Ni sebenarnya tajuk entry yang nak buat masa 14 nov...tapi memandangkan kekangan masa sebab tengah exam, takleh la nak siapkan sebab berkemungkinan entry ni akan ambik banyak masa lebih daripada masa untuk ceq study. So, memandangkan mata dah takleh lelap even dah 1.29 pagi *waktu ketika menaip, ceq decide nak buat la tajuk entry nie jadi kenyataan.
Isu MA DU ni timbul apabila ada seorang lelaki post di satu group,
"Alangkah indahnya kalau wanita dapat terima hakikat berpoligami"
lebih kurang camtuh la ayatnya...tak berapa nak ingat.
Post beliau mendapat sambutan hangat daripada ramai wanita...banyak yang membangkang. Emosi.
Seperti yang kita sedia maklum isu ni merupakan isu yang paling sukar untuk diterima oleh pihak wanita kerana dianggap agak sensitif. Ya! Siapa yang sanggup berkongsi? Waktu bercinta lagi kan cemburu apatah lagi bila sudah sah dia suami tapi terpaksa dikongsi dan berkongsi. Rata-rata wanita membangkang. Namun si lelaki tetap menegakkan pendirian beliau berpoligami kerana Allah. Saya tak sokong tak juga membantah. Memerhati dan komen pabila perlu.
Sebelum menyingkap lebih jauh isu bermadu apa kata kita lihat khasiat MADU dalam kehidupan kita.hihi
Pasti ramai yang sudah tahu MADU boleh membantu untuk mengubat batuk, baik untuk kesihatan sekiranya diambil setiap pagi dengan ape ek...lupa suda...ada ustaz bagitau dulu masa SPM...bagus untuk minda. Plus, perisa untuk bagi sodap masakan. Yummy! Saya suka PANCAKE letak MADU...
Suddenly terfikir... mungkin begitu juga prinsip bermadu dalam kehidupan berumahtangga. *belum kawen lagi tak tau la macam mana. Taip ikut akal fikiran sekarang nie. Bebudak lagi.
1st. MADU baek untuk
elakkan suami buat maksiat kat belakang kita [for sure].
2nd. MADU baek untuk
prevent terkena HIV positive kalo laki suka Hanya Insan Virgin [minat gadis2 diluar sana]
3rd. MADU boleh
tolong ringankan beban tapi bukan bermakna melepaskan tanggungjawab sebagai isteri k.
4th. MADU errr....
boleh dapat payung emas tau. *kalau ikhlas dan rela itulah syaratnya. pastikan kerana Allah.
5th. MADU madu ape lagi...[carilah sendiri hikmah poligami, dulu pernah belajar masa form 5] =)
Mesti hairankan meskipun banyak hikmah berpoligami tapi ramai wanita sekarang menolak poligami. Namun bukanlah niat mereka menidakkan hukum Allah cuma diri tidak rela dimadukan. Mungkin belum dapat menerima dan tidak bersedia.
Jika tanya pada diriku?
"Andai itu takdirnya, aku redha. Pasti ada hikmahnya."
Mungkin ada yang fikir, cakap senang lah. Saya tak cakap, taip je. But, itulah hakikat yang ingin saya sampaikan. Itulah dari hati. Memang tak da sapa pun mintak dimadukan.
"But, kalau suami dah berfoya-foya sampai wanita lain loya-loya takkan nak biar diorang terus bergelumang dosa?" [renung-renung, tenung-tenung, jangan murung-murung ya wahai wanita termasuk saya.hehe]
Saya bukanlah baik mana pun nak cakap pasal agama, cuma ingin mengutarakan pendapat yang tersirat di dalam hati untuk disuratkan dalam entry.
Wanita sekarang takut untuk dimadukan kerana berkemungkinan,
1. Belum bersedia fizikal dan mental untuk terima MADU dalam kehidupan berumahtangganya.
2. Secara praktikalnya, ramai wanita sukar untuk berkongsi. Tak nak cerita pasal wanita diluar sana cukuplah saya sebagai subjek. [*sukar berkongsi benda atau insan yang saya sayang, once saya dapat tau ada insan lain saya rela pergi daripada melukai dan dilukai.]
3. Berapa ramai lelaki a.k.a suami yang benar-benar mampu melaksanakan tanggungjawab setelah beristeri dua, tiga, empat? [mostly kata kawen banyak ikut sunnah, but lepas kawen ada tak tolong isteri macam yang Rasulullah pernah buat?
renung2 tenung2 jangan murung ya.]
4. Mind set wanita sekarang terlalu banyak dipengaruhi oleh drama TV dan novels. Jarang sekali menceritakan keindahan hidup berpoligami. Yang selalu saya tengok, bila suami kawen baru, isteri pertama akan diabaikan.
5. Plus, berpoligami tu bukan wajib pun. =) [ini yang paling banyak diperkatakan rasanya.]
*saya ni budak baru belajar nak buat point of view sendiri, kalau salah tolong tunjukkan. takda niat nak burukkan sesiapa, cuma saya agak tertarik dengan isu madu ni sejak join satu group dulu. kalau kawen ada dua isu hot yang saya perhatikan ialah POLIGAMI and CERAI. betulkan saya lagi kalau saya silap ya. saya takda masalah dalam isu poligami dari segi TEORI but when it comes to PRACTICAL, most of guys can't managed. but saya tak lah salahkan guys 100% sometimes women juz can't be tolerate to their spouse too. tengok saja cerita Kekasih Awal dan Akhir, Ustaz Amirul, and etc... yang ada cerita pasal madu-madu nie.
sebelum mengakhiri kata izinkan saya berkongsi sedikit rasa.
"MADU memang SEDAP, tapi BERMADU memang buat wanita SENTAP"