dengan keperibadian yang unggul di samping taat mengerjakan suruhan Allah dan menyeru ke arah kebaikan serta meninggalkan larangan.

-jawapan spontan dari budak baru belajar apabila ditanya di penghujung sesi P&P. nasib bek bertulis. kalau lisan, memang kondem ler...-13 Januari 2012-Jumaat

Sunday, January 15, 2012

cari ketenangan di Taman Sahabat, Kuching.

Sebelum ni pernah post gak gambo pasal Taman Sahabat
ni post yang kali kedua
lama dah nak buat,
baru kali ni ada masa.
nak kongsi gambo ikan je
banyakkk
ikan merah
pelbagai saiz
ikan lain pun ada
syookkk sangat bagi depa mamam baja ikan.
rasa nak pancing pun ada
hemoh3x.
masa ni pi dengan kazen.
dulu pi waktu malam,
ni siang...baru nampak ikannyer...

di mana ada baja ikan,
di situ ada ikan...
tak nak amek gambo orang bagi mamam ikan
sebab...comey sangat.hak3x.
*just kidding

antara ikan2 besau kat sane
nak pegi lagi la...

gambo tak berapa tantek sebab...
terguna "flash" hemoh3x.
mesti terkejut ikan tengok flash tu an an an..
Okey, nak dipendekkan cerita... Taman Sahabat ni dibuat sempena Persahabatan China dengan ape..lupe la.
Maap ye...Malaysia kot =,= nanti kalo saya ada pi lagi, saya cerita lagi lanjut ye... (^_^)v
Ni lah cara seorang hamba Allah menenangkan fikirannya...pi tempat2 yang bagi keindahan dalam hidup untuk cipta kenangan baru untuk buang kenangan lama yang pahit... *nak pegi lagi...
Kalo pegi sini kan, nak jimat duet beli roti untuk mamam dengan kaya tu...so, takyah la beli baja ikan yang berharga RM2 . 
(^_^)
Jom la pi Sarawak.
Hemoh3x.

Thursday, January 12, 2012

TRUE?

True words are not always pretty,

Pretty words are not always true.
[2 lines are copied...]

continued reading my mind
...



Same goes to human I think.



Pretty women are not always nice.
Nice women are always pretty.

Handsome men are not always good.
Good men are always handsome.

Same goes to teacher, might be?

Good teachers are not always efficient.
Effective teachers are always good.

How about students?

Bad boys are not always be bad boys.
Bad girls are not always be bad girls.

*apalah aku merepek ni...kalau salah tolonglah betulkan ye kawan2...
(^___^)

taken here.


Akhlak vs Moral?

Akhlak ada agama. Moral cuma perkara yang disepakati oleh masyarakat.

Contoh mudah bersalam.

Akhlak:
Bersalaman sesama jantina, boleh. Jika bersalaman dengan berlawanan jantina, haram.

Moral:
Bersalaman adalah perkara biasa. Jika tidak menyambut huluran tangan dikatakan kurang ajar.

Contoh lain? Cuba fikir.
(^_^)

kegembiraan happiness

anda happy? 

Kebiasaannya...bila saya happy...pasti ada insan yang saya sayang dan kasihi tengah bersedih...saya jadi pilu...
Kadang2...saya sedih...tapi bila tengok insan yang saya sayang dan kasihi happy...saya turut happy walau saya sedih di dalam hati...
Be happy and i'll be happy... (^__^) 
Let me be a part of your happiness...but don't forget me when you're sad...
I'll be there for you...if I'm still alive...Allah's will



pergi saja.

finally, i found a song that suites me
hemoh3x

terima kasih tuk luka yang kau beri
ku tak percaya kau tlah begini
dulu kau menjadi malaikat di hati
sampai hati kau telah begini

*courtesy of LirikLaguIndonesia.net

* berkali-kali kau katakan sendiri
kini ku tlah benci, cintaku tlah pergi

pergi saja kau pergi, tak usah kembali
percuma saja kini hanya mengundang perih
cukup tahu ku dirimu, cukup sakit ku rasakan kini

janji yang selalu ku ingat hingga mati
kau setia hingga ku kembali

repeat *
pergi saja kau pergi, tak usah kembali
percuma saja kini hanya mengundang perih
buang saja kau buang cinta yang kemarin
perasaan tak mungkin percayamu lagi
cukup tahu ku dirimu, cukup sakit ku rasakan kini

pergi saja kau pergi, tak usah kembali
percuma saja kini hanya mengundang perih
buang saja kau buang cinta yang kemarin
ooo percayamu lagi
tinggalkan saja diriku, semua kan percuma
cukup tahu ku dirimu, cukup sakit ku rasakan kini




Copied.

tak sangka kan?

kita jumpa,
kita kenal,
kita kawan,
kita berhubung.


tapi kemudian.
kita menjarak,
kita tak lagi berhubung,
kita tak lagi berkawan.



tak sangka kan,
kita sekarang,
seolah-olah dua manusia yang tak pernah kenal satu sama lain.
ya, pelik rasanya berlagak biasa.
ya, kelakar rasanya berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku.

tapi,
siapa sangka,
mungkin ada hikmahnya kan?



Wednesday, January 11, 2012

INGAT LUPA

Perkara yang nak dilupa, makin mudah nak diiingat.
Perkara yang perlu diingat, makin senang nak dilupa.


Apa KOMPETENSI anda?

Cikgu: Apakah yang dimaksudkan dengan kompetensi?
Murid: Kompentensi ialah kemahiran yang ada pada seseorang dalam sesuatu bidang.
Cikgu: Baik. Apakah komahiran yang awak ada?
Murid: Berfikir sejenak... saya dalam proses menulis cerpen. [uishh..apa la aku jawab ni.]
Cikgu: Itu bukan kemahiran. Masih belum mahir.
Murid: Terdiam... tak ada. [aku tak reti la jawab soklan berkaitan dengan kemahiran diri sendiri ni...huhu]
Cikgu: Sudah hampir tiga tahun awak di institut. Takkan takda?
Murid: Masih diam... [ku dapat rasakan pipi ku mula merah. hemoh3x.]
Cikgu: Ceritakan pada saya tentang SOLAT.
Murid: Solat itu wajib.
Cikgu: Itu jawapan biasa.
Murid: Ada solat sunat seperti tahajjud, taubat, dhuha,,, etc. [apa lagi aku jawab tadi..tergagap2.darah gemuruh kuat sangat...huhu]
Cikgu: Lagi?
Murid: Solat ini boleh 'cover' solat wajib jika ada kecacatan,,,so on and on.. [boleh2 aku rojakkan bahasa..dush..nasib bek ada orang bagitau 'menampung' haha.]
Cikgu: Betul ke apa yang dia katakan (murid 2)?
Murid 2: Betul, cikgu.

Finally, Murid pun dapat duduk tapi dapat merasakan yang muka dia kepanasan menahan malu. Murid ni memang susah nak cari apa kompetensi diri sendiri...huhu. Bila ditanya macam tu, memang terus blur jadinya. kuang3x... Murid ini seorang yang masih tidak punya keyakinan diri. so saddd...~

Aku seorang yang...
- agak sensitif...mudah menangis... [kompetensi ke tu? 110% bukan. haha]
- memasak..bolehla...kwn puji aku masak butter chicken sodap..hemoh3x. [bukan profesional.huhu]
- taip ayat2 menyentuh hati...haha.perasan [tu...kategori apa ya? entah apa2 lah aku ni.]
- aku tak suka membaca sangat...kalo beli buku kena tengok cover buku yang aku beli. [cerewetttt...]
- aku suka mengkritik...especially bila berkaitan dengan benda yang aku suka...contoh; designs, makanan,  etc...[mungkin inilah kompetensi aku kot.haha]

Sepatutnya, Murid ni rileks dulu sebelum jawab soalan kan kan kan...
Bila nervous, semua idea Murid hilang... sedangkan Murid pernah jadi GSTT (Agama)...alahaii...
Memalukan... = =
Pengalaman sekerat je...takleh nak kata apa...hemoh3x...
Suddenly missing anak2 di L.A...huhu... bukan Los Angeles..
Lubok Antu...cop2x..nama ja Lubok Antu..takdenye banyak antu.hehe..

Tuesday, January 10, 2012

Nak Kongsi Pasal SENYUM...

Entah kenapa mengapa,,,
malam ini rasa nak cari gambo pasal S-M-I-LE
dah jumpe then download
suka sangat2

gambo ni bukan hak milik ceq, ceq download ja, mr.google bagi.

then...post kat Facebook.
maklumla..gambo comey.hehe
tapi adalah tambahan sikit...
biasalah..ceq kan suka part wat meaning word in my own way.haha
perasan.
tadaaaa....
present to you
wat a smile means to me

S > stop for a while from showing your sadness
M > make your day
I > in other to earn a smile, you should invest a smile too
L > lets share your smile to other people around you
E > expands your social network just by start to give a smile

 idea tiba2 dan selebihnya terpaksa digodek2...
hemoh3x

"Senyum kan satu sedekah"
Senyum selalu.
(^_^)

Cinta Cuma Satu 2


“Maaf, sayang saya cuma sebagai sahabat.”
Ayat terakhir pesanan ringkas dari Eirul itu membuatkan Aisha sekali lagi terluka. Katanya lagi, dia mencari isteri bukan kekasih.

Pesanan itu tidaklah membuatkan Aisha terlampau kecewa cuma, luka lama berdarah kembali kerana ditambah lagi dengan kehadiran pesanan ringkas dari buah hati Eirul yang seolah-olah menuduh Aisha merampas Eirul darinya. Tidak pernah terlintas walau sedikit di dalam hati Aisha untuk merampas Eirul daripada sesiapa pun. Aisha tahu, dia tidak akan dapat memiliki hati lelaki sebaik Eirul sedangkan hatinya sendiri diselaputi dosa yang kunjung tiba walaupun dia tidak rela.

“Ya Allah, mengapa sebegini ujianMu buatku?” Soal Aisha di dalam hati namun setelah itu dia segera beristighfar kerana teringat akan artikel yang pernah dibacanya mengatakan sebagai hambaNya kita tidak layak mempersoalkan soalan seperti itu. Persoalan seperti itu seolah-olah menunjukkan kita menyalahkan Allah dan mempersoalkan kebesaranNya sebagai yang Maha Kuasa dan Maha Berkehendak.

Aisha sedar yang Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Oleh sebab itu, dia tabahkan hatinya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun untuk sekian kalinya hatinya dilukai. Lagipun, Aisha merasakan dirinya memang tidak layak untuk dicintai oleh mana-mana lelaki pun saat ini.
Saat hatinya dirundung pilu dia masih tersenyum. Namun, senyuman itu tampak hambar di mata sahabat-sahabat yang mengenalinya sebagai seorang yang ceria. Aisha memang sukar untuk menipu insan di sekelilingnya. Kesedihannya jelas terlihat pada anak matanya. Memang benar pepatah Inggeris ada menyatakan, eyes don’t lie

Hari-hari berlalu begitu sahaja. Di dalam kelas, Aisha yang dulunya banyak bersuara sekarang bercakap pabila perlu dan senyumannya tawar. Setiap langkahnya menuju tempat kuliah dan balik ke rumah terlalu longlai, tidak seperti dulu sentiasa bersemangat dan senyuman tidak pernah lekang daripada bibirnya.
Sehinggalah pada suatu hari Aisha menerima satu pesanan ringkas daripada seorang sahabat,
It’s all in your eyes. Don’t look down on yourself. You’re strong!

Aisha terharu dan sekali lagi linangan mutiara itu jatuh berlinangan. Entah mengapa sejak dari kejadian itu, Aisha menjadi seorang yang terlalu mudah untuk mengalirkan airmatanya. Kata-kata semangat seperti itu seakan-akan melemahkan dirinya apabila terkenangkan Eirul yang juga pernah memberi kata semangat kepadanya. 

Bisik hatinya,
Saya tak pernah kisah akan berat badan saya, yang saya kisah berat nya merelakan awak pergi. Saya tak pernah tahu pasal hidup saya, yang saya nak tahu cuma pasal hidup awak dalam sehari. Saya tak pernah jaga kesihatan diri saya, yang saya nak awak selalu jaga kesihatan diri awak.
Pelik kan... itulah penangan cinta. Tak menghiraukan diri, tapi selalu ambil berat akan insan yang dicintai. Tak mengendahkan diri sendiri tapi selalu risaukan insan dicintai.

Tanpa Aisha sedari, dia menangis lagi. Dia berbisik pada diri supaya kuat, Eirul bukanlah suaminya yang sah untuk dia tangisi pemergiannya. Allah ingin menguji dirinya, supaya Aisha sentiasa dekat padaNya. Takut-takut Aisha lalai dan alpa kerana cinta.

Cinta Cuma Satu 1

Kisah ini merupakan sambungan bagi...
Suka Duka Cinta

Aisha sendiri tak tahu apa yang dia nak dari Shirman. Aisha keliru akan perasaannya sendiri. Apabila ditanya oleh Shirman,
"Adakah awak ingin berkahwin dengan saya..?"
Aisha cuma mampu menjawab sebagaimana yang pernah dijawab oleh Shirman ketika Aisha menyoal soalan yang sama suatu ketika dahulu,
''Kalau ada jodoh...''
Shirman menegaskan lagi soalannya dengan membalas mesej Aisha,
''Saya tanya ikhlas.''
Aisha cuma menjawab,
''Kalau nak pun..apa-apa boleh jadi,ikatan pertunangan lagikan putus, inikan pula kita yang tiada ikatan apa2..''
Shirman membalas dengan keluhan..
''Hmm''
Aisha membalas dengan,
''Awak sendiri pernah jawab macam tu...saat tu saya rasa..saya bertepuk sebelah tangan''
Mana tak nya, saat itu Aisha beria-ria nak ajak Shirman kahwin, tapi jawapan itu cukup-cukup menghiris hatinya. Seolah-olah keyakinan itu tiada.
Shirman mula mengubah topik dengan bertanya,
''Awak suka saya kah..?''
Aisha membalas,
''Kalau saya suka pun, saya cuma dapat kekecewaan'
''Kenapa pula?'' soal Shirman.
''Tak pernah ada seorang pun dari insan yang pernah saya sayang sepenuh hati tanya keadaan saya setiap hari... tak pernah... mungkin ini balasan buat saya yang pernah kecewakan hati lelaki. Saya cuba rawat luka dengan belajar berfikiran positif terhadap lelaki... tetapi setiap kali itulah tembok percaya itu runtuh...''
Shirman membalas,
"Saya tak tahu nak cakap apa."
"Tak payahla cakap... awak cuma perlu baca... asalkan saya dah luah apa yang saya rasa... asalkan awak sudah tahu apa yang saya alami... itu sudah cukup... thanks sebab sudi reply message saya..maaf andai tambahkan sakit..." balas Aisha kembali.
"Takpa.. saya faham.. saya bukanlah jahat sangat," balas Shirman.
"Saya tak tahu apa yang awak faham... saya cuma takut salah faham."
"Saya tak tahu apa yang awak nak," luah Shirman keliru.
"Tak payahla tahu... mungkin saya perlu sedar... saya tak layak untuk awak."
"Saya bukannya sempurna. Mungkin saya yang tak layak untuk awak."
''Saya yang tak layak.''
''Awak sihat?'' Shirman mengubah topik semula.
''Saya sihat cuma hati yang tak okey.'' 
"Izinkan saya merawatnya.''
"Mampukah hati yang hancur ini dicantum semula?''
"Hanya awak yang boleh jawab soalan tu."
''Okey..'' 
Pada malam itu, setelah sekian lama Aisha tidak menangis, dia kembali mengalirkan airmatanya. Mungkin kerana keletihan dan masalah yang dihadapinya saat itu membuatkan dia mudah tersentuh hati. Akhirnya dia tertidur.

Monday, January 9, 2012

He's 20...

It's not easy to forget...
Nak wish kat facebook dah kena block.
Wish sajalah kat blog. 
(^_^)
Selamat Hari Lahir, semoga dipermudahkan segala urusan diiringi keberkatan olehNya...
Semoga impianmu untuk terus menjadi yang terbaik akan tercapai...
Jaga diri, jaga iman, jaga kesihatan...


-hanya untukmu-
ini saja yang termampu dariku
maafkanku

Thursday, January 5, 2012

Banyak A bukan penentu...

Ok readers,, hari ni aku rasa terpanggil untuk update blog aku yang tak seberapa ni.
Well, sekarang ni di facebook kisah hidup seorang pelajar cemerlang SPM beberapa tahun yang lalu menjadi bualan hangat.. ada sahaja post mengenai dirinya...

Ini yang pertama aku baca...
To be honest la...1st time aku baca memang terkejut. Tapi, benda dah jadi. Cakap banyak pun tak guna...
Suddenly it reminds me about what my English teacher said when I was 16...
"Dia pandai atas kertas sahaja..." sampai sekarang aku ingat lagi.

Tujuan aku update pasal NACB ni bukan nak popularkan blog...
Cuma nak kongsi pendapat...
Ramai yang tegur, ramai yang tak puas hati...
Berapa ramai yang tegur dengan hikmah?
Berapa ramai pulak yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan sopan?
Kalau lah Rasulullah dan sahabat menegur macam orang sekarang membuat teguran...
Agaknya berapa ramai yang akan memeluk agama Islam?
*Anda semua tahu jawapannya*
Memang amar ma'ruf nahi mungkar itu perlu...
"Kuntum khaira ummatin ukhrijat linnas, ta'muru na bil maa'ruf wa tanhau na anil munkar"
But, mesti kena pada caranya...bukan dengan mencaci apatah lagi menghina kerana kita sama sahaja makhlukNya.

Ini yang ketiga aku baca actually...yang kedua dari blog kawan. Isinya lebih kurang sama dengan yang ini.
Aku juga pernah memandang tinggi pada NACB suatu masa dahulu...now? Lepas baca artikel ni, aku realise yang spirit dia untuk belajar memang patut dicontohi. Tak salah kan? Ya, aku tergerak untuk menulis sebab She's a Muslim... sebab lain untuk aku update blog...

"Tatlabal ilmi minal mahdi ilal lahdi"
Yes, memang aku agak terkilan dengan isu tak pakai tudung.
Tapi, semua pernah dengar kan lagu Raihan...
"Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..."
*Nyanyi ikut tune ke? Hehe..buat lawak sikit takut korang bosan baca*
Okey, orang kata kan,,, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung...
Pernah dengar kan? Selalu sangat...Aku tak sokong sapa2 dalam isu ni sebab she's brilliant but at the same time she's ignoring her responsibility as a Muslim [gara2 tak pakai tudung]. But, siapa kita untuk hukum dia?
Sungguh pun tak pakai tudung, kita tahu ke tidak kehidupan dia kat sana macam mana?
*Bunyi macam sokong dia kan? No. Not at all.*

 "Gajah seberang laut nampak, kuman di depan mata?"
Aku tak pasti peribahasa ni betul ke tidak... sebab dulu dekat nak SPM aku punya BM pun bukan A. B je.
Syukur sangat masa SPM dapat A. Hemoh3x...

Kita sibuk cari kesalah NACB yang jauh di mata...but, what we do pada kemungkaran depan mata?
Aku tak lah baik mana pun untuk menegur, but takkan sampai aku betul2 baik baru nak menegur kan?
Alamatnya...tak tertegur lah aku...Manusia ni memang makhluk ciptaanNya paling sempurna...tapi, kita masih perlukan elemen2 lain untuk survive kan? Kita juga tak terlepas dari melakukan kesilapan...
Okey, NACB bukan malaikat yang tiada nafsu...iman maintain ja... tak payah kata NACB...
aku ni,,, kadang2 aku rasa ringan sangat nak solat, but sometime rasa berat tapi kena jugak solat. SOLAT WAJIB n SOLAT kan perkara pertama dihisab di akhirat kelak...semua orang tahu.
Bila buat salah dengan Allah, senang tau.... Bersegeralah bertaubat sebelum terlambat.
*Tapi, aku tak galakkan korang berbuat dosa dan terus-terusan hidup bergelumang maksiat disebabkan statement aku tu ye.*
Taubat pun mesti kena dengan caranya...jangan pulak buat taubat olok2...
Allah tahu apa yang terbuku di lubuk hati kita. Syukurlah kalau anda masih ada rasa bersalah tiap kali rasa berdosa.
Kita selalu sibuk dengan orang yang kita tak kenal sangat sampai terlupa pada diri sendiri entah betul entah kan tidak...kadang2 kita selalu rasa kita saja yang betul manakala orang lain salah.
*Tengoklah kat cermin...speak to yourself,,,aku ni bagus sangat ke nak kutuk orang itu ini?Aku ni maksum [terpelihara dari melakukan maksiat] ke sampai siap kutuk2 orang?*
Entah2, sebok jaga tepi kain orang, kain sendiri koyak rabak dan lusuh tak tahu...
*reminder untuk diri sendiri jugak...

Ini yang last aku baca.
Aku dah tak larat nak baca lagi pasal NACB ni...cukuplah aku baca 4link dan share 3 link sahaja untuk readers blog aku ni. *ada readers ke?takpe..tak kesah sangat.hihi
Aku tak nak baca banyak2 sebab makin banyak aku baca makin terasa lucunya tengok komen2 insan2 di setiap link yang ada.
Eh, tadi aku ada cakap tak pasal di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung?
Aku lupa pulak nak hurai...memang kita sekarang tak kira pelajar, pekerja, ibu, bapa, anak, suami, etc...
Di mana sahaja kita berada...duduknya kita di bumi ciptaan ALLAH...selagi masih berpijak di tempat ciptaan ALLAH, junjunglah hukum ALLAH...
di samping itu juga, kenalah ikut peraturan ...selagi mana tidak langgar hukum syara' kan...
Masa borak pasal NACB dalam kereta tadi, makcik aku kata:
"Susah kan,,,pandai pun salah..."
Dalam apa jua keadaan, memang hidup sebagai seorang manusia ni memang takde senangnya...
Kadang2 kita tak pernah ganggu orang, orang pulak dengki kat kita...
*Aku bukan ulas link tu...*

Sometimes, what we see its not the same as we think it were...Kadang2 apa kita lihat tu tak sama dengan apa yang terjadi sebab, penglihatan manusia ni ada limit...
Allah jua yang Maha Melihat...
Baru sikit kita tahu...mungkin ada banyak lagi yang kita tak tahu pasal NACB...
Allah jua yang Maha Mengetahui...
Kita pandai berkata itu dan ini...
Allah jua yang Maha Bijaksana...
Siapalah kita untuk menghukum...

Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi..
Capai matlamat sendiri tanpa membiarkan insan sekeliling disakiti...

Insan biasa yang menaip apa yang berlegar di minda...
Di tambah sedikit rencah dengan ilmu yang ada...
Hemoh3x...~

Sakit Pinggang ke?

SAKIT PINGGANG:
Bila seseorang datang ke klinik mengadu sakit pinggang biasanya dia merujuk kepada sakit atau rasa tidak selesa di kawasan bawah belakang sehingga tulang punggung.
Sakit pinggang tidak bermakna sakit buah pinggang (kidney). Buah pinggang tidak terletak di bahagian pinggang. Ia terletak lebih atas dari kawasan pinggang dan ia diselindungi dan dilindungi oleh tulang rusuk bahagian belakang.
Mungkin anda cuma sakit urat belakang sahaja. Terdapat banyak urat di bahagian belakang dan pinggang sebenarnya.
Apabila seseorang itu menggunakan urat belakang terlalu lama atau agresif atau kedudukan badan (posture) yang tidak betul, ia boleh menyebabkan otot tersebut akan kejang dan sakit. Keadaan ini membuatkan ramai orang menyangka sakit ini adalah dari sakit buah pinggang (kidney) sebaliknya ia hanya sakit dan tegang urat belakang sahaja.
Bagaimana cara untuk mengenalpasti sakit tersebut hanya dari urat belakang dan tidak dari buah pinggang?
Biasanya sakit urat belakang bermula setelah berlaku atau melakukan sesuatu kegiatan yang melibatkan bahagian belakang sebelumnya. Ini seperti terjatuh, bermainaktiviti sukan yang telah lama ditinggal, mengangkat berat, melakukan tunduk dan bangun berkali-kali, duduk di kerusi atau berdiri terlalu lama, memandu kenderaan terlalu lama, demam atau batuk yang berpanjangan.
Sakit belakang bertambah sekiranya pergerakan belakang dibuat. Sebaliknya jika tiada pergerakan sakitnya kurang atau tiada.
Tiada tanda-tanda sakit buah pinggang seperti bengkak kaki dan muka, masalah kencing yang terlalu banyak atau terlalu sikit, kencing berdarah, tekanan darah meninggi
dengan mendadak, intensitinya sama samada bergerak atau diam diri (melainkan jangkitan kuman di buah pinggang, tetapi ia mesti berserta dengan demam panas),demam, muntah, sakit kepala dan pening. Biasanya simptom-simptom ini datang perlahan-lahan melainkan batu karang di saluran kencing atau buah pinggang.
Mengurut, ubat penahan sakit dan ubat tegang otot boleh melegakan atau menghilangkan sakit belakang tetapi tidak jika sakit buah pinggang.
Pemeriksaan darah dan air kencing adalah normal.
Sakit buah pinggang yang boleh terjadi dengan tiba-tiba ( tanpa demam, tanpa bengkak kaki atau muka) hanya batu karang sahaja. Itu pun tak semestinya batu karang tersebut merosakkan buah pinggang. Sakit buah pinggang yang lain biasanya datang dengan perlahan-lahan bersertakan dengan simptom-simptom yang lain. SEKIAN 
More at,
 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template