Showing posts with label Cinta Cuma Satu sambungan SDC. Show all posts
Showing posts with label Cinta Cuma Satu sambungan SDC. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

Cinta Cuma Satu 2


“Maaf, sayang saya cuma sebagai sahabat.”
Ayat terakhir pesanan ringkas dari Eirul itu membuatkan Aisha sekali lagi terluka. Katanya lagi, dia mencari isteri bukan kekasih.

Pesanan itu tidaklah membuatkan Aisha terlampau kecewa cuma, luka lama berdarah kembali kerana ditambah lagi dengan kehadiran pesanan ringkas dari buah hati Eirul yang seolah-olah menuduh Aisha merampas Eirul darinya. Tidak pernah terlintas walau sedikit di dalam hati Aisha untuk merampas Eirul daripada sesiapa pun. Aisha tahu, dia tidak akan dapat memiliki hati lelaki sebaik Eirul sedangkan hatinya sendiri diselaputi dosa yang kunjung tiba walaupun dia tidak rela.

“Ya Allah, mengapa sebegini ujianMu buatku?” Soal Aisha di dalam hati namun setelah itu dia segera beristighfar kerana teringat akan artikel yang pernah dibacanya mengatakan sebagai hambaNya kita tidak layak mempersoalkan soalan seperti itu. Persoalan seperti itu seolah-olah menunjukkan kita menyalahkan Allah dan mempersoalkan kebesaranNya sebagai yang Maha Kuasa dan Maha Berkehendak.

Aisha sedar yang Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Oleh sebab itu, dia tabahkan hatinya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun untuk sekian kalinya hatinya dilukai. Lagipun, Aisha merasakan dirinya memang tidak layak untuk dicintai oleh mana-mana lelaki pun saat ini.
Saat hatinya dirundung pilu dia masih tersenyum. Namun, senyuman itu tampak hambar di mata sahabat-sahabat yang mengenalinya sebagai seorang yang ceria. Aisha memang sukar untuk menipu insan di sekelilingnya. Kesedihannya jelas terlihat pada anak matanya. Memang benar pepatah Inggeris ada menyatakan, eyes don’t lie

Hari-hari berlalu begitu sahaja. Di dalam kelas, Aisha yang dulunya banyak bersuara sekarang bercakap pabila perlu dan senyumannya tawar. Setiap langkahnya menuju tempat kuliah dan balik ke rumah terlalu longlai, tidak seperti dulu sentiasa bersemangat dan senyuman tidak pernah lekang daripada bibirnya.
Sehinggalah pada suatu hari Aisha menerima satu pesanan ringkas daripada seorang sahabat,
It’s all in your eyes. Don’t look down on yourself. You’re strong!

Aisha terharu dan sekali lagi linangan mutiara itu jatuh berlinangan. Entah mengapa sejak dari kejadian itu, Aisha menjadi seorang yang terlalu mudah untuk mengalirkan airmatanya. Kata-kata semangat seperti itu seakan-akan melemahkan dirinya apabila terkenangkan Eirul yang juga pernah memberi kata semangat kepadanya. 

Bisik hatinya,
Saya tak pernah kisah akan berat badan saya, yang saya kisah berat nya merelakan awak pergi. Saya tak pernah tahu pasal hidup saya, yang saya nak tahu cuma pasal hidup awak dalam sehari. Saya tak pernah jaga kesihatan diri saya, yang saya nak awak selalu jaga kesihatan diri awak.
Pelik kan... itulah penangan cinta. Tak menghiraukan diri, tapi selalu ambil berat akan insan yang dicintai. Tak mengendahkan diri sendiri tapi selalu risaukan insan dicintai.

Tanpa Aisha sedari, dia menangis lagi. Dia berbisik pada diri supaya kuat, Eirul bukanlah suaminya yang sah untuk dia tangisi pemergiannya. Allah ingin menguji dirinya, supaya Aisha sentiasa dekat padaNya. Takut-takut Aisha lalai dan alpa kerana cinta.

Cinta Cuma Satu 1

Kisah ini merupakan sambungan bagi...
Suka Duka Cinta

Aisha sendiri tak tahu apa yang dia nak dari Shirman. Aisha keliru akan perasaannya sendiri. Apabila ditanya oleh Shirman,
"Adakah awak ingin berkahwin dengan saya..?"
Aisha cuma mampu menjawab sebagaimana yang pernah dijawab oleh Shirman ketika Aisha menyoal soalan yang sama suatu ketika dahulu,
''Kalau ada jodoh...''
Shirman menegaskan lagi soalannya dengan membalas mesej Aisha,
''Saya tanya ikhlas.''
Aisha cuma menjawab,
''Kalau nak pun..apa-apa boleh jadi,ikatan pertunangan lagikan putus, inikan pula kita yang tiada ikatan apa2..''
Shirman membalas dengan keluhan..
''Hmm''
Aisha membalas dengan,
''Awak sendiri pernah jawab macam tu...saat tu saya rasa..saya bertepuk sebelah tangan''
Mana tak nya, saat itu Aisha beria-ria nak ajak Shirman kahwin, tapi jawapan itu cukup-cukup menghiris hatinya. Seolah-olah keyakinan itu tiada.
Shirman mula mengubah topik dengan bertanya,
''Awak suka saya kah..?''
Aisha membalas,
''Kalau saya suka pun, saya cuma dapat kekecewaan'
''Kenapa pula?'' soal Shirman.
''Tak pernah ada seorang pun dari insan yang pernah saya sayang sepenuh hati tanya keadaan saya setiap hari... tak pernah... mungkin ini balasan buat saya yang pernah kecewakan hati lelaki. Saya cuba rawat luka dengan belajar berfikiran positif terhadap lelaki... tetapi setiap kali itulah tembok percaya itu runtuh...''
Shirman membalas,
"Saya tak tahu nak cakap apa."
"Tak payahla cakap... awak cuma perlu baca... asalkan saya dah luah apa yang saya rasa... asalkan awak sudah tahu apa yang saya alami... itu sudah cukup... thanks sebab sudi reply message saya..maaf andai tambahkan sakit..." balas Aisha kembali.
"Takpa.. saya faham.. saya bukanlah jahat sangat," balas Shirman.
"Saya tak tahu apa yang awak faham... saya cuma takut salah faham."
"Saya tak tahu apa yang awak nak," luah Shirman keliru.
"Tak payahla tahu... mungkin saya perlu sedar... saya tak layak untuk awak."
"Saya bukannya sempurna. Mungkin saya yang tak layak untuk awak."
''Saya yang tak layak.''
''Awak sihat?'' Shirman mengubah topik semula.
''Saya sihat cuma hati yang tak okey.'' 
"Izinkan saya merawatnya.''
"Mampukah hati yang hancur ini dicantum semula?''
"Hanya awak yang boleh jawab soalan tu."
''Okey..'' 
Pada malam itu, setelah sekian lama Aisha tidak menangis, dia kembali mengalirkan airmatanya. Mungkin kerana keletihan dan masalah yang dihadapinya saat itu membuatkan dia mudah tersentuh hati. Akhirnya dia tertidur.

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template