Showing posts with label Aku Stalker. Show all posts
Showing posts with label Aku Stalker. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

Aku Stalker Part 15


“Salam, macam mana exam tadi? KF”

 Mesej dari insan yang menggunakan akronim nama KF yang pastinya. Intan malas hendak berbalas mesej dengan insan yang tidak dikenalinya kerana dirasakan tidak penting. Kadang-kadang dia sendiri pening. Ingin saja dia menukar nombor telefon yang baru akan tetapi nombor yang digunakannya sekarang merupakan nombor yang mudah untuk dihubungi bagi perkara-perkara yang penting.

“Nak reply ke tidak...” soal Intan di dalam hati.

“Malaslah. Bukan kenal pun. Nanti kena pulak dengan duda aku, naya. Kau sendiri yang menangis tak berair mata disebabkannya, Intan. Biarkan sajalah. Tak penting pun.” Intan berbahas sendiri.

“Kalau dia bukan duda engkau? Erm,,, biarlah. Bukan suami aku pun. Haha.” Tersenyum sendiri.

“Ehem, Cik Intan. Senyum sorang-sorang nampak. Macam ada sesuatu je.” Sapa Alieya tiba-tiba. Entah dari mana datangnya, Intan pun tidak sedar kerana leka berbahas sendirian tadi.

“Assalamualaikum, Cik Alieya. Takde sesuatu nya pun.”

“Waalaikumsalam. Oops! Lupa pulak nak bagi salam tadi. Maaf ye.”

“Tau takpe.”

“Rileks la, aku excited tengok kau tadi. Mana tak nya, lepas exam tadi kau keluar terus tak toleh belakang, tinggalkan aku.”

“Maaf ye kawan. Aku lupa pulak ada tinggalkan kawan kat belakang tadi. Hehe.”

“Yelah, sapa lah aku ni kan. Huhu.”

“Ala comelnya Cik Lieya macam tu. Mengada. Haha.” Serentak itu pipi Alieya menerima cubitan manja dari Intan.

“Sakitlah. Apa lah kau ni, Intan. Aku merajuk betul-betul kang baru padan muka. Haha.”

“Yelah, janganlah merajuk ek sayang. Main-main je. Exam kan dah lepas. Esok lusa dah tak jumpa kau lagi. Janganlah macam ni.”

“Aku main-main jugak la. Takkan la nak merajuk. Nanti cepat tua. Tak nak aku. Haha. Cepatnya kau nak tinggalkan aku? Rumah kau bukannya jauh sangat pun kalau nak balik. Rileks la sehari dua, temankan aku.”

“Baiklah, Cik Lieya sayang. Ikut aku balik rumah mak cik aku dulu lah, nak?”

“Okey jugak tu. Boleh jalan-jalan sebelum balik ke kampung. Nak beli ole-ole untuk family.
“Tak jumpa abang sayang ke sebelum balik?” seloroh Intan.

“Ish kau ni kan. Sehari tak menyakat aku tak sah. Mana ada jumpa lagi. Kalau selalu jumpa nanti muak tau. Lagipun, nanti dia datang ke rumah. Buat apa nak jumpa sekarang. Hehe.” Jawab Alieya sambil tersenyum bagai kerang busuk.

“Yelah kan, orang nak bertunang tak lama lagi. Lupa pulak hamba. Haha.”

“Jangan nak lupa, ok. Kau kena datang hari tu. Kalau tak...”

“Kalau tak apa, Lieya?”

“Kalau tak, tak apa. Hehe. Aku tak nak paksa, kalau tak sudi...”

“Alala sedihnyer... aku akan usahakan datang lah, Lieya.”

“Janji tau. Hehe. Aku main-main je lah tadi. Saja buat sedih. Manalah tau ada orang simpati.”

“Kau ni kan...nak kena. Aku ada benda nak bagitau ni Lieya.”

“Apa dia sayangku Intan?”

“Budak KF tu mesej lagi lah tadi. Siap tanya macam mana exam. Siapalah budak tu agaknya. Aku memang tak nak kisah sangat. Tapi bila dia macam tau semua pergerakan aku, aku jadi ngeri lah pulak. Tak lah ngeri sangat Cuma curious dibuatnya.”

“Ha... berani engkau Intan. Itulah kau, dulu jadi stalker. Sekarang kan dah jadi mangsa kena stalk jugak. Hehe.”

“Kiranya macam hukum karma lah ni?”

“Kau ni, bukannya betul pun apa aku cakap tadi. Hehe.”

“Tapi mungkin ada betulnya jugak. Lantak lah Lieya. Selagi dia masih dalam keadaan terkawal, aku okey je. Bukan aku balas pun mesej dia selama ni.”

“Bagus tu. Taklah dia mengharap sangat. Hehe. Tapi kesian pulak kat dia. Tak ke tertunggu-tunggu mesej dari engkau?”

“Ala...bukan salah aku pun. Aku tak suruh pun dia mesej aku, kan?”

“Ye tak ye jugak. Eh, perut aku dah lapar ni. Dari tadi berborak tak ingat dunia. Jom lah kita pergi makan.”

“Ada orang dah lapar rupanya. Jom lah sayang, kita makan. Aku belanja.”

“Ini yang buat tambah sayang ni. Haha.”

“Ada-ada ja kau ni Lieya.”

Mereka pun beriringan berjalan menuju ke kafeteria. Suasana di kafeteria agak lengang. Maklumlah, lepas habis peperiksaan. Kebiasaannya siswa dan siswi berpakat untuk menghabiskan masa bersama kawan masing-masing di luar kampus. 

“Sikitnya lauk ni. Macam tau-tau ja ada orang nak belanja aku hari ni, kan Intan?”

“Iyelah tu Lieya. Pandai lah kau. Diorang tahu yang budak-budak pakat nak makan kat luar hari ni kot. Sebab tu lah lauk ni sikit semacam. Lagipun dia tahu ada orang kena jaga badan. Nak bertunang lah katakan. Betul tak Lieya?”

“Haha. Kalau bab menyakat memang kau menang lah. Aku angkat bendera putih aje lah jawabnya.”

“Dah habis pilih ke lauk tu Lieya sayang?”

“Sudah, Intan sayang.”

“Jom, kita pesan air lepas tu pergi kaunter. Aku bayarkan.”

“Orait. Haha.”

Semasa hendak pergi ke kaunter, Intan terlanggar seseorang. Dia kurang pasti siapa sebab dia tidak mengangkat mukanya.

“Maaf, saya tak sengaja.” Cepat-cepat Intan menuturkan kata maaf.

“Takpe, saya pun salah jugak. Tak payah minta maaf.” Lembut sahaja suara lelaki itu.

“Saya jalan dulu. Terima kasih.”

“Sama-sama kasih.”

Intan bergerak pantas meninggalkan lelaki tadi tanpa menoleh ke belakang.

“Maaf. Saya cuma bergurau.”

Tiba-tiba muncul suara garau itu dari belakangnya setibanya di kaunter untuk membayar.

“Kalau ye pun bergurau, agak-agak lah. Aku tak nak lah kekasih engkau fikir aku ni goda kau pulak nanti.” Omel Intan di dalam hati namun tidak terluah.

“Maafkan saya.” Kata suara itu lagi.

Intan yang berada di hadapannya cuma mengangguk perlahan dan berlalu pergi mendapatkan Alieya.

“Await ceq tengok muka hang masam mencuka ja ni?” Alieya berseloroh dalam loghat utara.

“Dak aih, mana ada.” Intan melayan sahaja kerenah temannya itu.

“Hang jangan nak tipu. Tengok muka ja aku tahu lah, Intan.”

“Yelah, mana tak nya. Mamat mana pulak suka hati ja nak berkasih-kasih dengan aku kat kaunter tadi. Dahla aku boleh pulak terlanggar dia.”

“Owh, mamat tu. Aku nampak tadi. Hensem tau. Aku kenal sangat dengan budak tu.”

“Kau kenal ke? Aku tak tengok muka tadi.”

“Sepupu sendiri, takkanlah aku tak kenal. Fazril.”

“Budak tu rupanya. Hmm...”

“Mengeluh pulak dah. Kau tahu tak, mengeluh tak baik untuk kesihatan?”

“Yeke? Tak pernah pulak aku dengar. Setakat yang aku tahu, mengeluh mewarisi kepapaan.”

“Ha, itulah pasal. Bila dah papa, nak beli ubat-ubat untuk jaga kesihatan pun tak cukup. Hehe.”

“Baiklah Cik Lieya. Dahlah, makan dulu. Air pun dah sampai ni. Lepas ni sambung berborak. Masa kan masih panjang lagi.”

Intan dan Alieya bersama-sama menikmati juadah makan tengahari tanpa menyedari ada mata yang memerhati mereka dari jauh. Memerhati dengan khusyuk.

“Bro, kau tengok apa tu?”

“Kau ni kan, terkejut aku tahu tak?”

“Aku panggil kau berkali-kali kau tak dengar. Khusyuk sangat kot.”

“Ha ah. Khusyuk. Tengok keindahan alam ciptaan Allah. Subhanallah.”

“Iyelah tu Ril. Aku kenal sangat kawan aku ni. Ada ja alasan kalau nak berdalih. Aku tahu sangat keindahan alam yang kau maksudkan tu.”

“Kalau dah tahu, buat apa tanya?”

“Rileks la Ril. Aku gurau je. Saja nak menyakat orang yang tengah khusyuk jadi stalker.

“Kau memang pandai bab bagi gelaran kat orang ni kan Riz. Bagi buku lima baru padan muka kau.”

“Haha. Tak payah bagi buku lima. Bagi awek muka buku kat aku okey kot.”

“Banyak lah kau punya muka buku. Jomlah balik asrama.”

“Ingatkan kau dah tak nak balik dah tadi. Manalah tahu masih nak tengok keindahan alam yang ada di kafeteria.”
“Tak boleh tengok lama-lama. Bukan hak milik aku.”

“Dah tu kenapa tak nak jadikan dia milik kau?”

“Tunggu masa yang sesuai. Tak boleh gopoh. Lagipun siapalah aku ni Riz.”

Mereka berdua berbual sambil melangkah meninggalkan kafeteria menuju ke asrama.

“Kau, Ril. Sahabat baik kepada Riz yang hensem. Jadi, bila dah kawan dengan orang hensem kiranya kau pun hensem jugaklah. Haha.”

“Banyak lah kau punya hensem. Yelah kan, hero malaya lah katakan.”

“Baru tahu ke?”

“Lama dah aku tahu. Tak bagitahu pun aku dah tahu.”

“Eh, macam mana pulak?”

“Buat-buat tak tahu pulak kau ye. Alieya bakal tunang kau tu sepupu aku lah.”

“Alieya sepupu kau? Kau tak pernah bagitahu aku pun.”

“Pernah. Baru je tadi. Haha.”

“Terkena balik aku. Tapi, tak pernah pulak tengok korang bertegur sapa.”

“Aku sepupu dia je. Bukan abang kandung dia. Kalau aku tegur lebih-lebih, orang lain takda peluang pulak nak sangkut kat dia. Dia pun takda lah masa nak tengok kau. Aku kan lebih hensem dari kau. Haha.”

“Iyelah tu. Terima kasih la sahabat, bagi aku peluang itu. Pelik sangat aku dengan kau ni, sepupu sendiri pun tak nak tegur.”

“Kami bukan tak nak bertegur sapa. Kadang-kadang je, aku ni segan nak tegur dia sebab...err...”

“Sebab Intan, kan?” jawab Riz cuba mengagak.

“Hmm...”

“Mengeluh pulak dah. Kalau tertulis nama engkau untuk dia, takkan ke mana. Jangan risau k.”

“Okey bro. Terima kasih atas nasihat berguna.”

Aku Stalker Part 14


“Intan, jom pergi taman. Study group.

“Okey sayang. Jap gi aku turun.”
                
“Dah cantik dah tu. Aku tunggu kat bawah k. Nak pergi jemput Mei Mei dan Rina kat bilik diorang kejap.”

“Okey bereh boh. Hehe.”

Mereka memilih taman untuk dijadikan tempat untuk belajar berkumpulan disebabkan suasananya yang tenang dan damai. Lagipun, kalau study kat bilik lebih mudah tertidur. Niat nak belajar bertukar jadi bermimpi.

“Sampai pun Tuan Puteri Intan Qalesya kita ni.”

“Pandai kau naikkan pangkat aku jadi tuan puteri ya, Lieya.”

“Bukan aku je, budak dua orang ni pun bersubahat.”

“Kau pakai apa pun cantik, Intan. Orangnya dah cantiklah katakan.” Mei Mei pulak menyampuk.

“Kau ada nak cakap apa-apa, Rina?”

“Takda. Aku senyum je dah memadai. Hehe.”

“Jom, kita pergi duduk kat taman sana. Kalau dari tadi asyik puji aku, takkan ke mananya kita ni belajar. Bukan soalan tentang kecantikan aku ditanya nanti.”

“Okey bos. Jom.”

Sampai sahaja di taman, mereka memulakan pembelajaran. Setiap seorang akan menceritakan tajuk yang telah dibaca semalam sebagaimana yang telah dibahagikan. Cara ini lebih mudah dan membantu meringankan lagi tekanan untuk membaca kesemua topik yang dipelajari secara sendirian.

“Okey. Aku dah habis cerita tajuk yang aku baca. Ada yang tak faham?”

“Rasanya mudah dihadam apa yang kau ceritakan tadi. Cukup lengkap. Cukup rasa.” Sahut Lieya.

“Betul kata Lieya tu.” Rina pula menambah.

“Mei Mei setuju.” Mei Mei bersuara.

“Baguslah. Alhamdulillah. Ni ada sedikit nota yang aku dapat semalam. Aku dah print. Softcopynya aku dah emailkan semalam.”

Thanks, Intan.” Balas Alieya, Mei Mei, dan Rina serentak.

“My pleasure, kawan-kawan.”

“Aku rasa nak makan aiskrim lah.” Kata Lieya.

“Aku pun. Balik nanti kita pergi beli nak tak?” Rina menyuarakan pendapat.

“Okey jugak tu.” Mei Mei bersetuju.

“Kau Intan? Senyap ja.” Tanya Rina.

“Aku? Ada apa?” Intan yang tadinya sibuk melayan perasaan membaca mesej yang diterimanya tidak menyedari apa yang sedang dibincangkan.

“Tadi, Fahrin Ahmad datang sini mintak nombor telefon engkau. Tapi kau senyap je dia terus pergi.”

“Banyaklah kau punya Fahrin Ahmad. Aku tahu kau melawak kan, Lieya?”

“Siapa suruh kuat sangat mengelamun sampai tak sedarkan orang di sekeliling yang mengidam nak makan aiskrim ni.”

“Eh, sapa pulak yang mengidam? Setahu aku semua belum kahwin lagi.”

“Bendul pulak minah ni kan?” Mei Mei pula bersuara.

“Yalah, betul kan semua belum kahwin, macam mana boleh mengidam?”

“Kami semua ni teringin nak makan aiskrim lah Cik Intan.” Kata Rina pula.

“Aku saja ja nak tengok reaksi korang macam mana. Rileks la. Hihi.”

“Bila dia dah tak mengelamun macam ni lah jadinya. Ada saja hujahnya.” Tambah Lieya.

“Okey, balik nanti kita singgah beli aiskrim ya. Aku pun dah lama tak makan aiskrim.”

“Sekarang kita bahagi topik untuk subjek lain pulak, senang nak study lagi esok.” Rina pula bersuara.

“Orait bos.” Kata Intan, Alieya, dan Mei Mei serentak.

Setelah selesai membahagikan topik, mereka berjalan ke arah kafeteria yang tidak jauh dari taman. Empat dara itu pun membeli aiskrim untuk dinikmati pada petang itu.

Telefon Intan berbunyi menandakan ada mesej masuk.

“Salam, comelnya awak bila makan aiskrim. =) Dari hati KF”

“Siapa pulak lah yang hantar mesej kat aku ni.” Rungut Intan.
“Orang lah. Takkan kambing reti bermesej dah zaman IT ni?” gurau Mei Mei pula.

“Tahulah aku orang yang mesej. Masalahnya aku takda nombor orang tu dalam telefon ni. Kau kenal tak nombor ni?” Intan menunjukkan nombor itu kepada Alieya, Mei Mei, dan Rina.

“Jap. Aku cek dalam telefon dulu.” Pantas tangan mereka bertiga mencari nombor itu.

“Tak ada lah Intan.” Alieya bersuara.

“Aku pun takda.” Mei Mei berkata.

“Nombor tu macam pernah aku tengok, tapi takda dalam telefon aku la, Intan.” Rina menjelaskan.

Admire kau lah tu.” Mei Mei bergurau.

“Banyaklah aku punya admire. Rimaslah mesej-mesej secara rahsia macam ni. Bukan aku layan pun. Buat luak kredit dia ja hantar mesej.”

“Kalau hati dah sayang, apa saja dia buat untuk kau dia tak kisah la.” Alieya berbicara.

“Betul kata Lieya tu. Orang pakar lah katakan. Hehe.” Rina mengenakan Alieya.

“Banyaklah kau punya pakar. Sekeh baru tau. Kau tu pun apa kurangnya. Haha.” Alieya membalas.

“Aku rasa lah orang yang mesej kau tadi tu ada dekat-dekat sini lah.” Mei Mei pula menyuarakan pendapatnya.

“Ye tak ye jugak kan. Nak cari tak?” soal Alieya.

“Tak payahlah susah-susah cari. Buat penat je. Bila dia penat, dia berhenti lah. Mesej dia masih boleh diterima. Takda unsur-unsur seksual. Kira okey lah tu.” Kata Intan bersahaja.

“Okeylah macam tu. Tuan punya badan dah cakap macam tu. Kitorang ni menurut perintah je kan?” soal Alieya kepada Mei Mei dan Rina untuk mendapatkan persetujuan.

“Ya. Kami yang menurut perintah. Haha.” Serentak Mei Mei dan Rina menjawab.

Beep. Telefon Intan berbunyi.

“Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah.”

“Tika kau lihat yang indah, itulah ciptaan Allah.” Intan teringat kata-kata seorang sahabat kepadanya dahulu.

“Intan, kau okey ke?” soal Rina yang hairan melihat Intan mengelamun.

“Aku okey Rina.” Balas Intan bersahaja lalu menghadiahkan senyuman pada kawannya.

“Mana pergi Mei Mei dan Alieya?” soal Intan.

“Itulah kau termenung tadi. Diorang pergi jogging kejap katanya tadi.”

“Owh, macam tu. Kau tak pergi?”

“Malas pulak rasanya petang ni. Esok kot. Kau?”

“Samalah. Malas jugak aku ni. Nanti ada lagi mesej macam-macam.”

“Hehe. Ye tak ye jugak. Orang dah ada secret admire lah katakan.”

“Ke situ pulak dia. Takda maknanya. Aku malas lah nak jadi perhatian orang ni.”

“Yelah Intan. Aku bergurau je tadi. Jangan ambil hati ye kawan.”

“Ala, rileks la. Aku okey je.”

“Ni yang aku sayang sangat kat kau ni. Cool memanjang.”

“Takdalah cool mana pun Rina. Aku biasa-biasa je. Tak payahla puji menggunung Cik Rina oi...”

“Haha. Baiklah Cik Intan.”

“Aku dah mesej Alieya tadi. Nak balik asrama dulu. Duduk sini lama-lama bukan buat apa pun. Kau nak balik tak?”

“Taklah. Aku tunggu Romeo aku ni. Hehe.”

“Okeylah kalau macam tu. Aku balik dulu ye kawan. Sampaikan salam aku kat Romeo kau tu ye.”

“InsyaAllah Intan. Nanti aku sampaikan. Kau tu hati-hati jalan balik asrama. Takut-takut admire kau ikut dari belakang. Hehe.”

“Okey Rina. Kalau dia ikut tak kacau takpe. Ada jugak bodyguard aku. Haha. Aku jalan dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Thursday, December 15, 2011

Aku Stalker Part 13


“Salam Lina, kau apa khabar kat sana?”

“Wslm Intan. Aku sihat, alhamdulillah. Sekarang aku dah mula cuti. Kau pulak?”

“Next week aku sit exam, Lina. Aku tak bolehla nak study. Bila study dia ja yang aku ingat. Macam mana ni Lina... aku buntu.”

“Intan, kau kena fikir masa depan kau. Kalau kau tak boleh score exam, sapa jugak yang susah? Kau sendiri jugak. Kau kena ingat, kau sedih-sedih ingat dia kau fikir dia tengah ingat kat kau ke sekarang ni? Lelaki macam tu buat apa kau kenang-kenang lagi. Biarlah dia.”

“Aku tahu, Lina. Aku tahu. Masalahnya bukak buku pun aku takda mood sekarang ni.”

“Parah kau ni Intan. Ingat mak kau, adik-adik engkau. Pesanan arwah ayah kau. Takkan kau dah lupa semua tu?”

“Aku sedih sangat bila terkenang kata-kata manis dia Intan. Tadi aku ter’stalk’ blog dia. Bukan main happy lagi dengan kekasih dia, his wife. Hancur lumat hati aku Lina.”

“Sabar Intan, sabar. Allah takkan uji hambaNya melebihi apa yang termampu. Percayalah. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Kau kan pernah bagitau, dia pernah kata selagi dia tak kahwin selagi itu kau berpeluang. Usahalah.”

“Aku tak nak lah hancurkan kebahagiaan orang. Untuk apa bahagia atas derita insan lain? Biarlah aku beralah. Dia bukan hadiah untuk direbut. Biarlah rasa cinta ini terkubur tiada bernisan.”

“Sejak bila pulak ada peribahasa terkubur tiada bernisan? Baru dengar ni.”

“Itulah kau tak tahu, kamus aku. Hehe. Ayat menghibur hati lah katakan.”

“Aku tahu kau tabahlah kawan. Tak payahlah fikir pasal dia lagi k. Ayat kau tadi pun dah ada keputusan di dalamnya. Percayalah pada ketentuanNya. Sekarang, aku nak kau belajar untuk exam next week. Nanti menyesal tak sudah dibuatnya.”

“Okeylah, Lina. Kita mesej lain kali ya. Thanks sebab sudi dengar luahan hati aku ni. Maaf sangat-sangat menggganggu masa cuti kau.”

“Takda mengganggunya pun. Dulu aku pernah jugak ada masalah, kau pun dengar masalah aku. Kita kan kawan. Tak payahla berkira sangat k. Tak payah fikir sangat masalah tu. Belajar dan buat yang terbaik untuk exam kau.”

“Salam kerinduan dari jauh, Lina.”

“Salam kerinduan juga Intan.”

Intan rasa sedikit lega setelah berbalas mesej dengan Lina. Dia sudah tidak tahu kepada siapa untuk diluahkan rasa hati. Intan lebih selesa meluahkan rasa melalui mesej sebab itulah  dia tidak menyatakan sendiri kepada Alieya permasalahan yang dihadapinya sekarang.

“Sampai bila harus nama engkau yang selalu ada di dalam fikiran dan hati aku ini? Aku tak punya jawapan untuk itu namun aku pasti yang aku tak mengharap engkau kembali untuk menabur janji melukai hati ini untuk sekali lagi. Takkan lagi. Maafkan aku terpaksa melupakan dirimu yang suatu masa dahulu pernah menjadi kebanggaanku.” Bisik Intan di dalam hatinya sebelu menyambung mengulangkaji pelajarannya.

Baru sahaja beberapa helai muka surat buku dibacanya, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk.

“Salam, maaf menggangu. Harap awak sihat selalu. Saya yakin dan pasti awak sudah pun tahu identiti sebenar saya. Saya hanya nak ucapkan selamat maju jaya untuk peperiksaan minggu hadapan. Andai rasa lelah dan payah nak mulakan langkah, mulakanlah dengan mengingati Allah hanya dengan mengucapkan basmalah. Allah akan bantu hambaNya yang sentiasa ingat padaNya. Rabbi yassir wa la tuassir. Mohon pada Allah dipermudahkan bukan disusahkan. InsyaAllah segalanya akan menjadi mudah. Semoga berjaya. Yang ikhlas, Fazril.”

“Mesej macam tulis surat. Panjang.” Jahatnya mulut kau ni Intan. Jauh di sudut hatinya, Intan rasa terharu membaca mesej yang dihantar oleh Fazril namun dia hanya membiarkan sahaja mesej itu tanpa balasan. Intan meneruskan pembacaannya yang terhenti sebentar tadi.

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template