Friday, February 10, 2012

ke pu ti han


Hari ni saya nak celoteh sikit pasal hal ehwal wanita je. Tapi yg lelaki kena tau juga, yelah orang yg bernama isteri kita kan wanita juga. Jadi kenalah tau serba sedikit supaya kita tau lah apa bendanya tu dan apa nak buat. he..he..

Ok . hari ini mengenai KEPUTIHAN
Pengenalan
Faraj atau vaginal wanita sememangnya mengeluarkan cecair (discharge). Cecair yang normal adalah jernih atau sedikit keruh, tidak gatal dan tidak berbau. Jika cecair itu bersifat lain dari yang disebut tadi maka cecair itu adalah tidak normal. Banyak atau
sedikit dan pekat atau cair adalah mengikut waktu tertentu dalam satu bulan kitaran haid. Bila ia kering dan melekat di seluar dalam ia akan kelihatan kekuningan cerah (milky). Keadaan ini adalah normal.
Vaginal yang sihat, akan memastikan ia mengeluarkan cecair yang bersih dan sihat. Cecair yang sihat adalah berasid. Keadaan vagina yang berasid ini memastikan kuman yang tidak baik tidak dapat membiak.
Sifat atau konsistensi cecair boleh berubah disebabkan oleh:
• Kitaran haid
• Tekanan emosi
• Hamil
• Pill cegah hamil
• Rangsangan seksual
• Penyusuan badan
• Ovulasi
• Diet
Keadaan ini masih normal.
Punca yang mambuatkan persekitaran vaginal tidak seimbang seperti:
• Vaginal douches — memcuci dengan memancutkan air atau cecair ke dalam vagina dengan menggunakan alat. Dengan cara ini akan menghilangkan cecair berasid dan mencederakan kulit dalam vagina. Jika alat atau cecair pencucinya tidak bersih, jangkitan kuman yang tidak baik boleh terjadi.
• Mencuci dengan produk wanita
• Sabun deodorant atau pewangi
• Pengambilan antibiotik tanpa kawalan
• Kencing Manis
• Jangkitan kuman yang tidak baik
Faktor-faktor tersebut akan membuat persekitaran vaginal yang semulajadi (natural acid enviroment) akan terganggu dan terdedah kepada jangkitan kuman yang tidak baik.

Vaginal Douches
Tanda-tanda keputihan (vaginitis):
• Cecair vaginal meningkat dari biasa
• Warna cecair bukan lagi jernih atau sedikit keruh seperti biasa tetapi ia bertukar seperti putih keju (white, cottage cheese-like discharge) atau kekuningan atau kelabu (gray) atau cecair hijau yang berbuih.
• Cecair yang berbau — Baunya kadang-kadang hanyir (fishy) terutama selepas bersama dengan suami atau sewaktu membasuh vagina dengan sabun. Tetapi harus diingat berbau tidak semestinya dari cecair vagina mungkin hanya di luar sahaja (vulva).
Jika bahagian ini dibersih dan tiada lagi bau bermakna ia hanya di luar sahaja. Gunalah sabun yang biasa dan yang lembut sahaja.
• Pedih
• Gatal
• Cecair yang berdarah (bukan haid)
• Sakit waktu bersama dengan suami.
Kuman jenis apa yang buatkan vaginitis?
1. Candida (=kandida). Ia jenis kulat dan paling kerap berlaku. Kurang berbau. Cecairnya pekat dan likat seperti cottage cheese (keju).
2. Bacterial Vaginitis. Cecairnya tidak pekat dan sepeti warna susu. Berbau hanyir.
3. Tricomoniasis (=trai-ko-mo-nia-sis). Cecair kuning kehijauan dan berbuih. Bau yang busuk terutama selepas haid.
4. Chlamydia (=kla-mi-dia). Salah satu kuman sakit kelamin. Kebanyakan tiada simptom atau tanda. Cecair tidak selalu ada. Kadang-kadang berdarah selepas bersama. Kerap terjadi kepada yang selalu bertukar pasangan.
5. Herpes. Sejenis kayap. Ia sangat sakit.
6. Selain dari jangkitan kuman vaginitis mungkin disebabkan oleh alahan kepada apa jenis semburan di vagina, douches atau produk pencuci wanita.

Cottage Cheese (keju)
Rawatan
Sebaiknya berjumpalah dengan doktor sekurang-kurangnya di klinik swasta. Beritahu doktor tentang simptoms dan jenis cecair vagina agar doktor boleh tahu jenis kuman apa dan seterusnya antibiotik yang berpatutan dapat diberi.
Pencegahan
1. Pastikan vagina sentiasa bersih. Gunalah sabun yang lembut sahaja. Elakkan douching (pancutan ke dalam vagina)
2. Pastikan sekeliling vagina kering. Elakkan memakai seluar yang ketat yang membuatkan berpeluh. Seluar atau pakaian yang longgar membantu kawasan vagina sentiasa kering dan bersih.
3. Pakaian seluar dalam jenis kapas lebih baik kerana peluh dari sekeliling vagina dapat meresap ke seluar dalam dan membuatkan sekeliling vagina jadi kering dan sihat.
4. Semasa mencuci dubur selepas buang air besar, cucilah dari depan ke belakang agar kuman dari dubur tidak masuk ke vagina.
5. Jangan memakai tuala wanita (tampons) terlalu lama.
6. Elakkan mengguna tuala wanita yang mengandungi bahan pewangi
7. Kurangkan memakan makanan yang manis.
8. Memakan yogurt (susu masam) yang mengandungi probiotic terutama kepada sesiapa yang sering mengambil antibiotik berlebihan. Probiotic adalah bakteria yang jenis baik. Bakteria yang baik ini tidak memudaratkan manusia ia mengahalang bakteria yang tidak baik membiak.
Ok Hanisah, saya tak nak panjangkan lagi emel ini,
takut Hanisah tak larat nak baca.
Sampai bertemu lagi...salam mesra dari saya:
more at,

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template