“Salam, macam mana exam tadi? KF”
Mesej dari insan yang menggunakan akronim nama KF yang pastinya. Intan malas hendak berbalas mesej dengan insan yang tidak dikenalinya kerana dirasakan tidak penting. Kadang-kadang dia sendiri pening. Ingin saja dia menukar nombor telefon yang baru akan tetapi nombor yang digunakannya sekarang merupakan nombor yang mudah untuk dihubungi bagi perkara-perkara yang penting.
“Nak reply ke tidak...” soal Intan di dalam hati.
“Malaslah. Bukan kenal pun. Nanti kena pulak dengan duda aku, naya. Kau sendiri yang menangis tak berair mata disebabkannya, Intan. Biarkan sajalah. Tak penting pun.” Intan berbahas sendiri.
“Kalau dia bukan duda engkau? Erm,,, biarlah. Bukan suami aku pun. Haha.” Tersenyum sendiri.
“Ehem, Cik Intan. Senyum sorang-sorang nampak. Macam ada sesuatu je.” Sapa Alieya tiba-tiba. Entah dari mana datangnya, Intan pun tidak sedar kerana leka berbahas sendirian tadi.
“Assalamualaikum, Cik Alieya. Takde sesuatu nya pun.”
“Waalaikumsalam. Oops! Lupa pulak nak bagi salam tadi. Maaf ye.”
“Tau takpe.”
“Rileks la, aku excited tengok kau tadi. Mana tak nya, lepas exam tadi kau keluar terus tak toleh belakang, tinggalkan aku.”
“Maaf ye kawan. Aku lupa pulak ada tinggalkan kawan kat belakang tadi. Hehe.”
“Yelah, sapa lah aku ni kan. Huhu.”
“Ala comelnya Cik Lieya macam tu. Mengada. Haha.” Serentak itu pipi Alieya menerima cubitan manja dari Intan.
“Sakitlah. Apa lah kau ni, Intan. Aku merajuk betul-betul kang baru padan muka. Haha.”
“Yelah, janganlah merajuk ek sayang. Main-main je. Exam kan dah lepas. Esok lusa dah tak jumpa kau lagi. Janganlah macam ni.”
“Aku main-main jugak la. Takkan la nak merajuk. Nanti cepat tua. Tak nak aku. Haha. Cepatnya kau nak tinggalkan aku? Rumah kau bukannya jauh sangat pun kalau nak balik. Rileks la sehari dua, temankan aku.”
“Baiklah, Cik Lieya sayang. Ikut aku balik rumah mak cik aku dulu lah, nak?”
“Okey jugak tu. Boleh jalan-jalan sebelum balik ke kampung. Nak beli ole-ole untuk family.”
“Tak jumpa abang sayang ke sebelum balik?” seloroh Intan.
“Ish kau ni kan. Sehari tak menyakat aku tak sah. Mana ada jumpa lagi. Kalau selalu jumpa nanti muak tau. Lagipun, nanti dia datang ke rumah. Buat apa nak jumpa sekarang. Hehe.” Jawab Alieya sambil tersenyum bagai kerang busuk.
“Yelah kan, orang nak bertunang tak lama lagi. Lupa pulak hamba. Haha.”
“Jangan nak lupa, ok. Kau kena datang hari tu. Kalau tak...”
“Kalau tak apa, Lieya?”
“Kalau tak, tak apa. Hehe. Aku tak nak paksa, kalau tak sudi...”
“Alala sedihnyer... aku akan usahakan datang lah, Lieya.”
“Janji tau. Hehe. Aku main-main je lah tadi. Saja buat sedih. Manalah tau ada orang simpati.”
“Kau ni kan...nak kena. Aku ada benda nak bagitau ni Lieya.”
“Apa dia sayangku Intan?”
“Budak KF tu mesej lagi lah tadi. Siap tanya macam mana exam. Siapalah budak tu agaknya. Aku memang tak nak kisah sangat. Tapi bila dia macam tau semua pergerakan aku, aku jadi ngeri lah pulak. Tak lah ngeri sangat Cuma curious dibuatnya.”
“Ha... berani engkau Intan. Itulah kau, dulu jadi stalker. Sekarang kan dah jadi mangsa kena stalk jugak. Hehe.”
“Kiranya macam hukum karma lah ni?”
“Kau ni, bukannya betul pun apa aku cakap tadi. Hehe.”
“Tapi mungkin ada betulnya jugak. Lantak lah Lieya. Selagi dia masih dalam keadaan terkawal, aku okey je. Bukan aku balas pun mesej dia selama ni.”
“Bagus tu. Taklah dia mengharap sangat. Hehe. Tapi kesian pulak kat dia. Tak ke tertunggu-tunggu mesej dari engkau?”
“Ala...bukan salah aku pun. Aku tak suruh pun dia mesej aku, kan?”
“Ye tak ye jugak. Eh, perut aku dah lapar ni. Dari tadi berborak tak ingat dunia. Jom lah kita pergi makan.”
“Ada orang dah lapar rupanya. Jom lah sayang, kita makan. Aku belanja.”
“Ini yang buat tambah sayang ni. Haha.”
“Ada-ada ja kau ni Lieya.”
Mereka pun beriringan berjalan menuju ke kafeteria. Suasana di kafeteria agak lengang. Maklumlah, lepas habis peperiksaan. Kebiasaannya siswa dan siswi berpakat untuk menghabiskan masa bersama kawan masing-masing di luar kampus.
“Sikitnya lauk ni. Macam tau-tau ja ada orang nak belanja aku hari ni, kan Intan?”
“Iyelah tu Lieya. Pandai lah kau. Diorang tahu yang budak-budak pakat nak makan kat luar hari ni kot. Sebab tu lah lauk ni sikit semacam. Lagipun dia tahu ada orang kena jaga badan. Nak bertunang lah katakan. Betul tak Lieya?”
“Haha. Kalau bab menyakat memang kau menang lah. Aku angkat bendera putih aje lah jawabnya.”
“Dah habis pilih ke lauk tu Lieya sayang?”
“Sudah, Intan sayang.”
“Jom, kita pesan air lepas tu pergi kaunter. Aku bayarkan.”
“Orait. Haha.”
Semasa hendak pergi ke kaunter, Intan terlanggar seseorang. Dia kurang pasti siapa sebab dia tidak mengangkat mukanya.
“Maaf, saya tak sengaja.” Cepat-cepat Intan menuturkan kata maaf.
“Takpe, saya pun salah jugak. Tak payah minta maaf.” Lembut sahaja suara lelaki itu.
“Saya jalan dulu. Terima kasih.”
“Sama-sama kasih.”
Intan bergerak pantas meninggalkan lelaki tadi tanpa menoleh ke belakang.
“Maaf. Saya cuma bergurau.”
Tiba-tiba muncul suara garau itu dari belakangnya setibanya di kaunter untuk membayar.
“Kalau ye pun bergurau, agak-agak lah. Aku tak nak lah kekasih engkau fikir aku ni goda kau pulak nanti.” Omel Intan di dalam hati namun tidak terluah.
“Maafkan saya.” Kata suara itu lagi.
Intan yang berada di hadapannya cuma mengangguk perlahan dan berlalu pergi mendapatkan Alieya.
“Await ceq tengok muka hang masam mencuka ja ni?” Alieya berseloroh dalam loghat utara.
“Dak aih, mana ada.” Intan melayan sahaja kerenah temannya itu.
“Hang jangan nak tipu. Tengok muka ja aku tahu lah, Intan.”
“Yelah, mana tak nya. Mamat mana pulak suka hati ja nak berkasih-kasih dengan aku kat kaunter tadi. Dahla aku boleh pulak terlanggar dia.”
“Owh, mamat tu. Aku nampak tadi. Hensem tau. Aku kenal sangat dengan budak tu.”
“Kau kenal ke? Aku tak tengok muka tadi.”
“Sepupu sendiri, takkanlah aku tak kenal. Fazril.”
“Budak tu rupanya. Hmm...”
“Mengeluh pulak dah. Kau tahu tak, mengeluh tak baik untuk kesihatan?”
“Yeke? Tak pernah pulak aku dengar. Setakat yang aku tahu, mengeluh mewarisi kepapaan.”
“Ha, itulah pasal. Bila dah papa, nak beli ubat-ubat untuk jaga kesihatan pun tak cukup. Hehe.”
“Baiklah Cik Lieya. Dahlah, makan dulu. Air pun dah sampai ni. Lepas ni sambung berborak. Masa kan masih panjang lagi.”
Intan dan Alieya bersama-sama menikmati juadah makan tengahari tanpa menyedari ada mata yang memerhati mereka dari jauh. Memerhati dengan khusyuk.
“Bro, kau tengok apa tu?”
“Kau ni kan, terkejut aku tahu tak?”
“Aku panggil kau berkali-kali kau tak dengar. Khusyuk sangat kot.”
“Ha ah. Khusyuk. Tengok keindahan alam ciptaan Allah. Subhanallah.”
“Iyelah tu Ril. Aku kenal sangat kawan aku ni. Ada ja alasan kalau nak berdalih. Aku tahu sangat keindahan alam yang kau maksudkan tu.”
“Kalau dah tahu, buat apa tanya?”
“Rileks la Ril. Aku gurau je. Saja nak menyakat orang yang tengah khusyuk jadi stalker.”
“Kau memang pandai bab bagi gelaran kat orang ni kan Riz. Bagi buku lima baru padan muka kau.”
“Haha. Tak payah bagi buku lima. Bagi awek muka buku kat aku okey kot.”
“Banyak lah kau punya muka buku. Jomlah balik asrama.”
“Ingatkan kau dah tak nak balik dah tadi. Manalah tahu masih nak tengok keindahan alam yang ada di kafeteria.”
“Tak boleh tengok lama-lama. Bukan hak milik aku.”
“Dah tu kenapa tak nak jadikan dia milik kau?”
“Tunggu masa yang sesuai. Tak boleh gopoh. Lagipun siapalah aku ni Riz.”
Mereka berdua berbual sambil melangkah meninggalkan kafeteria menuju ke asrama.
“Kau, Ril. Sahabat baik kepada Riz yang hensem. Jadi, bila dah kawan dengan orang hensem kiranya kau pun hensem jugaklah. Haha.”
“Banyak lah kau punya hensem. Yelah kan, hero malaya lah katakan.”
“Baru tahu ke?”
“Lama dah aku tahu. Tak bagitahu pun aku dah tahu.”
“Eh, macam mana pulak?”
“Buat-buat tak tahu pulak kau ye. Alieya bakal tunang kau tu sepupu aku lah.”
“Alieya sepupu kau? Kau tak pernah bagitahu aku pun.”
“Pernah. Baru je tadi. Haha.”
“Terkena balik aku. Tapi, tak pernah pulak tengok korang bertegur sapa.”
“Aku sepupu dia je. Bukan abang kandung dia. Kalau aku tegur lebih-lebih, orang lain takda peluang pulak nak sangkut kat dia. Dia pun takda lah masa nak tengok kau. Aku kan lebih hensem dari kau. Haha.”
“Iyelah tu. Terima kasih la sahabat, bagi aku peluang itu. Pelik sangat aku dengan kau ni, sepupu sendiri pun tak nak tegur.”
“Kami bukan tak nak bertegur sapa. Kadang-kadang je, aku ni segan nak tegur dia sebab...err...”
“Sebab Intan, kan?” jawab Riz cuba mengagak.
“Hmm...”
“Mengeluh pulak dah. Kalau tertulis nama engkau untuk dia, takkan ke mana. Jangan risau k.”
“Okey bro. Terima kasih atas nasihat berguna.”