Tuesday, June 14, 2011

SuKa DuKa CiNTa 11

“I Hate You! I Hate You! I Hate You!” jerit Aisha namun ia hanya tersimpan di dalam hati, tidak terluah.

Menyedari kebodohan diri. “Apakah masih ada ruang untuknya bertaubat? Atau adakah begini jalan hidup yang telah tertulis untuk ku? Menjadi hamba kepada nafsu semata-mata? Kenapa aku dipilih? Ah!” Semua persoalan yang bermain di fikiran Aisha itu tidak ada jawapan. Tersimpan dan terpendam di dalam lubuk hatinya.

“Kau bodoh! Kau bodoh! Lelaki mana yang setia? Kerana nafsu kau jatuh tersungkur meski tak nampak pada zahir tapi batin kau menderita, Aisha!” Aisha terus-terusan bermonolog mengenang nasib dirinya.

“Ya Allah, masih adakah ruang keampunan untuk hambaMu yang hina ini? Meski pun sudah berkali-kali mengulang dosa yang sama? Ya Allah, apa yang harus ku lakukan...?” airmata terus mengalir membasahi pipi Aisha yang gebu itu. Kali ini, Aisha tekad tidak akan mengulangi lagi dosa lalu. “Tolong aku Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.” Aisha merayu.

Kini, Aisha sendiri tidak berteman. Tapi, dia yakin Allah ada untuknya. Shirman tetap menghubunginya tapi sebagai teman biasa. Soal Ashrique, maaf! Walaupun berjaya memiliki tubuhnya, hati dan cinta tetap tidak dapat bersemi untuk sekali lagi. Buat Asfar dan Airie, biarlah ingatannya pada mereka pergi bagaikan angin lalu. Mereka semua adalah kesilapan lalu tapi, andai Allah telah menetapkan jodohnya dalam kalangan mereka, Aisha pasrah. Bukan pasrah kerana menyedari dirinya pernah disentuh dan dilihat mereka, tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Aisha cuma mampu berdoa, berusaha dan bertawakkal hingga berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Soal jodoh, biarlah Allah yang aturkan untuknya.

Dia sudah serik. Cukup-cukup serik mendapat lelaki yang cuma menginginkan tubuhnya. Setelah dapat, dirinya seperti tidak pernah wujud. Tapi, itu bukan salah mereka. Salah Aisha kerana tidak mampu mengawal nafsu dan tidak menjaga batasan yang telah ditetapkan oleh syara’.
“Sungguh aku menyesal...” airmata Aisha mengalir lagi menyesali apa yang telah berlaku tapi masa yang lalu tidak akan kembali lagi untuknya. Dia sedar dia harus menempuhi masa kini dan akan datang dengan lebih berhati-hati supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan terus-terusan hidup dalam penyesalan yang tiada berkesudahan.

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template