Suka Duka Cinta
Aisha sendiri tak tahu apa yang dia nak dari Shirman. Aisha keliru akan perasaannya sendiri. Apabila ditanya oleh Shirman,
"Adakah awak ingin berkahwin dengan saya..?"
Aisha cuma mampu menjawab sebagaimana yang pernah dijawab oleh Shirman ketika Aisha menyoal soalan yang sama suatu ketika dahulu,
''Kalau ada jodoh...''
Shirman menegaskan lagi soalannya dengan membalas mesej Aisha,
''Saya tanya ikhlas.''
Aisha cuma menjawab,
''Kalau nak pun..apa-apa boleh jadi,ikatan pertunangan lagikan putus, inikan pula kita yang tiada ikatan apa2..''
Shirman membalas dengan keluhan..
''Hmm''
Aisha membalas dengan,
''Awak sendiri pernah jawab macam tu...saat tu saya rasa..saya bertepuk sebelah tangan''
Mana tak nya, saat itu Aisha beria-ria nak ajak Shirman kahwin, tapi jawapan itu cukup-cukup menghiris hatinya. Seolah-olah keyakinan itu tiada.
Shirman mula mengubah topik dengan bertanya,
''Awak suka saya kah..?''
Aisha membalas,
''Kalau saya suka pun, saya cuma dapat kekecewaan'
''Kenapa pula?'' soal Shirman.
''Tak pernah ada seorang pun dari insan yang pernah saya sayang sepenuh hati tanya keadaan saya setiap hari... tak pernah... mungkin ini balasan buat saya yang pernah kecewakan hati lelaki. Saya cuba rawat luka dengan belajar berfikiran positif terhadap lelaki... tetapi setiap kali itulah tembok percaya itu runtuh...''
Shirman membalas,
"Saya tak tahu nak cakap apa."
"Tak payahla cakap... awak cuma perlu baca... asalkan saya dah luah apa yang saya rasa... asalkan awak sudah tahu apa yang saya alami... itu sudah cukup... thanks sebab sudi reply message saya..maaf andai tambahkan sakit..." balas Aisha kembali.
"Takpa.. saya faham.. saya bukanlah jahat sangat," balas Shirman.
"Saya tak tahu apa yang awak faham... saya cuma takut salah faham."
"Saya tak tahu apa yang awak nak," luah Shirman keliru.
"Tak payahla tahu... mungkin saya perlu sedar... saya tak layak untuk awak."
"Saya bukannya sempurna. Mungkin saya yang tak layak untuk awak."
''Saya yang tak layak.''
''Awak sihat?'' Shirman mengubah topik semula.
''Saya sihat cuma hati yang tak okey.''
"Izinkan saya merawatnya.''
"Mampukah hati yang hancur ini dicantum semula?''
"Hanya awak yang boleh jawab soalan tu."
''Okey..''
Pada malam itu, setelah sekian lama Aisha tidak menangis, dia kembali mengalirkan airmatanya. Mungkin kerana keletihan dan masalah yang dihadapinya saat itu membuatkan dia mudah tersentuh hati. Akhirnya dia tertidur.
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment