Cuti semester bermula. Intan kebosanan dan tidak tahu bagaimana hendak mengisi masa lapang yang ada. Eizrul sudah lama berdiam diri dan tidak menghubunginya lagi. Bahkan, Intan sendiri dalam proses untuk melupakan Eizrul. Intan sudah tidak menziarahi profile Eizrul kerana profile tersebut tidak dapat diakses oleh Intan seperti dahulu. Berkemungkinan Intan sudah diblock oleh Eizrul.
Intan mencapai telefon bimbitnya dan terus menaip sesuatu.
"Aku masih tak dapat lupakan dia lah." mesej ringkas itu dihantar kepada sahabatnya Lina yang kini berada di negeri orang.
"Kau boleh, Intan. Kau kena kuat. Buat apa kau bazir air mata menangis mengenangkan dia sedangkan dia entah ingat ke tidak pada engkau." balas Lina.
"Aku akan cuba Lina. Doakan aku."
"Aku tahu kawan aku ni kuat dan tabah orangnya. Kau pasti boleh! Yakin pada diri k."
"InsyaAllah, terima kasih Lina atas semangat yang kau berikan pada aku."
"Tak perlu terima kasih sayangku Intan. Kita kan kawan. Kau susah aku tolong. Aku susah kau pun selalu tolong aku."
"Bertuah dapat kawan macam kau ni, Lina. Comel pulak tu. Hehe"
"Lebih-lebih pulak pujinya. Kau tu pun apa kurangnya. Kalau tak masakan kekasih-kekasih lama kau tak dapat lupakan kau."
"Yelah tu, Lina. Ok la, kita mesej lain kali ye. Aku mengantuk dah ni. Salam sayang dari jauh. hehe"
"Salam sayang dari jauh juga. Jaga diri k."
Sebenarnya Intan tidak mampu untuk meneruskan perbincangan mengenai kekasih-kekasih lamanya. Setiap seorang ada kisah yang tersendiri dan setiap seorang daripada mereka membuatnya memikirkan akan dosa-dosa lalu yang pernah dia lakukan. Sungguh dia amat menyesali perbuatan lalu. Sungguh dia rasa amat berdosa.
"Ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu ini Ya Allah." pohon Intan di dalam hati sebelum melelapkan matanya malam itu. Niat di hatinya ingin bangun keesokan hari tanpa ada ingatan terhadap Eizrul.
Thursday, November 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment