Thursday, February 16, 2012

Antioksida Vs Radikal Bebas?

Mengenali Antioksidan dan Radikal Bebas
Seringkali kita diberitahu akan kepentingan vitamin A, C dan E sebagai antioksidan. Tahukah anda apa itu antioksidan?
APA ITU ANTIOKSIDAN?

Antioksidan merupakan bahan semulajadi yang bertindak untuk menghentikan atau menghalang kerosakan pada tubuh badan yang disebabkan oleh radikal bebas (free radicals). Tubuh kita memerlukan antioksidan untuk menstabilkan radikal-radikal bebas ini supaya sel-sel tubuh terpelihara daripada terus rosak.

Memahami Radikal Bebas (Free Radicals) Secara Ringkas:
Kita sedia maklum yang sel tubuh kita ini terdedah kepada oksigen setiap masa. Oksigen memang sangat penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan, namun pendedahan kepada oksigen juga membuatkan sel tubuh teroksida ~ pengoksidaan. Pengoksidaan ini
menyebabkan bahan kimia dalam tubuh berubah dan terjadinya radikal bebas. Selain daripada pengoksidaan, pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, asap rokok, alkohol dan pencemaran turut menyebabkan terjadikan radikal bebas di dalam tubuh.
Radikal bebas ini akan menyebabkan reaksi berantai dalam tubuh yang membawa kepada kerosakan bahan kimia penting, DNA dan juga sel tubuh badan. Para saintis percaya bahawa radikal bebas ini turut menyumbang kepada proses penuaan, kanser, kencing manis dan sakit jantung.

BAGAIMANA DAN DARI MANA NAK DAPATKAN ANTIOKSIDAN?
Secara semulajadi, tubuh kita memang menghasilkan antioksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas yang dibebaskan secara oleh tubuh semasa proses biasa. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan diet yang sihat untuk melawan radikal bebas. Antara makanan yang kaya antioksidan termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin ACE, beta-carotene, lutein, lycopene dan selenium.
Kita juga boleh mengamalkan suplemen yang bersifat anti-oksidan. Pastikan anda mendapatkan maklumat yang betul dan tepat sekiranya mahu mengambil suplemen. Suplemen daripada sumber semulajadi adalah yang terbaik.

MAKANAN YANG KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN
Vitamin A - terdapat dalam susu, hati, mentega, telur
Vitamin C - terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Buah betik, kiwi, oren, dan strawberi adalah yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
Vitamin E - terdapat dalam kekacang dan bijirin seperti badam dan bunga matahari ; sayuran berdaun hijau seperti bayam ; minyak seperi kacang soya, canola oil, minyak bunga matahri.
Beta-karotene - terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna seperi lobak merah, kacang peas, betik, mangga, labu dan keledek ; sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kubis.
Lutein - terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam. kubis, collard
Lycopene - terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna merah jambu dan merah seperti anggur merah, tembikai, aprikot dan tomato.
Selenium - terdapat dalam bijirin seperi beras, jagung dan oats ; kacang ; legumes ; sumber dari haiwan seperti ikan, ayam, telur, keju ; roti dan pasta.
Apapun, variasikan makanan dalam diet seharian anda, dan pastikan ianya berzat serta seimbang.Sekiranya anda bercadang untuk mengambil suplemen, pastikan pengambilan suplemen juga mengikut kesesuaian dan taraf kesihatan anda.

Sekarang Hanisah dah tahu apa dia radikal bebas?
Kehadirannya akan menyebabkan kelemahan antibodi badan kita dan dengan itu senanglah penyakit2 datang. Manakala antioksidan akan mencegah kerosakan yang di bawa oleh radikal bebas ini.

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template