Friday, February 10, 2012

durian belanda


Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Di kampung, satu ketika dahulu, saya antara yang sukakan buah ini. Ada sebatang pohon je pun, dan ia tak henti2 berbuah, tidak macam durian biasa. Pokoknya pun rendang dan rendah je. Walaupun rasanya tidaklah semanis buah durian yang sering kita makan, tetapi memang diakui pokok durian belanda memang banyak khasiat.
Menurut satu kajian daripada Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, misalnya membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.
Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan. Dari segi perubatan moden, kajian
kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor , astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tanni.

Baiklah, kali ni tak payah panjang2, muak nanti.
Jadi, tanpa kita sedari durian Belanda ni memang banyak khasiatnya. Kita mungkin melebihkan buah import konon lebih standard, tapi sebenarnya buah tempatan juga lebih lagi berkhasiat. Jadi Hanisah, lepas ni janganlah ragu2 nak makan durian Belanda ni.
Ok , sampai di sini untuk kali ini.
Sehingga berjumpa lagi , salam mesra dari saya.
more at,


0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template