Tuesday, February 28, 2012

migrain

Kali ini saya nak beri info mengenai migrain:


Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:

Apakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?

Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?

Apakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?

Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain. Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju.


APAKAH ITU MIGRAIN???

Migrain adalah gegaran dan selalunya terjadi sakit kepala hanya pada sebelah kepala sahaja. Ia boleh terjadi kepada semua orang


tidak kira umur. Saluran darah di dalam otak akan membesar dan bersama dengan ransangan saraf berhampiran dengan saluran darah. Apabila ia terjadi bermakna perubahan pada saluran darah itu kemungkinan menyebabkan kesakitan tersebut.

Migrain biasanya dikaitkan dengan faktor keturunan tetapi sejauh mana peranannya tidak dapat dipastikan.Wanita sering dikaitkan dgn permasalahan ini terutama semasa kedatangan haid.

Punca lain yg menyebabkan migrain ialah kecederaan lama iaitu kecederaan yg berlaku pada saraf samaada pd bahagian tengkuk atau kepala yang boleh menyebabkan perjalanan darah terganggu dan penyebab kepada serangan.

Penghidap migrain dan sakit kepala seharusnya mengelak penggunaan seperti alkohol,makanan yang menyebabkan serangan seperti kaffein,makanan sejuk dan pastikan anda mempunyai tidur yang cukup.

Untuk memudahkan diagnosis tentang migrain dan sakit kepala dibuat,anda haruslah mengambil tahu keadaan penyakit ini seperti di bawah:

1. Migrain akan menyerang sekitar 4 hingga 72 jam

2. Sekurang-kurangnya mesti ada 2 ciri tersebut:

*sakit hanya pada sebelah kepala sahaja.
*Satu gegaran di dalam kepala
*Sakit kepala daripada sederhana menjadi lebih teruk.
*Mual dan/atau muntah
*Amat sensitif kepada cahaya dan suara, kes yang serius, seseorang itu mungkin akan pengsan.

Kebanyakan orang yang menghidap migrain juga mempunyai masalah seperti kebas pada tangan, lengan dan kaki semasa serangan, percakapan tidak jelas dan masalah penglihatan. Sesetengah mungkin menghidap lebih 50 tahun dan yang lain mungkin mempunyai migrain notorius, tetapi semua harus mengambil ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama jika tidak mendapat pemulihan sepenuhnya.

ANTARA RAWATANNYA:-

Banyak orang yang sering mengalami sakit kepala karena stres. Sejumlah cara nonmedis dapat membantu meringankan keparahan dan frekuensi serangan sakit kepala.Cuba saja hal-hal berikut ini

1. Rehat / baring di dalam tempat yang gelap dan sunyi.

2. Mandi. Dengan basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki membawa ke atas badan dan ke kepala)

3. Amalkan sujud setiap pagi. Memang la kan sebab solat subuh
4. Baring atas katil tapi kepala terjuntai ke bawah. Untuk mengalirkan darah ke dalam kepala.

5. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais dalam tuala dan tekapkan pada mata.
6. Urut bahagian atas mata. Atas kening tu. Urut sampai anda rasa migraine anda lega sikit
7. Amalkan minum air mineral ECPI

8. Elakkan terkena cahaya matahari atau cahaya lampu yang terang
9. Amalkan pemakanan buah epal hijau. Beserta kulit ok. kalau rajin buat jus epal.


10. Letak migraine ice atas dahi

11. Baring di atas bantal sejuk.

Lagi Petua Secara Alami:


PETUA ANAK ULU CHEKA:

Disini saya berikan antara petua untuk menghilang migraine:
carikan bahan-bahan berikut:

kacang hijau
lada hitam
garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diletak kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.


0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template