Tuesday, February 28, 2012

Sepi Seorang Perindu

“Ayah! Jangan tinggalkan Ani.” Jerit Ani memanggil ayahnya.
“Ayah! Ayah nak pergi mana? Tunggu Ani ayah. Tunggu.” Namun ayahnya tidak menoleh malah semakin mempercepatkan langkah kakinya pergi meninggalkan Ani.
“Ayah... jangan tinggalkan Ani.” Ani menangis teresak-esak merayu ayahnya untuk tidak melangkah pergi. Hampa.
“Ani! Bangun! Kau ni kenapa?” Lin mengejukan Ani yang kelihatan mengigau.
“Ani! Bangun, Ani!” Lin terus-terusan menggoncangkan badan Ani. Akhirnya, Ani pun sedar dari tidurnya.
“Kau mimpi apa tadi Ani?” soal Lin yang hairan mendengar Ani yang meracau memanggil ayahnya.
“Ayah aku mana, Lin? Mana ayah aku?” Ani menyoal Lin bertubi-tubi.
“Mana ada ayah kau kat sini.”
“Ayah aku tak ada? Dia pergi mana, Lin?”
“Ani, ayah kau kan kat kampung. Kita kan kat hospital ni.”
“Tak. Tadi aku nampak ayah aku. Aku nampak ayah aku nak pergi tinggalkan aku. Tolong aku cari ayah aku, Ani.”
“Sabar, Ani. Sabar. Kau mimpi tadi tu. Mana ada ayah kau datang sini tadi.”
“Aku nak ayah aku, Lin. Aku nak ayah aku.”
“Kau rehat dulu, nanti aku mintak tolong Aiz panggilkan ayah kau k.”
“Tak payahla susahkan dia Lin. Aku dah banyak susahkan dia dari mula perkenalan kami lagi. Cukup sudah rasanya aku membebankan dia.”
“Apa pulak susahnya Ani? Aiz kan suami kau?”
“Dia memang suami aku Lin. Tapi itu dulu. Bukan sekarang. Bukan saat ini. Bukan di sini. Bukan lagi suamiku, Lin. Bukan.”
“Ani, kenapa kau cakap macam tu? Aku tengok Aiz okey je layan kau selama ni. Ada apa-apa yang kau sorokkan daripada aku ke Ani? Jawab Ani, jawab.” Lin diserbu pelbagai persoalan.
“Memang dia layan aku okey Lin. Memang nampak tak ada apa-apa masalah di antara kami yang orang luar tak nampak sebab kami nampak bahagia bila bersama. Tapi...” Ani tidak mampu untuk meneruskan ceritanya kerana ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
“Perlu kah aku ceritakan hal rumahtangga aku yang dah lama tak ada tangga ni pada kawan aku?” soal Ani di dalam hati.

-to be continued-

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template