Showing posts with label Warkah dariku untukmu. Show all posts
Showing posts with label Warkah dariku untukmu. Show all posts

Friday, May 30, 2014

Tatkala Rindu Bertamu

Jasad tak dekat tak bermakna jauh,
Hati mengingat itulah dekat,
Ku kirim doa tanpa jenuh,
Berharap cinta semakin kuat.

Bintang tinggi di atas awan,
Hadirnya cuma di waktu malam,
Hati mengingat tidak keruan,
Mengharap kasih tidak suram.

Angin malam meniup rambut,
Terasa dingin sayu menyapa,
Cinta tak usah  direbut-rebut,
kerana terkadang mendatangkan alpa.

*3 rangkap sahaja malam ini... =)
*khas buat dia yang ku cinta

Tuesday, January 17, 2012

bicara tanpa kata

ku tidak meminta seseorang yang sempurna,
namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya menjadi sempurna di mata-Mu.
Seorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.

Seorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna..
InsyaAllah aku akan mencintainya dengan cara yang sempurna walaupun aku bukan insan yang sempurna...


-dukungan yang telah kau lepas...
-senyuman yang telah kau ragut...
-doa yang telah kau abaikan...
-diriku yang telah kau tinggalkan...
-dirimu mensia-siakan aku...

namun, ada dua kata inginku ungkap...
~TERIMA KASIH~

-sakitnya dilukai buat aku tak sanggup melukakan sesiapa dan melihat insan lain terluka
-sedihnya aku ditinggalkan buat aku sedar yang aku tidak keseorangan kerana aku masih punya keluarga dan teman serta yang penting Tuhan yang tak pernah mengabaikan aku
-janji dan harapan serta kata semangat yang kau beri namun kau hancurkan buat aku tak rela mengikat janji pada sesiapa kerana takut aku akan sepertimu jua, tapi sampai bila aku akan terus hidup dengan kenangan yang memeritkan
-tatkala ku ingin melelapkan mata, nama mu menjelma walau terlalu ingin aku melupa
-namun, di hati tetap berdoa agar kau selalu bahagia bersamanya

~bicara tanpa kata hanya frasa~


Wednesday, November 9, 2011

Khas Buat Bakal Hubby

Assalamualaikum..
maaf menganggu...warkah ini mungkin warkah terakhir daripada saya...
"Doa saya akan sentiasa mengiringi ..."
Maaf atas segala kesilapan sepanjang saya mengutuskan wrkah untuk awak.
Semoga dipermudahkan segala urusan diiringi keberkatan.

Wednesday, November 2, 2011

Khas Buat Bakal Hubby

assalamualaikum..
ehem...rasanya dah lama tak tulis untuk awak...
maaf ye..banyak sangat yang berlaku lately
sampai2 saya terabaikan awak...
tapi tak pernah la lupakan awak..
no worries k.... =)
ingat tak saya pernah nak gitau something tapi tak terbagitahu..
istilah ape la tak terbagitahu tu..hihi...
sebenarnya kan....banyak sangat2 ujian datang...
rasa nak bagitahu awak kesedihan tapi tak nak la awak risau.
lagipun saya ni kuat orang nye.hehe..bukan kuat merajuk je...
kuat merungutt....kuat membebel...main2 je..hihi...
kuat = tabah..bolehla dikata begitu..insyaAllah..
harap awak kuat jugak la layan kerenah saya nie..huhu
kalau awak setia tapi tak dapat bertahan sia2 jugak...
tak menjadi jugak resepi rumahtangga bahagia kita.
kurang 1 rempah.. *mulala saya melalut nak cerita pasal masakan...

rasanya awak ada baca yang saya post tu...
pasal i'm Single ape smua tu...
tu untuk awak... =)
harap2 awak sudila terima ye..
kalo tak sudi pun takpe...
banyak ag quotes lain yg sy tujukan utk awak tau..
pelik kan...? tu tndanya awk EXTRA special...
tapi bukan dalam top5 la...sebab ada lagi yg special b4 awak..
Allah, Rasul, Ibu, Bapa, Keluarga..hihi...jangan marah ye...
awak SAHABAT SELAMANYA tau...

taken here
awak...nak gtaw nie...
saya tak kesah sapa awak DULU
yang penting sapa awak SEKARANG
saya tak kesah awak TAK HENSEM
asalkan saya pandang awak TENANG
saya tak peduli orang kata awak COMOT
asal pada penglihatan ini awak COMEL
saya tau dalam hati awak ada taman...
dalam taman tu kan ada bunga...
dalam bunga tu ada kumbang..
kumbang tu sedang menangis...
saya nak awak tau..saya tak nak kumbang tu menangis lagi...
saya harap awak boleh BIMBING SAYA KE JALAN SYURGA


last but not least,
psann biasa...
jga diri, jga iman.

Friday, October 21, 2011

for GUYS yang nak KAWEN X-tra

nampak macam LAWAK kan...tapi inilah hakikat kehidupan
jangan salahkan lelaki saja..
masing2 kena GIVE n TAKE in marriage.

Buat lelaki yang nak kawen x-tra...
anda mesti A-D-I-L
SURE ramai yang tau adil tu ape...
so, xpayahla saya nak cter panjang lebar.
saya cuma nak bagitau ADIL dalam kamus saya
kalau suami saya tak da ADIL ni tak payahla berangan ye awak. ;)

A anggap isteri itu A M A N A H
D dedikasi dalam melaksanakan T A N G G U N G J A W A B sebagai suami
I isteri-isteri dapat N A F K A H yang secukupnya
L ''Layakkah aku beristeri empat?" TANYA diri. 

ps: untuk bakal suami yang tak diketahui...harap awak baca ni (^^,)

Thursday, October 13, 2011

Khas Buat Bakal Hubby

Salam awak...moga sihat hendaknya...
soal saya tak perlu la awak risau...
pandailah saya menjaga diri...
insyaAllah...

awak...saya ada sesuatu nak bagitau...
lain kali saja ya...
maafkan saya.

Tuesday, October 11, 2011

Khas Buat Bakal Hubby

buat bakal suami yang tak diketahui,
moga sihat selalu...



ada dua ungkapan yang saya nak kongsikan untuk awak.
TERIMA KASIH dan MAAFKAN SAYA.
now, you must be wondering why...
i just want you to know the fact that:
TERIMA KASIH sebab sudi terima saya sebagai suri hidup awak.
MAAFKAN SAYA andai saya tidak mampu menjadi seperti yang awak mahu dan idam.


saya harap dalam perkahwinan kita nanti akan selalu ada dua ungkapan ini...
terima kasih untuk penghargaan, maafkan saya untuk kesalahan.
tak kiralah awak ungkapkan dalam Bahasa Inggeris ke, Bahasa Sarawak, Bahasa Arab, 
bahasa apa pun asalkan maksudnya sama dengan dua ungkapan itu. 


rasanya awak boleh fikir sendiri rasionalnya awak,
last but not least,
jaga diri, jaga iman... andai jodoh itu milik kita, akan bertemu jua.

Sunday, October 9, 2011

Khas Buat Bakal Hubby

buat bakal suami yang tak diketahui,
moga sihat selalu...

Mesti awak hairan kan sebab lama dah saya tak tulis surat.
Mungkin awak tak kisah pun saya tak tulis.... ^^,
Bukan sebab saya lupa awak...
Tapi sebab saya tak nak terlalu merindukan seseorang yang belum halal.
Saya tak nak rasa rindu itu melebihi rindu saya padaNya.
Harap awak faham.
Jaga diri, jaga iman. Kalau ada jodoh kita takkan ke mana kan? =)

Monday, October 3, 2011

Khas Buat Bakal Zauji

buat bakal suami yang tak diketahui,
moga sihat selalu...
nota ketujuh ialah:

saya nak awak hayati pantun nie, tu je...

saat memerlukan bantuan,
yang diberi cuma alasan,
ke mana perginya belas kasihan,
yang mesti ada pada setiap insan.

renung2kan...~

Sunday, October 2, 2011

Khas Buat Bakal Zauji

buat bakal suami yang tak diketahui,
moga sihat selalu...
nota keenam ialah:

Saya cuma wanita biasa

Saturday, October 1, 2011

Khas Buat Bakal Zauji

buat bakal suami yang tak diketahui,
moga sihat selalu...
nota kelima buatmu ialah:

Saya harap, awak jumpa ketenangan bila melihat saya tika awak keresahan.
Saya harap, saya jumpa ketenangan bila melihat awak saat saya gundah.
Bukannya bila kita saling mencari ketenangan, kita tidak menjumpainya dalam diri kita tetapi menjumpainya pada insan lain. Biarlah saya menjadi penenang awak, dan awak tetap menjadi penenang saya.

Thursday, September 29, 2011

Khas Buat Bakal Zauji

buat bakal suami yang tak diketahui,
moga sihat selalu...
pesanan yang keempat ialah:

Andai saya sibuk dan tidak banyak masa nak layan awak...saya harap awak faham...bukan saya tak nak layan awak dan bukan saya tak sayang anak2...
saya harap awak boleh tolong jaga anak2 kalau saya sibuk...tak salahkan kita saling menolong antara satu sama lain..? sayang awak...

Tuesday, September 27, 2011

Khas Buat Bakal Zauji

buat bakal suami yang tak diketahui,
moga sihat selalu...
pesanan yang ketiga ialah:

Andai saya salah...katakanlah...janganlah awak berdiam dan membiarkan saya tertanya-tanya...Andai benar saya salah..betulkanlah kesalahan itu dengan menasihati saya...bukan dengan menjauhi saya...

-ORI ikhlas dari hati-

Monday, September 26, 2011

Khas Buat Bakal Zauji

buat bakal suami yang tak diketahui,
moga sihat selalu...
nota yang kedua ialah:

Saya mencari seorang ayah buat diri saya dan anak-anak, sebagaimana awak mencari seorang ibu untuk anak-anak awak. Kalau boleh biarlah awak tarbiyyah saya pada jalan yang diredhaiNya dan bukan awak membiarkan saya ditarbiyyah ke jalan yang dimurkaiNya. Bimbinglah saya...

Khas Buat Bakal Hubby

buat bakal suami yang tak diketahui,
moga sihat selalu...
nota pertama untuk hari ini ialah:

Saya kahwin dengan siapa awak yang saya kenal bukan siapa awak di masa lalu. Tapi, kalau awak nak cerita masa lalu awak saya sedia mendengar luahan itu.

-ORI ikhlas dari hati-

Sunday, July 17, 2011

untukmu bakal Zauji,..

Kehadapan bakal zauji ku...
Ana di sini sihat selalu walaupun terkadang kesakitan bertandang,
namun janganlah anta bimbang...Ana di sini mampu menahannya
kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan apa yang
hambaNya mampu.
Diharap anta pun dalam keadaan sihat dan sejahtera serta
sentiasa berada di bawah rahmatNya walau di mana jua anta berada.

Warkah ini dilayangkan bukan untuk mengganggu...
Sekadar ingin meluah rasa yang lama terbuku...

Maafkan Ana andai selama ini Ana leka dengan cinta dunia
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak menjaga tatasusila
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak mensiakan cintaNya
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak ingat padaNya

Ana serba kekurangan...diharap anta boleh melengkapkannya
Ana bukan jelitawan...diharap anta mampu menerimanya
Ana bukan cendikiawan...diharap anta mampu membimbingnya
Ana bukan hartawan...diharap anta sanggup bersama

Yang Ana pinta bukan ketampananmu...
Yang Ana damba bukan hartamu...
Yang Ana mahu cuma imanmu...
Yang Ana ingin hanyalah tauladanmu....

Bimbinglah Ana...
Tunjukkanlah Ana...

Ana tidaklah sepuitis anta untuk menulis bait-bait kata...
Ana tidaklah sepetah anta dalam tiap bicara....
Namun, yang pasti...
Ianya ikhlas lahir dari hati....

Ana harap kita akan dipertemukan suatu hari kelak...
Di mana ketika itu...Ana dah bersedia...
Ana layak untuk mendampingi anta...
Bukan hanya sebagai isteri kepada anta...
Tapi ibu untuk anak-anak kita..

Sebelum kita diijabkabulkan...
Ana akan memberitahu satu rahsia,
Rahsia yang pahit untuk ditelan...
Sukar tuk Ana lupakan...

Setelah Ana memberitahu rahsia itu...
Ana redha jika anta pergi ...
Ana redha jika anta membenci...
kerana...
Segalanya belum dimetrai...
Segalanya belum disaksi...
Ana pasrah jika itu terjadi...
Ana pasrah jika itu takdir diri...
kerana...
Biarlah tangis sebelum janji dimetrai...
Bukannya setelah semuanya selesai...
kerana...
Ana mencari siapa yang ikhlas menemani...
Ana mencari siapa yang sanggup memberi...
Ana mencari siapa yang mampu menerima...
Ana mencari siapa yang pasrah dan redha...

Andai jodoh kita berkekalan...
InsyaAllah kita akan berbahagia..
Meskipun hayat hidup tak sama...
Ana akan berusaha membahagiakan anta..

Andai jodoh bukan milik kita..
Usahlah anta bermasam durja...
Pasti ada hikmah di sebaliknya...
Ana doakan kebahagiaan anta..

Bermohonlah padaNya selalu..
kerna cuma Allah yang mendengar isi hatimu...

Dari bakal isterimu,...
Ana....

[KeranaNya idea ini terluah...]
 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template