Showing posts with label my OwN. Show all posts
Showing posts with label my OwN. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

Biar Gambar Bercerita 2

Saturday, May 31, 2014

OLD

Age is not a measure for maturity.
Age is not a license to blackmail.
Age is not a pass for searching other people's fault.

The older the person doesn't ensure their maturity.

But,  I still can tolerate and respect them.
Just a friendly reminder, RESPECT isn't something that you can buy. It must be earned.

Truely
Deeply
Sincerely

Me.
I maybe old but I have young soul that can't be sold.
I maybe old but I keep secret that mustn't be told.
I maybe old but I want to be cool rather than cold.
I maybe old but I hope I can stick to what I hold.

* last night I dream of a knight, good night!

Friday, May 30, 2014

Tatkala Rindu Bertamu

Jasad tak dekat tak bermakna jauh,
Hati mengingat itulah dekat,
Ku kirim doa tanpa jenuh,
Berharap cinta semakin kuat.

Bintang tinggi di atas awan,
Hadirnya cuma di waktu malam,
Hati mengingat tidak keruan,
Mengharap kasih tidak suram.

Angin malam meniup rambut,
Terasa dingin sayu menyapa,
Cinta tak usah  direbut-rebut,
kerana terkadang mendatangkan alpa.

*3 rangkap sahaja malam ini... =)
*khas buat dia yang ku cinta

Saturday, May 17, 2014

Kek oh Kek

5minit kek =)

Resepinya mudah....
Google kan sahaja...
" 2minit chocolate cake"
Kenapa anis punya 5 minit? Tengok saiz la..hee..
2min untuk yang dalam mug. ..

Mudah. Lazat. Yummy sexy deli.
Bon apetite.

Sunday, November 3, 2013

Kerna Kamu Cuma Satu Untukku

... Pilu Hati Ibu ...
"Nisa, oh Nisa..." panggil ibu dari arah dapur.
"Mana pulak pergi budak ni..." omel ibu sendirian.
"Oh anakku Nisa yang comel, di manakah anakanda?" soal ibu lagi sambil tangannya pantas memasukkan satu per satu ramuan untuk Laksa Sarawak.
Masih tiada jawapan. Akhirnya hasrat ibu untuk meminta tolong daripada anak kesayangannya dilupakan sahaja.
Sementara di dalam bilik,
Nisa berpura-pura tidak mendengar ketika ibunya memanggil kerana sibuk melayari laman sosial.
Ping! Bunyi menandakan ada mesej baru masuk dalam ruangan chat.
Nisa tersenyum sendirian di dalam bilik. Mesej tersebut adalah daripada Irzan, buah hatinya.

Irzan: Salam, Nisa buat apa tu?
Nisa: Waalaikumsalam, online je ni. Nape?
Irzan: Saja tanya, tak boleh ke?
Nisa: Boleh je... jangan lebih-lebih sudah.
Irzan: Lebih-lebih yang macam mana?
Nisa: Macam-macam lah. Buat-buat tak tahu pulak.

Begitulah Nisa menghabiskan masa hujung minggu atau pun waktu cutinya sepanjang berada di rumah. Kalau tidak melayari laman sosial, dia akan keluar berjalan-jalan bersama rakan-rakannya. Dia tidak mempunyai keinginan untuk membantu ibunya untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti gadis-gadis lain yang seusia dengannya.
Sedang Nisa asyik melayari internet, pintu biliknya diketuk.
"Assalamualaikum, Nisa." kedengaran sayup suara ibunya.
"Hmm...mengganggu betul lah orang tua ni." rungut Nisa di dalam hati.
"Waalaikumsalam, bu. Ada apa?" tanya Nisa sejurus selepas pintu biliknya dibuka.
"Ibu nak ajak Nisa sarapan sekali. Ayah pun tengah tunggu Nisa nak makan sama-sama." panjang lebar ibu menjawab.
"Ala, Nisa tak lapar lagi lah bu. Ibu dan ayah makan lah dulu." jawab Nisa acuh tak acuh.
"Makanlah sekarang, nak. Nanti sejuk laksa tu tak sedap pulak. Jomlah sayang." ibu masih mahu memujuk.
"Bukannya tak dapat dipanaskan pun nanti. Ibu ni ada-ada je lah." serentak itu pintu bilik ditutup kuat.
"Astarghfirullahalazim." perlahan sahaja suara ibu diperlakukan sedemikian oleh anaknya sendiri.
"Ya Allah, apakah salahku padanya? Apakah selama ini aku kurang memberi didikan padanya?"
Begitulah lumrah sikap seorang ibu, seringkali rasa kekurangan dari didikannya apabila si anak tidak membesar seperti yang dibentuk.

... Doa Ibu...
"Ibu, Nisa nak keluar kejap. Mungkin balik lewat sikit." Cepat-cepat sahaja Nisa memberitahu ibunya.
"Keluar dengan siapa, nak?" soal ibunya perlahan.
"Ibu ni sibuk je nak tahu Nisa keluar dengan sape. Orang la, takkan binatang." bentak Nisa kemudian terus keluar dari rumah apabila kelihatan sebuah kereta hitam tiba di perkarangan rumahnya.
Nisa keluar tanpa menyalam tangan ibunya dan berlalu pergi. Perangai Nisa semakin menjadi-jadi jika ayahnya tiada di rumah. Itulah peluang keemasan bagi Nisa untuk membuat perangai kerana sepanjang ketiadaan ayah, takkan ada sesiapa yang akan mampu melarang mahupun menegahnya untuk berbuat onar. Ibu pula sememangnya tidak mampu untuk bersuara kerana hatinya mudah tersentuh lalu menyalahkan dirinya sendiri.
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku Ya Allah kerana gagal mendidiknya dengan baik. Ya Allah, lindungilah dia dari sebarang kemudaratan. Sungguh, hambamu ini tidak mampu untuk melihat apa yang terlindung daripadanya, Engkau jua yang Maha Melihat." ibu Nisa tetap mendoakannya meskipun hatinya terguris dengan tingkah Nisa sebentar tadi.
Laju sahaja Nisa melangkah pergi meninggalkan ibunya dengan pakaian yang ketat tidak mengikut syariat.

"Hai sayang, nape lambat sangat? Lama I tunggu." Manja sahaja suara Nisa bertanya pada Irzan.
"I ada kerja sikit tadi sayang, maafkan I ye. I bukan sengaja pun nak lambat-lambat. Rindu sayang tau." Kata Irzan cuba memujuk Nisa yang mula menarik muka masam kerana menunggu Irzan sudah hampir sejam.

... Maafku Pinta ...
Malam itu, ibu menunggu Nisa untuk makan malam bersama. Malangnya, Nisa tidak kunjung tiba. Hati ibu digamit rasa bimbang, rasa gelisah mula bertandang. Ibu tidak mampu untuk menjamu seleranya pada malam itu. Nasi terbiar di atas meja terhidang bersama lauk kegemaran Nisa yang sudah sejuk. Penat menunggu, ibu pun tertidur di meja setelah menutup hidangan dengan tudung saji.

Tiba-tiba, ibu dikejutkan dengan bunyi dering telefon. Cepat-cepat ibu bangkit dari tidurnya untuk menjawab panggilan tersebut kerana itu mungkin panggilan dari anak kesayangannya, Nisa.

"Assalamualaikum," kedengaran suara garau ayah.
"Waalaikumsalam abang," jawab ibu perlahan.
"Ayang ke mana dari tadi abang telefon tak diangkat?" tanya ayah.
"Maaf abang, ayang tertidur tadi." jawab ibu yang baru menyedari bahawa dia telah tertidur selama dua jam memandangkan sudah pukul  12 tengah malam.
"Alhamdulillah, lega sikit hati abang. Kalau tidak, mahunya abang balik tinggalkan kerja semata-mata nak pastikan isteri abang dalam keadaan sejahtera."
"Abang tak payah risau, fokus pada kerja abang. Doa untuk ayang, insyaAllah segalanya terkawal," ibu cuba untuk meyakinkan ayah.
"Baguslah kalau macam tu, abang nak tidur dulu ni. InsyaAllah, lusa abang dah boleh balik lepas siapkan kerja di sini. Ayang jaga diri elok-elok. Solat jangan lupa. Ha, lagi satu. Perhatikan Nisa sementara tunggu abang balik ye. Terima kasih, sayang. Jangan lupa baca doa sebelum tidur ye, mimpi indah," pesan ayah panjang lebar.
"InsyaAllah abang, ayang ingat semua pesan abang. Abang pun sama ye. Jaga diri. Maafkan ayang jika ada salah silap tutur kata malam ni. Assalamualaikum abang."
"Ayang tak buat salah ape pun. Waalaikumsalam sayang."

Ibu benar-benar rasa bersalah kerana tidak memberitahu ayah perkara sebenar tentang apa yang telah terjadi. Ibu masih tertanya-tanya ke mana perginya Nisa yang masih belum pulang dari petang tadi. Jika perkara ini diketahui ayah, sudah pasti Nisa akan dimarahi oleh ayahnya.

...Cinta Manusia...
Nisa balik dengan esakan pada malam itu. Namun, tika ibu bertanya dia membiarkan sahaja ibunya berfikir sendirian. Dia terus masuk ke biliknya dan tidak menghiraukan ibunya yang telah lama menunggu.

to be continued...


Saturday, February 2, 2013

Should I say...

Dear you, PLEASE STAY.
Dear you, PLEASE GO AWAY.

Dear you,
I keep thinking, am I really loves you all these while?
Or, I'm just keeping you so that I'm not alone?
Or, I'm just being sympathy?

Dear you,
I don't know what to say anymore. I'm really sorry if all these while I'm stressing you with my attitude towards you. I'm trying hard to make you believe that I really loves you. But, the harder I try, the harder you are trying to believe me. I know, I'm not the best as you wish even though you say so.

Dear you,
Thank you for still believing me and be there for me. Even I've might have annoyed you with my bad attitude.
Thank you so much because still loving me. I can feel the love is still the same as the first time we know each other last year.

Dear you,
If Allah let us to be husband and wife, I will surely loves you and try not to make you hurt anymore.
I'm really sorry if lately I've neglected you. It is just because I am busy. I am so sorry and really sorry.
Take care always and never forget to be a good Muslim. Hope you'll lead me to Jannah. Amin.

Sincerely,
MeTheOneYouLove.

To,
YouTheOneILove

Friday, January 11, 2013

Dalam Kita Tetap Ada DIA

Saya SAYANG Awak
Awak SAYANG Saya

Saya CINTA Awak
Awak CINTA Saya

Saya RINDU Awak

Awak RINDU Saya

Walau kita saling sayang, cinta dan rindu 
ALLAH tetap PENENTU

Awak,
Andai ini takdir kita, saya harap awak mampu jalaninya.

Awak,
Andai ini jalan kita, saya harap awak mampu tempuhinya.

Awak,
Andai ini dugaan kita, saya harap awak mampu hadapinya.

Sebab,
Kalau awak lemah, siapa yang akan bimbing saya nanti?
Kalau awak longlai, siapa yang akan sambut saya nanti?
Kalau awak layu, siapa yang akan papah saya nanti?

Awak,
Maafkan saya, sebab sayalah awak sering diganggu.
Maafkan saya, sebab sayalah awak sering dilanda kekusutan.
Maafkan saya, sebab sayalah awak sering dilanda resah dan gelisah.
Maafkan saya.

Awak,
Saya harap awak kuat.
Saya harap awak tabah.
Saya harap awak yakin.

Kuatlah di kala dia cuba untuk menggoyahkan rasa.
Tabahlah di kala dia cuba untuk memisahkan kita.
Yakinlah di kala dia cuba untuk meracuni minda.

Ini kerana,
DIA ada bersama kita selagi mana kita mengingatiNya.
DIA ada bersama kita selagi mana kita tidak melupakanNya.

Awak,
Percayalah, hari itu pasti akan tiba.
Percayalah, kata itu akan dilafazkan.
Percayalah, ia pasti akan tiba.

Lambat atau cepat, DIA penentu.
Akan tetapi semuanya atas usaha KITA.
Tak perlu gopoh tak perlu berlumba-lumba.
Persiapkan diri kita untuk hari itu nanti.

Hati kita akan selalu terikat, andai ikatan itu disertai DIA.
Hati kita akan selalu setia, andai kesetiaan itu disertai REDHA.
Hati kita akan selalu bersama, andai kebersamaan itu disertai BERKAH.

Awak,
Dalam kita berharap akan bahagia, saya harap kita tidak terlalu leka.
Saya bukan hendak mendoa, jauh sekali ingin meminta perpisahan.
Andai ditakdirkan tiada jodoh kita, saya harap awak takkan bermuram durja.
Jalanilah hidup seperti sediakalanya kerana saya bukan DIA yang tanpanya saya awak masih hambaNya.
Namun, tanpa ada DIA tiada maknanya penyatuan kita.

DIA cipta kita, bukan kita mencipta.
DIA temukan kita, bukan kita mempertemukan.

DIA berkuasa atas awak.
DIA berkuasa atas saya.
DIA miliki awak.
DIA miliki saya.

Saya bukan milik awak dan jauh sekali awak milik saya. Segalanya pinjaman dunia dari DIA.

Awak,
bersama atau tidak kita nanti, saya nak awak tahu yang rasa ini tak pernah saya rasai sebelum ini.
Awak,
memiliki atau tidak kita nanti, saya nak awak tahu yang rasa ini tak pernah menipu.
Awak,
saya nak kita bersedia dengan apa jua kemungkinan kerana bukan pada kita letaknya kekuasaan.

Awak, saya pergi dulu.
Awak tahu siapa awak.
Awak juga tahu siapa saya.
Awak tahu siapa DIA.
Yang akhir itu buat saya cinta.

Teruskanlah memberi peringatan kepada saya kerana itu yang saya butu.
Semoga dipertemukan jua nanti. Amin.
Jaga diri, jaga iman, jaga segalanya.

With love, Anis.
Dikala sukar melelapkan mata.


Sunday, December 30, 2012

Pernahkah Terfikir... (Part 1)

Pernahkah terfikir jika suatu hari nanti mata yang boleh melihat ini menjadi buta?

Cuba anda tutup mata anda seketika. Gelap bukan? Pasti ada yang mahu cepat-cepat buka mata kan. Rasa teraba-raba walau dipimpin oleh seseorang. Rasa kurang yakin untuk melangkah walau ada suara yang menunjuk arah. Hidup kita bertuah bila mampu melihat keindahan alam ciptaan Allah. Syukur, syukur dan syukurlah.

Ikuti kisah ini.
Pagi itu, dia bangun seperti biasanya. Menunaikan solat subuh, kemudian bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Sebelum melangkah keluar rumah, dia mencari sesuatu. Apabila yakin pintu dan tingkap sudah dikunci, dia pun mengorak langkah menuju ke tempat kerja yang tidak jauh dari rumah.
Suasana pagi itu, amat bising dengan bunyi kenderaan di sekeliling. Itu sudah menjadi perkara biasa baginya kerana menyedari bahawa terdapat beberapa buah sekolah yang berdekatan dengan rumahnya.
Di pertengahan jalan, dia disapa oleh seseorang.
“Hati-hati pak cik.” Suara itu menghilang.
Dia hanya mampu mengucapkan terima kasih di dalam hatinya. Terdetik di hatinya, suara itu kepunyaan siapa. Namun, sudah pasti soalan itu tidak terjawab. Dia meneruskan perjalanan berbantukan tongkat di tangan sambil mengira-ngira langkahnya dengan hati-hati.
Seperti kebiasaannya, dia akan singgah di kedai untuk minum pagi sebelum memulakan kerja sebagai tukang urut. Itulah pekerjaan yang mampu dilakukan untuk mencari sesuap nasi.
Pada sebelah petang, sekali lagi dia terpaksa menghadapi laluan yang sibuk dengan kenderaan. Petang ini amat berbeza. Dia tersalah kiraan sehingga menyebabkan dia mundar-mandir dalam kesesakan lalu lintas. Mujurlah, ada seseorang yang datang membantunya.
“Pak cik nak ke mana ni?”
Suara itu lagi. Siapakah dia?
“Pak cik nak balik ke rumah pak cik. Tapi disebabkan jalan raya terlalu sesak, pak cik tersalah kiraan.” Sebak menjelaskan.
“Biar saya tolong pak cik ye.”
“Terima kasih.”
Setelah beberapa kali menjawab pertanyaan budak perempuan itu, akhirnya dia selamat sampai ke lorong rumahnya.
“Terima kasih ye, anak.”
“Sama-sama pak cik. Perkara kecil je. Lain kali, hati-hati ye pak cik. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Terima kasih Ya Allah kerana hulurkan bantuanMu melalui insan sepertinya.

Bagaimana jika dia di dalam itu adalah kita? Dibantu, tapi tak pernah mampu melihat siapa orang yang membantu.
Yang BUTA tak semestinya TAK NAMPAK
Yang CELIK tak semestinya MELIHAT

Renung-renungkan.

Friday, November 23, 2012

Jika Ini CINTA...

Jika ini CINTA
Mengapa MANISNYA tak ku kecapi
Jika ini CINTA
Mengapa INDAHNYA tak ku capai
Jika ini CINTA
Mengapa MADUNYA tak ku rasa
Jika ini CINTA
Mengapa dibiar hati LUKA
Jika ini CINTA
Mengapa dibiar hati MERANA
Jika ini CINTA
Mengapa dibiar hati KECEWA
Jika ini CINTA
Kenapa sukar untuk KETAWA
Jika ini CINTA
Kenapa sukar untuk BAHAGIA
Jika ini CINTA
Kenapa sukar untuk CERIA

Mungkin,
Cinta sudah hilang SERINYA
Atau mungkin,
Cinta sudah hilang ARAHNYA
Juga mungkin,
Cinta sudah hilang KUASANYA

Hakikatnya,
Cinta itu tidak berpaksikan SYARI'AT
Kenyataannya,
Cinta itu bergelumang MAKSIAT
Realitinya,
Cinta itu lupa akan AKHIRAT

Ya Allah,
Usah biarkan cintaku mengundang MURKAMU
Ya Allah,
Usah biarkan cintaku mengundang AZABMU
Ya Allah,
Usah biarkan cintaku mengundang NERAKAMU

Wednesday, November 7, 2012

Tips Study LAST MINUTE?

Salam semua.

Setelah keluar melangkah dari bilik peperiksaan terasa ringan segala bebanan!
Terdengar akan ku suatu laungan sewaktu Hari Kemerdekaan!

*dahla tu makcik, ape punye intro daa.. *

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Syukur pada Allah.
Berakhir sudah...semester empat...

Back to the topic darling!
Focus!

Okey semua,
Ermm..tajuk cam tak gempak kan...kan...kan...
Tapi still yet ceq nak share jugak MY CRAZY TIPS on STUDYING
Selalunya kan orang dok kongsi pasai
TIPS BELAJAR BERKESAN dan CEMERLANG,
TIPS BELAJAR MENJELANG PEPERIKSAAN,
ceq lak pe kejadahnye nak kongsi
TIPS STUDY LAST MINUTE
Fuiyooo!
Ade ke orang nak baca?
*biaq pi la takde orang bace pom* hehe *

Before nak amalkan, kena YAKIN yang korang ni memang KAKI STUDY LAST MINUTE.
Hehe... dan Tips2 yang akan dikongsikan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

1. PASTIKAN TAK PERNAH PONTENG KELAS.
Ini penting sebab, bila tak ponteng kelas... tahulah apa yang dibelajar. Maka senanglah nak study last minute. Boleh hanya klik butang "refresh". Hehe. *ingat otak hang komputer ke Cik Anis oi* Just kidding! Tapi seriouslah, ceq tak pernah nak ponteng kelas sesaje takat ni. Ia penting untuk bagi ILHAM masa nak jawab soklan. Leh jadi macam flashback lah cam dalam movie selalu buat tu. Hehe.

2. KIRA TAJUK NAK KENA STUDY
Haaa... nak tau pasai pa? Meh sini ceq nak habaq. Hehe Kalau dah tahu berapa banyak tajuk, mudahle nak estimate masa untuk menghabiskan bacaan. Sebaik2nya mula sehari sebelum exam lah. Hee.. Contoh: Exam Rabu, korang study siap2 molek2 mula dari pagi Selasa. *ekceli ceq study mule ikot mud...kalo takdaq mud ceq tidoq...malam jadi kelawaq* If korang rasa korang tu jenis yang takleh nak tidoq lewat, mulelah as an early bird... if ada darah nocturn dialu-alukan mula lewat. Tapi jangan terlalu lewat sebab takut tak cukup tidoq and rehat, rebah sebelum bertempur. Hik3x.

3. MAKE SURE YOU READ ALL TOPICS
Ni hok penting jugok. *men hentam je hang ni guna loghat macam2* Baca lah sampai muntah. Part ni lah nak uji ingatan korang berapa percent. Hehe. If tak kuat tu, kena guna kreativiti lah buat nota. Untuk ceq, ceq pegang prinsip, "Tulis Lebih Ingat". Walaupun dah pernah buat nota tu dalam kelaih. Tak salah buat lagi. Mengulang tu baek untuk ingatan. Plus, bila baca nota sendiri akan lebih faham dan ingat. Buku-buku sekarang pun bukannya banyak peta minda. Banyak ke ayat berjela-jela dan berbunga-bunga. Kekadang tak masuk peksa pun yang ayat macam iklan Shell tu. Lebih kilometer dengan Shell. Hehe Study last minute dak sesuai baca yang berkilometer ni. Kalau buleh nok carik yang hok milimeter jah. Notes tu lak, korang leh baca before nak mule exam. Bagi ingat kaw kaw munyer.

4. JANGAN OBSES SANGAT KAT SOKLAN BINTIK
Huk aloh! Pelik tapi bonar. Inilah hakikat. Ceq ingat, bila abeh doh SPM, takdaq lagi soklan spot gini. Bukan keta sport tu. Ni ha, soklan pak dukun. *kan ramalan. hehe* Korang leh bace gitu je untuk pastikan soklan spot tu, tajuk2 nye kome dah khatam dan bereh sokmo deh. If korang rajin, korang terailah jawab soklan tuh. Sekedar nak nguji minda. Hehe. Ceq tak buat sem ni sebab Virus M menular dalam diri. Sem lepah buat doh. Hihi. Bincang an kengkawan pun boleh jugok. Nanye2...kongsi2 jawapan yang dirasakan betul dan menepati skema. Pi mai pi mai tang tu jugak lah spot... (semua tajuk dirangkum sekali) wat gapo nak sibuk kan. Hehe.

5. MINTAK DOA DARI IBU BAPA
Ini ceq selalu amalkan bila dak kondifen gara2 study last minute. Hehe. InsyaAllah, akan dipermudahkan urusan menjawab soklan tu nanti. Ni tak kiralah study first minute ke, tak study ke,,, memang kena buat! Compulsory k. Pahtu jange lupo deh ucap terima kasih kat parents.


Petua tambahan:

Ustazah ceq pesan, kalau lupe leh bace Ya Mu'id *salah satu daripada nama2 Allah* insyaAllah apa yang kita baca tu akan ingat semula. (ni dapat sem ni. fresh lagi. syaratnya KENA ULANGKAJI)

Tak pun, baca Surah Dhuha. (ni petua masa sekolah rendah. kalau Surah Dhuha tak hafal, susah le nak ngingatnye. Hehe)

Okeylah semua.
Sekian sahaja celoteh Anis.
Anis mampu bagi 5 TIPS STUDY LAST MINUTE cara Anis.
Hehe... cara orang len Anis tak tau lah ye.

(^_^)
Cuti dah nak mula.
Apa plan? Fikir tentang
DISEMBER

nak tahu apa?
tunggu...~

take care semuanya

terima kasih sudi singgah





Friday, August 3, 2012

Ikatan

Salam Buat Semua Yang Membaca
*ayat biasa, bajet ada pembaca*

Bismillahirrahmanirrahim...
Anis rasa macam da lama tak update blog.
padahal tak lah lama mana pun.

Lama dah nak update pasal IKATAN ni.
Ni ada nota ikatan PPIM Anis buat hari tu.
*step untuk buat ikatan je.*

1 LINGKAR SETENGAH BELIT

BUKU SILA

BUNGA GETI

IKATAN SERONG

LILIT BALAK

SETENGAH BELIT

SIMPUL KERUSI

SIMPUL LAPAN

SIMPUL MANUK

SIMPUL MATI

SIMPUL PENGAIL

SIMPUL PULIH

SIMPUL TINDIH KASIH
Sambil" kita belajar jenis" ikatan kan, pernah tak terfikir yang ikatan (tali) pun ada disebut dalam Al-Quran? Ape lagi, pi la belek" AlQuran... cari kat Surah Ali Imran.


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam)

Tali kalau teguh, kuatlah fungsinya... tak mudah nak terlerai.
Macam tu jugak kita, semakin kuat kebergantungan kita padaNya, insyaAllah kita takkan mudah terlepas.
Terlepas apa? Terlepas pelbagai peluang, pelbagai hikmah dan macam" lagi.
Bila kita lepaskan tali tu, maka terpisahlah kita dari segala peluang berharga.
Bahkan kita akan jatuh... diibaratkan seorang pendaki yang mendaki gunung.
Ikatan tidak teguh, maka dia akan jatuh. Begitulah juga bila kita tidak teguh pada agama Islam, maka mudahlah untuk kita terjatuh ke lembah hina. 
Ini bukan untuk menghukum, yang jatuh dalam lembah hina bukanlah selama"nya dia hina kerana seseorang boleh berubah jika Allah berkehendak dan dia berusaha untuk merealisasikan perubahan itu. Jangan terlalu mudah untuk menghukum pesalah" kerana mungkin suatu hari nanti mereka bertaubat, kita tak tahu.

"Hidayah Itu Memang Milik Allah, Tapi Kita Perlu Mencarinya"

sekian sahaja perkongsian.saya masih belajar, nak kongsi apa yang tahu dulu.
(^_^)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Fasa Kedua
Moga Allah perkenankan doa hambaNya untuk memulakan ikatan dengan si dia dan mempermudahkan urusan hamba ini.
Amin Ya Rabbal Alamin



Thursday, July 12, 2012

Kursus Pra Perkahwinan

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia
*ayat bajet ada stalker...

Seperti yang dijanjikan pada entry sebelum ini,
Janji nak cerita pasal input apa yang kita dapat bila pi Kursus Pra Perkahwinan.

Kursus tu makan masa 2 hari ja.
Anis pi aritu bayar RM15 je...
*mungkin bajet untuk makan je kot...Anis kurang pasti la...

Dalam masa 2 hari tu, kita dengar ceramah.
Kena hadir 10 Slot baru boleh dapat sijil.
Anis pi kesemua 12 slot meskipun bila masa dah nak habis tu Anis da mulai kebosanan.

Bosan2 pon Anis dengar tau...tapi...sambil melukis la.. 
^^v


Hari Pertama (7 Julai 2012)
Mula2 pi tuh kena daftar dulu.
Dapat fail, A4 paper kosong 2 helai, name tag dan buku Gerbang Menuju Perkahwinan.
Buku tu ada semua input tentang ceramah yang akan disampaikan.
Alaa..bagi buku pun bukan semua nak baca kan...
That's why kena pi ceramah jugak.

Ceramah 1: AKHLAK
[rumusan: Sejahat-jahat manusia, sebaik-baik jin.]
Ceramah 2: AKIDAH
[rumusan: Akidah pohon, akhlak itu buahnya.]
Ceramah 3: PROSEDUR PERKAHWINAN
Ceramah 4: MUNAKAHAT
[rumusan: Kaf(Kongsi), Ha'(Hidup), Wau(Waktu), Ya'(Yang), Nun(Nikmat)]
Ceramah 5: HUBUNGAN DALAM KELUARGA
Ceramah 6: IBADAH
*daripada semua ceramah tu, yang Anis ingat satu
"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul."

Hari Kedua (8 Julai 2012)
Ceramah 7: PENGURUSAN KESIHATAN
[rumusan: jaga kesihatan, HIV, AIDS etc.]
Ceramah 8: PENGURUSAN MASA DAN KEWANGAN
[rumusan: Keinginan dan keperluan]
Ceramah 9: KOMUNIKASI SUAMI ISTERI
[rumusan: Perlu ada komunikasi yang baik untuk elak salah faham]
Ceramah 10: PENGURUSAN STRESS
[rumusan: Stress boleh memotivasikan]
Ceramah 11: PERKHIDMATAN RUNDING CARA JAIS
[rumusan: Pasangan pergi kaunseling bukan pasangan yang nak bercerai.]
Ceramah 12: PEMBUBARAN PERKAHWINAN
[rumusan: Perkataan cerai boleh berlaku di mana-mana]
*yang ni secara keseluruhannya, ermm...agak kurang menyengat penyampaian,,sebab tu Anis pi melukis...tapi masih dengar gak la..nasib bek la penceramah yang last ada ohsem...cerita pasal cerai tu...

sekian sahaja perkongsian,
walaupun Anis pi tanpa pasangan,
*jauh di mata tapi dekat di hati, pasti bersatu juga nanti, InsyaAllah..
doakanlah....
Anis tidak rasa kekurangan,
sebab dengar ceramah boleh tambah pengetahuan.

p/s: bayaran untuk kursus tu ekot negeri...ada jabatan agama yang dah diswastakan, sebab tu bayaran kursus mahal...tu yang ustaz penceramah Prosedur Perkahwinan bagitau kat kitorang...
tapi kan, dia (yang jauh di mata tu) pi FREE...
(^_^)

Tuesday, July 10, 2012

Bila Anis Bosan (B.A.B)

B.A.B
bukan
Buang Air Besar
^^v

Pada 7 dan 8 Julai 2012,
Miss Anis pergi
Kursus Pra Perkahwinan
*pergi dengan kawan untuk timba ilmu je...
nak kahwin jugak dah kot.hehe

Ingatkan kursus tu ada Teori dan Amali
ropenyer dengar ceramah je
*nanti Anis cerita pada entry akan datang ye apa pengisiannya.
InsyaAllah

1st day boleh tahan lagi.
Tak berapa nak bosan lah
cuma parah sikit sebab penat duduk lama
huhu

Dah2x,
Anis tamao celoteh panjang pasal B.A.B ni
Macam ni kisahhnya,
2nd day mula naik bosan.

Jadi,
Anis melukis.
Penuh sehelai A4 paper
dengan 8 lukisan 
sebab Anis lipat 4
and
entry ni
Anis nak upload la gambar2 tak berapa nak cantek tu
hehe

TADAA!







boleh pulak yang last ni terbalik.hm..

that's all
sekian

^^v


Sunday, July 8, 2012

F R I E N D


I don't need a FRIEND but I need a BEST FRIEND

A BEST FRIEND for me is...

I don't care if you don't share your HAPPINESS
but I swear it hurts me a lot when you only need me during your LONELINESS

I don't care if you don't share your SECRET
but I swear it hurts me a lot if you share others my SECRET

I don't care if you don't even care if I'm in PAIN
but I swear it hurts me a lot if you be with me because there's something you GAIN


Monday, June 18, 2012

tangisan ditahan

hari sabtu kau ketawa riang...
meski hati kau walang meninggalkan yang tersayang
jauh dari pandang...


hari ahad kau tersenyum manis
meski hati kau menangis  merindukan mereka di sana...
jauh dari mata...


pagi tadi, senyuman masih kau lakar...
meski hatimu terlalu merindui mereka...


sekarang...
satu mesej menyampaikan kesedihan...
aku masih ingin menahan tangisan...
kerana aku tak nak tangisanku kelihatan...
biarkan ku tanggung sendirian...


mengapa...
mengapa alasan yang kau beri atas setiap kenyataan ku keluarkan...
mengapa dia juga kau  persalahkan sedangakan segalanya telah dia tunaikan...
mengapa dia yang kau sasarkan setelah semuanya dia kobarkan untuk kamu...


aku penat...
jangan buat aku tersepit...
jangan buat aku terhimpit..

Wednesday, May 30, 2012

itulah CINTA

bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli jarak USIA
bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli akan STATUSNYA
bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli apa orang KATA
bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli apa jua RINTANGANNYA
bila kau jatuh CINTA
kau takkan peduli SIAPA DIA

habis tu,
apa lah yang kau peduli?

bila kau jatuh CINTA
kau peduli MASA UNTUK BERSAMA
bila kau jatuh CINTA
kau peduli RASA TIKA BERSAMA
bila kau jatuh CINTA
kau peduli APA ASAL BAHAGIA
bila kau jatuh CINTA
kau peduli SETIA CUMA PADA DIA

itulah KUASA CINTA,
yang BENCI boleh jadi SUKA
yang MARAH boleh jadi RINDU
yang SEDIH boleh jadi GEMBIRA
yang SUNYI boleh jadi RIUH
yang JAHAT boleh jadi BAIK
yang PUTUS ASA boleh jadi KUAT USAHA
yang MURAM boleh jadi SENYUM
yang MALAS boleh jadi RAJIN

CINTA itu AGEN PERUBAHAN
perubahan pula terbahagi DUA
POSITIF ke NEGATIF
NEGATIF ke POSITIF

itulah KUASA CINTA,
yang SUKA boleh jadi BENCI,
yang RINDU boleh jadi MARAH
yang GEMBIRA boleh jadi SEDIH
yang RIUH boleh jadi SUNYI
yang BAIK boleh jadi JAHAT
yang KUAT USAHA boleh jadi PUTUS ASA
yang SENYUM boleh jadi MURAM
yang RAJIN boleh jadi MALAS

bila CINTA yang kau nampak INDAH belaka
bila BENCI yang kau nampak JIJIK sahaja

orang kita bila CINTA kata
SAYA SANGGUP KORBAN APA SAHAJA
orang seberang kala CINTA ngomongnya
APA SAJA UNTUKMU
orang puteh pula bila CINTA they said
ANYTHING FOR YOU
...
orang kita bila BENCI kata
TAK SANGKA AWAK BUAT MACAM NI
orang seberang tika BENCI ngomongnya
TEGA2 NYA LHO LAKUIN INI SAMA GUE
orang puteh bila BENCI they said
HOW COULD YOU DO THIS TO ME
...
jika dibahaskan perihal CINTA
takkan pernah ada penghujungnya
CINTA ibu pada anaknya cinta sejati
CINTA suami pada isteri cinta hakiki
namun
ada satu CINTA yang meliputi segalanya
CINTA dari SANG PENCIPTA
tanpa cintaNya
takkan ada cinta-cinta lain

si arjuna dan dara yang belum berpunya
orang mungkin fikir kau sunyi tanpa cinta si dia
tapi hakikatnya kau riuh dengan kehadiran cinta
cinta keluarga dan kawan yang sentiasa ada saat suka duka

si arjuna dan dara yang belum berpunya
hakikatnya kau sudah dipunyai dah sudah mempunyai
cuma kau perlu terus bersabar menunggu waktunya tiba
percayalah Sang Pencinta takkan pernah tinggalkan hambaNya

untuk apa mengejar CINTA MANUSIA
jika tercicir CINTA PENCIPTA

CINTA boleh buka jalan BAHAGIA
jika kau pilih untuk terus berada di landasanNya

sekian sahaja bicara tentang cinta
setiap orang punya pendapat mereka
inilah pendapat saya
bagaimana dengan anda?

with love,
Anis


Friday, May 25, 2012

soalan cepumas

Salam semua,
*ayat bajet ada pembaca nih...
terima kasih buat yang membaca

Okeh, today is the day!
Bermulanya cuti.
*puhlis..3minggu je kot takyah nak excited sangatla puan

Berbalik semula pada tajuk asal,
SOALAN CEPUMAS

begini,
saya dapat soklan cepumas masa tengah tunggu turn amek kehadiran after assembly tadi.
soalannya berbunyi begini
eh2x,,,takde bunyilah.orang baca je ayat kat atas.

macam ni ha soklannyer
"ANTARA USAHA DAN HASIL PEMBELAJARAN, MANA SATU LEBIH PENTING?"

I said both, tapi penanya soklan suruh pilih salah SATU sahaja
(_ _")
agak tidak suka bila terpaksa memilih, tapi kena pilih jugakkan?

setelah berfikir dan berfikir, 
masa tak lama diberikan

jawapan saya ialah...
jawapan saya...
saya
jawab
...
USAHA

Rasionalnya? Walaupun dia tak tanya tadi, tetiba nak memperjelaskan.
pelik bebeno kan.memandai je.orang tak mintak, suka nak bagi lebih2

KALAU TAK USAHA MANAKAN DAPAT HASILNYA?
jadi saya fikir, usaha lah penting,
contoh situasi,
nak solat diterima,
kenalah jaga aspek2 pentingnya, 
khusyu' nya etc
pepatah arab pun ada mengatakan;
Man Jadda Wa Jadda
(siapa yang berusaha akan mendapat hasilnya)

then,
saya pi la tanya kawan saya pulak apa jawapan dia bagi
dia lak kata,
HASIL lebih penting,
sebab
bila dah tahu hasil yang macam mana nak,
barulah kita usaha.
contoh:
nak excel dalam exam,
kenalah study kan?

ok
actually,
saya tak nak wat pilihan tadi,
dek kerana kehendak soalan mintak cenggitu,
pilih USAHA.
hehe

Seriously,
baru teringat...
satu lagi point yang saya bagi kat kawan saya tadi
USAHA penting sebab,
atleast kita akan rasa puas hati bila dapat hasilnya sebab dah berusaha
plus,
usaha juga penting menentukan hasil walaupun
kadang2
usaha banyak tapi hasilnya tetap macam tu
itu mungkin ujian yang Allah nak bagi
so, keep trying til' you get what you aim
plus,
kalau usaha guna jalan singkat a.k.a menipu,
pasti takkan puas dapat hasilnya kelak.
try ar buat kalo tak caye

setakat tu je lah celotehan,
dah takdak point lagi,

sebelum mengakhiri,
ada speech kopi pes dari status fb saya,

Buat semua rakan2 guru pelatih,
Selamat kembali ke pangkuan keluarga terchenta 
Selamat kembali ke kampung halaman yang dirindui
Selamat memanfaatkan cuti bersama insan2 tersayang

Selamat pergi
Selamat kembali hendaknya

Berakhirlah sem ini, jumpa sem depan pulak.
18 Jun 2012

Kami balik ke Batu Lintang lagi...


with love,
Anis

Sunday, May 20, 2012

P E N A N T I A N

Jika bicara soal PENANTIAN,
Ya, ia memang MEMENATKAN,
Ya, ia memang MENYEDIHKAN,
Ya, ia memang MEMERITKAN,

Tapi,
PENANTIAN tu takkan jadi MEMENATKAN kalau kau IKHLAS MENUNGGUNYA,
PENANTIAN tu takkan jadi MENYEDIHKAN kalau kau BERUSAHA BERBAHAGIA,
PENANTIAN tu takkan jadi MEMERITKAN kalau kau YAKIN ADA HIKMAHNYA,

Dulu,
Memang pernah rasa PENAT,
Memang pernah rasa SEDIH,
Memang pernah rasa PERIT,

Kini ku terfikir,
Sampai bila nak rasa penat?
Sampai bila nak rasa sedih?
Sampai bila nak rasa perit?

Bila,
Aku juga berhak BAHAGIA,
Aku juga berhak GEMBIRA,
Aku juga berhak KETAWA,

Tanpa dia, aku tetap aku.
Jadi, untuk apa bersedih kerananya?
Untuk apa aku terus bersedih
sedangkan dia mampu bahagia tanpaku?

Ada baiknya aku bersedih kerana KELUARGA,
Tanpa ibu, takkanku lahir di dunia
Tanpa ayah, memang hidupku rasa kurang
Tanpa abang, aku takkan dapat jadi seorang adik
Tanpa adik, aku takkan belajar jadi seorang kakak
Tanpa mak cik, aku takkan jadi seorang anak saudara
Tanpa keluarga, takkan ada  sesiapa yang memimpinku keluar dari kegelapan
Merekalah yang setia di sisi

Ada baiknya juga ku bersedih kerana KAWAN,
Tanpa mereka, senyuman ini takkan seindah sekarang
Tanpa mereka, tawa ini takkan segirang kini
Tanpa mereka, tangisku dulu sudah berlalu

Daripada airmata ini mengalir untuk dia,
Lebih baik airmata ini mengalir kernaNya.
Daripada rindu ini terbuang mendamba dia,
Lebih baik rindu ini ku labuhkan untukNya
Daripada hati ini terus mengingati dia,
Lebih baik ku penuhkan dengan ingatan untukNya

Moga kata-kata bukan sekadar luahan rasa,
Moga kata-kata bukan hanya pada karya sahaja,
Moga kata-kata tidak hanya ditaip cuma,
Tapi
Disemat dalam hati,
Mendatangkan keinsafan diri,
Bermanfaat pada saudara saudari,
Sebagai saham kemudian hari.

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template