Sunday, February 12, 2012

aku rindu...

Pagi tadi berlalu seperti biasa... tiada yang istemewa...
Tapi, ia berubah setelah melangkahkan kaki ke kedai menjual pakaian...
Masa itu, aku sedar yang aku keseorangan...
Sebab, orang sibuk uruskan cousin aku dok termuntah-muntah kat klinik.
Klinik tu jiran pada kedai pakaian tadi.

Tujuan aku jejalan ke kedai pakaian itu cuma nak survey hadiah...
Nak tengok2 kemeja batik jah...
Suka nak tengok je...beli? tak tahu lah nak bagi sape...takda yang istimewa.
Bagi kat kawan je kot...kot je la...tak sure lagi nak bagi ke tidak..

Berbalik pada tajuk entry 'aku rindu...'
aku teringat pada seseorang...seorang yang sentiasa aku rindu sejak dulu...
sejak dia pergi meninggalkan aku sewaktu aku hampir umur 16 tahun..
dialah yang selalu ada untukku...
dialah yang selalu ada melindungiku...
dialah yang selalu ada menjagaku...
dialah yang Allah anugerahkan kepadaku...
sungguh,,,aku rindu padanya...
pada si dia...
si dia AYAHKU.

lama dah tak beli hadiah untuk seorang ayah.
lama sangat...waktu aku bagi dulu...waktu itulah yang pertama dan terakhir.
sekarang, ayah dah tiada...ibu ja ada...
so, semuanya bagi kat ibu...

ayah/bapa/abi/
apa jua panggilan anda...
hargailah sementara masih ada
ibu/mak/umi/
apa jua panggilan anda...
sayangilah dia sepenuh hati
jangan jadi sesalan di kemudian hari,
jangan jadi karma untuk diri sendiri.

bapak,
anis rindu,,,
anis rindu,,,
anis rindu,,,

bapak,
anis harap anis jumpa seseorang yang boleh jaga anis macam bapak pernah jaga anis
anis harap anis jumpa seseorang yang boleh sayang anis macam bapak sayang anis
anis harap anis jumpa seseorang yang kasih pada anis macam kasihnya bapak pada anis

bapak,
anis rindu bapak,
anis rindu kenangan bersama,
anis rindu gelak tawa,
anis rindu bapak sangat2.

bapak,
anak bapak ni amat merindui bapaknya.
namun, 
dia sedar bapak takkan kembali lagi
tapi,
dia masih berdoa agar bapak gembira menghadap Ilahi
insyaAllah,
kita akan berjumpa di sana nanti
tunggu,
anakmu ini akan menyusul jua bertemumu
dan 
penciptaNya

yang selalu merinduimu,
-anis the only daughter-
tarikh esok memang tak boleh dilupa
13/2
bapak pergi tanpa rela
tapi aku tak punya kuasa untuk menghalangNya
kerana Dia Maha Kuasa
sebagai hamba aku perlu tabah dan redha
akan ketentuanNya
moga bapak bahagia di sana
~al fatihah~

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template