Showing posts with label my StUdY. Show all posts
Showing posts with label my StUdY. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

Tips Study LAST MINUTE?

Salam semua.

Setelah keluar melangkah dari bilik peperiksaan terasa ringan segala bebanan!
Terdengar akan ku suatu laungan sewaktu Hari Kemerdekaan!

*dahla tu makcik, ape punye intro daa.. *

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Syukur pada Allah.
Berakhir sudah...semester empat...

Back to the topic darling!
Focus!

Okey semua,
Ermm..tajuk cam tak gempak kan...kan...kan...
Tapi still yet ceq nak share jugak MY CRAZY TIPS on STUDYING
Selalunya kan orang dok kongsi pasai
TIPS BELAJAR BERKESAN dan CEMERLANG,
TIPS BELAJAR MENJELANG PEPERIKSAAN,
ceq lak pe kejadahnye nak kongsi
TIPS STUDY LAST MINUTE
Fuiyooo!
Ade ke orang nak baca?
*biaq pi la takde orang bace pom* hehe *

Before nak amalkan, kena YAKIN yang korang ni memang KAKI STUDY LAST MINUTE.
Hehe... dan Tips2 yang akan dikongsikan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

1. PASTIKAN TAK PERNAH PONTENG KELAS.
Ini penting sebab, bila tak ponteng kelas... tahulah apa yang dibelajar. Maka senanglah nak study last minute. Boleh hanya klik butang "refresh". Hehe. *ingat otak hang komputer ke Cik Anis oi* Just kidding! Tapi seriouslah, ceq tak pernah nak ponteng kelas sesaje takat ni. Ia penting untuk bagi ILHAM masa nak jawab soklan. Leh jadi macam flashback lah cam dalam movie selalu buat tu. Hehe.

2. KIRA TAJUK NAK KENA STUDY
Haaa... nak tau pasai pa? Meh sini ceq nak habaq. Hehe Kalau dah tahu berapa banyak tajuk, mudahle nak estimate masa untuk menghabiskan bacaan. Sebaik2nya mula sehari sebelum exam lah. Hee.. Contoh: Exam Rabu, korang study siap2 molek2 mula dari pagi Selasa. *ekceli ceq study mule ikot mud...kalo takdaq mud ceq tidoq...malam jadi kelawaq* If korang rasa korang tu jenis yang takleh nak tidoq lewat, mulelah as an early bird... if ada darah nocturn dialu-alukan mula lewat. Tapi jangan terlalu lewat sebab takut tak cukup tidoq and rehat, rebah sebelum bertempur. Hik3x.

3. MAKE SURE YOU READ ALL TOPICS
Ni hok penting jugok. *men hentam je hang ni guna loghat macam2* Baca lah sampai muntah. Part ni lah nak uji ingatan korang berapa percent. Hehe. If tak kuat tu, kena guna kreativiti lah buat nota. Untuk ceq, ceq pegang prinsip, "Tulis Lebih Ingat". Walaupun dah pernah buat nota tu dalam kelaih. Tak salah buat lagi. Mengulang tu baek untuk ingatan. Plus, bila baca nota sendiri akan lebih faham dan ingat. Buku-buku sekarang pun bukannya banyak peta minda. Banyak ke ayat berjela-jela dan berbunga-bunga. Kekadang tak masuk peksa pun yang ayat macam iklan Shell tu. Lebih kilometer dengan Shell. Hehe Study last minute dak sesuai baca yang berkilometer ni. Kalau buleh nok carik yang hok milimeter jah. Notes tu lak, korang leh baca before nak mule exam. Bagi ingat kaw kaw munyer.

4. JANGAN OBSES SANGAT KAT SOKLAN BINTIK
Huk aloh! Pelik tapi bonar. Inilah hakikat. Ceq ingat, bila abeh doh SPM, takdaq lagi soklan spot gini. Bukan keta sport tu. Ni ha, soklan pak dukun. *kan ramalan. hehe* Korang leh bace gitu je untuk pastikan soklan spot tu, tajuk2 nye kome dah khatam dan bereh sokmo deh. If korang rajin, korang terailah jawab soklan tuh. Sekedar nak nguji minda. Hehe. Ceq tak buat sem ni sebab Virus M menular dalam diri. Sem lepah buat doh. Hihi. Bincang an kengkawan pun boleh jugok. Nanye2...kongsi2 jawapan yang dirasakan betul dan menepati skema. Pi mai pi mai tang tu jugak lah spot... (semua tajuk dirangkum sekali) wat gapo nak sibuk kan. Hehe.

5. MINTAK DOA DARI IBU BAPA
Ini ceq selalu amalkan bila dak kondifen gara2 study last minute. Hehe. InsyaAllah, akan dipermudahkan urusan menjawab soklan tu nanti. Ni tak kiralah study first minute ke, tak study ke,,, memang kena buat! Compulsory k. Pahtu jange lupo deh ucap terima kasih kat parents.


Petua tambahan:

Ustazah ceq pesan, kalau lupe leh bace Ya Mu'id *salah satu daripada nama2 Allah* insyaAllah apa yang kita baca tu akan ingat semula. (ni dapat sem ni. fresh lagi. syaratnya KENA ULANGKAJI)

Tak pun, baca Surah Dhuha. (ni petua masa sekolah rendah. kalau Surah Dhuha tak hafal, susah le nak ngingatnye. Hehe)

Okeylah semua.
Sekian sahaja celoteh Anis.
Anis mampu bagi 5 TIPS STUDY LAST MINUTE cara Anis.
Hehe... cara orang len Anis tak tau lah ye.

(^_^)
Cuti dah nak mula.
Apa plan? Fikir tentang
DISEMBER

nak tahu apa?
tunggu...~

take care semuanya

terima kasih sudi singgah





Friday, April 13, 2012

Mahalnya Sakit

Salam semua, moga ceria hendaknya.
Moga hari ini datangkan 1001 pengalaman manis buat kita.
InsyaAllah...

Alhamdulillah, hari ini Allah pilih saya untuk tengok program Tanyalah Ustazah di TV9.
Sebelum ini hati tidak tertarik, tadi hati kata: "Menarik juga tajuknya."

Mahalnya Sakit.

Walaupun menonton agak lewat sedikit, terdapat beberapa input yang saya peroleh.

1. Sakit itu hadiah dari Allah, kerana sepanjang masa kita sakit itu diampunkan dosa.
2. Jangan hanya tahu mensyukuri nikmat Allah tapi tidak tahu bersabar apabila diberi sakit.
3. Syukur perlu disertakan dengan sabar
4. Ayat Allah itu penawar jangan bergantung pada bomoh atau pawang yang tidak guna ayat-ayat Al-Quran.

Bukan itu sahaja turut diceritakan bagaimana kisah Nabi Ayub yang sakit selama 17tahun tidak memohon doa untuk disembuhkan tetapi memohon diberikan kesabaran sepanjang sakitnya. 
Jika dibandingkan dengan saya, sakit sikit dah nangis...mempersoalkan kenapa saya sakit, tapi saya sedar mungkin sebab dosa masa lalu, akhirnya saya terima sahaja kesakitan yang diberikan jika itu boleh mengampunkan sedikit dosa lalu. 
Terima kasih Ya Allah kerana masih menyayangi hambaMu yang hina ini.

*Setakat ni sahaja saya mampu kongsi, ingatan saya kurang baik...tak lama pastu saya tertidur...huhu...
ni je dapat saya kongsi...moga bermanfaat...

Ingat!
"Yang bagi sakit itu Allah, Yang sembuhkan juga Allah."

Dapat nikmat kita SYUKUR,
Dapat sakit kita SABAR.

Sekian, mekasih sudi baca.
Moga bermanfaat.
Salah silap, maafkan saya.

Monday, January 16, 2012

Apakah...

Apakah perbezaan pandangan sarjana barat dan sarjana Islam tentang guru efektif?


Sarjana barat kebiasaannya menekankan pencapaian ilmu pengetahuan yang dianggap penting mengikut peredaran semasa. Sebagai contoh, pengetahuan Sains namun tidak menitikberatkan nilai-nilai murni yang perlu dimiliki oleh pelajar setelah memiliki ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu, banyak dalam kalangan ilmuan cerdik pandai di barat lebih terdorong menyalahgunakan ilmu yang ada.

Jika dibandingkan dengan sarjana Islam yang menitikberatkan ilmu dan akhlak sekaligus berlandaskan panduan alQuran dan asSunnah. Maka, lahirlah seorang ilmuan yang bukan sahaja mampu memberi manfaat pada dirinya malah memberi manfaat kepada masyarakat di sekeliling dengan ilmu yang ada seiring dengan keperibadian yang unggul di samping taat mengerjakan suruhan Allah dan menyeru ke arah kebaikan serta meninggalkan larangan.

-jawapan spontan dari budak baru belajar apabila ditanya di penghujung sesi P&P. nasib bek bertulis. kalau lisan, memang kondem ler...-13 Januari 2012-Jumaat

Thursday, January 12, 2012

Akhlak vs Moral?

Akhlak ada agama. Moral cuma perkara yang disepakati oleh masyarakat.

Contoh mudah bersalam.

Akhlak:
Bersalaman sesama jantina, boleh. Jika bersalaman dengan berlawanan jantina, haram.

Moral:
Bersalaman adalah perkara biasa. Jika tidak menyambut huluran tangan dikatakan kurang ajar.

Contoh lain? Cuba fikir.
(^_^)

Wednesday, January 11, 2012

Apa KOMPETENSI anda?

Cikgu: Apakah yang dimaksudkan dengan kompetensi?
Murid: Kompentensi ialah kemahiran yang ada pada seseorang dalam sesuatu bidang.
Cikgu: Baik. Apakah komahiran yang awak ada?
Murid: Berfikir sejenak... saya dalam proses menulis cerpen. [uishh..apa la aku jawab ni.]
Cikgu: Itu bukan kemahiran. Masih belum mahir.
Murid: Terdiam... tak ada. [aku tak reti la jawab soklan berkaitan dengan kemahiran diri sendiri ni...huhu]
Cikgu: Sudah hampir tiga tahun awak di institut. Takkan takda?
Murid: Masih diam... [ku dapat rasakan pipi ku mula merah. hemoh3x.]
Cikgu: Ceritakan pada saya tentang SOLAT.
Murid: Solat itu wajib.
Cikgu: Itu jawapan biasa.
Murid: Ada solat sunat seperti tahajjud, taubat, dhuha,,, etc. [apa lagi aku jawab tadi..tergagap2.darah gemuruh kuat sangat...huhu]
Cikgu: Lagi?
Murid: Solat ini boleh 'cover' solat wajib jika ada kecacatan,,,so on and on.. [boleh2 aku rojakkan bahasa..dush..nasib bek ada orang bagitau 'menampung' haha.]
Cikgu: Betul ke apa yang dia katakan (murid 2)?
Murid 2: Betul, cikgu.

Finally, Murid pun dapat duduk tapi dapat merasakan yang muka dia kepanasan menahan malu. Murid ni memang susah nak cari apa kompetensi diri sendiri...huhu. Bila ditanya macam tu, memang terus blur jadinya. kuang3x... Murid ini seorang yang masih tidak punya keyakinan diri. so saddd...~

Aku seorang yang...
- agak sensitif...mudah menangis... [kompetensi ke tu? 110% bukan. haha]
- memasak..bolehla...kwn puji aku masak butter chicken sodap..hemoh3x. [bukan profesional.huhu]
- taip ayat2 menyentuh hati...haha.perasan [tu...kategori apa ya? entah apa2 lah aku ni.]
- aku tak suka membaca sangat...kalo beli buku kena tengok cover buku yang aku beli. [cerewetttt...]
- aku suka mengkritik...especially bila berkaitan dengan benda yang aku suka...contoh; designs, makanan,  etc...[mungkin inilah kompetensi aku kot.haha]

Sepatutnya, Murid ni rileks dulu sebelum jawab soalan kan kan kan...
Bila nervous, semua idea Murid hilang... sedangkan Murid pernah jadi GSTT (Agama)...alahaii...
Memalukan... = =
Pengalaman sekerat je...takleh nak kata apa...hemoh3x...
Suddenly missing anak2 di L.A...huhu... bukan Los Angeles..
Lubok Antu...cop2x..nama ja Lubok Antu..takdenye banyak antu.hehe..

Wednesday, October 5, 2011

akhirnya SEMPURNA

setelah berhempas pulas 
bekerja keras
KAMUS RAFIQI pun lengkap...

mari TENGOK: 



apabila SATU KELAS bersatu...
terhasillah KAMUS RAFIQI

keistimewaannya?
1. Words taken directly from text book (primary school).
2. Colourful and suitable for students.
3. Saiz tidak terlalu besar. (half A4)
4. Terejemahan BA-BM-JAWI-BI


Kamus ini sebenarnya hasil tugasan projek bagi subjek BAM3109.
InsyaAllah kamus ini akan diperbanyakkan cetakan pada penghujung tahun ini/ awal tahun hadapan.
Hal ini kerana, masih ada yang perlu dimurnikan lagi kerana ini adalah pengalam pertama saya dan rakan sekelas (PISMP PA JAN 2011, IPGKBL) membuat kamus.

Rasionalnya kamus ini dinamakan KAMUS RAFIQI kerana RAFIQI bermaksud TEMANKU.
Jadi, murid-murid akan rasa lebih DEKAT dengan kamus ini apabila mereka hendak belajar Bahasa Arab.
 Sekiranya berminat, boleh hubungi saya melalui Facebook dan Twitter.

Sekian sahaja perkongsian. Moga bermanfaat.


 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template