Seminggu telah berlalu, sejak dari hari Aisha mengeposkan surat kepada jejaka itu. Seminggu itu jugalah Aisha tertanya-tanya. Ternyata dirinya sudah tidak lagi bertakhta di hati jejaka itu. Lalu, dia bertekad meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa terus mengharapkan cinta daripada jejaka tersebut.
Aisha menghadiri kuliahnya seperti biasa walaupun jauh di sudut hatinya berkecamuk. Dia tidak tahu kepada siapa boleh diceritakan kisah duka hidupnya. Dia cuma mampu berharap Allah akan mengampunkan dosa yang telah dia lakukan selama ini.
Aisha nekad tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Dosa yang sama. Dalam dia meniti hari-hari rindu itu, Ashrique lah yang setia menghantar sms menasihatinya supaya tabah. Sesekali, ada juga permintaan untuk bersama kembali namun Aisha tidak mampu menerimanya semula. Cukuplah kenangan lalu mengajar Aisha. Dia tidak ingin dikongkong oleh lelaki yang cemburu buta.
Ashrique yang suatu ketika dahulu pernah mengugut untuk memberitahu ibu Aisha tentang perbuatan terkutuk yang telah mereka lakukan bersama andai Aisha meminta dihentikan percintaan mereka. Oleh sebab tidak tahan dengan sikap Ashrique, Aisha tetap dengan keputusannya untuk menghentikan percintaannya dengan Ashrique. Dan akhirnya Ashrique beralah. Mereka tidak berhubung hampir setahun. Tiap kali sms dihantar oleh Ashrique, Aisha menipunya kerana tidak mahu diganggu.
Malangnya, panas yang disangka sampai ke petang mengundang gerimis di tengahari. Cinta yang Aisha semai selepas berpisah dengan Ashrique juga kandas lalu Aisha mengambil keputusan untuk berterus-terang mengenai penipuannya selama ini kepada Ashrique.
Ashrique kesal dengan sikap Aisha yang tak pernah berubah. Dia kesal kerana dengan mudahnya Aisha menyerahkan tubuhnya kepada Asfar walaupun masih berjaya mempertahankan dara. Pelbagai kutukan dan hinaan yang Aisha terima darinya. Namun, Aisha tahu Ashrique memarahinya kerana sayang. Kadang-kadang Aisha sendiri keliru dengan sikap Ashrique yang seolah-olah ingin membuat Aisha cemburu tentang perkenalannya dengan Shanti dan Mun selepas mereka berpisah kerana sering tersalah hantar sms yang sepatutnya dihantar kepada Shanti atau pun Mun.
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment