Kenapa Ada Jerawat di Anggota Badan?
DAHI -
Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.
HIDUNG -
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.
DAGU -
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
PIPI KIRI -
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
Antara fungsi hati adalah:
• Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
• Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
• Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
PIPI KANAN -
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
Fungsi paru2 adalah menukar oksigen dari udara dengan karbon dioksida dari darah. Prosesnya disebut "pernapasan eksternal" atau bernapas. Paru-paru juga mempunyai fungsi nonrespirasi.
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) -
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Sekarang Hanisah dah tau kan kenapa jerawat ini tumbuh? Jadi , dengan itu dapatlah kita mengambil tindakan yang sesuai dengan melihat dari gejala2 jerawat yg timbul itu.
Contohnya kalau jerawat tumbuh di belakang badan, tandanya sistem perkumuhan bermasalah atau sembelit, mudahnya. Jadi kita carilah petua atau ubat yang boleh menghilangkan sembelit. Contohnya, makan buah betik, atau lebihkan makan sayur sayuran daun.
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment