Showing posts with label sharing is loving. Show all posts
Showing posts with label sharing is loving. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Kursus Pra Perkahwinan

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia
*ayat bajet ada stalker...

Seperti yang dijanjikan pada entry sebelum ini,
Janji nak cerita pasal input apa yang kita dapat bila pi Kursus Pra Perkahwinan.

Kursus tu makan masa 2 hari ja.
Anis pi aritu bayar RM15 je...
*mungkin bajet untuk makan je kot...Anis kurang pasti la...

Dalam masa 2 hari tu, kita dengar ceramah.
Kena hadir 10 Slot baru boleh dapat sijil.
Anis pi kesemua 12 slot meskipun bila masa dah nak habis tu Anis da mulai kebosanan.

Bosan2 pon Anis dengar tau...tapi...sambil melukis la.. 
^^v


Hari Pertama (7 Julai 2012)
Mula2 pi tuh kena daftar dulu.
Dapat fail, A4 paper kosong 2 helai, name tag dan buku Gerbang Menuju Perkahwinan.
Buku tu ada semua input tentang ceramah yang akan disampaikan.
Alaa..bagi buku pun bukan semua nak baca kan...
That's why kena pi ceramah jugak.

Ceramah 1: AKHLAK
[rumusan: Sejahat-jahat manusia, sebaik-baik jin.]
Ceramah 2: AKIDAH
[rumusan: Akidah pohon, akhlak itu buahnya.]
Ceramah 3: PROSEDUR PERKAHWINAN
Ceramah 4: MUNAKAHAT
[rumusan: Kaf(Kongsi), Ha'(Hidup), Wau(Waktu), Ya'(Yang), Nun(Nikmat)]
Ceramah 5: HUBUNGAN DALAM KELUARGA
Ceramah 6: IBADAH
*daripada semua ceramah tu, yang Anis ingat satu
"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul."

Hari Kedua (8 Julai 2012)
Ceramah 7: PENGURUSAN KESIHATAN
[rumusan: jaga kesihatan, HIV, AIDS etc.]
Ceramah 8: PENGURUSAN MASA DAN KEWANGAN
[rumusan: Keinginan dan keperluan]
Ceramah 9: KOMUNIKASI SUAMI ISTERI
[rumusan: Perlu ada komunikasi yang baik untuk elak salah faham]
Ceramah 10: PENGURUSAN STRESS
[rumusan: Stress boleh memotivasikan]
Ceramah 11: PERKHIDMATAN RUNDING CARA JAIS
[rumusan: Pasangan pergi kaunseling bukan pasangan yang nak bercerai.]
Ceramah 12: PEMBUBARAN PERKAHWINAN
[rumusan: Perkataan cerai boleh berlaku di mana-mana]
*yang ni secara keseluruhannya, ermm...agak kurang menyengat penyampaian,,sebab tu Anis pi melukis...tapi masih dengar gak la..nasib bek la penceramah yang last ada ohsem...cerita pasal cerai tu...

sekian sahaja perkongsian,
walaupun Anis pi tanpa pasangan,
*jauh di mata tapi dekat di hati, pasti bersatu juga nanti, InsyaAllah..
doakanlah....
Anis tidak rasa kekurangan,
sebab dengar ceramah boleh tambah pengetahuan.

p/s: bayaran untuk kursus tu ekot negeri...ada jabatan agama yang dah diswastakan, sebab tu bayaran kursus mahal...tu yang ustaz penceramah Prosedur Perkahwinan bagitau kat kitorang...
tapi kan, dia (yang jauh di mata tu) pi FREE...
(^_^)

Monday, April 2, 2012

meniti ujian hidup

Salam semua...
Rindu kalian...

Diam tak diam, macam lama dah tak update story mori kat sini kan...
Macam adik aku selalu tanya. untuk apa buat blog ni?
dia buat muka gedik,
"wat happen to me today is...bla bla bla..."
Lucu bila teringat kat dia.hehe. 
walau banyak mana pun orang kritik pasal berblog ni tak best,
aku tetap nak ada blog and nak teruskan...
nak share apa saja...nak bagi orang baca bagi yang suka...
tak suka tak apa. =D

Dipendekkan cerita, 
sekarang ni kan...musim submit assignment untuk aku...
TENSE? tipu lah kalau tak tense...huhu
sampai2 aku emo, ilang sabar tapi pahtu aku lak yang nangis..
ape de hal kan...hmm...cobaann....~
apa2 pun dah boleh cool and kurang ckit kot stress nye...
*kalo tak, takkan lah buleh update blog..~
konon2 nya lah...

tadi tengok update blog yang aku folllow,,
ada cerita pasal,
lepas baca ni memang terasa abes ah...
aku ni nak kata tak penyabar, bolehla...
cuma, aku suka himpitkan pale yang kecik ni dengan infinity poblem.
cian pale aku.huhu.cian3x..
lepas baca artikel tu, aku akan cube tak nak fikirkan sangat poblem yang ada.
insyaAllah.
bak kata Guru Besar SK Laksamana Kuching,
"Saya tak anggap itu sebagai masalah, itu cabaran."
aku akan cuba amalkan apa yang aku baca.
sekian saja deh perkongsian kali ini.
nak sambung buat koje...moga bermanfaat hendaknye.

Sayang semua,,,
Kasih kalian...

*minggu ni minggu special buat aku sebab dapat baucer buku...
aku tak kesah sangat kalau tak dapat baucer buku tu dulu 
sebab budak IPG memang dah diperuntukkan elaun buku sebanyak RM800.
bila dah dapat kan,,,Alhamdulillah...even actually, banyak dah aku spend beli buku ja tahun ni.
tak rasa rugi...rasa nak beli nak beli dan nak beli lagi ada...
ilmu kan.. takkan luak pun...
tapi beli beli jugak,,,jangan lupa baca dan rujuk.
(^_^)v




Thursday, January 12, 2012

Copied.

tak sangka kan?

kita jumpa,
kita kenal,
kita kawan,
kita berhubung.


tapi kemudian.
kita menjarak,
kita tak lagi berhubung,
kita tak lagi berkawan.



tak sangka kan,
kita sekarang,
seolah-olah dua manusia yang tak pernah kenal satu sama lain.
ya, pelik rasanya berlagak biasa.
ya, kelakar rasanya berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku.

tapi,
siapa sangka,
mungkin ada hikmahnya kan?



Sunday, December 25, 2011

QA Keris Emas. (CtrlC+CtrlV)

Assalammualaikum...kat sini ada soal jawab pasal isu UCAP MERRY CHRISTMAS kepada non muslim yg telah dijawab oleh Ustaz Azhar. Yang ni jawapan2 yg telah dikumpulkan untuk dibuat satu status lengkap supaya semua dapat baca terus...semoga bermanfaat.

Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh2 tanya pasal Christmas ni? seolah2 Kristian yg ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la...tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap...doa dan zikir byk lg yg tak reti..

Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! ..Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap "Merry Christmas" anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tp jenis melayu ni degil..

Soalan 3 : apa hukum kalau pergi ke rumah org yg buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jgn buat amalan2 berkait agama mereka..

Soalan 4 : Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan2 yg menyambutnya? 2) Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja..jgn ucap merry atau selamat.. 2. bolih jika rakan kerja atau jiran sebelah..jgn ucap atau buat2 apa2 yg berkait dgn agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja...

Soalan 5 : mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..org non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya...jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya... zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dgn ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..

Soalan 6 : Perayaan2 etnik trbesar diMalaysia spt krismas, deepavali, raya cino dll....Setakat mnow umat Islam dpt merayaknnya?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pd hari2 raya mereka dgn tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka...

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..

Soalan 8 : rumah terbuka sempena christmas..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil..Kitab Bahrulmmazi.

Tuesday, December 13, 2011

T O M A T O

Ada macam-macam jenis tomato. Aku suka makan tomato. Sedap. Entahla. Makan mentah pun suka jugak. Yummy!But, aku bukan nak cerita pasal aku hari ni. Pasal tomato yang sedang hangat di alam maya.

taken here
ini tomato ceri.
comel, kan? hehe
Ok. Ni lah TOMATO yang popular sekarang nie.


I bet banyak yang dah tengok vid T O M A T O ni.
Aku baru habis tengok hari ni. Mana tak nya before ni tengok sekat-sekat 
sampai aku takde mood lagi nak tengok.
Alhamdulillah sampai jugak hajat aku nak tengok.
Alahai, teringat pulak dekat satu video yang sampai sekarang aku tak dapat tengok.
"Mardhatillah" [kalau tak silap ingat tajuknya...]
Itu cerita lama. Tak payah la ingat. [Lama la sangat sebulan yang lalu.]
Apa-apa pun tahniahla kat producer and pelakon dalam video TOMATO ni sebab berjaya sebarkan ayat AlQuran dengan cara yang kreatif serta menyampaikan maksudnya dengan baik sekali.
Lebih-lebih pulak aku nie. Nanti mana nak letak Matluthfi. [Perasan lebih der...]
Okaylah. Aku tak pandai nak hipokrit. Apa aku luah kat blog itu lah aku.
Kalau aku rasa nak cerita pasal Agama, aku cerita sebab itulah main-business aku akan datang.
Kalau nak melawak pun boleh tapi tak boleh lebih-lebih.
Nak serius? Okay jugak tapi tak berapa sangatla nak serius aku ni.Depends bukan defend k.Hehe.
Satu yang aku pasti. 
AKU NAK KAWEN AWAL WALAUPUN BELUM ADA CALON.
but I'm not desperate okay! sebab dah selalu sangat terluka.
*bukan nak pancing simpati okey. itulah kenyataan. tapi yang penting aku masih di sini! yeah! alhamdulillah.
Aku nak bagi masa kat hati untuk pulih sepenuhnya. 
(^_~)v




Wednesday, December 7, 2011

4 SERINGGIT

Ketika sarapan pagi mak dan anak berbual-bual.

Anak: Mak, pau yang mak buat ni sedap lah.
Mak: Ada-ada je kamu ni. Setahu mak, kamu tu semua yang mak masak kamu kata sedap.
Anak: Eh, yeke? Hihi. Ye tak ye jugak kan. Semua mak masak sedap sangat. Kalau tak, saya ni takkan sebesar ni sekarang. Hehe
Mak: Ada saje celoteh anak mak nie. Macam-macam la kamu ni. Ni mesti ada apa-apa kan?
Anak: Ish, takdelah mak. Mak tak terfikir nak buat bisnes ke? Jual pau nie. Pau mak kan sedap. Hehe
Mak: Memang terfikir nak jual tapi sape lah nak tolong hantarkan ke pasar. Bukan ada orang tolong pun. Lagipun kalau nak jual berapa harganya?
Anak: Mak jual lah empat seringgit cepat laku. Kena jual murah dari orang selalu jual mak.
Mak: Kalau jual empat seringgit, kena kecilkan saiz pau nie. Nanti, kalau orang anak ramai datang beli pau yang mak jual kan terpaksa beli RM2 kalau anak 8 orang sebab pau kecil sangat untuk dibahagikan. Kalau jual tiga seringgit dan saiz besar senang nak bahagi. Kalau anak mak takpe lah, mahu diajak berkongsi setakat nie. Alhamdulillah. Macam mana kalau anak orang yang tak reti nak berbahagi?
Anak: Ye tak ye jugak kan mak. Ada betulnya apa yang mak kata nie.

Mak tersenyum melihat anaknya.

Perbualan terhenti di situ. Si anak berfikir di dalam hati; Hanya IBU yang memahami IBU yang lain.
Ibu akan sentiasa fikir untuk orang lain terutama sekali anak-anak walaupun dirinya sendiri sentiasa terabai dek kerana memenuhi keperluan anak-anak.
Hargailah ibu anda sementara masih ada peluang.

Saturday, November 26, 2011

Salam Maalhijrah

Pejam celik pejam celik dah masuk 1433H...
Tak sangka kan masa pantas berlalu.
Anis nak ucapkan terima kasih kepada semua yang ucap salam Maalhijrah.
Maaf bagi yang Anis tak tahu number tuh...handphone buat hal...guna hp lain..sbb tu num takde dlm contact.
Moga tahun baru hijrah ni akan mendatang banyak kebaikan dan lebih bermanfaat. Moga dipermudahkan segala urusan dan diiringi keberkatan olehNya di tahun baru ni...berhijrahlah dari sifat buruk kepada baik daripada baik kepada yang lebih baik. *peringatan untuk diri sendiri juga,,,
Azam baru? Takda cuma harap itu je la..segalanya lebih baik daripada sebelum ni..amin...insyaAllah.
Anis tertarik pada 1 wallpaper kat iluvislam tadi then download. Nak kongsi bersama korang...moga bermanfaat. simple but nice~


Thursday, November 17, 2011

copied

♥ Baca smpai habis yee.. ♥ best !! ^_^
Jangan cinta kerana dia lelaki..kelak kita akan membenci..jika dia bukan lelaki yang dicari..hanya pandai menabur janji..

Jangan dirindu pada paras rupa..kelak kita akan terseksa..jika dia tidak sebaik rupanya..senyumnya manis tipu belaka..

Jangan disayang kerana berharta..kelak kita hidup menderita..jika hartanya habis dibelanja..sukarnya hidup miskin dan papa..

Jangan dikasih kerana dipuji..kelak kita menagih janji..jika rupa berkedut dimamah hari..hilang sudah puji memuji..

Jangan dicari seorang kekasih..kelak kita akan disisih..jika kasih luntur bersih..menangislah diri hidup bersedih..

Jangan disambut salam rindu..kelak kita menahan sendu..jika rindu tak dapat disatu..dimanakah akan kita mengadu..

Jangan dilayan seorang teman..kelak hidup menjadi ancaman..jika teman tidak beriman..dibakar api dihari kemudian..

Wahai sahabat wahai teman..carilah dia kerana Tuhan..untuk menambah ceteknya iman..bekalan diri hidup berteman..

Wahai sahabat wahai teman..cintailah dia kerana beriman..dijadikan Tuhan sebagai pasangan..baik buruk ketentuan Tuhan..

Wahai sahabat wahai teman..terimalah dia penuh keikhlasan..andai buruk anggaplah dugaan..andai baik pujilah Tuhan..

Wahai sahabat wahai teman..ingatlah akan janji Tuhan.isteri yang baik besar balasan..suami penyabar itulah kemenangan.

Tuesday, November 15, 2011

AWAK budak KOS a.k.a course pe? [copy paste FB]-tajuk dibuat sendiri

perkongsian bersama..j0m baca (^_^)
adelah sebuah cite ni...

terdapt 3 org sahbat yg brlainan kos di sebuah universiti~~^^
A- Kos agama (cm syariah..QS,usuluddin), B- kos engine dan C-kos sains kmanusiaan...
suatu hari...si B mgajak shbt2 baik ny tu pegi mkn..mse nk mkn,
A- jom bce doa dlu..
B-ko la bce doa A..ko kn kos agama..
c-aah..stuju...lalu A pn bce lah doa...
bgitulh yg brlaku strusnya... stiap prkara yg di buat msti A yg kne ktuai.. ats dasar A KOS AGAMA..
smpai stu ktka..di sebuah restoren...mse bukak puasa..
A: ok skg B ko plak yg bce...
B; x nk la..ko la...ko kn kos agama..lbh afdal,,,x pn ko la c.(b tunjuk C plak)
C: eh asal ak plak?? ko la A..ko kn kos agama..x kn x blh kott^^
lalu jawp si A: (smbil trsenyum^_^)..x pe la.. bia la ak yg bce,,dkt akhirat nty ak j yg akn di hisab kn?? ok j..^^
B & C :errr...

DI HARI LAINNYA...*****

jom dgr tazkirah!!ajk si A...

B: erm..xpe la..ko j la pegi..ko kn kos agama..ak ni klo x g pn..xpe..bese2 j..
c: btol gak tu..lgpn ak nk wat assgmnt ak ni..hhehe..lbih afdal klo ko pg..lgipun ad kaitan ngn kos ko kn??heheh..(ayat org mals nih...dont try at home..tetibe~)

Jawab si A: erm..blh ak ckp skit??(smbil snyum^_^)..knp korng sllu kaitkn ak dgn kos yg ak ambil??adkh di hari akhirt nty ALLAH menilai kte melalui kos yg kte ambil?? cre korng brckp seolah2 org yg amik kos agama sj yg akn dihisab...mksd ny org kos agama mcm ak ni sj lah yg akn msuk syurga..btol x??ye la..sume perkara baik ak kne buat d sbbkn ak kos AGAMA..bkn ke korng juga prlu berusaha untuk mgumpul pahala?? ^^..(sambil tersenyum dia mnyambung kmbali) ak amik kos ni pn bkn sbb ak pakar dlm agama...cme..ak x brapa pndai dlm ilmu2 agama ni..sbb tu ak apply kos ni... ak bkn nk slh kn korng walaupn korng bukan KOS AGAMA..sbb mne2 kos pn yg kte ambil...ksungguhan kte trhadp islam yg akn di nilai oleh ALLAH..tdak semestinya kos selain dr kos agama tdk di redhai ALLAH,,asal kte buat krn ALLAH..psti ALLAH jua akn redha dgn kte..ingat lah sahabat..kita adalh muslim...dan ini tggungjwb kite sbg hamba ALLAH..ad jgk org yg kos agama tp msih kurng ilmunya...ad jgk org kos lain selain agama..tp byk ilmuny.. tp bkn lah itu yg di nilai oleh ALLAH..tp sejauh mne kesungguhan kita dlm mggapai redha dan cinta ALLAH..^^ (simple tp trkene..)
B menitis kn airmata..C tunduk malu.. A,ingin brlalu pergi...
B & C: nnti !! tunggu kami...mulai hari ni kami akn cbe n brusaha mnjadi muslim yg baik...trima ksih atas peringatan..:))
~ALHAMDULILLAH~TERIMA KASIH YA ALLAH..^^

*kisah bnar..realiti khidupan..manteliti kbyakan org...:)..smg kta blh amik iktibar dr cte d atas..:)


Pesanan Penaja:



* Pengajaran dari kisah ini? Tak kiralah kos (course) & post (jawatan) kita di dunia nie kita semua MUSLIM dan kita HAMBA ALLAH. Kos dan post tu pulak amanah yang dipertanggungjawabkan di dunia untuk disoal di akhirat kelak. Tak kiralah siapa anda, keturunan apa, berharta kita semua takkan terlepas dari dihisab. Post tetap kita ialah HAMBA ALLAH. 

Wednesday, November 9, 2011

Maaf kerana mengopi tanpa izin

::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.


pertemuan... menghadiahkan kita kasih sayang... jika cinta satu pasti bertemu... ia tidak ternilai... kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi... kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita... jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi... biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah...

Untuk seseorang yang dihormati...~

taken here
Buat seseorang yang dihormati....~

Ku tidak sepertimu pandai bermadah, namun ada satu madah yang ku rasa indah.

"Cinta kepada Allah dengan ketaatan, Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia, Cinta kepada jihad dengan perjuangan, Cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah, mencontohi Rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan..."


Seperti yang selalu kau ungkapkan, itulah manisnya pengorbanan. InsyaAllah diri ini akan terus tabah tak rebah.

J A N G A N

Jangan katakan “Aku Cinta Pada Mu” bila anda benar-benar tidak peduli. Jangan bicarakan soal perasaan hati bila itu memang tidak benar-benar ada. Jangan pula anda sentuh hati seseorang bila anda mula berniat mematahkan hatinya.
Jangan menatap ke dalam-dalam matanya bila mana pandangan anda itu hanyalah pembohongan. Dan perkara yang paling kejam ialah, jangan pernah anda biarkan anda di cintai sedangkan anda tidak berniat sama sekali untuk menerimanya saat dia terjatuh !


*copy paste ja dr FB..mls la nk edit..xda mud..sja nk share...bnar2 sntuh hati ini


taken here

Friday, November 4, 2011

m O v E O n


KISAH DAN TAULADAN (dari FB)

Kisah

PISANG
&
HATI

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Thursday, November 3, 2011

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH (dr FB)





Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..



* sebak bila mengenangkan ayah yang dijemput Ilahi terlebih dahulu sebelum sempat mengalami semua di atas. al-Fatihah...

Wednesday, November 2, 2011

anda rasa anda KURANG BERNASIB BAIK? tengok la video ini.


baru lepas tengok vid ni tadi...
rasa mcm selama ini aku selalu dok merungut itu ini
x reti bersyukur...
huhu..
ampunkan hambaMu ini Ya Allah

Monday, October 31, 2011

andai saja dia tahu (edit from FB, original tittle Andai Sahaja Lelaki Tahu)





Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2..

Friday, October 21, 2011

for GUYS yang nak KAWEN X-tra

nampak macam LAWAK kan...tapi inilah hakikat kehidupan
jangan salahkan lelaki saja..
masing2 kena GIVE n TAKE in marriage.

Buat lelaki yang nak kawen x-tra...
anda mesti A-D-I-L
SURE ramai yang tau adil tu ape...
so, xpayahla saya nak cter panjang lebar.
saya cuma nak bagitau ADIL dalam kamus saya
kalau suami saya tak da ADIL ni tak payahla berangan ye awak. ;)

A anggap isteri itu A M A N A H
D dedikasi dalam melaksanakan T A N G G U N G J A W A B sebagai suami
I isteri-isteri dapat N A F K A H yang secukupnya
L ''Layakkah aku beristeri empat?" TANYA diri. 

ps: untuk bakal suami yang tak diketahui...harap awak baca ni (^^,)

Tuesday, October 18, 2011

S-A-H-A-B-A-T


S A H A B A T

Bila kau letih dan hilang semangat dalam kehidupan,
ALLAH tahu betapa kau telah cuba sedaya upayamu.

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan,

ALLAH telah mengira titisan air matamu.

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,

ALLAH setia di sisimu.

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan,

ALLAH adalah jalan penyelesaiannya.

Apabila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa..

ALLAH adalah jawapannya..

ALLAH menguji keikhlasan bila bersendirian..

ALLAH memberi kedewasaan bila ada masalah,

ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan,

ALLAH tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikan dengan yg lebih baik..

CINTA KERANA ALLAH TIADA AKHIRNYA ✰ syukran Ya RABB ~♥♥


Monday, October 17, 2011

MENYESAL KAHWIN! (copy paste ja nie..kalau suke share okeh ^^, )


Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.


Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh,nyesal giler kawin..


Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.


Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..


Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.


Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.


Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la

pentingnya cari isteri yang solehah!


“Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..


Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..


Lagi abang sayang ade la..


Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..


Ke memang nak abang jadi gemuk ni?


Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..


Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!

♥ silalah share atau tag untuk manfaat bersama ♥

by: Insya Allah~


Wednesday, October 12, 2011

SAKITNYA.....

sakitnya MENGENANG DOSA
sakitnya MENGINGAT MASA LALU
sakitnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

saya dapat kat sini

mesti pernah rasa sakit kan?
tak kiralah sakit yang macam mana
bersyukurlah kalau anda pernah sakit
bersyukurlah kalau anda sedang sakit

pelik kan?
kenapa perlu bersyukur...?
sakit tu...Allah tak sayang ke kalau bagi sakit?
sapa kata Allah tak sayang...?
sebab Allah sayang kita la Dia bagi sakit...
kenapa???

senang ja...
manusia ni kan...bila senang...
ini dalam fikirannya:
"Dunia ini ana yang punya"
"Dunia tok kamek mpun"
"This world is mine"
walaupun diorang tak cakap...
itulah dalam hati...tak ingatnya kat Allah masa senang
*saya cakap berdasarkan pengalaman menjadi manusia k..

bila susahhh...tu dia.....
masa ni la dok kalut...
*oOps! kelua loghat lain pulak dah...
masa ni la ingat sangat kat Allah...
"Ya Allah...sembuhkanlah hambaMu yang hina ini"
"Ya Allah...sembuhkanlah kamek tok..."
"Ya Allah...please give me cure..."
time nie semua ingat kat Allah...
tu la tandanya Allah sayang...
sebabnya..pernah dengar tak phrase nie:
Mengingati Allah jiwa akan tenang
sure pernah kan?
dengan ingat Allah tenang la jiwa tu...
takdala nak resah gelisah gundah gulana...
asyik ingat dunia...
mula la fikir pasal mati...
kan mati itu PASTI...
so, banyak2 kan lah PERSIAPAN DIRI k
*peringatan untuk sendiri jugak nie... =)
lagi satu...SAKIT tu UJIAN
ALLAH takkan UJI hambaNya lebih dari apa yang mampu.
SAKIT kafarah dosa...
tapi jangan pulak p wat dosa lepaih tu buat2 sakit pulak ye...
~ renung2 tenung2 jangan murung2... ~

sekian sahaja perkongsian.
moga bermanfaat
 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template