syukran Ya Allah...
syukran Ya Allah...
syukran Ya Allah...
perjalanan cerita hidupku berubah 360 degree...
kecewa? tipu kalau kata tidak...
tapi, aku yakin Engkau menyayangiku
terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan aku dari mimpi lena
terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan aku dari angan yang tak nyata
tak guna menangisi benda yang dah terjadi
tak perlu menyesali perkara yang belum pasti
terima kasih Ya Allah anugerahkan ku teman
terima kasih Ya Allah anugerahkan ku rakan
terima kasih Ya Allah anugerahkan ku sahabat
terima kasih Ya Allah kerana masih membantuku
terima kasih Ya Allah kerana masih menyayangiku
terima kasih Ya Allah kerana masih bersamaku
aku takkan marah...
aku takkan benci...
tak ada siapa yang bersalah...
mungkin sudah nasib diri...
aku takkan menghukum
sebab aku tak tahu...
aku cuma mengukir senyum...
kerana Allah Maha Tahu...
aku menangis bukan kerana dia
aku menangis kerana dosa
dosa pada dia dan kekasihnya
moga Allah merahmati mereka
aku mengelak bukan kerana aku takut
aku berdiam bukan kerana aku pengecut
aku cuma tak mahu mengeruhkan keadaan
aku jua tak mahu mencetuskan perbalahan
maafkan aku wahai teman
maafkan aku wahai rakan
ayah...
maafkan Anis kerana Anis namamu disebut hari ini
maafkan Anis kerana Anis namamu tercalar hari ini
ibu...
maafkan Anis kerana tak mampu berkongsi denganmu...
maafkan Anis kerana tak mahu melihat dukamu bila engkau tahu dukaku...
ini luahan hati
bukan meminta simpati
bukan jua kerana iri hati
jauh sekali hasad dengki
ini luahan hati
insan yang malu pada diri
insan yang menyesali
insan yang ingin diri dimaafi
orang cuma tahu berkata-kata
orang cuma tahu luarannya
orang tidak tahu apa sebenarnya
orang cuma tahu menilai sahaja
sekadar luahan hati
insan biasa,,,
Monday, October 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment