Haa...pasti ramai yang tahu tajuk lagu nih..but, ceq bukan nak cerita pasai lagu tuh...
Memandangkan semalam ceq terlalu banyak tengok kereta2 orang dok rias untuk kawen...
Tiba2 rasa nak cerita pasai berdua bersatu. Bukan mudah nak cari yang sesuai dan yang dapat bersama sehidup dengan kita untuk gapai bahagia yang bukan hanya di dunia dan akhirat. Ceq percaya semua tahu pasai ni...
Perkahwinan tak semudah yang kita sangkakan.
Perkahwinan tak sesusah yang kita jangkakan.
Ramai yang fikir kawen itu mudah, sebab cuma perlu satu akad untuk halalkan sesuatu hubungan. Sebelum ni pun ceq fikir camtu gak. Mudah nak kawen. Tapi ceq tahu nak mempertahankan perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Berapa ramai yang kawen bukan men meriah dan bahagia but end up with divorce? Takutnya bila fikir benda macam ni. Ceq kalo kawen ceq harap sangat bukan bercerai hidup..biarlah ajal yang memisahkan kami bukan berpisah kerana hadirnya insan ketiga. Lepas kawen kita bukan saja akan hidup dengan suami but dengan semua yang berkaitan dengan suami. Begitu juga sebaliknya. Kita kena belajar menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. *bila fikir ni, ceq rasa was2 nak kawen. Mana tak nya, sayang pun suami belum tentu seluruh keluarganya menyayangi dan dapat terima ceq seadanya. Kan kan kan? Tapi ada caranya untuk mudah diterima dalam masyarakat. Petua mudah ja. Simple. Ingat idiom ni, "What you give, you get it back."
If you want respect don't gain respect but give your respect towards other.
If you want love don't ask for love but give your love to all people around you.
If you want care don't beg for it but give time to care about your family first.
Na,,,senang kan? *nampak senang...maklomla its easier to be said compared to take into action. Ceq nak taip panjang2 ceq belum alami, tapi teringin. calon pun tadak, ada hati...bukan soal calon saja diri sendiri pun tak terjaga ada hati nak berkeluarga? kena fikir panjang2 lagi bukan taip panjang2 ja reti..
OK lah, takat nie je lah dulu nak kongsi pasal kawen nie ha...
Di sini disertakan lirik lagu berdua bersatu yang nampak macam tak logik tapi sweet kalo jumpa lelaki macam dalam lagu nie... *berangan ja keja
Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Monday, November 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment