Friday, February 10, 2012

kentang?


Kentang Kurangkan Tekanan Darah?

Umum mengetahui bahawa kentang adalah makanan yang menggemukkan, namun baru-baru ini saintis melaporkan pengambilan beberapa hidangan kentang sehari mampu mengurangkan tekanan darah , sama seperti mengambil gandum tanpa menambahkan berat badan.
Penyelidikan tersebut dilakukan keatas sekumpulan responden yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan mengidap darah tinggi.
Pengambilan hidangan ada syaratnya. Jangan diambil bersama sos tomato, cuka atau mayonis. Penyelidikan tersebut tidak di lakukan menggunakan kentang goreng tetapi menggunakan kentang yang dimasak tanpa minyak di dalam ketuhar gelombang mikro.
Walaupun kajian itu menggunakan kentang ungu, para penyelidik percaya kentang kulit merah dan kentang putih juga memberikan hasil yang sama .
“Apabila ia disediakan tanpa digoreng atau dinikmati tanpa mentega, marjerin dank rim masam,sebiji kentang mengandungi 110 kalori dan berpuluh-puluh fitokimia dan vitamin yang sihat. Kami berharap penyelidikan kami dapat membantu membentuk semula imej pemakanan popular kentang.” Kata ketua penyelidik, Joe Vinson.
Ok, kali ini info yg pendek, senang nak baca kan?
Cubalah, rupa2nya kentang yg ada kat dapur kita, besar khasiatnya....

Sampai jumpa lagi.
more at,


0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template