"Salam...Intan, kenapa awak buat saya macam ni?" mesej dihantar kepada Intan bernada sayu.
"Waalaikumsalam, maaf...ada perkara yang awak tak tahu pasal saya sejak awak hilangkan diri."
"Apa yang saya tak tahu Intan...?"
"Rasanya buat masa sekarang awak tak perlu tahu."
"Bukankah saya tunang awak dan bakal suami awak?"
"Saya belum bersedia...maaf..."
Sejurus selepas itu telefon Intan menyanyi riang meminta untuk diangkat segera. Skrin memaparkan nama Eizrul memaksa Intan untuk tidak mengangkatnya kerana dia benar-benar belum bersedia untuk menjawab segala persoalan yang bakal ditanya oleh Eizrul kelak. Berkali-kali Eizrul menelefonnya tidak diangkat.
Tiba-tiba Intan terjaga dari tidurnya. Ternyata semuanya hanyalah mimpi semata-mata.
"Astarghfirullahalazim...tu lah kau Intan,,,tidur lagi lepas Asar. Kan dah mimpi yang bukan-bukan. Eizrul takkan jadi milik kau lah walau dalam mimpi sekalipun." ucap Intan di dalam hati.
Bunyi telefon yang didengarinya dalam mimpi itu rupa-rupanya panggilan dari ibunya sendiri bukanlah daripada Eizrul yang seringkali bermain dalam ingatannya sejak sebulan yang lalu. Dengan pantas Intan mendail semula nombor telefon ibunya.
"Assalamualaikum mak, maaf tadi Intan masih tidur. Ada hal apa mak telefon? Rindu ke?" soal Intan sambil ketawa kecil. Memang begitulah keletah Intan apabila menelefon ibunya. Ada sahaja usikan buat ibunya.
"Waalaikumsalam anakku. Pelik. Kenapa anak mak tidur masa Asar? Tahu tak yang tidur lepas Asar lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan anakku sayang...?"
"Tahu bondaku sayang...Intan tertidur tadi. Penat agaknya. Bonda sihat?" sekali lagi Intan bergurau senda dengan memanggil emaknya bonda.
"Bonda sihat, alhamdulillah. Anak bonda pulak macam mana?"
"Alahamdulillah mak. Intan sihat ceria selalu...hehe"
"Baguslah kalau macam tu. Balik cuti dulu mak tengok suram je muka anak mak. Tu lah mak risau anak gadis mak ni."
"Mak janganlah risau ye. Intan elok je kat sini. Don't worry be happy k. Doakan sahaja Intan dipermudahkan segala urusan diiringi keberkatan ye bonda sayang,..Hehe" sengaja suaranya dibuat nada manja biar pergi segala kerisauan ibunya.
"Jaga diri baik-baik ya anak kesayangan bonda. Belajar sungguh-sungguh. Jangan dilayan sangat sedih tu ya sayang. Allah takkan uji hambaNya di luar kemampuan mereka. Bonda akan selalu doakan yang terbaik buat anak-anak bonda. InsyaAllah selagi nyawa belum dijemput Ilahi. Bonda undur diri dulu. Kita sambung borak lain kali ya, nak."
"Baiklah bondaku sayang. Jaga diri, jaga iman dan kesihatan ya bonda. Sayang bonda dan keluarga. Sampaikan salam buat keluarga ya bonda."
"InsyaAllah akan bonda sampaikan. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam bonda."
Maafkan Intan ya bonda. Intan bohong pada bonda. Intan tak nak bonda risau akan Intan di sini. Intan dah besar. Intan tak nak ibu dirundung pilu bila dapat tahu Intan bermuram durja di sini bonda. Intan sayang bonda sangat. InsyaAllah Intan akan kuat hadapi semua dugaan yang melanda. Doa bonda dah cukup buat Intan kuat untuk teruskan kehidupan.
Sunday, November 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment