Saturday, December 31, 2011

koleksi STATUS FACEBOOK KU [prtsc]

Cuma nak kongsi status2 dekat nak habis tahun ni...
semakin kuat kita nak lupa orang tu,,semakin kita ingat...


ni buat saja2...idea tiba2...

I really meant it when I type it.
Ni memang pernah post.
when will I SUCCEED to FORGET?

this status really reminds me of him

lahir dari hati..

ni men share je. I LIKE BUTTON SHARE!

bila tengok status kawan2 semua mtk extend cuti...

dari HATI ini





MADE ME REALISED...
orang yang kita sayang...memang...hmm...

Will I end up like Tom?

Okey. Who's Tom?

taken here
Pernah tak jumpa a friend that we feel we can share everything with?
Opposite gender of course...*macam dalam cita 500days of summer*
Mungkin ada yang dah tengok, ada yang belum...but must be the percent yang dah tengok is bigger.
correct me if I'm wrong...Ok,bukan nak promo muvie nie...*eh2, promo cket je.
Tom suka Summer, tapi Summer just LIKE him not LOVE. *sound funny...
ever happen to me that I LIKE A GUY BUT NOT LOVE...
there's different between LIKE and LOVE...
"If you LIKE a person, you can't LOVE him. But, if you LOVE him definitely you LIKE him."
bunyinya macam berbelit belit kan...re-read please until you understand what i typed.hehe...
Okey, 500 days such a big number and long time...about ...around...malaslah nak kira. kira sendiri.
dalam masa 500 hari tu dia kenal an Summer....sweet...macam IN LOVE but ..macam aku taip kat atas tadi,
IN LIKE actually...~ Tom saja yang rasa diorang macam pasangan kekasih...
macam tak best je citer ni kan? *seriously, aku baru habis tengok semalam,nasib bek ada siaran ulangan kat 413...kalo tak, takdenye aku tau..mula2 aku tengok tertido..haa...~
nak tahu macam mana ceritanya, tengok sendiri. *aku review apa ku rasa ja tentang cerita tuh...
sebab now, i feel aku macam Tom yang berusaha untuk MOVE ON without SUMMER...but at the end he meets AUTUMN. [kreatif pulak orang yang buat story ni kan? ke aku saja yang rasa cenggitu?]
memang lah cerita kita takkan sama sebijik dengan apa yang ada kat dalam tv... *sebab pengarah kita lagi hebat...Allah. remember that k.
"Will I end up like Tom? MAYBE. I have my own HAPPINESS and right to be HAPPY with someone that is HAPPY being with me."
taken here

Friday, December 30, 2011

I LOVE YOU IF YOU LOVE ME TOO


Tidur Kena Cukup?

TIDAK CUKUP TIDUR, BAHAYAKAN NYAWA:
(48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar)

LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin
meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.
Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada
sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau.
Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam
sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.
Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.
Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard.
Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.
Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman
kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan.

Ok, saya harap emel kali ini dapat memberi sedikit panduan kepada kita untuk memahami kepentingan tidur yg cukup. Tambah pula zaman facebook ni, ada saya dapati pukul 2....3 pagi masih lagi berfacebook. Ini jangan diamalkan selalu, lama kelamaan ia akan memudaratkan kesihatan kita. 
P/S: Memang kena sangat dengan aku yang lately parah dan payah nak tido malam =="

Tuesday, December 27, 2011

Rakyat Msia Kahwin Sejenis?


Okey, aku bet ramai yang kecoh pasal benda ni sekarang. 
Tak pun kecoh pasal ni.

taken here

Ok, nak tahu apa pendapat aku pasal isu Rakyat Malaysia kahwin sejenis ni?
AKU TAK KESAH.
ye, aku tak kesah.
*hairan?*
AKU KESAH kalau tajuknya macam ni 
and it suppost to be like this in the news to be highlighted.
LELAKI MUSLIM MALAYSIA KAHWIN SEJENIS
ni memang aku kesah sangat2x..
mintak2 la diorang kembali d track yg betol.
jangan kutuk diorang k. 
(^_^)
"THERE'S REASONS BEHIND EVERYTHING"
but,
THERE's NO REASONS FOR US AS A MUSLIM TO NEGLECT ALLAH ORDER.
[speaking la pulak...]
aku cuma hairan,
WHY HE CHOSE A GUY OVER A WOMAN?
nak kata lelaki makin banyak, perempuan dah pupus,
TAK!
apa lah yang dia fikir, 
AKU PUN TAK TAHU.
Please la guys kat lua sana...
Buruk mana pun perangai korang, janganlah jadi GAY  ok.
kalau korang kawen dgn GAY, bukan dpt zuriat tapi dilaknat.
Plus, kalau kawen dgn perempuan ada kuota 4.
Why go for men????
I need an answer.
Aku putus cinta jugak tapi tak lah sampai mengimpikan WANITA sebagai teman hidup aku.
*NO OFFENSE, ITS REAL*

Untuk girls jugak...
Buruk mana pun perangai korang, jangan jadi LESBI ye.
 Dahla dilaknat, takda zuriat.
Mungkin inilah tanda2 untuk menghampiri akhirat.
Please, kaum sejenisku... kalau ye pun kita ni ramai dari lelaki...
takkanlah nak kawen sesama sendiri?
*THINK TWICE, THINK WISE*

NEGARA MAKIN MAJU tapi RAKYAT MAKIN TAK TAHU MALU
*maaf ye, kalau agak kasar*
Umat kita makin lupa sejarah...kisah kaum yang dilaknat Allah suatu masa dahulu.
Nak tahu?
"Google" kan saja.

-end of my point of view-
ps: Ingat. Akhirat makin mendekat, jauhi dilaknat.

awak dan saya

dulu awak like status saya, saya like status awak.
dulu awak invite saya kat macam2 group, saya invite jugak awak.
saya pernah unfriend awak tapi tak block awak, tapi awak block saya.
-terima kasih sahabat selamanya-
sekarang, walaupun masih ingat kat awak, saya dah lupa no. hp awak...
sebab 
SaYa HaRGAI KEHADIRAN ORanG SeKELILING SaYa WalauPUN CUMA SeMeNTARA.
sebab
AWAK TETAP SAHABAT SAYA SELAMANYA.
SAYA TAK KISAHLA ORANG TAK BAGI SAYA INGAT KAT AWAK,
TAPI SAYA TETAP NAK INGAT JUGAK, SEBAB TU NAMA AWAK ADA DALAM CERITA SAYA.
SEBAB ITU JUGA LAH CERITA SAYA TAK TAHU BAGAIMANA UNTUK DIAKHIRI,
TERGANTUNG sebab, awak dah hilang dari hidup saya...
tapi SAYA AKAN TETAP TUNGGU AWAK.
selagi bernyawa...

(^__^)v

Limited access

As a security precaution, for the next 24 hours, your account will not be able to post on facebook. You can now log in.

How nice...

Nak tahu macam mana ini terjadi?

1st, ni yang ceq dapat...
For security reasons your account is temporarily locked

2nd, ni pulak ...
Your computer appears to be infected with a malware.

3rd,
How you might have been infected
Often, users who are infected with malware are tricked into running a malicious program or a browser plugin. Remember, you should never run programs from sources that you don't trust.


Kenapa lah aku yang kena...~
Cobaan~


Sunday, December 25, 2011

QA Keris Emas. (CtrlC+CtrlV)

Assalammualaikum...kat sini ada soal jawab pasal isu UCAP MERRY CHRISTMAS kepada non muslim yg telah dijawab oleh Ustaz Azhar. Yang ni jawapan2 yg telah dikumpulkan untuk dibuat satu status lengkap supaya semua dapat baca terus...semoga bermanfaat.

Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh2 tanya pasal Christmas ni? seolah2 Kristian yg ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la...tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap...doa dan zikir byk lg yg tak reti..

Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! ..Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap "Merry Christmas" anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tp jenis melayu ni degil..

Soalan 3 : apa hukum kalau pergi ke rumah org yg buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jgn buat amalan2 berkait agama mereka..

Soalan 4 : Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan2 yg menyambutnya? 2) Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja..jgn ucap merry atau selamat.. 2. bolih jika rakan kerja atau jiran sebelah..jgn ucap atau buat2 apa2 yg berkait dgn agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja...

Soalan 5 : mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..org non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya...jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya... zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dgn ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..

Soalan 6 : Perayaan2 etnik trbesar diMalaysia spt krismas, deepavali, raya cino dll....Setakat mnow umat Islam dpt merayaknnya?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pd hari2 raya mereka dgn tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka...

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..

Soalan 8 : rumah terbuka sempena christmas..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil..Kitab Bahrulmmazi.

Qailulah (copied from email)

Beberapa hari yg lepas saya ada menerangkan mengenai cara tidur yg baik untuk kesihatan. Salah satunya ialah "tidur sebentar sebelum zuhur" . Sunnah nabi ini memang telah dibuktikan oleh beberapa ahli sains yg mengkaji hal2 berkenaan. Kali ini saya ingin memberi satu info berkenaan hal ini:
TIDUR SIANG pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan
dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah
untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan
tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.
(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'.

Dr.William A.Anthony
Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'.
Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas
Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan
menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.
(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

Beginilah Hanisah, jika kita mengetahui rahsia disebalik sunnah nabi, pasti kita akan melakukannya. Orang non-muslim melakukan kajian, tetapi mereka tidak pejudis. Yg baik dikatakannya baik walaupun itu bukan dari agama mereka. Jadi, kita patutlah mengambil menafaat dari apa yg mereka telah buktikan ini.
Sekian dulu untuk kali ini
Panjang umur kita jumpa lagi... 

Tolong Aku

Lirik Tolong Aku - Hujan

Tolong aku sahabatku
Dengarkan jerit hatiku
Tentang dia, tentang dia, masih slalu tentang dia
Ajak aku bersamamu
Kemanapun engkau mau
Tenangkan aku, tenangkan aku, sabarlah tenangkan aku

Dia pernah membuatku merasa sempurna
Hingga akupun menjanjikan slamanya
Namun ternyata mimpi yang dia punya berbeda, berbeda…

Aku takkan bisa hidup tanpa dia
Dia yang membuat aku bahagia
Tolong aku untuk melupakan dia
Sungguh hanya itu yang aku pinta


Saturday, December 24, 2011

Aku Stalker Part 15


“Salam, macam mana exam tadi? KF”

 Mesej dari insan yang menggunakan akronim nama KF yang pastinya. Intan malas hendak berbalas mesej dengan insan yang tidak dikenalinya kerana dirasakan tidak penting. Kadang-kadang dia sendiri pening. Ingin saja dia menukar nombor telefon yang baru akan tetapi nombor yang digunakannya sekarang merupakan nombor yang mudah untuk dihubungi bagi perkara-perkara yang penting.

“Nak reply ke tidak...” soal Intan di dalam hati.

“Malaslah. Bukan kenal pun. Nanti kena pulak dengan duda aku, naya. Kau sendiri yang menangis tak berair mata disebabkannya, Intan. Biarkan sajalah. Tak penting pun.” Intan berbahas sendiri.

“Kalau dia bukan duda engkau? Erm,,, biarlah. Bukan suami aku pun. Haha.” Tersenyum sendiri.

“Ehem, Cik Intan. Senyum sorang-sorang nampak. Macam ada sesuatu je.” Sapa Alieya tiba-tiba. Entah dari mana datangnya, Intan pun tidak sedar kerana leka berbahas sendirian tadi.

“Assalamualaikum, Cik Alieya. Takde sesuatu nya pun.”

“Waalaikumsalam. Oops! Lupa pulak nak bagi salam tadi. Maaf ye.”

“Tau takpe.”

“Rileks la, aku excited tengok kau tadi. Mana tak nya, lepas exam tadi kau keluar terus tak toleh belakang, tinggalkan aku.”

“Maaf ye kawan. Aku lupa pulak ada tinggalkan kawan kat belakang tadi. Hehe.”

“Yelah, sapa lah aku ni kan. Huhu.”

“Ala comelnya Cik Lieya macam tu. Mengada. Haha.” Serentak itu pipi Alieya menerima cubitan manja dari Intan.

“Sakitlah. Apa lah kau ni, Intan. Aku merajuk betul-betul kang baru padan muka. Haha.”

“Yelah, janganlah merajuk ek sayang. Main-main je. Exam kan dah lepas. Esok lusa dah tak jumpa kau lagi. Janganlah macam ni.”

“Aku main-main jugak la. Takkan la nak merajuk. Nanti cepat tua. Tak nak aku. Haha. Cepatnya kau nak tinggalkan aku? Rumah kau bukannya jauh sangat pun kalau nak balik. Rileks la sehari dua, temankan aku.”

“Baiklah, Cik Lieya sayang. Ikut aku balik rumah mak cik aku dulu lah, nak?”

“Okey jugak tu. Boleh jalan-jalan sebelum balik ke kampung. Nak beli ole-ole untuk family.
“Tak jumpa abang sayang ke sebelum balik?” seloroh Intan.

“Ish kau ni kan. Sehari tak menyakat aku tak sah. Mana ada jumpa lagi. Kalau selalu jumpa nanti muak tau. Lagipun, nanti dia datang ke rumah. Buat apa nak jumpa sekarang. Hehe.” Jawab Alieya sambil tersenyum bagai kerang busuk.

“Yelah kan, orang nak bertunang tak lama lagi. Lupa pulak hamba. Haha.”

“Jangan nak lupa, ok. Kau kena datang hari tu. Kalau tak...”

“Kalau tak apa, Lieya?”

“Kalau tak, tak apa. Hehe. Aku tak nak paksa, kalau tak sudi...”

“Alala sedihnyer... aku akan usahakan datang lah, Lieya.”

“Janji tau. Hehe. Aku main-main je lah tadi. Saja buat sedih. Manalah tau ada orang simpati.”

“Kau ni kan...nak kena. Aku ada benda nak bagitau ni Lieya.”

“Apa dia sayangku Intan?”

“Budak KF tu mesej lagi lah tadi. Siap tanya macam mana exam. Siapalah budak tu agaknya. Aku memang tak nak kisah sangat. Tapi bila dia macam tau semua pergerakan aku, aku jadi ngeri lah pulak. Tak lah ngeri sangat Cuma curious dibuatnya.”

“Ha... berani engkau Intan. Itulah kau, dulu jadi stalker. Sekarang kan dah jadi mangsa kena stalk jugak. Hehe.”

“Kiranya macam hukum karma lah ni?”

“Kau ni, bukannya betul pun apa aku cakap tadi. Hehe.”

“Tapi mungkin ada betulnya jugak. Lantak lah Lieya. Selagi dia masih dalam keadaan terkawal, aku okey je. Bukan aku balas pun mesej dia selama ni.”

“Bagus tu. Taklah dia mengharap sangat. Hehe. Tapi kesian pulak kat dia. Tak ke tertunggu-tunggu mesej dari engkau?”

“Ala...bukan salah aku pun. Aku tak suruh pun dia mesej aku, kan?”

“Ye tak ye jugak. Eh, perut aku dah lapar ni. Dari tadi berborak tak ingat dunia. Jom lah kita pergi makan.”

“Ada orang dah lapar rupanya. Jom lah sayang, kita makan. Aku belanja.”

“Ini yang buat tambah sayang ni. Haha.”

“Ada-ada ja kau ni Lieya.”

Mereka pun beriringan berjalan menuju ke kafeteria. Suasana di kafeteria agak lengang. Maklumlah, lepas habis peperiksaan. Kebiasaannya siswa dan siswi berpakat untuk menghabiskan masa bersama kawan masing-masing di luar kampus. 

“Sikitnya lauk ni. Macam tau-tau ja ada orang nak belanja aku hari ni, kan Intan?”

“Iyelah tu Lieya. Pandai lah kau. Diorang tahu yang budak-budak pakat nak makan kat luar hari ni kot. Sebab tu lah lauk ni sikit semacam. Lagipun dia tahu ada orang kena jaga badan. Nak bertunang lah katakan. Betul tak Lieya?”

“Haha. Kalau bab menyakat memang kau menang lah. Aku angkat bendera putih aje lah jawabnya.”

“Dah habis pilih ke lauk tu Lieya sayang?”

“Sudah, Intan sayang.”

“Jom, kita pesan air lepas tu pergi kaunter. Aku bayarkan.”

“Orait. Haha.”

Semasa hendak pergi ke kaunter, Intan terlanggar seseorang. Dia kurang pasti siapa sebab dia tidak mengangkat mukanya.

“Maaf, saya tak sengaja.” Cepat-cepat Intan menuturkan kata maaf.

“Takpe, saya pun salah jugak. Tak payah minta maaf.” Lembut sahaja suara lelaki itu.

“Saya jalan dulu. Terima kasih.”

“Sama-sama kasih.”

Intan bergerak pantas meninggalkan lelaki tadi tanpa menoleh ke belakang.

“Maaf. Saya cuma bergurau.”

Tiba-tiba muncul suara garau itu dari belakangnya setibanya di kaunter untuk membayar.

“Kalau ye pun bergurau, agak-agak lah. Aku tak nak lah kekasih engkau fikir aku ni goda kau pulak nanti.” Omel Intan di dalam hati namun tidak terluah.

“Maafkan saya.” Kata suara itu lagi.

Intan yang berada di hadapannya cuma mengangguk perlahan dan berlalu pergi mendapatkan Alieya.

“Await ceq tengok muka hang masam mencuka ja ni?” Alieya berseloroh dalam loghat utara.

“Dak aih, mana ada.” Intan melayan sahaja kerenah temannya itu.

“Hang jangan nak tipu. Tengok muka ja aku tahu lah, Intan.”

“Yelah, mana tak nya. Mamat mana pulak suka hati ja nak berkasih-kasih dengan aku kat kaunter tadi. Dahla aku boleh pulak terlanggar dia.”

“Owh, mamat tu. Aku nampak tadi. Hensem tau. Aku kenal sangat dengan budak tu.”

“Kau kenal ke? Aku tak tengok muka tadi.”

“Sepupu sendiri, takkanlah aku tak kenal. Fazril.”

“Budak tu rupanya. Hmm...”

“Mengeluh pulak dah. Kau tahu tak, mengeluh tak baik untuk kesihatan?”

“Yeke? Tak pernah pulak aku dengar. Setakat yang aku tahu, mengeluh mewarisi kepapaan.”

“Ha, itulah pasal. Bila dah papa, nak beli ubat-ubat untuk jaga kesihatan pun tak cukup. Hehe.”

“Baiklah Cik Lieya. Dahlah, makan dulu. Air pun dah sampai ni. Lepas ni sambung berborak. Masa kan masih panjang lagi.”

Intan dan Alieya bersama-sama menikmati juadah makan tengahari tanpa menyedari ada mata yang memerhati mereka dari jauh. Memerhati dengan khusyuk.

“Bro, kau tengok apa tu?”

“Kau ni kan, terkejut aku tahu tak?”

“Aku panggil kau berkali-kali kau tak dengar. Khusyuk sangat kot.”

“Ha ah. Khusyuk. Tengok keindahan alam ciptaan Allah. Subhanallah.”

“Iyelah tu Ril. Aku kenal sangat kawan aku ni. Ada ja alasan kalau nak berdalih. Aku tahu sangat keindahan alam yang kau maksudkan tu.”

“Kalau dah tahu, buat apa tanya?”

“Rileks la Ril. Aku gurau je. Saja nak menyakat orang yang tengah khusyuk jadi stalker.

“Kau memang pandai bab bagi gelaran kat orang ni kan Riz. Bagi buku lima baru padan muka kau.”

“Haha. Tak payah bagi buku lima. Bagi awek muka buku kat aku okey kot.”

“Banyak lah kau punya muka buku. Jomlah balik asrama.”

“Ingatkan kau dah tak nak balik dah tadi. Manalah tahu masih nak tengok keindahan alam yang ada di kafeteria.”
“Tak boleh tengok lama-lama. Bukan hak milik aku.”

“Dah tu kenapa tak nak jadikan dia milik kau?”

“Tunggu masa yang sesuai. Tak boleh gopoh. Lagipun siapalah aku ni Riz.”

Mereka berdua berbual sambil melangkah meninggalkan kafeteria menuju ke asrama.

“Kau, Ril. Sahabat baik kepada Riz yang hensem. Jadi, bila dah kawan dengan orang hensem kiranya kau pun hensem jugaklah. Haha.”

“Banyak lah kau punya hensem. Yelah kan, hero malaya lah katakan.”

“Baru tahu ke?”

“Lama dah aku tahu. Tak bagitahu pun aku dah tahu.”

“Eh, macam mana pulak?”

“Buat-buat tak tahu pulak kau ye. Alieya bakal tunang kau tu sepupu aku lah.”

“Alieya sepupu kau? Kau tak pernah bagitahu aku pun.”

“Pernah. Baru je tadi. Haha.”

“Terkena balik aku. Tapi, tak pernah pulak tengok korang bertegur sapa.”

“Aku sepupu dia je. Bukan abang kandung dia. Kalau aku tegur lebih-lebih, orang lain takda peluang pulak nak sangkut kat dia. Dia pun takda lah masa nak tengok kau. Aku kan lebih hensem dari kau. Haha.”

“Iyelah tu. Terima kasih la sahabat, bagi aku peluang itu. Pelik sangat aku dengan kau ni, sepupu sendiri pun tak nak tegur.”

“Kami bukan tak nak bertegur sapa. Kadang-kadang je, aku ni segan nak tegur dia sebab...err...”

“Sebab Intan, kan?” jawab Riz cuba mengagak.

“Hmm...”

“Mengeluh pulak dah. Kalau tertulis nama engkau untuk dia, takkan ke mana. Jangan risau k.”

“Okey bro. Terima kasih atas nasihat berguna.”

Aku Stalker Part 14


“Intan, jom pergi taman. Study group.

“Okey sayang. Jap gi aku turun.”
                
“Dah cantik dah tu. Aku tunggu kat bawah k. Nak pergi jemput Mei Mei dan Rina kat bilik diorang kejap.”

“Okey bereh boh. Hehe.”

Mereka memilih taman untuk dijadikan tempat untuk belajar berkumpulan disebabkan suasananya yang tenang dan damai. Lagipun, kalau study kat bilik lebih mudah tertidur. Niat nak belajar bertukar jadi bermimpi.

“Sampai pun Tuan Puteri Intan Qalesya kita ni.”

“Pandai kau naikkan pangkat aku jadi tuan puteri ya, Lieya.”

“Bukan aku je, budak dua orang ni pun bersubahat.”

“Kau pakai apa pun cantik, Intan. Orangnya dah cantiklah katakan.” Mei Mei pulak menyampuk.

“Kau ada nak cakap apa-apa, Rina?”

“Takda. Aku senyum je dah memadai. Hehe.”

“Jom, kita pergi duduk kat taman sana. Kalau dari tadi asyik puji aku, takkan ke mananya kita ni belajar. Bukan soalan tentang kecantikan aku ditanya nanti.”

“Okey bos. Jom.”

Sampai sahaja di taman, mereka memulakan pembelajaran. Setiap seorang akan menceritakan tajuk yang telah dibaca semalam sebagaimana yang telah dibahagikan. Cara ini lebih mudah dan membantu meringankan lagi tekanan untuk membaca kesemua topik yang dipelajari secara sendirian.

“Okey. Aku dah habis cerita tajuk yang aku baca. Ada yang tak faham?”

“Rasanya mudah dihadam apa yang kau ceritakan tadi. Cukup lengkap. Cukup rasa.” Sahut Lieya.

“Betul kata Lieya tu.” Rina pula menambah.

“Mei Mei setuju.” Mei Mei bersuara.

“Baguslah. Alhamdulillah. Ni ada sedikit nota yang aku dapat semalam. Aku dah print. Softcopynya aku dah emailkan semalam.”

Thanks, Intan.” Balas Alieya, Mei Mei, dan Rina serentak.

“My pleasure, kawan-kawan.”

“Aku rasa nak makan aiskrim lah.” Kata Lieya.

“Aku pun. Balik nanti kita pergi beli nak tak?” Rina menyuarakan pendapat.

“Okey jugak tu.” Mei Mei bersetuju.

“Kau Intan? Senyap ja.” Tanya Rina.

“Aku? Ada apa?” Intan yang tadinya sibuk melayan perasaan membaca mesej yang diterimanya tidak menyedari apa yang sedang dibincangkan.

“Tadi, Fahrin Ahmad datang sini mintak nombor telefon engkau. Tapi kau senyap je dia terus pergi.”

“Banyaklah kau punya Fahrin Ahmad. Aku tahu kau melawak kan, Lieya?”

“Siapa suruh kuat sangat mengelamun sampai tak sedarkan orang di sekeliling yang mengidam nak makan aiskrim ni.”

“Eh, sapa pulak yang mengidam? Setahu aku semua belum kahwin lagi.”

“Bendul pulak minah ni kan?” Mei Mei pula bersuara.

“Yalah, betul kan semua belum kahwin, macam mana boleh mengidam?”

“Kami semua ni teringin nak makan aiskrim lah Cik Intan.” Kata Rina pula.

“Aku saja ja nak tengok reaksi korang macam mana. Rileks la. Hihi.”

“Bila dia dah tak mengelamun macam ni lah jadinya. Ada saja hujahnya.” Tambah Lieya.

“Okey, balik nanti kita singgah beli aiskrim ya. Aku pun dah lama tak makan aiskrim.”

“Sekarang kita bahagi topik untuk subjek lain pulak, senang nak study lagi esok.” Rina pula bersuara.

“Orait bos.” Kata Intan, Alieya, dan Mei Mei serentak.

Setelah selesai membahagikan topik, mereka berjalan ke arah kafeteria yang tidak jauh dari taman. Empat dara itu pun membeli aiskrim untuk dinikmati pada petang itu.

Telefon Intan berbunyi menandakan ada mesej masuk.

“Salam, comelnya awak bila makan aiskrim. =) Dari hati KF”

“Siapa pulak lah yang hantar mesej kat aku ni.” Rungut Intan.
“Orang lah. Takkan kambing reti bermesej dah zaman IT ni?” gurau Mei Mei pula.

“Tahulah aku orang yang mesej. Masalahnya aku takda nombor orang tu dalam telefon ni. Kau kenal tak nombor ni?” Intan menunjukkan nombor itu kepada Alieya, Mei Mei, dan Rina.

“Jap. Aku cek dalam telefon dulu.” Pantas tangan mereka bertiga mencari nombor itu.

“Tak ada lah Intan.” Alieya bersuara.

“Aku pun takda.” Mei Mei berkata.

“Nombor tu macam pernah aku tengok, tapi takda dalam telefon aku la, Intan.” Rina menjelaskan.

Admire kau lah tu.” Mei Mei bergurau.

“Banyaklah aku punya admire. Rimaslah mesej-mesej secara rahsia macam ni. Bukan aku layan pun. Buat luak kredit dia ja hantar mesej.”

“Kalau hati dah sayang, apa saja dia buat untuk kau dia tak kisah la.” Alieya berbicara.

“Betul kata Lieya tu. Orang pakar lah katakan. Hehe.” Rina mengenakan Alieya.

“Banyaklah kau punya pakar. Sekeh baru tau. Kau tu pun apa kurangnya. Haha.” Alieya membalas.

“Aku rasa lah orang yang mesej kau tadi tu ada dekat-dekat sini lah.” Mei Mei pula menyuarakan pendapatnya.

“Ye tak ye jugak kan. Nak cari tak?” soal Alieya.

“Tak payahlah susah-susah cari. Buat penat je. Bila dia penat, dia berhenti lah. Mesej dia masih boleh diterima. Takda unsur-unsur seksual. Kira okey lah tu.” Kata Intan bersahaja.

“Okeylah macam tu. Tuan punya badan dah cakap macam tu. Kitorang ni menurut perintah je kan?” soal Alieya kepada Mei Mei dan Rina untuk mendapatkan persetujuan.

“Ya. Kami yang menurut perintah. Haha.” Serentak Mei Mei dan Rina menjawab.

Beep. Telefon Intan berbunyi.

“Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah.”

“Tika kau lihat yang indah, itulah ciptaan Allah.” Intan teringat kata-kata seorang sahabat kepadanya dahulu.

“Intan, kau okey ke?” soal Rina yang hairan melihat Intan mengelamun.

“Aku okey Rina.” Balas Intan bersahaja lalu menghadiahkan senyuman pada kawannya.

“Mana pergi Mei Mei dan Alieya?” soal Intan.

“Itulah kau termenung tadi. Diorang pergi jogging kejap katanya tadi.”

“Owh, macam tu. Kau tak pergi?”

“Malas pulak rasanya petang ni. Esok kot. Kau?”

“Samalah. Malas jugak aku ni. Nanti ada lagi mesej macam-macam.”

“Hehe. Ye tak ye jugak. Orang dah ada secret admire lah katakan.”

“Ke situ pulak dia. Takda maknanya. Aku malas lah nak jadi perhatian orang ni.”

“Yelah Intan. Aku bergurau je tadi. Jangan ambil hati ye kawan.”

“Ala, rileks la. Aku okey je.”

“Ni yang aku sayang sangat kat kau ni. Cool memanjang.”

“Takdalah cool mana pun Rina. Aku biasa-biasa je. Tak payahla puji menggunung Cik Rina oi...”

“Haha. Baiklah Cik Intan.”

“Aku dah mesej Alieya tadi. Nak balik asrama dulu. Duduk sini lama-lama bukan buat apa pun. Kau nak balik tak?”

“Taklah. Aku tunggu Romeo aku ni. Hehe.”

“Okeylah kalau macam tu. Aku balik dulu ye kawan. Sampaikan salam aku kat Romeo kau tu ye.”

“InsyaAllah Intan. Nanti aku sampaikan. Kau tu hati-hati jalan balik asrama. Takut-takut admire kau ikut dari belakang. Hehe.”

“Okey Rina. Kalau dia ikut tak kacau takpe. Ada jugak bodyguard aku. Haha. Aku jalan dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template