Sunday, November 27, 2011

Aku Stalker Part 3

"Pergi! Pergi kau dari sini! Aku tak nak lihat muka kau lagi! Keluar dari sini!" bentak Intan pada Eizrul sejurus selepas melihat susuk tubuh Eizrul datang menghampiri katilnya.
"Aku benci kau! Benci! Pergi!!!" Intan menjerit seperti orang hilang akal namun airmatanya mengalir saat ayat itu diungkapkan dari mulutnya.

Keluarga Intan yang berada di sekeliling katilnya pada masa itu kehairanan. Abang Intan, Idham mempelawa Eizrul keluar dari bilik Intan setelah melihat Eizrul seperti dirundung rasa bersalah apabila dibentak berkali-kali oleh Intan sebentar tadi.

"Abang, kenapa Intan halau saya bang?"
"Abang pun tak tahu Rul kenapa dia halau kau macam tu sekali."
"Saya datang nak lawat tunang saya. Tak boleh ke bang?"
"Dia perlukan masa untuk bersendirian agaknya. Bersabarlah."

Eizrul terdiam. Baru sebulan lalu dia menghilangkan diri kemudian seminggu yang lalu dia datang ke rumah Intan untuk merisik. Tapi, tadi Intan seolah-olah terlalu marah padanya. Dia tenggelam memikirkan Intan. Fikirannya kusut. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya saat ini.

Petang itu Eizrul pulang ke rumah dalam keadaan yang lemah longlai tak bermaya seperti seorang yang hilang arah tujuan. Setibanya di rumah, Eizrul terus melabuhkan dirinya ke tilam empuk tanpa segaris senyuman di wajahnya seperti kebiasaannya. Ibu bapa Eizrul tahu apa yang telah berlaku. Namun, mereka hanya membiarkan Eizrul bersendirian seketika kerana mereka faham saat ini Eizrul perlu ruang untuk bersendirian.

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template