Sunday, July 17, 2011

~shOppIng bUkU~

again....
ari nie aku merarau...
xtau nk beli apa2 coz i saw a car...
his car.....hmm...
nasib x terjumpa kn...coz i know..
if he go there...he will dfinitely go for
The Grand Supermart....
enough with his story.
tetttt!!!
back to the main point...
after realised his car at the car park...
i quickly went to the bookstore nearby...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

di bookstore...
aku beli la buku penting...
Literasi Bahasa....weee~
then...i look for....
HERO

finally jumpa...
teringin nk baca bila baca dia punya sinopsis kt blkg....
so bila dh beli byk buku kena baca n share apa yg diperoleh...
entries akn dtg la aku citer ye...insyaAllah kalo da abis...

pagi tadi b4 jln2 aku baru ja abiskan bacaan
buku Mendekati Tuhan...
alhamdulillah....mmg best meskipun nipis...
dan mudah difahami...
mcm2 kisah dari hadis..berkaitan dgn dosa+taubat..
antaranya.....

1. Pada suatu masa dahulu, ada seorang lelaki yang sudah membunuh 99 orang. Kemudian dia bertanya, "Siapakah manusia paling alim di dunia ini." Lalu ditunjukkan seorang pendeta. Lelaki itu pergi berjumpa pendeta itu dan mengaku bahawa dia sudah membunuh 99 orang, adakah taubatnya masih dapat diterima? Pendeta itu menjawab, "Tidak diterima." Lelaki itu kemudian membunuh pendeta itu, dengan demikian cukup 100 orang dibunuhnya.
    Kemudian dia bertanya lagi, "Siapakah manusia paling alim di dunia kini?" Kemudian dia ditunjukkan seorang yang alim. Kepada orang alim itu dia mengaku dia sudah membunuh 100 orang, adakah taubatnya masih dapat diterima? Orang alim itu menjawab, "Ya, masih diterima. Tidak ada sesiapa yang dapat menghalang saudara daripada bertaubat. pergilah saudara ke tempat begini, dan begini. Di sana ada sekumpulan orang yang menyembah Allah yang maha agung. Ikutlah mereka menyembah Allah, dan jangan pulang ke tempat asal saudara, sebab tempat itu tempat yang buruuk."
   Lelaki itu terus pergi. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba dia menemui ajalnya. Maka malaikat rahmat dan malaikat seksaan bertengkar dan mempersoalkan kedudukan lelaki itu. Kata malaikat rahmat, "Lelaki ini datang untuk bertaubat dan hatinya menghadap Allah yang maha agung." Malaikat seksaan berkata, "Lelaki ini belum pernah melakukan kebaikan, walau sedikit pun."
   Kemudian, datang malaikat lain dengan rupa sebagai manusia. Dia menjadi haim kepada kedua-dua malaikat tadi bagi memutuskan siapa yang benar. Katanya, "Kamu ukur jarak antara dua tempat itu, yang mana lebih dekat, maka lelaki ini menjadi milik tempat itu."
  Kedua-dua malaikat pun mengukur, kemudian didapati lelaki itu lebih dekat kepada tempat yang ditujunya. Oleh itu dia diambil oleh malaikat rahmat."

2. Pada suatu masa, datang seorang perempuan daripada keluarga Juhainah datang berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. Pada waktu itu dia sedang hamil akibat berzina. Dia berkata kepada Nabi Muhammad, "Wahai utusan Allah, saya telah melakukan perbuatan yang layak menerima hukuman. Laksanakan hukuman itu ke atas diri saya." Nabi Muhammad memanggil penjaga perempuan itu dan berkata, "Jagalah perempuan ini baik-baik, apabila dia sudah melahirkan anaknya, datanglah dan bawa dia ke mari." Penjaga perempuan itu pun melakukan apa yang disuruh oleh Nabi Muhammad. Apabila perempuan itu sudah melahirkan anaknya, datanglah dan bawa dia ke mari." Penjaga perempuan itu pun melakukan apa yang disuruh oleh Nabi Muhammad. Apabila perempuan itu sudah melahirkan, Nabi Muhammad pun melaksanakan hukuman ke atasnya. Dia diikat pada pakaiannya, kemudian direjam. Kemudian Nabi Muhammad menyembahyangkan jenzah perempuan itu.
    Umar bin Khatab bertanya kepada Nabi Muhammad, "Mengapa tuan menyembahyangkan jenazahnya, bukankah dia pernah berzina?" dijawab oleh Nabi Muhammad, "Dia sudah benar-benar bertaubta. Jika taubatnya itu diberikan kepada 70 orang penduduk Madinah, pasti cukup. Pernahkah saudara bertemu dengan orang yang lebih tinggi nyawanya demi mencari keredaan Tuhan yang maha kuat lagi maha perkasa."\

sekian saja perkongsian...
sudi2 kan lah membeli buku Mendekati Tuhan [Koleksi Terpilih Daripada Kitab Riyadus Solihin]
terbitan PTS Publications&Distributors Sdn. Bhd.



0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template