Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Anas Ibnu Malik Al-Ansari


A
nas Ibnu Malik dibimbing ibunya, Al-Humayshak, untuk mengucapkan dua kalimah syahadah pada masa usianya masih muda dan hatinya tumbuh mencintai Nabi Allah, Muhammad bin Abdullah (baginya selawat dan salam yang utama dan suci.

Rasulullah s.a.w sentiasa tinggal di Madinah. Sehingga pada suatu hari, ibu Anas bersama anaknya menemui Nabi s.a.w lantas mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w dan berkata: “Ya Rasulullah, tiada seorang lelaki dan wanita pun dari kaum Ansar yang tidak member hadiah padamu. Tetapi aku tidak memiliki sesuatu pun yang dapat kuberikan kepadamu kecuali anakku ini. Ambillah dia dan mintalah dia untuk berkhidmat kepadamu sesukamu.”
Nabi sangat gembira melihat anak itu. Baginda mengusap kepalanya, meraba rambutnya, kemudian menjadikannya sebahagian dari keluarga baginda.
Sepanjang hidupnya Anas sentiasa mengingati kenangannya bersama Nabi s.a.w. Dia merasa sangat sedih ketika Nabi wafat. Air matanya berlinang dan lidahnya kelu dan gugup untuk berbicara.
Dia bersemangat untuk mengikuti setiap ucapan dan perbuatan Nabi. Mencintai apa yang baginda cintai. Membenci apa yang baginda benci.
 Dua hari yang sangat berkesan baginya adalah hari ketika pertama kali dia bertemu dengan Nabi dan hari ketika berpisah dengan baginda untuk selamanya.
Ucapan yang sering terlontar di bibirnya adalah: “Sungguh aku sentiasa ingat ketika pertama kali bertemu baginda dan ketika baginda meninggalkan kita untuk selamanya dan aku tidak melihat ada hari-hari yang lebih berkesan dari kedua hari itu.”
Ketika Nabi masih hidup, baginda sering mendoakan Anas Ibnu Malik dan doa baginda dimakbulkan oleh Allah. Anas r.a. merupakan seseorang yang sangat teruja dengan syafa’at Rasulullah pada hari kiamat, sehingga dia selalu berkata: “Sungguh aku sangat ingin bertemu Rasulullah pada hari kiamat kelak dan mengatakan kepadanya: Ya Rasulullah, ini adalah hamba kecilmu, Unais.”
 *****
Tahukah anda?

              Salah satu doa baginda Nabi s.a.w buat Anas adalah: “Ya Allah, anugerahkanlah kepadanya harta dan keturunan dan berkatilah dia.”

              Anas menjadi orang Ansar yang paling kaya dan yang paling ramai keturunannya, hamper mencapai 100 orang. Allah s.w.t memberkati kehidupannya, sehingga dia boleh hidup selama 103 tahun.

*****

  Bagaimana pula kita ya? Jika Rasulullah s.a.w bersama kita sekarang, adakah kita akan segembira Anas atau kita lebih gembira atau mungkin baginda dilihat bagai angin lalu? Renung”, Tenung” Usah Murung”



Saturday, June 23, 2012

Hero

Watak Utama;

- Tuan Amir Faheem, hero di malam hari anak kepada arwah Amir Muiz.
- Afeefah Husna, isteri kepada Afam

Cerita seorang hero yang punya segalanya namun  tidak punya ketenangan dalam kehidupan.
Sanggup bergadai nyawa untuk menjaga keamanan kota, tapi punya hati yang keras untuk tunduk padaNya.
Arwah ayahnya telah mewasiatkan banyak harta namun tidak akan menjadi miliknya sekiranya tidak berkahwin dengan wanita yang solehah.
Dengan bantuan Mak Cik Amirah, Hero pun berkahwin dengan Afeefah Husna.
Mampukah Husna melembutkan hati Hero yang telah lama keras dan enggan untuk mengamalkan Islam dalam kehidupannya?
Nak tahu bacalah.
Novel air tangan Hilal Asyraf memang best walaupun baru pertama kali membacanya.
Memang novel tarbiah terbaik.

sumber: Langit Ilahi


Isabella

Novel ini merupakan novel perbandingan agama.
Membacanya memperbanyakkan input mengenai agama Islam dan Kristian.
Sesuai untuk mereka yang mencari kebenaran.
Benar-benar bermanfaat.
Cinta seorang anak paderi terkemuka setelah menganl Islam.

Novel dah kawan pinjam, jadi godek gambo dari Mr. Google je.

sumber gambar

Wednesday, April 11, 2012

BB1M

Jeng3x...
Arini saya shopping beli buku guna baucer...
percaya atau tidak...within an hour, i managed to spend all the voucher.
at only one bookstore. can't believe it? believe it. lol~

dari RM200 tu saya beli 6 buah buku dengan tambahan RM1.hee..
tajuk buku yang saya beli adalah seperti berikut:

1. Ensiklopedia Solat
2. 400 kesalah ketika solat (lebih kurang cenggitu lah bunyinya)
3. Perkahwinan dan perceraian undang2 Islam (cenggitu kot tajuknya)
4. Kamus Arab
5. Politik Khulafa' arRasyidin
6. Hubungan etnik

tapi kan...arini memang terlebih expenses...huhu...takleh bawak pi kedai buku selalu sangat.
abeh ar duet kalo selalu sangat...ni pulak buku yang dibeli kat kedai lain tanpa guna baucer buku.

7. 20 kesalahan dalam mendidik anak (mungkin la tajuknya macam ni)
8. Fatwa Adab
9. .... *macam mana lah boleh lupa... =="

tak lame kan saya belanja RM200...maafla bakal suami nanti dapat isteri gila buku cenggini.huhu

bagi saya,
BELI BUKU DAPAT ILMU
sebab tu saya tak takut beli buku banyak.

terima kasih kerana membaca.
(^_^)


Monday, January 30, 2012

Books!

Lama rasanya tak merapu benda yang berfaedah...
Walaupun rasanya ringkas je update untuk hari ini, harap bermanfaat.

"How you make your reference book attractive to you?"
For me,
I love to wrap my reference bo0ks to make them lo0ks like a present to me. 

Each time I lo0k at them I'll always want to 0pen them. 

It's just like you're giving yourself a present everyday every time you open the closet to look for 

reference books.

Tadaa..

bukan ler nak menunjuk ye...
ada yang dah wrap ada yang belum..
ngee..~
Ini cara saya, anda pulak bagaimana?



Tuesday, October 18, 2011

indahnya KEMATIAN

buku yang baru dibeli tadi.
belum baca lagi.
sekali TENGOK, PEGANG terus BELI.
hari ini dalam sejarah macam tu.

semakin meningkat usia...
semakin dekat maut pada kita...
semakin bertambah dewasa...
semakin ajal di sisi kita...

semua tahu mati itu pasti...
semua tahu mati itu mesti...

namun
berapa ramai yang bersedia
berapa ramai yang sedar akannya

Monday, September 5, 2011

Mereka yang pernah patah hati part 5 finale

“Cubalah wahai saudaraku?” kata teman-teman Ansarnya itu membangunkan lamunan.
“Cubalah lamar Fatimah? Pada firasatku, engkaulah yang ditunggu-tunggu baginda.”
“Aku?” tanyanya tidak yakin.
“Ya. Engkau wahai saudarau!”
“Aku hanya pemuda miskin. Apakah yang dapat aku jadikan sebagai jaminan?”
“Kami di belakangmu kawan! Semoga Allah menolongmu!”

Ali pun menghadap Rasulullah s.a.w. Maka dengan memberanikan diri, disampaikan keinginannya untuk menikahi Fatimah. Ya, menikahi. Beliau tahu secara ekonomi tidak ada yang menjanjikan pada dirinya. Hanya ada satu set baju besi di sana, di samping tepung kasar sebagai makanan.
Adakah beliau perlu meminta waktu dua atau tiga tahun untuk membuat persiapan? Itu memalukan! Adakah beliau perlu meminta Fatimah menantikannya sementara waktu sehingga cukup persiapannya? Itu sangat keanak-anakan. Usianya telah mencecah dua puluhan sekarang.

“Engkau pemuda sejati wahai Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan. Beliau harus menjadi pemuda yang sedia bertanggungjawab atas rasa cintanya, sedia memikul risiko atas pilihan-pilihannya dan yakin bahawa Allah Maha Kaya.
Lamarannya berjawab,
“Ahlan wa Sahlan!” Kata-kata itu meluncur dengan tenang bersama senyuman Rasulullah s.a.w. Ali pun tidak mengerti. Apakah maksudnya? Ucapan selamat datang itu sukar untuk dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan. Ah, mungkin Rasulullah s.a.w pun tidak mengerti untuk menjawab. Mungkin tidak sekarang. 

Tapi ia siap ditolak. Itu risiko dan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban pertanyaan yang tidak kunjung berjawab, apatah lagi jika disimpan di dalam hati. Hal itu tidak ubah seperti bahtera tanpa pelabuhan. Ah, itu menyakitkan.

“Bagaimana jawapan Rasulullah s.a.w, saudaraku? Bagaimana lamaranmu?”
“Entahlah...”
“Apa maksudmu?”
“Menurut pandangan kalian, adakah ‘Ahlan wa Sahlan’ boleh diertikan sebagai jawapan?”
“Satu sahaja sebenarnya sudah cukup, namun engkau memperoleh dua, Ahlan sahaja sudah bererti ‘Ya’. Sahlan demikian juga. Padahal kau menerima ahlan wa sahlan, saudaraku. Kedua-duanya bererti ‘Ya’.

Ali pun menikahi Fatimah dengan menggadaikan baju besinya. Walaupun kawan-kawan mahu menyumbangkan rumah untuk tujuan tersebut, tetapi Rasulullah s.a.w tetap bertegah agar Ali membayar wang ansurannya. Itu hutang. Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya kepada Abu Bakar, Umar dan Fatimah serta keberanian untuk menikah, maka hal ini bukanlah sekadar janji-janji dan nanti-nanti lagi. Ali ialah lelaki sejati. Tidak dihairankan kalau pemuda Arab memiliki ungkapan,
“La fatan illa Aliyyan.” Tiada pemuda sejati kecuali Ali.

Wednesday, August 31, 2011

Mereka Yang Pernah Patah Hati Part 4

Beliau ialah Umar bin Khattab,alFaruq yang mampu membezakan antara kebenaran dengan kebatilan turut datang melamar Fatimah.

Umar agak lewat memeluk Islam, sekitar 3 tahun selepas Ali dan Abu Bakar.
Tetapi siapakah yang sangsi akan keikhlasannya?
Siapakah yang sangsi akan kecerdasannya untuk memperoleh kefahaman?
Siapakah yang akan sangsi akan semua pembelaan hebat yang hanya Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya kepada umat Islam?

Lebih daripada itu, Ali mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar."

Betapa tingginya kedudukan Umar di sisi Rasulullah s.a.w, ayahanda Fatimah. Cuba bandingkan antara Ali dengan Umar dari segi cara berhijrah. Ali menyusul Rasulullah s.a.w dengan bersembunyi dalam keadaan dikejar oleh musuh yang kecewa kerana tidak dapat menemui baginda. Ali hanya berani berjalan pada waktu malam. Selebihnya pada waktu siang, beliau mencari bayang-bayang timbunan bukit pasir. Beliau menanti dan bersembunyi. Umar pula telah berangkat sebelumnya. Umar tawaf tujuh kali lalu naik ke atas Kaabah,

"Wahai Quraisy," katanya.
"Hari ini putera alKhattab akan berhijrah. Barang siapa mahu isterinya menjadi janda, anaknya menjadi yatim atau ibunya berkabung tanpa henti, sila halang Umar di balik bukit ini!"

Umar seorang lelaki yang berani. Ali sekali lagi sedar. Dinilai dari semua segi dalam pandangan orang ramai, beliau pemuda yang belum bersedia untuk bernikah, apalagi menikahi Fatimah binti Muhammad. Tidak. Umar jauh lebih layak. Ali redha. Mencintai tidak bererti memiliki. Mencintai bererti berkorban demi kebahagiaan orang yang kita cintai. Cinta tidak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan. Itulah keberanian.

Maka Ali bingung ketika berita itu tersebar. Lamaran Umar juga ditolak.
Menantu yang bagaimanakah yang dikehendaki Rasulullah s.a.w?
Adakah dia seorang hartawan seperti yang telah menikahi Ruwayyah binti Muhammad?
Adakah dia seperti Abu al'As bin Rabi', saudagar Quraisy, suami kepada Zainab binti Muhammad?
Kedua-dua menantu Rasulullah s.a.w itu sungguh berbeza dengannya. Dalam kalangan Muhajirin, hanya Abdul Rahman bin Auf yang setara dari segi harta.
Adakah Rasulullah s.a.w ingin mengambil menantu daripada golongan Ansar untuk mengeratkan perhubungan mereka?
Adakah orangnya Sa'ad bin Mu'az, pemimpin Aus yang tampan dan berbudi itu?
Adakah orangnya Sa'ad bin Ubadah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?

to be continued...
bagaimanakah agaknya pengakhiran cinta Ali terhadap Fatimah..?
sy sengaja buat part2 supaya tidak terlalu panjang...sbb sy jnis yg suka bc artikel yg pndek2..so, psti ada dlm klangn ahli yg suka bca artikel pndek2, dn pastiny ini tidak  mnjadi mslh bg yg suka bc artikel pnjg...
maaf andai ad slh dn silap...
moga doc ini bermanfaat utk smua...
(^___^)

Mereka Yang Pernah Patah Hati part 3


Berbeza dengan Salman, ini pula kisah liku-liku cinta seorang sahabat bernama Ali bin Abi Talib. Ada rahsia yang terpendam di hati Ali yang tidak pernah diceritakannya kepada sesiapa pun iaitu perasaannya terhadap Fatimah temannya sejak kecil, puteri kesayangan Rasulullah s.a.w yang merupakan sepupunya. Kesantunannya, ibadahnya, kecekapannya bekerja dan rupa parasnya sungguh memikat hati Ali.

Pada suatu hari ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang berlumuran dengan perut unta, Fatimah membersihkannya dengan hati-hati. Fatimah menyapunya dengan penuh kasih dan membakar perca kain, lalu ditempelkannya ke luka untuk menghentikan pendarahan. Semuanya dilakukan dengan airmata yang bergenang dan hati yang pilu. Muhammad bin Abdullah insan yang mulia tidak layak diperlakukan sedemikian rupa.

Maka gadis kecil itu bangun. Gagah dia berjalan menuju Kaabah. Di sana, para pembesar Quraisy yang sejak tadi saling ketawa bangga tindakan mereka terhadap Rasulullah s.a.w tiba-tiba terdiam. Fatimah mengherdik mereka. Seolah-olah waktu berhenti, tidak memberikan kesempatan kepada mulut-mulut jahat itu untuk membalas. Hal itu menakjubkan!

Ali tidak tahu apakah perasaan itu boleh disebut cinta. Tetapi Ali memang tersentak ketika suatu hari mendengar berita yang mengejutkan. Fatimah dilamar oleh seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Rasulullah s.a.w. Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal risalah, lelaki yang iman dan akhlaknya tidak diragukan, Abu Bakar asSiddiq r.a. Ali berasa rendah diri. Siapalah dia dibandingkan dengan Abu Bakar yang mempunyai kedudukan di sisi Rasulullah s.a.w? Abu Bakar lebih utama, walaupun bukan keluarga terdekat Rasulullah s.a.w seperti Ali, namun keimanan dan pembelaannya terhadap Allah dan rasulNya tidak mampu ditandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Rasulullah s.a.w dalam hijrah, sementara Ali bertugas menggantikan baginda untuk menanti maut di tempat tidur baginda.

Lihat juga bagaimana Abu Bakar berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam hasil sentuhan dakwah Abu Bakar: Uthman, Abdul Rahman bin Auf, Talhah, Zubair, Sa'ad bin Abi Waqas dan Mus'ab. Ini tidak mungkin dilakukan oleh anak yang kurang pergaulan seperti Ali. Lihatlah berapa banyak hamba Muslim yang dibebaskan dan para fakir yang dibela oleh Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir dan Abdullah bin Mas'ud. Siapakah hamba yang dibebaskan oleh Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar, seorang saudagar insyaAllah lebih mampu membahagiakan Fatimah. Ali hanya pemuda miskin daripada keluarga miskin. Bahkan dalam riwayat lain, pekerjaan Ali pada masa itu hanyalah sebagai pembawa air untuk penduduk setempat.

"Inilah persaudaraan dan cinta", gumam Ali.
"Aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku." Cinta tidak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. Ia merupakan keberanian atau pengorbanan. Setelah beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harapan di hati Ali, yang sempat layu. Lamaran Abu Bakar ditolak. Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri. Ujian bagi Ali belum berakhir. 

Setelah Abu Bakar mundur, Fatimah dilamar pula oleh seorang lelaki lain yang gagah dan perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islam menimbulkan semangat keberanian kepada umat Islam untuk menonjolkan diri, seorang lelaki yang membuatkan syaitan  lari ketakutan dan musuh-musuh Allah menyerah kalah. Beliau ialah...

to be continued... ^^,

Monday, August 29, 2011

Mereka Yang Pernah Patah Hati part 2


Berbeza dengan Umar bin Abdul Aziz, sahabat yang bernama Salman alFarisi pernah ditolak cintanya. Beliau mempunyai niat untuk berkahwin sesudah mengenali seorang wanita Ansar yang merupakan seorang wanita mukminin lagi solehah dan mendapat tempat di hati Salman.

Walau bagaimanapun, Salman berasa asing di Madinah kerana beliau tidak dilahirkan di situ. Oleh sebab Madinah mempunyai adat, cita rasa, bahasa dan pelbagai perkara yang belum begitu dikenalinya, beliau berfikir beliau perlu kepada seseorang untuk menjadi juru bicaranya jika ingin melamar seorang gadis tempatan. Akhirnya Salman memilih Abu Darda', sahabat Ansar yang dipersaudarakan dengannya.

"Subhanallah...wal hamdulillah", gembira Abu Darda' mendengar hal tersebut. Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasakan cukup, beriringanlah kedua sahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah, rumah wanita solehah lagi bertaqwa.

"Saya Abu Darda' dan ini ialah saudara saya, Salman alFarisi yang berasal dari Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w sehingga baginda menganggapnya sebahagian daripada ahli keluarga baginda. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini untuk melamar anak gadis tuan untuk dipersuntingnya." Sangat fasih Abu Darda' berbicara dalam dialek asli Bani Najjar.

"Kami berbesar hati." Ucap tuan rumah, "Menerima awak berdua, sahabat Rasulullah s.a.w yang mulia. Keluarga ini rasa bertuah jika bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi jawapannya saya serahkan sepenuhnya kepada anak gadis kami." Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang melindungi si gadis yang menanti dengan penuh debaran.

"Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang", kata suara lembut si ibu yang berbicara mewakili anak gadisnya. "Tetapi kerana awak berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah, saya menjawab bahawa anak gadis kami menolak pinangan Salman. Namun jika yang melamar anak gadis kami ialah Abu Darda', anak gadis kami tidak menolaknya."

Jawapan berterus terang itu jelas mengejutkan, tetapi sekaligus indah. Si gadis lebih tertarik kepada jurucakap berbanding tuan badan itu sendiri. Hal itu mengejutkan dan ironis, tetapi indah kerana satu alasan iaitu reaksi Salman. Bayangkan perasaan ketika cinta dan persaudaraan bergelojak berebut tempat dalam hati serta bayangkan perasaan malu yang menimbulkan kegelisahan dan bertemu dengan gelombang kesedaran bahawa dia memang belum mempunyai sebarang hak terhadap orang yang dicintainya, Salman berbicara:

"Allahu Akbar!" seru Salman, "Semua mahar dan nafkah yang ku persiapkan ini akan ku serahkan pada Abu Darda' dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!"

[Sumber: Buku Terapi Patah Hati]

p/s: Bagaimana pula andai kita di tempat Salman? wallahua'lam...sekadar perkongsian, edit sikit2 dari buku supaya lebih ringkas pembacaan...moga bermanfaat ^^,


Friday, August 12, 2011

Mereka Yang Pernah Patah Hati Part 1

Umar bin Abdul Aziz,salah seorang khalifah yg sgt zuhud dn warak. Tidak ramai org yg tahu bhw beliau seorang pmuda yg sgt glamor dn hdup dlm kmewahan. Umar bin Abdul Aziz hdup pd era pmerintahan Bani Umayyah yg terkenal dgn kmewahnnya. Oleh krn mewah, stiap bj mewah yg pernah dpakainya tidak akn dipakai lg. Beliau mnganggap bj yg sdh dpkai sudh usang.

Beliau sgt berhati2 dgn pnmpilannya. Cucu Umar bin Khattab ini slalu mmakai mnyak wangi yg baunya sgt wangi. Bahkn aroma wanginya dpt tercium dr jrak bbrp meter. Para playannya slalu beratur d tmpt basuh bjuny utk mngmbil air sisa pmbilasan bjuny. Allah mngkhendaki kbaikn pd beliau. Prubahn mndadak trjd dlm hdupny. Pernh satu ktika, bliau mnaruh prasaan yg sgt mndlm trhdp seorg gads cantik bnama Fatimah. Nmun, pd waktu itu isteriny x mngizinknnya utk bpoligami. Prasaan cinta Umartrhdp Fatimah xdpt dbendung.

Nmun, ktika plntiknnya sbg khalifah, ksedaran tumbuh dlm jiwany scr mndadak. Bliau pn brtaubat. Smnjk itulh dia btekd utk brubah dn mngubah dinasti Bani Umayyah. Bliau mmulakn prubhn bsar dr dlm diriny, Keinginnya bknlh impian yg sng dcapai. Rintangn dmi rintangn dtg mlanda, dugaan dmi dgn mnggugat kteguhn tekadny. Dugaan ptama dtg drpd isteriny. Dugaan ini kklhatn dr luarny spt pluang yg sjk skian lma dnntiknnya. Pd wktu itu istri bliau mmbwa Fatimah, gds idamnny dn mnawarkn kpd bliau utk dnikahi. Isteri bliau hnya ingin mberikn skongn moral kpd bliau.

Detik itu detik paling trindah dlm hdup bliau, skaligus mrupakn detik yg mngharu-birukn. Knangn romantis sblm detik prubhn timbul kmbali dn mnyalakn api cinta yg dluny mmbkr sgnap jiwany. Cinta&cinta brtemu&bertarung. Apa slhny Umar mnikahi gads itu? Tidak ada! Tp,
"Tidak! ini tdk boleh trjadi. Sy bnr2 tdk mgubah diri sy klau mash mhu kmbali ke dunia perasaan smcm ini," katanya.

Cinta yg terbelah dn brubbh antara ksdrn psiko-spiritual, brakhir dgn pngorbnn yg agung. Umar mmenangkn cinta yg lain krn mmg ad cinta d ats cinta! Akhirnya, bliau mnikahkn gadi cntik bnama Fatimah itu dgn pmuda lain. Tidak ad cinta cinta yg mati d sini krn sblm mninggalkn Umar, gads itu btanyadgn sendu,
"Umar, dlu kamu prnah mncintaiku tp, ke mnakh cinta itu skrg?"
  Umar terharu, nmun kmudian mnjwb,
"Cinta itu mash ad, bahkn kini rsany cinta itu jauh lebh dlm, ttapi aku tdk ingin kmbali ke dunia prasaan spt ini. Aku ingin berubah...."



nih aku copy paste dr notes aku wat kt group..
moga bermanfaat...
post ni sambungan post sbelum ni


moga bermanfaat (^___^)

Friday, August 5, 2011

sepanjang hidup..??

‎"Dan antara tanda2 kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu daripada jenismu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat keterangan2 bagi orang2 yang berfikir."
(Surah arRum; 21)

Dalam ayat ini Allah menggambarkan "bersenang hati dan hidup mesra" yg dpt diraih dgn pernikahan oleh setiap pasangan akn diberi hadiah berupa kasih sayang dan rahmat. Hubb, sebuah cinta yg meluap-luap, bergelojak. Sedangkan wudd adalah cinta yg berupa angan-angan & tidak akan tercapai oleh manusia kecuali Allah mengkehendakiNya,hanya Allah yg akan memberikan cintaNya kepada hamba yg dikehendakiNya. Allah yg akan mnyatukan ht mereka.


[to be continued...taken from Terapi Patah Hati oleh Salahuddin Abdul Razak & Rusydi Ramli al-Jauhari]

keranaNya idea ini terluah
tulisan ini terhasil
moga bermanfaat
selamat menjalani ibadah puasa
(^___^)

Friday, July 22, 2011

JoDoH

dah lama aku dok fikir nak wat entry pasal nie..
JODOH
tipu la kalo tak pernah terfkir akan siapa bakal pasangan hidup kita kelak
tipu la kalo tak pernah terfkir akan bila kita akan diijabkabulkan dgn si dia
aku pn 'google' kan lah word JODOH~
tadaa...
this what i got

tngok r nombor nye... 2, 380, 000
bukti byk nye org cter pasal benda nie..
(^___^)
belom termasuk entry aku ag...


first n for most...mesti korang nak org yg bakal jd teman hdup korang 2 complete&perfect dlm sgalanya...
but, kena ingat...kita manusia...macam mana pn nk sempurna ttp ada kekurangan&kecacatannya...
wlau mcm mna pn...kita ttp sebaik-baik kjadian...so...terimalah dia apa adanya dia...
kalau dia baik...jgnla syg dia over2 sgt coz...bila bnda over akn dtg mudaratnya...
for example la...mmg mkn penting untuk hidup..but bila dh terlebih mkn...ia mmudaratkn..jd OBESITI...
[ alamak..ada name aku kt blkg...Siti,,,kalo Obey Siti xpe lg..mnurut perintah...bila dah OBESITI ni yg parah nya....peringatan utk diri sndiri jugak...]
bila dh OBESITI...dtglah byk penyakit....mcm 2 jugak la bila syg seseorang.....~
syg dia bukan AGUNGkan dia...
ingat...dia MANUSIA sama mcm kita..
bkn ALLAH utk diAGUNGkan..
kalo kita dh lebih SAYANG dia dari ALLAH
tu sbb la ALLAH tarik rasa syg kita pada dia...
smpai one day kta rasa MUAK nk syg dia ag...

jgn terlalu mengharap KESEMPURNAAN
coz...pasti smua tahu kn...x smua yg kta nk kita dapt...
sdgkn Nabi Allah sendiri diuji dgn isteri yg ingkar perintah Allah
jadi, tak mustahil kita insan biasa ini akan diuji dgn perkara yg sama.
cthnya...sy seorang bkal ckgu,mungkin jdoh sy bkn seorg ckgu..
mungkin dia hanya seorg yg biasa...x punya krja ttp...
jika Allah dh ttpkn jdoh sy bgitu...sy redha..
tp still boleh berusaha kn..
usaha mcm mana???
mcm yg selalu sy taip utk entry psl cinta...
nak yang TERBAEK jadilah yang TERBAEK
nak yang SOLEH jadilah yang SOLEHAH
nak yang SOLEHAH jadilah yang SOLEH
[dlu sy xpernah nk ambl tahu pn psl ni bila couple..sy cuma hrpkn kekasih sy bg yg terbaek..but myself not..
even i've done better than him...means...i do care a lot bout him...tp cinta MANUSIA kn...
skrg ni i'm feeling better coz i'm SINGLE. sbb apa??? nak tahu baca lah cerita ttg Aisha mencari cinta..
dlm entry ni ha.... Suka Duka Cinta Part 1 ]
Allah tidak akn merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sndiri yg merubahnya
lgpn...Doa Senjata Orang Mukmin
الدعاء سلاح المؤمن
nak tahu lebih pasal jodoh...???
click link kt bwh nie...slh 1 link yg wat sy sedar...

i'm on my way to read a book entitled "Terapi Patah Hati"
mungkin korang hairan what i chose to read this book...
nak tahu kenapa..???
sbb dlu pernah patah hati la...now nk wat terapi kasi pulih hati tuh.
xdela.sbb tajuknya atracts me to read...pluss....
pd buku nie ada tnda MUSTREAD.. (^____^)

ni ha...tgok tnda BULAT yg itam 2....
(^____^)
tak nampak sangt kn..???
aku tertarik dgn hadis kt blkg buku ni...

Rasulullah SAW bersabda, "Ada dua biji mata yang tidak
disentuh api neraka, mata yang menangis pada waktu malam
kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang menjaga
pasukan fi sabilillah pada waktu malam."

"Antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah
pada hari kiamat, seseorang yang berzikir secara bersendirian lalu mengenang
tentang kebesaran Allah SWT, maka bercucuranlah airmatanya."
Kt belakang buku tu jugak ada mnyenaraikan antara airmata yang tidak dituntut...
1. Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya?
2. Janganlah menangis ketika menonton filem Hindustan. Bukankah itu cuma lakonan?
3. Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
4. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.
5. Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.
6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu merupakan pemberian Tuhan.

aku suka baca Janganlah Menangis...coz aku ni sng nk nangis...byk bnda leh wat aku nangis...antaranya
tangisan yg di atas..no. 2...[filem sedih r...x smestinya Hindustan coz aku kureng lyn Hindustan... =) ]
no. 4... [SPM punya cerita...GAGAL capai target...bkn gagal subjek..] dua tu je kot...alhamdulillah Allah
perkenankan doa aku nk jadi cikgu...so aku x nangis la utk yg no.1...alhamdulillah no.3 xpernah dialami..
nangis masa bercinta adalah..but bkn sbb kena reject..sbb remeh pn nangis...kiranya sia2 jugak r... =)
no. 5...kalo duit ilang...jarang nk nangis r...aku juz anggap bkn rezeki aku..len la kalo aku menghilangkn
duit orang..huhu... no. 6...aku blm bkrja ...so, blm pnah fkir..tp aku bkn jnis gila pangkat r..insyaAllah..coz
makin tinggi pangkat..makin berat amanah yang dipikul n kalo tak dlaksanakn...akn dsoal d akhirat kelak..


ni pulak isi kandungan buku..
(^___^)
nanti bila aku dah baca..leh la kongsi dlm entry yg akn dtg
insyaAllah..
aku beli buku depends dgn isi...n label yg ada...
cth: MUSTREAD, BEST SELLER
x pun..tgok isi kandungannya...n cover buku 2 menarik..
hope entry kali ni beri manfaat pada yg membaca..

KeranaNya idea ini tercetus...

Sunday, June 26, 2011

-BuKu oh BuKu-

Marek g MPH .. .
belila buku yang berkenan di hati....



tok notebook...
suka quote ya, alu la beli...
(^_^) peace


Walau dosamu memenuhi
awan di langit, kemudian
meminta ampun, tentu Tuhan
mengampunimu.


tok buku nya...nipis tapi
penuh makna...
makin byk baca makin byk yg
kta xtauk,jd mula la slow2
membaca.dr buku nipis lok. =)


buku itam.hihi.xdala.tok
rupanya lps dibalut.kmk suka
pembalutnya...leh naitkn smangt
mek nk belaja kelak... insyaAllah


tok la bukunya... =)
buku rujukan...

last but not least...
CARILAH ILMU SEBANYAK YANG MUNGKIN...
=peace=
 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template