Wednesday, August 31, 2011

Mereka Yang Pernah Patah Hati Part 4

Beliau ialah Umar bin Khattab,alFaruq yang mampu membezakan antara kebenaran dengan kebatilan turut datang melamar Fatimah.

Umar agak lewat memeluk Islam, sekitar 3 tahun selepas Ali dan Abu Bakar.
Tetapi siapakah yang sangsi akan keikhlasannya?
Siapakah yang sangsi akan kecerdasannya untuk memperoleh kefahaman?
Siapakah yang akan sangsi akan semua pembelaan hebat yang hanya Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya kepada umat Islam?

Lebih daripada itu, Ali mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar."

Betapa tingginya kedudukan Umar di sisi Rasulullah s.a.w, ayahanda Fatimah. Cuba bandingkan antara Ali dengan Umar dari segi cara berhijrah. Ali menyusul Rasulullah s.a.w dengan bersembunyi dalam keadaan dikejar oleh musuh yang kecewa kerana tidak dapat menemui baginda. Ali hanya berani berjalan pada waktu malam. Selebihnya pada waktu siang, beliau mencari bayang-bayang timbunan bukit pasir. Beliau menanti dan bersembunyi. Umar pula telah berangkat sebelumnya. Umar tawaf tujuh kali lalu naik ke atas Kaabah,

"Wahai Quraisy," katanya.
"Hari ini putera alKhattab akan berhijrah. Barang siapa mahu isterinya menjadi janda, anaknya menjadi yatim atau ibunya berkabung tanpa henti, sila halang Umar di balik bukit ini!"

Umar seorang lelaki yang berani. Ali sekali lagi sedar. Dinilai dari semua segi dalam pandangan orang ramai, beliau pemuda yang belum bersedia untuk bernikah, apalagi menikahi Fatimah binti Muhammad. Tidak. Umar jauh lebih layak. Ali redha. Mencintai tidak bererti memiliki. Mencintai bererti berkorban demi kebahagiaan orang yang kita cintai. Cinta tidak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan. Itulah keberanian.

Maka Ali bingung ketika berita itu tersebar. Lamaran Umar juga ditolak.
Menantu yang bagaimanakah yang dikehendaki Rasulullah s.a.w?
Adakah dia seorang hartawan seperti yang telah menikahi Ruwayyah binti Muhammad?
Adakah dia seperti Abu al'As bin Rabi', saudagar Quraisy, suami kepada Zainab binti Muhammad?
Kedua-dua menantu Rasulullah s.a.w itu sungguh berbeza dengannya. Dalam kalangan Muhajirin, hanya Abdul Rahman bin Auf yang setara dari segi harta.
Adakah Rasulullah s.a.w ingin mengambil menantu daripada golongan Ansar untuk mengeratkan perhubungan mereka?
Adakah orangnya Sa'ad bin Mu'az, pemimpin Aus yang tampan dan berbudi itu?
Adakah orangnya Sa'ad bin Ubadah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?

to be continued...
bagaimanakah agaknya pengakhiran cinta Ali terhadap Fatimah..?
sy sengaja buat part2 supaya tidak terlalu panjang...sbb sy jnis yg suka bc artikel yg pndek2..so, psti ada dlm klangn ahli yg suka bca artikel pndek2, dn pastiny ini tidak  mnjadi mslh bg yg suka bc artikel pnjg...
maaf andai ad slh dn silap...
moga doc ini bermanfaat utk smua...
(^___^)

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template