Showing posts with label my point of VIEW. Show all posts
Showing posts with label my point of VIEW. Show all posts

Saturday, May 31, 2014

OLD

Age is not a measure for maturity.
Age is not a license to blackmail.
Age is not a pass for searching other people's fault.

The older the person doesn't ensure their maturity.

But,  I still can tolerate and respect them.
Just a friendly reminder, RESPECT isn't something that you can buy. It must be earned.

Truely
Deeply
Sincerely

Me.
I maybe old but I have young soul that can't be sold.
I maybe old but I keep secret that mustn't be told.
I maybe old but I want to be cool rather than cold.
I maybe old but I hope I can stick to what I hold.

* last night I dream of a knight, good night!

Thursday, November 29, 2012

Doomsday Preppers?

Salam readers, hope that you (the one who read for sure) are having a GOOOOD TIME =)

Tajuk cam WEIRDO kan kan kan? * ke dah ada yang tahu?
First and for most, I bet yang selalu tengok channel NatGEO a.k.a NGEO bukan NGO tahu pasal ni.
Beberapa jam yang lalu Anis tengok. It sounds interesting.
*lil bit weird but something that can make me think about preparing myself too.

Ok, orang kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA kan?
Bukan orang je kata. Allah pun ada.

Dalam Surah al Hujrat ayat 13,

"Wahai manusia, sesungguhnya kami telah ciptakan kalian dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-puak agar kalian saling berkenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."
[nak tahu lebih lanjut, klik]

Berbalik pada kisah asal. Tajuk POST hari ini malam ini.
What exactly is Doomsday Preppers ni?
Pelik semacam jep bunyinyer...
Jap Anis try translate untuk  korang k. Hihi.
Jawapan GTrans ialah...
Guess what? kiamat preppers (makin pelik bunyinya a.k.a sound terrible)
Ok mode serious ON. (^_^)

Doomsday Preppers explores the lives of otherwise ordinary Americans who are preparing for the end of the world as we know it. read more

Saje nak bagi readers tekan" read more tu...

the more you READ, the more you GAIN.
*takde kena mengena dengan Ads ok. Anis punye blog takde Ads nie...
sesaje nak iSHAREiCARE plus, tak reti nak letak" Ads bagai yang menyemak. hehe

Actually, the show made me realised how much that I prepare for that day? END of THE WORLD.
Hari Kiamat. Terasa diri amat kerdil. Bukanlah nak kata Anis nak prepare macam diorang buat tu.
Lupe nak RATE entry kali ini. Ia lebih kepada Muslim Awareness. *betul ke istilah nie. Tak kisah la sape bace pun kan. This is because iLIKEiSHAREiCARE =)

Semua orang tahu hari itu pasti tiba. Namun, kita tidak tahu bilakah akan terjadi. I wish I could have their spirit on keeping useful stuffs of theirs but modifying it in keeping a well good deeds for that day which is going to be presented in front of Allah.
[erm,,,mesti korang annoyed kan Anis rojakkan mat saleh ngan muhammad soleh punya bahasa. I'm sorry]

Diorang punya preparation memang tip top.
Check list bagai... 
Alangkah bagusnya kalau Anis ada preaparation macam tu kan kan kan...

For example:
Solat hari ini full ke tak? ( Ya / Tak )

Hari ini ada marah? ( Ya / Tak )

Simple question like that. Sometimes we missed that simple basic things just because we are rushing for something bigger and complex. 

All of sudden, idea pun terhenti di sini tika adik Anis yang bongsu dan comel mengetuk pintu memanggil-manggil untuk mengambil selimut. Ok done.

Hope dapat manfaat. 
Syukran sebab sudi baca.
Sama" lah kita berfikir.

They are preparing on their own and family.
Are we Muslim prepared ourself?

ps: 
hari semakin dekat... persediaan belum dibuat... namun alhamdulillah kerana Allah telah bagi Anis lulus jpj test hari ini... =) kegembiraan yang Allah bagi untuk Anis hargai semasa hidup ini dengan menambahkan lagi ibadah kepadaNya. tak bermakna takda ganjaran tak nak buat k. USAHA perlu. Jumpa len masa untuk sambung cerita tentang JPJ TEST (^_^)

Monday, November 26, 2012

Muda, Sebaya, Tua

Salam readers. Terima kasih sudi bertandang.
Suddenly, rasa nak update blog memandangkan driving lesson on 3 pm.
mana nak mula nie...tajuk punyelah simple...yeke?pi bekpes dulu baru sambung tulis.saving.
 *semalam taip. sambung balik draft... starts at 22:10*

Okey. Tengok tajuk mungkin korang dah dapat agak kan...
Erm... Anis nak bicara tentang... JODOH.
Waduh..koq bisa? Hee...

Seorang insan pernah tanya Anis...lebih kurang plus minus macam ni la soalannya:
"Bagaimana kalau suatu hari nanti, awak ditakdirkan berkahwin di mana pasangan awak jauh lebih tua?"

Anis jawab,,,
"Saya tak kisah kalau itu dah jodoh saya. Saya terima dia jika dia boleh terima saya apa adanya."
*korang mesti akan kata ini jawapan cliche kan? tapi, do i care? hehe ;P kidding

To be honest la,
Anis tak fikir pun pasal umur dalam memilih pasangan.
Nak tahu kenapa?
Anis pernah berpasangan dengan pelbagai peringkat usia.
*ayat macam hebat sangat...ni zaman jahiliyyah Anis dulu k.

MUDA pernah tapi UNOFFICIAL... kata sayang tapi ada orang lain... ape de hal...
SEBAYA pernah tapi A WEEK... kata sayang but keep me as 2nd choice... bodoh la time tu...
TUA pernah tapi MALAS NAK INGAT... mostly kuat cemburu...

But, Anis takkan salahkan diorang la pasal kisah lalu nie.... HITAM KELAM SURAM... biar diPENDAM tapi JANGAN SIMPAN DENDAM.

Manusia memang akan buat silap, but please... jangan repeat kesilapan yang sama.
*just a friendly reminder for me and you (the one who read this)*

CINTA ni ajar Anis about LIFE, LOVE, LIES and etc. Banyaklah.
*panjang sangat dah nie terpesong. U-Turn jap...

After all I've been through... finally I decide to only loves someone that really loves me.
Susah nak pertahankan prinsip ni tau. Lepas semua yang berlaku, Anis ingat Anis takkan fall in love lagi.
But I jatuh lagi la. Kali ni lain, LDR. Long distance relationship. Alhamdulillah, with all upside down, akan jumpa dia for the first time this December. Some people find it funny, when they know that we get together from Kolony. 
* apa itu kolony? pi tanya Mr. Google k. Anis tak nak citer panjang.

Berbalik pada tajuk lah...
Anis tak kisah sangat" pasal siapa jodoh Anis.
Anis pentingkan ciri" dia yang utama iaitu HE KNOW HOW TO TREAT ME WELL.
Means, HIS CARE. But, all in all AGAMA itu perlu jugak. Maklumlah nak adjust bakal wife yang tak bape baik nie kena ada ILMU AGAMA yang MANTOP.

Anis pernah tengok kehidupan MARRIED couples with different age stages.
But, Anis takkan citer lebih" la life diorang. P&C lah katakan. =)
Jangan risau okey. Anis akan conclude kan everything at the end.

Pasangan Lebih MUDA

Wanita Lebih Muda dari Lelaki:
    
Ini perkara biasa lah kan. Masyarakat tak kisah pun pasal ni. Ni always happened la. Takde rare sangat.
E.g: My own brother. Now dah ada dua orang anak perempuan yang comel macam Mak ANJANG. hihi
*ANJANG: Anis anak kedua dari enam. At Sarawak usually panggil anjang.

Ni yang rare lah kot,
Lelaki Lebih Muda dari Wanita:
  
Bagi Anis tak pelik mana pun. Biasa sahaja. Because Anis dilahirkan oleh married couple kategori ini.
Alhamdulillah, Anis bahagia je jadi anak kepada Puan Ja'yah binti Jair dan Allahyarham Saad bin Abdullah @ Lim Than Tee. Sweet loving couple.

Pasangan yang SEBAYA

Ermm... siapa ek dalam family Anis, *thinking.hehe*
Kalau tak silap Anis lah kan, pak cik Anis. Both cikgu and cikgi. Cikgi di SMK, cikgu di SK.

Pasangan yang TUA a.k.a BERUSIA

Lebih kurang lah dengan yang kat atas" tadi, kategori yang pertama tu. Terbalikkan aje. =)
Nak contoh jugak ke?
   
Lelaki Lebih Tua dari Wanita,
    
Ini biasa. E.g: Sweet loving married couple yang terpilih ialah... parents kawan Anis yang ayah dye jauh
lebih berusia daripada mak nye. But still yet happily ever after. Ni lah cinta orang dulu". *oops! takleh
conclude dulu. Belum habis lagi.

Yang ni rare but tetap ada.
Wanita Lebih Tua dari Lelaki,
    
Tak perlu pening pale fikir lah kawan"... Saidatina Khadijah dan Nabi Muhammad S.A.W kan ada.
Baca lah sirah tentangnya, betapa baginda amat mencintai isterinya.

Konklusi dah ke?
Pelikkan Anis ni,,, tetibe je ade part konklusi. Mana perginya pengenalan?
Aaah... pedulilah. hehe. Anis memang macam nie. Ikut suke dye je nak taip.

Pasal pasangan dalam hidup ni kan, tak payahla risau. One fine day, you will find one. =)
*suke ayat one fine day tu sebab dulu baca novel, sweet giler malangnya tak ingat dah novel mana.hehe

Jadi diri sendiri, jangan ubah diri semata-mata nak puaskan hati orang yang kita cintai k.

Sabar penting, jangan cepat melatah. Anis pun cepat melatah jugak. But, alhamdulillah. Sabar tu ada walaupun terkadang memakan diri sendiri. Tak kisah sangat, the result is 4 flat. hehe. kidding.

Perlu ada kepercayaan. Itulah orang selalu katakan. =) I trust you, you trust me. Bawak berbincang bila ada yang tak puas hati k.

Umur bukan kritertia utama untuk capai kebahagiaan dalam sesuatu perkahwinan. Meskipun banyak drama yang kita lihat di sekeliling kita, tak semestinya kita akan end up like the drama k. Hidup kita, pilihan kita. Lepas usaha kita doa, kemudian tawakkal pada Allah. MUDAH bukan?

Last but not least,
Kita selalu fikir pasal siapa JODOH kita sama ada MUDA|SEBAYA|TUA
Apa kata kita fikir bila MATI kita. Adakah MUDA|SEBAYA|TUA

Renung-renungkan.
Ini semua hanyalah pendapat Anis tentang jodoh.
If nak tahu dengan mendalam, GRAB A BOOK and READ.
(^_^)v

ps:
Anis akan test jpj Khamis nanti. Mohon doakan ya. =) Terima kasih, syukran, xie xie.
Kemudian... we can think about our December.








Wednesday, November 7, 2012

Tips Study LAST MINUTE?

Salam semua.

Setelah keluar melangkah dari bilik peperiksaan terasa ringan segala bebanan!
Terdengar akan ku suatu laungan sewaktu Hari Kemerdekaan!

*dahla tu makcik, ape punye intro daa.. *

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Syukur pada Allah.
Berakhir sudah...semester empat...

Back to the topic darling!
Focus!

Okey semua,
Ermm..tajuk cam tak gempak kan...kan...kan...
Tapi still yet ceq nak share jugak MY CRAZY TIPS on STUDYING
Selalunya kan orang dok kongsi pasai
TIPS BELAJAR BERKESAN dan CEMERLANG,
TIPS BELAJAR MENJELANG PEPERIKSAAN,
ceq lak pe kejadahnye nak kongsi
TIPS STUDY LAST MINUTE
Fuiyooo!
Ade ke orang nak baca?
*biaq pi la takde orang bace pom* hehe *

Before nak amalkan, kena YAKIN yang korang ni memang KAKI STUDY LAST MINUTE.
Hehe... dan Tips2 yang akan dikongsikan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

1. PASTIKAN TAK PERNAH PONTENG KELAS.
Ini penting sebab, bila tak ponteng kelas... tahulah apa yang dibelajar. Maka senanglah nak study last minute. Boleh hanya klik butang "refresh". Hehe. *ingat otak hang komputer ke Cik Anis oi* Just kidding! Tapi seriouslah, ceq tak pernah nak ponteng kelas sesaje takat ni. Ia penting untuk bagi ILHAM masa nak jawab soklan. Leh jadi macam flashback lah cam dalam movie selalu buat tu. Hehe.

2. KIRA TAJUK NAK KENA STUDY
Haaa... nak tau pasai pa? Meh sini ceq nak habaq. Hehe Kalau dah tahu berapa banyak tajuk, mudahle nak estimate masa untuk menghabiskan bacaan. Sebaik2nya mula sehari sebelum exam lah. Hee.. Contoh: Exam Rabu, korang study siap2 molek2 mula dari pagi Selasa. *ekceli ceq study mule ikot mud...kalo takdaq mud ceq tidoq...malam jadi kelawaq* If korang rasa korang tu jenis yang takleh nak tidoq lewat, mulelah as an early bird... if ada darah nocturn dialu-alukan mula lewat. Tapi jangan terlalu lewat sebab takut tak cukup tidoq and rehat, rebah sebelum bertempur. Hik3x.

3. MAKE SURE YOU READ ALL TOPICS
Ni hok penting jugok. *men hentam je hang ni guna loghat macam2* Baca lah sampai muntah. Part ni lah nak uji ingatan korang berapa percent. Hehe. If tak kuat tu, kena guna kreativiti lah buat nota. Untuk ceq, ceq pegang prinsip, "Tulis Lebih Ingat". Walaupun dah pernah buat nota tu dalam kelaih. Tak salah buat lagi. Mengulang tu baek untuk ingatan. Plus, bila baca nota sendiri akan lebih faham dan ingat. Buku-buku sekarang pun bukannya banyak peta minda. Banyak ke ayat berjela-jela dan berbunga-bunga. Kekadang tak masuk peksa pun yang ayat macam iklan Shell tu. Lebih kilometer dengan Shell. Hehe Study last minute dak sesuai baca yang berkilometer ni. Kalau buleh nok carik yang hok milimeter jah. Notes tu lak, korang leh baca before nak mule exam. Bagi ingat kaw kaw munyer.

4. JANGAN OBSES SANGAT KAT SOKLAN BINTIK
Huk aloh! Pelik tapi bonar. Inilah hakikat. Ceq ingat, bila abeh doh SPM, takdaq lagi soklan spot gini. Bukan keta sport tu. Ni ha, soklan pak dukun. *kan ramalan. hehe* Korang leh bace gitu je untuk pastikan soklan spot tu, tajuk2 nye kome dah khatam dan bereh sokmo deh. If korang rajin, korang terailah jawab soklan tuh. Sekedar nak nguji minda. Hehe. Ceq tak buat sem ni sebab Virus M menular dalam diri. Sem lepah buat doh. Hihi. Bincang an kengkawan pun boleh jugok. Nanye2...kongsi2 jawapan yang dirasakan betul dan menepati skema. Pi mai pi mai tang tu jugak lah spot... (semua tajuk dirangkum sekali) wat gapo nak sibuk kan. Hehe.

5. MINTAK DOA DARI IBU BAPA
Ini ceq selalu amalkan bila dak kondifen gara2 study last minute. Hehe. InsyaAllah, akan dipermudahkan urusan menjawab soklan tu nanti. Ni tak kiralah study first minute ke, tak study ke,,, memang kena buat! Compulsory k. Pahtu jange lupo deh ucap terima kasih kat parents.


Petua tambahan:

Ustazah ceq pesan, kalau lupe leh bace Ya Mu'id *salah satu daripada nama2 Allah* insyaAllah apa yang kita baca tu akan ingat semula. (ni dapat sem ni. fresh lagi. syaratnya KENA ULANGKAJI)

Tak pun, baca Surah Dhuha. (ni petua masa sekolah rendah. kalau Surah Dhuha tak hafal, susah le nak ngingatnye. Hehe)

Okeylah semua.
Sekian sahaja celoteh Anis.
Anis mampu bagi 5 TIPS STUDY LAST MINUTE cara Anis.
Hehe... cara orang len Anis tak tau lah ye.

(^_^)
Cuti dah nak mula.
Apa plan? Fikir tentang
DISEMBER

nak tahu apa?
tunggu...~

take care semuanya

terima kasih sudi singgah





Friday, August 3, 2012

Ikatan

Salam Buat Semua Yang Membaca
*ayat biasa, bajet ada pembaca*

Bismillahirrahmanirrahim...
Anis rasa macam da lama tak update blog.
padahal tak lah lama mana pun.

Lama dah nak update pasal IKATAN ni.
Ni ada nota ikatan PPIM Anis buat hari tu.
*step untuk buat ikatan je.*

1 LINGKAR SETENGAH BELIT

BUKU SILA

BUNGA GETI

IKATAN SERONG

LILIT BALAK

SETENGAH BELIT

SIMPUL KERUSI

SIMPUL LAPAN

SIMPUL MANUK

SIMPUL MATI

SIMPUL PENGAIL

SIMPUL PULIH

SIMPUL TINDIH KASIH
Sambil" kita belajar jenis" ikatan kan, pernah tak terfikir yang ikatan (tali) pun ada disebut dalam Al-Quran? Ape lagi, pi la belek" AlQuran... cari kat Surah Ali Imran.


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam)

Tali kalau teguh, kuatlah fungsinya... tak mudah nak terlerai.
Macam tu jugak kita, semakin kuat kebergantungan kita padaNya, insyaAllah kita takkan mudah terlepas.
Terlepas apa? Terlepas pelbagai peluang, pelbagai hikmah dan macam" lagi.
Bila kita lepaskan tali tu, maka terpisahlah kita dari segala peluang berharga.
Bahkan kita akan jatuh... diibaratkan seorang pendaki yang mendaki gunung.
Ikatan tidak teguh, maka dia akan jatuh. Begitulah juga bila kita tidak teguh pada agama Islam, maka mudahlah untuk kita terjatuh ke lembah hina. 
Ini bukan untuk menghukum, yang jatuh dalam lembah hina bukanlah selama"nya dia hina kerana seseorang boleh berubah jika Allah berkehendak dan dia berusaha untuk merealisasikan perubahan itu. Jangan terlalu mudah untuk menghukum pesalah" kerana mungkin suatu hari nanti mereka bertaubat, kita tak tahu.

"Hidayah Itu Memang Milik Allah, Tapi Kita Perlu Mencarinya"

sekian sahaja perkongsian.saya masih belajar, nak kongsi apa yang tahu dulu.
(^_^)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Fasa Kedua
Moga Allah perkenankan doa hambaNya untuk memulakan ikatan dengan si dia dan mempermudahkan urusan hamba ini.
Amin Ya Rabbal Alamin



Wednesday, May 30, 2012

itulah CINTA

bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli jarak USIA
bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli akan STATUSNYA
bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli apa orang KATA
bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli apa jua RINTANGANNYA
bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli SIAPA DIA

habis tu,
apa lah yang kau peduli?

bila kau jatuh CINTA
kau peduli MASA UNTUK BERSAMA
bila kau jatuh CINTA
kau peduli RASA TIKA BERSAMA
bila kau jatuh CINTA
kau peduli APA ASAL BAHAGIA
bila kau jatuh CINTA
kau peduli SETIA CUMA PADA DIA

itulah KUASA CINTA,
yang BENCI boleh jadi SUKA
yang MARAH boleh jadi RINDU
yang SEDIH boleh jadi GEMBIRA
yang SUNYI boleh jadi RIUH
yang JAHAT boleh jadi BAIK
yang PUTUS ASA boleh jadi KUAT USAHA
yang MURAM boleh jadi SENYUM
yang MALAS boleh jadi RAJIN

CINTA itu AGEN PERUBAHAN
perubahan pula terbahagi DUA
POSITIF ke NEGATIF
NEGATIF ke POSITIF

itulah KUASA CINTA,
yang SUKA boleh jadi BENCI,
yang RINDU boleh jadi MARAH
yang GEMBIRA boleh jadi SEDIH
yang RIUH boleh jadi SUNYI
yang BAIK boleh jadi JAHAT
yang KUAT USAHA boleh jadi PUTUS ASA
yang SENYUM boleh jadi MURAM
yang RAJIN boleh jadi MALAS

bila CINTA yang kau nampak INDAH belaka
bila BENCI yang kau nampak JIJIK sahaja

orang kita bila CINTA kata
SAYA SANGGUP KORBAN APA SAHAJA
orang seberang kala CINTA ngomongnya
APA SAJA UNTUKMU
orang puteh pula bila CINTA they said
ANYTHING FOR YOU
...
orang kita bila BENCI kata
TAK SANGKA AWAK BUAT MACAM NI
orang seberang tika BENCI ngomongnya
TEGA2 NYA LHO LAKUIN INI SAMA GUE
orang puteh bila BENCI they said
HOW COULD YOU DO THIS TO ME
...
jika dibahaskan perihal CINTA
takkan pernah ada penghujungnya
CINTA ibu pada anaknya cinta sejati
CINTA suami pada isteri cinta hakiki
namun
ada satu CINTA yang meliputi segalanya
CINTA dari SANG PENCIPTA
tanpa cintaNya
takkan ada cinta-cinta lain

si arjuna dan dara yang belum berpunya
orang mungkin fikir kau sunyi tanpa cinta si dia
tapi hakikatnya kau riuh dengan kehadiran cinta
cinta keluarga dan kawan yang sentiasa ada saat suka duka

si arjuna dan dara yang belum berpunya
hakikatnya kau sudah dipunyai dah sudah mempunyai
cuma kau perlu terus bersabar menunggu waktunya tiba
percayalah Sang Pencinta takkan pernah tinggalkan hambaNya

untuk apa mengejar CINTA MANUSIA
jika tercicir CINTA PENCIPTA

CINTA boleh buka jalan BAHAGIA
jika kau pilih untuk terus berada di landasanNya

sekian sahaja bicara tentang cinta
setiap orang punya pendapat mereka
inilah pendapat saya
bagaimana dengan anda?

with love,
Anis


Friday, May 25, 2012

soalan cepumas

Salam semua,
*ayat bajet ada pembaca nih...
terima kasih buat yang membaca

Okeh, today is the day!
Bermulanya cuti.
*puhlis..3minggu je kot takyah nak excited sangatla puan

Berbalik semula pada tajuk asal,
SOALAN CEPUMAS

begini,
saya dapat soklan cepumas masa tengah tunggu turn amek kehadiran after assembly tadi.
soalannya berbunyi begini
eh2x,,,takde bunyilah.orang baca je ayat kat atas.

macam ni ha soklannyer
"ANTARA USAHA DAN HASIL PEMBELAJARAN, MANA SATU LEBIH PENTING?"

I said both, tapi penanya soklan suruh pilih salah SATU sahaja
(_ _")
agak tidak suka bila terpaksa memilih, tapi kena pilih jugakkan?

setelah berfikir dan berfikir, 
masa tak lama diberikan

jawapan saya ialah...
jawapan saya...
saya
jawab
...
USAHA

Rasionalnya? Walaupun dia tak tanya tadi, tetiba nak memperjelaskan.
pelik bebeno kan.memandai je.orang tak mintak, suka nak bagi lebih2

KALAU TAK USAHA MANAKAN DAPAT HASILNYA?
jadi saya fikir, usaha lah penting,
contoh situasi,
nak solat diterima,
kenalah jaga aspek2 pentingnya, 
khusyu' nya etc
pepatah arab pun ada mengatakan;
Man Jadda Wa Jadda
(siapa yang berusaha akan mendapat hasilnya)

then,
saya pi la tanya kawan saya pulak apa jawapan dia bagi
dia lak kata,
HASIL lebih penting,
sebab
bila dah tahu hasil yang macam mana nak,
barulah kita usaha.
contoh:
nak excel dalam exam,
kenalah study kan?

ok
actually,
saya tak nak wat pilihan tadi,
dek kerana kehendak soalan mintak cenggitu,
pilih USAHA.
hehe

Seriously,
baru teringat...
satu lagi point yang saya bagi kat kawan saya tadi
USAHA penting sebab,
atleast kita akan rasa puas hati bila dapat hasilnya sebab dah berusaha
plus,
usaha juga penting menentukan hasil walaupun
kadang2
usaha banyak tapi hasilnya tetap macam tu
itu mungkin ujian yang Allah nak bagi
so, keep trying til' you get what you aim
plus,
kalau usaha guna jalan singkat a.k.a menipu,
pasti takkan puas dapat hasilnya kelak.
try ar buat kalo tak caye

setakat tu je lah celotehan,
dah takdak point lagi,

sebelum mengakhiri,
ada speech kopi pes dari status fb saya,

Buat semua rakan2 guru pelatih,
Selamat kembali ke pangkuan keluarga terchenta 
Selamat kembali ke kampung halaman yang dirindui
Selamat memanfaatkan cuti bersama insan2 tersayang

Selamat pergi
Selamat kembali hendaknya

Berakhirlah sem ini, jumpa sem depan pulak.
18 Jun 2012

Kami balik ke Batu Lintang lagi...


with love,
Anis

Monday, May 21, 2012

~kahwin~


Saya kata saya nak pergi kursus kahwin, tak bermakna saya akan kahwin dalam masa terdekat.

Saya ajak kawan pergi kursus kahwin bukan sebab terdesak sangat nak kahwin.

Saya cuma fikir, kalau tak pergi sekarang bila lagi?

Saya cuma fikir, bayarannya meski murah tapi berharga.
Saya cuma fikir, masih ada masa kah untuk pergi lain kali?

Lagipun, salahkah saya fikir pasal kahwin?

Jika banding dengan fikir pasal cinta yang takda hala tuju,
fikir kahwin lagi awesome kot.

Plus, nak kahwin kena banyak persiapan.

Dengan hadir kursus ni, tahulah serba sedikit.
Kahwin bukan untuk sehari dua...

Kahwin kahwin kahwin...

Takda benda lain nak fikir ke?
Ada, STUDY, FAMILY, 
Jangan ingat 24-7 saya fikir pasal kahwin k.



Last but not least, 

SAYA EXAM SEKARANG. JADI TENGAH FIKIR PASAL EXAM.
tapi hari ni rasa nak celoteh pasal kahwin sikit.



Takda niat nak melenting...sekadar memberitahu.

(^__^)v

sumber gambar
like-like-like
simple and nice
with love,
Anis

Friday, April 20, 2012

Bila asyik memandang BARAT

Salam semua, semoga sihat hendaknya
*ayat bajet ada orang baca blog dia =,=
Nak kongsi sikit pemandangan eh salah pandangan tentang apa yang saya dapat hari ni.

Pagi tadi kena marah sebab datang lewat untuk Program i-Think.
*bukan ni yang saya nak habaq...
Rupenyer program tu sebenaqnya nak cita pasal Thinking Maps.
Semuanya pasal THINKING lah...
Dipendekkan cerita, benda ni sebenaqnya diambil dari idea omputeh a.k.a mat saleh or barat.

THINKING MAPS ada 8 jenis semuanya. (see more)
1. Circle Map
2. Bubble Map
3. Double-Bubble Map
4. Flow Map
5. Multi - Flow Map
6. Brace Map
7. Tree Map
8. Bridge Map
Map-map ni semua leh bantu menarik perhatian pelajar untuk belajaq lebih mudah, seronok...
Kaedah yang cuba nak diterapkan pada semua che'gu...~
Yang peliknya, benda ni macam dah lama dah...sama ja MIND MAP...
*semua produk yang nak juai kit BELAJAR kat bebudak UPSR, PMR, SPM, STPM majoritinya galak student study guna MIND MAPPING...warna warni gitu...sebab leh tingkatkan daya ingatan.
Bila difikirkan semula, kalau takat ingat tapi tak amal, tak daq gunanya jugak..membebel pulak dah.. =="

Hairan, Pelik, Hairan, Pelik, Hairan
Nak tau kenapa? Kenapa bila Pak Leh (Mat Saleh) introduce idea baru, semua nak ikut.. dan dipandang tinggi. Macam lah dalam Islam tak daq semua tuh..means AlQuran dan AsSunnah.
*eh eh..apsal emo lak nim... ==" maaf tak sengaja...

Kalau kita memang kaji AlQuran, kita akan sedar yang banyak perkataan yang membawa maksud berfikir.
Tak kurang ada juga ayat yang dimulakan dengan persoalan yang juga menggalakkan kita berfikir...
Contoh Surah Al-Fil ayat 1 dan 2 yang bermaksud,
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? 

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? 

Itu cuma sebahagian sahaja... ada banyak lagi ayat yang sedemikian maksudnya iaitu ayat berbentuk persoalan.Cuma terpulang kepada kita sedar atau tidak akan hakikat itu.Saya ni bukanlah arif sangat cuma sekadar nak berkongsi sedikit ilmu yang ada.

Ini sekadar pendapat peribadi...
Kita terlampau menyanjung teori-teori Barat sedangkan di tangan kita ada satu mushaf yang penuh dengan teori yang selari dengan zaman sejak ia diturunkan lagi kita ketepikan. 

Pandang Barat dan menyanjung negara maju yang lain memang tak salah, tapi sampai bila?
Bakal Guru dilatih untuk menghadam teori-teori Barat sedangkan Islam ada teori yang lebih lengkap yang kita boleh aplikasi?
Murid-murid pula diajar dengan teori Barat dan sedikit sekali penghayatan Islam...
Sedihnya bila mengenangkan diri ini juga merupakan salah seorang daripada keluaran teori itu.
Bukan nak membangkang 100% Teori Barat, tapi kenalah selarikan dengan ajaran Islam demi masa depan kanak-kanak Muslim akan datang.
Adakah kita ingin terus membaratkan anak-anak sendiri daripada mengislamkan mereka?
Adakah kita ingin anak-anak terus dilabel sebagai Islam sekadar pada IC/MyKad sahaja?

Ya. Mungkin ada yang berpendapat saya cuma pandai taip sahaja.Namun, saya sedar tanggungjawab itu terletak pada pundak saya.Saya dalam usaha untuk mendalami lagi Islam ini kerana bagi saya dalam diri seorang yang Islam warisan itu MALAS MENGKAJI jika dibandingkan dengan seseorang yang MENCARI KEBENARAN mereka lebih suka membuat kajian.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ada insan sekeliling yang berjaya membangkitkan rasa ingin mengkaji dan suka membaca dalam diri ini meskipun tidak 100%. Almaklumlah, baru nak berjinak-jinak.ngee..~
Plus, mungkin mewarisi sikap arwah ayah yang buat jadi macam ni kot...suka membaca dan beli buku... =D

Ada banyak lagi yang perlu didalami sebelum diri melangkah kaki sebagai pendidik suatu hari nanti.
Moga dipermudahkan segala urusan dalam perjalanan yang masih jauh ini.

Usah terlalu menyanjung barat kerana mereka tidak menyanjung Islam tapi mereka menindas Islam.

Sekian,terima kasih.
Salah silap, harap dimaafi dan diteguri.
Saya terima kritikan membina.

Thursday, April 12, 2012

Gajet Pembaca Hati

Hello readers.
*ada ke readers? lantak ah... hehe
Moga semua tengah tersenyum sekarang.
Let me makes you smile today even I'm not there for you.
Ok, let's straight to the point.

Baca tajuk post macam best je kan...
"Gajet Pembaca Hati"
Macam nak buat iklan. Iklan gajet baru. Konon-kononnya.

Pelik kan, kalau lah betul-betul wujud kan seronok...
Tiba-tiba je idea pasal gajet ni muncul petang tadi.
Agak-agak kalau wujud, saya nak rupanya macam stetoskop.
*mengada-ngadalah kan...

sumber gambar

 Kalau ada, apa faedah yang ada untuk orang yang memilikinya?
ermmm... dapat baca hati orang tentang apa yang dia rasa tentang kita.
itu main function nya lah kan.
apa lagi selain itu?
well, setakat ini saya (selaku inventor.haha) baru terfikir function itu.
kalau ada yang sudi tambah idea tentang function nya dialu-alukan.
hemoh3x.

*perenggan atas-atas perenggan sebelum makan*
now sambungan,

Kalau ada pun gajet itu,
Adakah aku mampu membaca hati semua insan di sekelilingku?
Adakah aku mampu puaskan hati semua insan-insan yang ku sayangi?
Adakah peluang untuk aku menjadi diri sendiri tanpa memikirkan luahan hati yang didengari?

Nampak gayanya, macam tak bagus ja kalau gajet ni wujud.
1. Kita tak berpeluang untuk saling mengenali dengan lebih dalam bila dah dapat baca isi hati saat jumpa.
2. Bila saling tahu apa dalam hati, dah tak 'surprise' kot.
3. Boleh timbulkan konflik lah bila semua orang nak kehendak hatinya dipenuhi...
 dan banyak lagi lah...
*bila dah makan, idea pun entah ke mana*

Tapi kan, nak tahu tak,,,tanpa gajet ni pun kita leh baca hati orang tau.
*percaya ke tak?*
Sape kata perlu gajet kalau nak baca hati orang...tak perlu.
Cuma it takes time untuk kenal betul-betul dengan orang tu.
Namun, hasilnya tetap tak sama lah setiap orang.
Kita ni kan pelbagai.
 *melalut banyak dah ni*
 apa kata simpulkan sahaja.

Tanpa gajet, kita ada Allah.
Tanpa gajet, kita boleh berdoa.
Tanpa gajet, kita boleh memohon.
Dengan Allah kita boleh minta apa sahaja.
Jadi, untuk apa gajet-gajet yang belum tentu sahih atau salahnya kan?

To be honest,
I prefer a life without knowing how other's think about me
because
I prefer a life with knowing how other's try to know more about me
so that
WE CAN GET A CHANCE TO KNOW EACH OTHER WELL 

Lagipun, Allah memang ciptakan kita pelbagai untuk mengenali antara satu sama lain.
(^^,)v

Terima kasih sebab sudi baca.
Salah silap, maafkan saya.

     


Saturday, March 3, 2012

kedai buku

Lately, bila mai ke kedai buku ceq suka membelek2...beli?
Uish...banyakk..hoho.. *hari ni tengok2 ja...huhu..
Sebab,,,banyak dah beli tapi tak terbaca...tak bagus jugak lagu tu kan.
So, ceq tahan nafsu nak beli buku lah tadi..tengok2 ja...
Dalam banyak2 buku yang ada...
Ada tajuk yang menarik perhatian sebab penulis dok guna nombor.
Contoh:
365 Ways to look happy, pretty, etc...
50 ways to...
tapi kan tu buku omputeh.
ang tak pi tengok buku orang kita ka?
hello...ceq pi tengok buku orang kita dulu na before mai pi tengok omputeh punya.
tadi orang ramai dok kerumun section Buku Agama...sebab tu ceq pi stalk buku omputeh.
*lagipun tak semua buku omputeh ni purely omputeh yang tulis...~
ceq nak cita pasai pa sebenaqnya nie..adoii..
macam nie...
rasanya kan..ceq nak buat story mori dalam english la..
boleh pi universal ckit kan.?
tak pun buat buku motivasi dalam english ka..
*bukanpa..banyak buku depa orang rujuk tapi tak tapis
teori2 depa memang leh pakai selagi tak langgaq syariat.
tapi sejauh mana orang kita reti nak tapis teori depa?
aiseh...ceq pandai mimpi ja...harap ada lah yang akan realisasikan nanti.
mana tak nya.cerita melayu yang ceq buat lagikan tergantung.
ada hati nak buat cerita dalam english
ceq teringin nak baca buku penulis melayu tapi tajuknya english.
bukanla ceq ni nak lupa daratan...
maksud ceq ni..cuma nak lihat penulis tempatan setanding dengan penulis dunia.
tu ja...
tengok saja Maher Zain...lagu dia diminati ramai sebab he's using english.
tapi dalam masa yang sama dia try bawak lagu2 dia dalam bahasa lain.
 ok what.
itulah yang ceq try nak habaq mai kat semua na.
tadak kena mengena dengan 
mBMmBI
hehe
oklah.
lagi lama ceq taip lagi banyak ceq merapu
lagi banyak merapu lagi tak berkat ilmu
ceq gi dulu na.
harap2 impian leh jadi kenyataan lah suatu hari nanti
(^_^)v

Tuesday, February 28, 2012

Vlogger Ngetop Pilihanku

Baca tajuk pun dah tahu ceq nak habaq pasai pa.
*oops! pasai pa pulak guna loghat utara nih.
macam tok...kamek mok share pasal vlogger yang kamek selalu stalk eh.
*alahai...sarawak la pulak.

ok lah awak (yang sedang membaca)
awak la. sapa lagi.
nak bagitau ni...
saya pun dah lupa bagaimana perkenalan saya dengan Vlogger ni...

tapi,
yang mesti saya stalk dalam seminggu or sebulan is
of course la tunggu dye upload video baru
apa lagi nak cita ni...
err...
tak banyak la nak perkata pasai dia.
bukan kenai sangat pon
ermm...
haaaa..
dye bukan sahaja cute dan bersahaja
tapi video dia ada makna
ada value
that's why aku selalu tertunggu-tunggu 
ternanti-nanti videonya yang terkini

beside him...
i bet you also know
rasanya aku kenal dia sebelum Matluthfi kot..
*macam la kenai sangat =="
tak kesah la sapa dulu sapa kemudian.
asalkan dalam list vlogger ngetop pilihanku
hoho

then,
guess who???
*ada lah yang dok senyum-senyum depan laptop kan bila baca nama AimanAzlan.
English dia best. 
Videonya banyak input Islamik.

sapa lagi yeee....
budak baru nak naik
iaitu...
jeng jeng jeng
budak ni baru belajar.
tiap kali tengok vid diorang ni,
aku mesti terbayang 3 orang mamat dalam list top 3.
gaya macam lebih kurang la time diorang deliver isu yang ingin dikeutarakan.

rasanya mesti hairan bila aku tak layan vlogger perempuan.
mengantuk sudaa..
aku tak layan sebab mostly girls are youtubing private stuff
kebanyakkan wanita di youtube
menyanyi....

nyte all
(draft semalam,published hari ini huhu)

Wednesday, January 18, 2012

single ke double?

BEST NYA SINGLE SEBAB :
1. Sbb tak rugi duit untuk topup . ✔
2. Sbb xpyh kluar duit nk blnja kekasih. baik blanja parent makan. ✔
3. Sbb malam2 xpyh text & call sampai trtido.boleh tido terus. ✔
4. Sbb xkena berleter itu ini itu ini bla bla bla. ✔
... 5. Sbb xde org ganggu tgh tido dgn bunyi henpon. ✔
6. Sbb xde org nk jeles. ✔
7. Sbb duit sentiasa ada. ✔
8. sbb xde orang nak kongkong pegy mne2 ✔
9. sbb xde org kongkong kite nak buad pape ✔
10.sbb x bnyk dosa......✔
[pasti banyak pernah baca benda ni an an an?]
ceq nak improvise.haha. *ap maksd improvise pn tak taw.
ada hati nk guna =,=

ni aku punya point of view bila single k.
berdasarkan pengalaman yang aku hadapi sekarang
(^_^)v
kalo tak sama an korang punya jangan marah pulak.
kita memang berbeza untuk saling melengkapi 

ada jugak yang tak kena bila single...
no.1 (kadang2 topup abis bila org len request.haha)
no.2 (bila xklua duit utk kkasih..sy ad kekasih lain..fmily..anak sy lg.hemoh3x)
no.3 (xboleh tdo terus,slagi kerja xsiap.fact sbnr:berFBsmbl buat kja =,=)
no.4 (kena leter jugak la...sy ad kkasih (mak sy) haha.kna leter tiap kali cuti tu.smpai sy pn terikut2 jd seorg yg kuat bleter...mklumla,sy kn nk jd mak jugak 9t.hehe)
no.5 (kna ganggu jugak.mcm smlm..kol2pg terjaga..alahai.sabor je la kn..)
no.6 (ada org jeles tau,,sbb kte takde mslh.bla org xde mslh ni,org suka bg mslh kt dia.jd bersabarlah ye.)
no.7 (mmg sntiasa ada kalo pndai urus.single/x bkn pnyebab duit takde k.)
no.8 (ade r..tpu kalo xde org kong2..parents kn ada?tp,kong2 bkn sbb nk sekat kta punya kbebasn..sbb SAYANG je tu..so think +ve k.)
no.9 (same je dgn no.8 td..sebab SAYANG.)
no.10 (xbyk dosa?lg mudah dpt dosa,,,cth: bila tgk couple dudok2 sesame,pahtu jln dgn geng..mulalah anyam ketupat.alahaii...baru 1 cth..~)

single atau tak awak tak penting..
CINTA ni memang FITRAH...fitrah yang kena diKAWAL dgn AKAL. bukan NAFSU.
bukan nak galakkan couple. galakkan berCINTA.ada beza couple dgn cinta k.
baca ni kalo nak taw apa bezanya.
(^_^)

Thursday, January 5, 2012

Banyak A bukan penentu...

Ok readers,, hari ni aku rasa terpanggil untuk update blog aku yang tak seberapa ni.
Well, sekarang ni di facebook kisah hidup seorang pelajar cemerlang SPM beberapa tahun yang lalu menjadi bualan hangat.. ada sahaja post mengenai dirinya...

Ini yang pertama aku baca...
To be honest la...1st time aku baca memang terkejut. Tapi, benda dah jadi. Cakap banyak pun tak guna...
Suddenly it reminds me about what my English teacher said when I was 16...
"Dia pandai atas kertas sahaja..." sampai sekarang aku ingat lagi.

Tujuan aku update pasal NACB ni bukan nak popularkan blog...
Cuma nak kongsi pendapat...
Ramai yang tegur, ramai yang tak puas hati...
Berapa ramai yang tegur dengan hikmah?
Berapa ramai pulak yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan sopan?
Kalau lah Rasulullah dan sahabat menegur macam orang sekarang membuat teguran...
Agaknya berapa ramai yang akan memeluk agama Islam?
*Anda semua tahu jawapannya*
Memang amar ma'ruf nahi mungkar itu perlu...
"Kuntum khaira ummatin ukhrijat linnas, ta'muru na bil maa'ruf wa tanhau na anil munkar"
But, mesti kena pada caranya...bukan dengan mencaci apatah lagi menghina kerana kita sama sahaja makhlukNya.

Ini yang ketiga aku baca actually...yang kedua dari blog kawan. Isinya lebih kurang sama dengan yang ini.
Aku juga pernah memandang tinggi pada NACB suatu masa dahulu...now? Lepas baca artikel ni, aku realise yang spirit dia untuk belajar memang patut dicontohi. Tak salah kan? Ya, aku tergerak untuk menulis sebab She's a Muslim... sebab lain untuk aku update blog...

"Tatlabal ilmi minal mahdi ilal lahdi"
Yes, memang aku agak terkilan dengan isu tak pakai tudung.
Tapi, semua pernah dengar kan lagu Raihan...
"Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..."
*Nyanyi ikut tune ke? Hehe..buat lawak sikit takut korang bosan baca*
Okey, orang kata kan,,, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung...
Pernah dengar kan? Selalu sangat...Aku tak sokong sapa2 dalam isu ni sebab she's brilliant but at the same time she's ignoring her responsibility as a Muslim [gara2 tak pakai tudung]. But, siapa kita untuk hukum dia?
Sungguh pun tak pakai tudung, kita tahu ke tidak kehidupan dia kat sana macam mana?
*Bunyi macam sokong dia kan? No. Not at all.*

 "Gajah seberang laut nampak, kuman di depan mata?"
Aku tak pasti peribahasa ni betul ke tidak... sebab dulu dekat nak SPM aku punya BM pun bukan A. B je.
Syukur sangat masa SPM dapat A. Hemoh3x...

Kita sibuk cari kesalah NACB yang jauh di mata...but, what we do pada kemungkaran depan mata?
Aku tak lah baik mana pun untuk menegur, but takkan sampai aku betul2 baik baru nak menegur kan?
Alamatnya...tak tertegur lah aku...Manusia ni memang makhluk ciptaanNya paling sempurna...tapi, kita masih perlukan elemen2 lain untuk survive kan? Kita juga tak terlepas dari melakukan kesilapan...
Okey, NACB bukan malaikat yang tiada nafsu...iman maintain ja... tak payah kata NACB...
aku ni,,, kadang2 aku rasa ringan sangat nak solat, but sometime rasa berat tapi kena jugak solat. SOLAT WAJIB n SOLAT kan perkara pertama dihisab di akhirat kelak...semua orang tahu.
Bila buat salah dengan Allah, senang tau.... Bersegeralah bertaubat sebelum terlambat.
*Tapi, aku tak galakkan korang berbuat dosa dan terus-terusan hidup bergelumang maksiat disebabkan statement aku tu ye.*
Taubat pun mesti kena dengan caranya...jangan pulak buat taubat olok2...
Allah tahu apa yang terbuku di lubuk hati kita. Syukurlah kalau anda masih ada rasa bersalah tiap kali rasa berdosa.
Kita selalu sibuk dengan orang yang kita tak kenal sangat sampai terlupa pada diri sendiri entah betul entah kan tidak...kadang2 kita selalu rasa kita saja yang betul manakala orang lain salah.
*Tengoklah kat cermin...speak to yourself,,,aku ni bagus sangat ke nak kutuk orang itu ini?Aku ni maksum [terpelihara dari melakukan maksiat] ke sampai siap kutuk2 orang?*
Entah2, sebok jaga tepi kain orang, kain sendiri koyak rabak dan lusuh tak tahu...
*reminder untuk diri sendiri jugak...

Ini yang last aku baca.
Aku dah tak larat nak baca lagi pasal NACB ni...cukuplah aku baca 4link dan share 3 link sahaja untuk readers blog aku ni. *ada readers ke?takpe..tak kesah sangat.hihi
Aku tak nak baca banyak2 sebab makin banyak aku baca makin terasa lucunya tengok komen2 insan2 di setiap link yang ada.
Eh, tadi aku ada cakap tak pasal di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung?
Aku lupa pulak nak hurai...memang kita sekarang tak kira pelajar, pekerja, ibu, bapa, anak, suami, etc...
Di mana sahaja kita berada...duduknya kita di bumi ciptaan ALLAH...selagi masih berpijak di tempat ciptaan ALLAH, junjunglah hukum ALLAH...
di samping itu juga, kenalah ikut peraturan ...selagi mana tidak langgar hukum syara' kan...
Masa borak pasal NACB dalam kereta tadi, makcik aku kata:
"Susah kan,,,pandai pun salah..."
Dalam apa jua keadaan, memang hidup sebagai seorang manusia ni memang takde senangnya...
Kadang2 kita tak pernah ganggu orang, orang pulak dengki kat kita...
*Aku bukan ulas link tu...*

Sometimes, what we see its not the same as we think it were...Kadang2 apa kita lihat tu tak sama dengan apa yang terjadi sebab, penglihatan manusia ni ada limit...
Allah jua yang Maha Melihat...
Baru sikit kita tahu...mungkin ada banyak lagi yang kita tak tahu pasal NACB...
Allah jua yang Maha Mengetahui...
Kita pandai berkata itu dan ini...
Allah jua yang Maha Bijaksana...
Siapalah kita untuk menghukum...

Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi..
Capai matlamat sendiri tanpa membiarkan insan sekeliling disakiti...

Insan biasa yang menaip apa yang berlegar di minda...
Di tambah sedikit rencah dengan ilmu yang ada...
Hemoh3x...~

Saturday, December 31, 2011

Will I end up like Tom?

Okey. Who's Tom?

taken here
Pernah tak jumpa a friend that we feel we can share everything with?
Opposite gender of course...*macam dalam cita 500days of summer*
Mungkin ada yang dah tengok, ada yang belum...but must be the percent yang dah tengok is bigger.
correct me if I'm wrong...Ok,bukan nak promo muvie nie...*eh2, promo cket je.
Tom suka Summer, tapi Summer just LIKE him not LOVE. *sound funny...
ever happen to me that I LIKE A GUY BUT NOT LOVE...
there's different between LIKE and LOVE...
"If you LIKE a person, you can't LOVE him. But, if you LOVE him definitely you LIKE him."
bunyinya macam berbelit belit kan...re-read please until you understand what i typed.hehe...
Okey, 500 days such a big number and long time...about ...around...malaslah nak kira. kira sendiri.
dalam masa 500 hari tu dia kenal an Summer....sweet...macam IN LOVE but ..macam aku taip kat atas tadi,
IN LIKE actually...~ Tom saja yang rasa diorang macam pasangan kekasih...
macam tak best je citer ni kan? *seriously, aku baru habis tengok semalam,nasib bek ada siaran ulangan kat 413...kalo tak, takdenye aku tau..mula2 aku tengok tertido..haa...~
nak tahu macam mana ceritanya, tengok sendiri. *aku review apa ku rasa ja tentang cerita tuh...
sebab now, i feel aku macam Tom yang berusaha untuk MOVE ON without SUMMER...but at the end he meets AUTUMN. [kreatif pulak orang yang buat story ni kan? ke aku saja yang rasa cenggitu?]
memang lah cerita kita takkan sama sebijik dengan apa yang ada kat dalam tv... *sebab pengarah kita lagi hebat...Allah. remember that k.
"Will I end up like Tom? MAYBE. I have my own HAPPINESS and right to be HAPPY with someone that is HAPPY being with me."
taken here
 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template