Showing posts with label kisah hati. Show all posts
Showing posts with label kisah hati. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Ampunan Bukan Dariku...

awak,
kemaafan untuk dosa antara kita 
bukan saya yang boleh bagi ampunan...  
awak mintaklah dariNya bukan dari saya okey... 
memang kena mintak dari tuan badan 
tapi 
kemaafan bukan ada pada saya 
kerana 
sumber
hati ini pun milik Dia. 
saya memang dapat maafkan awak, 
tapi 
saya akan ambik masa yang agak lama
 untuk 
melupakan 
sebab 
saya diberikan ingatan yang kuat bila saya disakiti. 

sumber
saya maafkan awak 
tapi 
saya nak awak mohon ampun dariNya jugak.

sumber
maafkan saya 
sebab 
saya bukan seperti yang awak sangkakan. 

by Anis,
19/04/12

Saturday, April 14, 2012

Doaku Untukmu

Ya Allah, 

jika dia bukan untukku 
hentikanlah naluri hati ini daripada terus-terusan membisikkan kata rindu padanya... 
hentikanlah mulut manis ini daripada terus-terusan berbicara tentang dirinya... 
hentikanlah diri ini daripada terus-terusan mengingati dia sehingga lalai mengingatiMu... 
sedarkanlah hambaMu ini dari mimpi lagha ini. 

jika dia benar untukku 
biarlah kami bersatu kerana redhaMu 
biarlah hati bertaut kerana izinMu 
izinkan kami bercinta kerana cintaMu 
mudahkanlah pernikahan kami untuk ke meraih bahagia di jalanMu. 

amin...

ps: aku jatuh cinta, tapi kurang yakin adakah benar dia... moga Allah tunjukkan segalanya



Tuesday, April 10, 2012

berhentilah.

saya tak mintak awak pergi.
awak yang pergi sendiri. 
saya tak mintak awak kembali. 
awak yang datang sendiri.
maafkan saya kerana saya bukan Anis yang awak pernah kenal
sebelum awak lukakan hati saya.
berhentilah pura-pura ambil berat pasal saya
kemudian buat-buat macam tak ada apa-apa antara kita.

berhentilah kerana aku dah lelah.
berhentilah kerana aku dah penat.
berhentilah kerana aku dah letih.
terima kasih.
Anis, 10/4/12 18:03

begini akhirnya...

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera semua.
Hope semua fine belake lah ari ni.
*ada ke yang baca blog ceq? mekaseh la sudi baca blog senteng cket ni.ngeh3x...

Suddenly ari ni rasa nak borak ngan blog...
Pasal...impian....
Semua orang ada impian kan...
Aku pun ada gak...
Tapi jalannya macam masih belum dibuka dan masih kabur...
Entahla. Aku selalu tertanya-tanya bila dapat sempurnakan impian itu.
Mungkin usaha belum mencukupi.
Atau
Memang bukan jalan untuk aku ke sana.

Aku dah mula rasa,
beginilah sepatutnya pengakhirannya
beginilah sepatutnya yang berlaku
iaitu
aku berhenti untuk menulis luahan hati kepada cerita...
aku berhenti untuk menjelmakan diri dalam cerita sendiri...
aku berhenti untuk menjiwai pelbagai watak yang ku cipta...
aku berhenti untuk mereka kebahagian yang tidak nyata...

Ya! Aku kena berhenti...
Berhenti kerana aku mulai lelah...
Berhenti kerana aku rasa letih...
Berhenti kerana aku sudah penat...

Tapi bukan untuk selamanya
Ini cuma sementara
Mungkin sehingga semangat datang semula
Mungkin bila ilham datang menjelma

Entahla...
Jangan tanya aku bila
Usah tanya aku kenapa
Doakan sahaja

Terima kasih kerana membaca.
Anis, 4/10/12
17:26

Wednesday, March 14, 2012

dekat vs jauh

dekat pun tak guna kalau selalu gaduh...
lebih baik jauh taklah hati ini jenuh...

dekat pun tak guna kalau selalu sangsi...
lebih baik jauh supaya lebih menghargai...

dekat pun tak guna kalau cepat jemu...
lebih baik jauh agar rindu bertamu...

dekat pun tak guna kalau hari2 jumpa...
lebih baik jauh supaya tak selalu bersua...

sebab...

bila tiba masa yang sesuai untuk dekat takkan rasa untuk berjauhan
bila tiba masa untuk berjauhan akan sentiasa rasa dekat

hanya yang mengerti akan memahami

(^_^)
i <3 all


Monday, March 5, 2012

untuk KAMU

ini video untuk KAMU.
ya KAMU.
(^_^)


satu lagu mewakili satu perasaanku padamu
biarlah rasa ini setia di hati ini
biarkan di sana hingga lelah aku kan berhenti
doaku untuk kebahagiaanmu
terima kasih hanyak untuk kamu selalu

saudaramu,

Saturday, February 25, 2012

takkan berhenti

Ya, aku takkan berhenti
Ya, aku takkan berhenti
Ya, aku takkan berhenti
Tak akan pernah berhenti

terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih

hati takkan berhenti
mencari jawapan yang tak pasti
menyoal soalan yang jawapan takkan ku dapati
memikirkan cerita yang aku tak tahu wujud atau nyata

terima kasih 
terima kasih
terima kasih
terima kasih

aku takkan berhenti ucap itu
aku takkan berhenti taip itu
aku takkan berhenti 
aku takkan berhenti

aku takkan berhenti mendoakan kesejahteraanmu
maafkanku
kerana
aku takkan berhenti
selagi engkau masih menghantui diri ini
aku takkan berhenti


Wednesday, February 15, 2012

s a h a b a t

untuk sahabat buat sahabat
sempena beranjaknya usia
hampirnya tua

inilah lagu untukmu.
untukmu sahabatku

sahabat..
mengapa kau pergi?
tinggal aku sendiri..
kau tahu ku tak sanggup
 sahabat..
ingat lah kau slalu..
jadi yang terbaik..
walau kau tak disini lagi..



sahabat 
aku rindu..pada mu..walau datang sesaat..

ku ingin kan kau hadir aku..disini dan menuggu..
diam tanpa dirimu...kau tahu ku tak bisa..
beranjak terbang dan melayang..



tanpa dirimu ku tak bisa dan kembali la buat mu...

disini dan menuggu..diam tanpa dirimu..kau tahu ku tak bisa..
beranjak terbang dan melayang dan kemmbali la....


Sunday, February 12, 2012

aku rindu...

Pagi tadi berlalu seperti biasa... tiada yang istemewa...
Tapi, ia berubah setelah melangkahkan kaki ke kedai menjual pakaian...
Masa itu, aku sedar yang aku keseorangan...
Sebab, orang sibuk uruskan cousin aku dok termuntah-muntah kat klinik.
Klinik tu jiran pada kedai pakaian tadi.

Tujuan aku jejalan ke kedai pakaian itu cuma nak survey hadiah...
Nak tengok2 kemeja batik jah...
Suka nak tengok je...beli? tak tahu lah nak bagi sape...takda yang istimewa.
Bagi kat kawan je kot...kot je la...tak sure lagi nak bagi ke tidak..

Berbalik pada tajuk entry 'aku rindu...'
aku teringat pada seseorang...seorang yang sentiasa aku rindu sejak dulu...
sejak dia pergi meninggalkan aku sewaktu aku hampir umur 16 tahun..
dialah yang selalu ada untukku...
dialah yang selalu ada melindungiku...
dialah yang selalu ada menjagaku...
dialah yang Allah anugerahkan kepadaku...
sungguh,,,aku rindu padanya...
pada si dia...
si dia AYAHKU.

lama dah tak beli hadiah untuk seorang ayah.
lama sangat...waktu aku bagi dulu...waktu itulah yang pertama dan terakhir.
sekarang, ayah dah tiada...ibu ja ada...
so, semuanya bagi kat ibu...

ayah/bapa/abi/
apa jua panggilan anda...
hargailah sementara masih ada
ibu/mak/umi/
apa jua panggilan anda...
sayangilah dia sepenuh hati
jangan jadi sesalan di kemudian hari,
jangan jadi karma untuk diri sendiri.

bapak,
anis rindu,,,
anis rindu,,,
anis rindu,,,

bapak,
anis harap anis jumpa seseorang yang boleh jaga anis macam bapak pernah jaga anis
anis harap anis jumpa seseorang yang boleh sayang anis macam bapak sayang anis
anis harap anis jumpa seseorang yang kasih pada anis macam kasihnya bapak pada anis

bapak,
anis rindu bapak,
anis rindu kenangan bersama,
anis rindu gelak tawa,
anis rindu bapak sangat2.

bapak,
anak bapak ni amat merindui bapaknya.
namun, 
dia sedar bapak takkan kembali lagi
tapi,
dia masih berdoa agar bapak gembira menghadap Ilahi
insyaAllah,
kita akan berjumpa di sana nanti
tunggu,
anakmu ini akan menyusul jua bertemumu
dan 
penciptaNya

yang selalu merinduimu,
-anis the only daughter-
tarikh esok memang tak boleh dilupa
13/2
bapak pergi tanpa rela
tapi aku tak punya kuasa untuk menghalangNya
kerana Dia Maha Kuasa
sebagai hamba aku perlu tabah dan redha
akan ketentuanNya
moga bapak bahagia di sana
~al fatihah~

untuk AWAK.

saya ada something untuk awak.
awaklah yang sedang baca ni.
*kalau awak baca then terasa, awak lah tu.
(^_^)
ini untuk awak. bukan untuk orang lain.
A-W-A-K

pelikkan,
masih nak ucap terima kasih
word tu masih untuk
A-W-A-K

~ terima kasih ~

awak tak baca pun saya tak rugi
saya buat untuk hiburkan hati
(^_^)v
fullstop

Saturday, October 22, 2011

AWAK dan SAYA


Saya: Awak tau tak?
Awak: Saya tak tau la...ada apa?
Saya: Lupe la nak tanye ape... (dlm hati: saya tak berani nk tnya ah,.)
Awak: Laa...lupe pulak..betol ke nie...? (dlm hati: mcmla sy tak tau awk nk tnya apa...huhu)
Saya: Kalau kte ada jodoh kan...awak sudi terima sy tak? (dlm hati: apalah agknya jwpn dye...)
Awak: Kalau dh jdoh, sy tak tau la nk kate ape.. terima je la. (dlm hati: saya terima awk apa adanya)
Saya: Ok lah kalo mcm tu... tme kasih sbb sudi jwp soklan sy td. (dlm hati: sy akn tgu awk)
Awak: Ok. (dlm hati: sy mtk maaf andai satu hr 9t sy trpkse pegi dr hdup awk)

[kadang2 kita tak mampu luahkan apa yg sbnrnya kita rasa]

Friday, October 21, 2011

-tika JARI menaip isi HATI-


saya jarang nak ambil tahu pasal BERAT badan saya...
yang saya tahu BERAT nya rasa hati bila awak pergi
saya jarang nak kisah pasal HIDUP saya
yang saya selalu nak tahu pasal HIDUP awak
saya sering abaikan KESIHATAN saya
tapi saya nak awak selalu jaga KESIHATAN awak

pelik kan?
tapi itulah SAYA yang pernah hadir dalam HIDUP awak
itulah SAYA yang awak tinggalkan tanpa ada dendam
semoga awak bahagia tanpa SAYA di sisi
jaga diri dan hiasa peribadi, SAYA akan sentiasa di sini
selagi nyawa belum dijemput ILAHI.



patah SERIBU


L O V E the S O N G
L O V E the L Y R I C S
still L O V I N G you
but have to F O R G E T you

andai saja dia tahu

You will NEVER KNOW.

I DON'T KNOW

MISS YOU damn much!

IT's OKAY



Thursday, October 13, 2011

berhentilah...





...the TRUST WALL fell down again...

Wednesday, October 12, 2011

saya akan LUPA. saya BOLEH.

maafkan aku hati
maafkan aku.......
maaf...................

Wednesday, September 14, 2011

akal dan hati

akal lihat hati bersedih...
akal bertanya pada hati kenapa...
hati jawab dengan tangisan...
akal menasihatinya...
andai tangisanmu bukan kerana takut padaNya,
hentikanlah tangisanmu yang sia-sia itu.
hati terus menangis tanpa mengendahkan akal,
akal berkata lagi, simpanlah tangisanmu buat menginsafi segala dosa yg buat dirimu sukar mnerima hidayahNya

orang tengah

pernah tak merasa keadaan jadi orang tengah?
tau dok maksd org tgh lahu mana?
nk tau?
mcm situasi di bawah:

A: oit...ang tau dak...C tu mcm ni mcm ni....bla bla...~
B: oh...mcm 2...
bila B p jumpa C
C: ang nak tau? A tu mcm ni mcm ni..bla bla...~
B: yeke..? (dlm ht...ak xtau dh nk ckp apa... ==" )
[itu situasi dlm PERSAHABATAN...]


dlm HUBUNGAN KEKELUARGAAN lain pula ceritanya...
ABANG: Mak mcm ni mcm ni...bla bla...~
AKU: sbr la... ap pn dia ttp mak kita...bla bla bla...~
then, mak cl aku...
MAK: abg ang gini gini ....bla bla..~
AKU: ntahla mak.. (kering idea aku daa...rsa mcm kaunter aduan pulak..huhu)


ADIK: abang ang 2 mcm2 la...~
AKU: abang aku abang ang jugak.. =="
mak pulak ckp kt aku..
MAK: adik ang 2...bla bla bla...~
AKU: sushla nk ckp...~ (aku tkt kalo aku lebh ckp aku pulak slh..huhu)


mcm mna pulak kalau aku rsa DOWN...nak ngadu kat sapa...?
ermmm....*nk mula lari topik da...cop3x

kalo angpa la dlm situasi spt di atas...apakh tndakan angpa?
kalo aku...aku akn try shbis baik la nk layan n elak utk lukakn ati sapa2...huhu
even kadang2 xdak pn yg jga ati aku nih...*mode sdeyh la pulak...wink3x
satu la aku hairan..org len dok sdeyh..aku kadang2 ikot2 gak sdeyh sama dgn depa..
kwn2 aku kata aku nie empati lebh...tp aku xrasa la mcm 2...TACING sgt kot...
nthla...peduli la ap org nk kata kn..aslkn aku jd diri aku sndiri..
ermm..apa lagi apa lagi....~ *tgh brfkir....

sekadar gambar hiasan
hadiah dari mr. google

mcm mna pulak kalo angpa jd org tgh dlm ssbuah hbungn percintaan?
ermm....nak2 pulak kpd kwn angpa sndiri....payah kn?
*apsal pulak la aku masok cerita len nie..dush3x

berbalek pada topik asal: ORANG TENGAH
jd org tgh nie kadang2 best..sbb kita boleh tau ragam org...
part yg x best ny bila org 2 cari kita time dia "sempit" ja
SEMPIT = ADA POBLEM la..~ *aku hentam je bhsa nie..
kadang2 TAKUT jugak jd PEROSAK...especially hbungn org luar slain FAMILY..
phm2 le...dlm PERSAHABATAN dn PERCINTAAN...
kadang2 partner dia dok cmburu BLIND kt kita
kita xtau..x pasai2 depa putus gara2 kita kn..
so BE CAREFUL na buat semua org tgh... (^___^)
kalo boleh elakkan la na..huhu

sekian...kalo ada silap salah harap dimaafi...
salam aidilfitiri...

ps: raya kan sebulan..jgn lupa puasa 6 ye... =)

Sunday, September 11, 2011

akal syg hati

hati berkata pada akal
"aku benci sama dia!"
akal pesan pada hati
"usahlah terlalu membenci"
hati menangis merintih,
akal membuatnya berfikir,
kenapa harus merintih?
sedangkan Allah ada kata akal.
hati mengeluh perlahan
akal mendengar lalu menasihat,
bersabarlah wahai hati.

Thursday, August 25, 2011

awak...

awak bagi saya senyuman dan awak jualah yang tukarkan senyuman itu...terima kasih...


saya tak mintak rasa ini hadir...saya pun tak mintak hati ini pilih awak...
maafkan saya ganggu hidup awak dan tambah dosa awak...moga berjumpa lailatulqadr...saya cuma mampu berdoa...sebab...unavailable to be typed here...
353965





 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template