Monday, November 7, 2011
Aku Stalker Part 1
Seperti kebiasaanya, Intan membelek-belek buku di internet. Bukan buku, tapi muka buku. Laju sahaja tangannya menaip e-mel dan kata laluan sebelum laman muka buku itu terpampang pada skrin komputer ribanya. Begitulah kehidupan Intan hampir setiap hari. Menjenguk laman muka buku itu seperti ubat, jika tidak diambil boleh sakit jadinya.
"Senyum memanjang nampak. Ada apa-apa ke tu?" sapa Alieya, kawan serumah Intan.
"Mana ada senyum aku panjang. Pendek je ni. Muka aku tak lebar mana la nak senyum panjang-panjang." balas Intan bersahaja.
"Sabar je la aku punya kawan 'lawyer' ni. Ada saja idea nak menyakat orang. Orang tanya betul-betul dijawabnya main-main. Rasa ni." Serentak itu pinggang Intan dijadikan sasaran geletekan kerana Alieya tahu pinggang adalah tempat sensitif buat insan bernama Intan yang sudah lama dikenalinya.
"Gelilah kawan. Sudahlah." rayu Intan pada Alieya.
"Tau pun takut." Alieya ketawa.
"Ni ha, ada sorang budak ni asyik suka status aku je. Status yang aku pos bukannya bagus mana pun nak disuka." kata Intan menjawab soalan Alieya pada mula tadi.
"Ow...patutla kawan aku ni senyum macam kerang busuk je depan laptop dia ni. Dia bukan suka status tu, dia suka orang punya status tu. Sebab tu dia asyik tekan button like tu." sengaja Alieya menyakat Intan.
"Suka la sangat Lieya. Dia dah berpunya la. Tak nak lah aku ganggu relationship orang."
"Eleh, setakat dalam facebook, bukan boleh percaya sangat. Aku pun letak status bertunang sedangkan tak bertunang pun dalam realitinya." kata Alieya cuba memberi keyakinan pada Intan.
"Kau tak percaya? Ni aku tunjuk profile dia. Meh kita usya sama-sama." balas Intan sambil menaip pantas nama jejaka yang dimaksudkannya tadi.
"Betul lah. Dah terang lagi bersuluh status dia in a relationship."
"Tau takpe. Kan ku dah cakap tadi." ketawa melihat Alieya yang seolah-olah masih tidak percaya.
"Nape kau ketawa pulak?" soal Alieya.
"Lucula tengok muka kau yang melongo tu." jawab Intan lalu menyambung tawanya yang masih bersisa.
"Budak ni ku cepuk baru tahu. Betul ke kau takde apa-apa dengan Eizrul tu?" Alieya cuba mencari kepastian.
"Alahai budak ni, nak ada apa-apa macam mana? Dah kekasih orang. Takkan nak rampas. Lain la kalau dah jodoh aku dengan dia. Pelik betul soalan engkau ni." jelas Intan.
"Saja nakkan kepastian. Manalah tahu kot-kot nanti nama dekat status dia berubah kepada in a relationship with Intan Qalesya." Alieya menyakat lagi.
"Ke situ pulak kau ye. Sekeh baru tau."
"Amboi, garangnye. Ok lah kawan, aku nak tidur dulu. Selamat bermuka buku ya. Jangan tidur lewat sangat."
"Selamat malam best friendku Nur Alieya. Mimpi indah." kata Intan.
Matanya mulai rasa mengantuk. Rasanya sudah tiba masanya untuk dia melelapkan mata. Tapi, sebelum tidur ada sesuatu yang dia selalu lakukan. Melawat profile Eizrul Izham. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, Intan seolah-olah rasa hidupnya tidak lengkap jika tidak melawat ke situ. Terkadang sampai dia sendiri merasakan dia stalker. Namun, itulah Intan. Facebook mengisi ruang dalam hidupnya tapi dia tetap sedar akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah dan dia bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya.
tags:
Aku Stalker
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment