Ketika sarapan pagi mak dan anak berbual-bual.
Anak: Mak, pau yang mak buat ni sedap lah.
Mak: Ada-ada je kamu ni. Setahu mak, kamu tu semua yang mak masak kamu kata sedap.
Anak: Eh, yeke? Hihi. Ye tak ye jugak kan. Semua mak masak sedap sangat. Kalau tak, saya ni takkan sebesar ni sekarang. Hehe
Mak: Ada saje celoteh anak mak nie. Macam-macam la kamu ni. Ni mesti ada apa-apa kan?
Anak: Ish, takdelah mak. Mak tak terfikir nak buat bisnes ke? Jual pau nie. Pau mak kan sedap. Hehe
Mak: Memang terfikir nak jual tapi sape lah nak tolong hantarkan ke pasar. Bukan ada orang tolong pun. Lagipun kalau nak jual berapa harganya?
Anak: Mak jual lah empat seringgit cepat laku. Kena jual murah dari orang selalu jual mak.
Mak: Kalau jual empat seringgit, kena kecilkan saiz pau nie. Nanti, kalau orang anak ramai datang beli pau yang mak jual kan terpaksa beli RM2 kalau anak 8 orang sebab pau kecil sangat untuk dibahagikan. Kalau jual tiga seringgit dan saiz besar senang nak bahagi. Kalau anak mak takpe lah, mahu diajak berkongsi setakat nie. Alhamdulillah. Macam mana kalau anak orang yang tak reti nak berbahagi?
Anak: Ye tak ye jugak kan mak. Ada betulnya apa yang mak kata nie.
Mak tersenyum melihat anaknya.
Perbualan terhenti di situ. Si anak berfikir di dalam hati; Hanya IBU yang memahami IBU yang lain.
Ibu akan sentiasa fikir untuk orang lain terutama sekali anak-anak walaupun dirinya sendiri sentiasa terabai dek kerana memenuhi keperluan anak-anak.
Hargailah ibu anda sementara masih ada peluang.
Wednesday, December 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment