Showing posts with label Jom S I H A T. Show all posts
Showing posts with label Jom S I H A T. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

BEBERAPA PETUA

Rawatan Anak Demam Panas
Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

Demam Panas
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Apabila Terkena Air Panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.

Bawang Putih Bunuh Kutu
Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.


Friday, March 16, 2012

Makan Buah Kena Betul

SENTIASA MAKAN BUAH-BUAHAN SEGAR semasa perut kosong
Makan buah-buahan segar
Ini adalah maklumat yang penting!
Kita semua rasa makan buah-buahan bermakna hanya membeli, memotong dan memasukkan ia ke dalam mulut kita. Ia tidak semudah itu. Adalah penting untuk mengetahui bagaimana dan bila untuk makan buah.
Apakah cara yang betul untuk makan buah-buahan?
Ia bermakna TIDAK MEMAKAN BUAH selepas makan! BUAH harus dimakan semasa perut kosong.
Makan buah-buahan memainkan peranan penting dalam detoksifikasi sistem anda, membekalkan anda dengan banyak tenaga untuk penurunan berat badan dan aktiviti-aktiviti kehidupan yang lain ..
BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING
Katakan anda makan dua keping roti, makan sepotong buah-buahan. Keping buah-buahan sudah bersedia untuk terus melalui perut ke usus, tetapi ia terhalang daripada berbuat demikian.
Sementara itu, makanan menjadi rosak keseluruhannya dan menapai, dan bertukar kepada asid. Apabila buah-buahan bersentuhan dengan makanan di dalam perut dan jus pencernaan, keseluruhan jisim makanan mula menjadi rosak.
Makan buah-buahan semasa perut kosong atau sebelum makan anda! Anda pernah mendengar orang mengadu: Setiap kali saya makan tembikai, saya sendawa, apabila saya makan durian atau pisang perut saya kembung. Saya pasti akan berlari ke tandas, dan sebagainya. I ni tidak akan berlaku jika anda memakan buah-buahan semasa perut kosong . Buah-buahan bercampur dengan makanan lain yang sedang dicerna dan menghasilkan gas.!
Rambut beruban, botak, cetusan saraf, dan lingkaran hitam di bawah mata-semua ini tidak akan berlaku jika anda makan buah-buahan semasa perut kosong.
Bukanlah kerana buah-buahan seperti oren dan lemon yang berasid, kerana semua buah-buahan menjadi alkali dalam badan, menurut Dr Herbert Shelton yang melakukan penyelidikan mengenai perkara ini. Jika anda telah menguasai cara yang betul makan buah-buahan, anda mempunyai Rahsia Kecantikan, umur panjang , Kesihatan, Tenaga, Kebahagiaan, dan berat badan normal.
Apabila anda perlu minum jus buah-buahan, minum hanya jus buah-buahan segar, BUKAN dari tin. Jangan minum jus yang telah dipanaskan. Jangan makan buah-buahan yang dimasak, anda tidak mendapat nutrien sama sekali. Anda akan mendapat hanya rasa ... Memasak memusnahkan semua vitamin.
Makan buah-buahan keseluruhan adalah lebih baik daripada meminum jus. Jika anda perlu minum jus, minum lah secara perlahan-lahan, kerana anda perlu membenarkan ia bercampur dengan air liur anda sebelum menelannya. Anda boleh minum jus buah-buahan dan ber puasa 3 hari untuk membersihkan badan anda .. Makan buah-buahan dan minum jus buah-buahan untuk hanya 3 hari, dan anda akan terkejut apabila rakan-rakan anda mengatakan anda melihat berseri!
KIWI:
Sangat kecil tetapi gagah perkasa, dan sumber yang baik untuk kalium, magnesium, vitamin E & serat. Kandungan vitamin C adalah dua kali ganda daripada oren!
SeHARI SEBIJI EPAL SEPERTI menyimpan seorang doktor?
Walaupun epal mempunyai kandungan vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan flavonoid yang meningkatkan aktiviti vitamin C, dan dengan itu membantu untuk mengurangkan risiko kanser kolon, serangan jantung atau strok.
Strawberry: Buah Perlindungan.
Strawberi mempunyai kuasa antioksidan tertinggi di kalangan buah-buahan utama & melindungi tubuh daripada kanser menyebabkan, saluran darah tersumbat radikal bebas.
MAKAN 2 - 4 oren oren sehari boleh membantu menjaga dari selesema, mengurangkan kolesterol, mencegah & melarutkan batu karang, dan mengurangkan risiko kanser kolon.
Tembikai : urutan dahaga alat bomba.
Terdiri daripada 92% air, ia juga penuh dengan dos gergasi glutation, yang membantu meningkatkan sistem imun kita. Juga merupakan sumber utama lycopene, oksida kanser-pertempuran. Juga didapati dalam tembikai: Vitamin C; Kalium ..
Jambu biji; Pokok Betik: anugerah tertinggi untuk vitamin C.
Mereka adalah pemenang dalam kandungan vitamin C yang tinggi. Jambu batu juga kaya dengan serat, yang membantu mengelakkan sembelit. Betik kaya dengan carotene, baik untuk mata anda ..
Minum air Dingin selepas makan = Kanser!
Boleh anda percaya ini? Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, ini berkaitan kepada anda. Ia bagus untuk mempunyai minuman sejuk selepas makan, bagaimanapun, air sejuk akan mengukuhkan bahan berminyak yang anda baru sahaja makan , yang melambatkan pencernaan. Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Tidak lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser .. Yang terbaik adalah untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
By: Dr Stephen Mak

Saturday, March 10, 2012

10 PERKARA YANG MELEMAHKAN OTAK

1.Tidak mengambil sarapan pagi.
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2.Terlebih makan.
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik.Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak.Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3.Merokok.
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4.Mengambil Gula Berlebihan.
Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi.Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5.Menghidu Udara Yang Tercemar.
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak.Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6.Tidur Yang Berlebihan.
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita.Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7.Tidur Dengan Menutup Muka.
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8.Kurang Berimaginasi.
Berifkir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita.Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9.Jarang Berfikir.
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka,selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10.Tidak Membaca Al-Quran.
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.



Saturday, March 3, 2012

sakit kepala ke tu?try ni

Hai Hanisah,
Assalamualaikum,
Apa khabar Hanisah berserta keluarga?
Saya doakan semuanya sihat dan dalam rahmat Allah sentiasa.
Biasanya saya bagi petua atau info mengenai penyakit kepada Hanisah.
Tapi kali ini saya nak bagi satu doa.
Doa untuk sakit kepala. Sila lihat di bawah:

doa sakit kepala :
mulakan dengan al Fatihah dan salawat 3x…

al waqiah [19]
yang bermaksud:
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
-bacakan di air sejuk, sapu di kepala….
Oleh kerana disini tak boleh ditulis ayat bahasa Arab,
maka tak dapatlah saya menulisnya,
tapi boleh di cari di dalam al Quran surah al waqiah, ayat 19.
atau kalau Hanisahmahu, saya boleh poskan di wall (FB) Hanisah
tulisan dalam bahasa arabnya.
Diberitahu oleh orang yg menerima doa ini, bahawa ia pening kepala dalam bulan ramadhan, lalu tertidur.. Dalam tidur itu ia bermimpi seseorang membaca kan ayat diatas keair, dan menyapunya di kepalanya.
Bila dia bangun sakitnya dah hilang.
Kalau di fikirkan, memang ayat quran ni banyak khasiatnya.
ok Hanisah,
Saya rasa sampai di sini saja kali ini.
Kalau di izinkan Tuhan, kita jumpa lagi...
dengan artikel yg lain pula.
Demi kesihatan Anda:
Abu Syafie
Klang


Rumah+Tangga

Hai Hanisah,
Assalamualaikum,
Apa khabar Hanisah? Di doakan Hanisah berserta orang yang di sayang akan sentiasa sihat, terpelihara dan sejahtera.
Biasanya saya menghantar info2 kesihatan kepada Hanisah, tapi kali ini saya nak beri e-book. Ya e-book panduan rumahtangga. Kalau Hanisah masih single pun takpe. Boleh dijadikan ilmu dan panduan nanti...hehe...
ok saya bagi link ni, Hanisah klik je kat situ:
Ok dapat?

Sehingga jumpa lagi,
salam mesra dari saya

Abusyafie
Klang

*anis dah bukak link tu...scroll bawah tepi belah kiri kena isi nama dan email kalo nak buku tu.. =)
ada kena mengena ke benda ni dengan jom sihat?ada...hubungan yang sihat buat kita sentiasa sihat.hehe.
merapu pulak...fikir2kan lah..kalau suami isteri asyik gaduh je...kepale pening..kan tak sihat jadinya =)

Minyak Masak?

JANGAN GUNA MINYAK MASAK LEBIH DARI SEKALI
PETALING JAYA:
Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.
"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.
Sumber Berita
Oleh : P Aruna

*ni Anis dapat dari email...copy paste je =D

Tuesday, February 28, 2012

migrain

Kali ini saya nak beri info mengenai migrain:


Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:

Apakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?

Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?

Apakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?

Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain. Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju.


APAKAH ITU MIGRAIN???

Migrain adalah gegaran dan selalunya terjadi sakit kepala hanya pada sebelah kepala sahaja. Ia boleh terjadi kepada semua orang


tidak kira umur. Saluran darah di dalam otak akan membesar dan bersama dengan ransangan saraf berhampiran dengan saluran darah. Apabila ia terjadi bermakna perubahan pada saluran darah itu kemungkinan menyebabkan kesakitan tersebut.

Migrain biasanya dikaitkan dengan faktor keturunan tetapi sejauh mana peranannya tidak dapat dipastikan.Wanita sering dikaitkan dgn permasalahan ini terutama semasa kedatangan haid.

Punca lain yg menyebabkan migrain ialah kecederaan lama iaitu kecederaan yg berlaku pada saraf samaada pd bahagian tengkuk atau kepala yang boleh menyebabkan perjalanan darah terganggu dan penyebab kepada serangan.

Penghidap migrain dan sakit kepala seharusnya mengelak penggunaan seperti alkohol,makanan yang menyebabkan serangan seperti kaffein,makanan sejuk dan pastikan anda mempunyai tidur yang cukup.

Untuk memudahkan diagnosis tentang migrain dan sakit kepala dibuat,anda haruslah mengambil tahu keadaan penyakit ini seperti di bawah:

1. Migrain akan menyerang sekitar 4 hingga 72 jam

2. Sekurang-kurangnya mesti ada 2 ciri tersebut:

*sakit hanya pada sebelah kepala sahaja.
*Satu gegaran di dalam kepala
*Sakit kepala daripada sederhana menjadi lebih teruk.
*Mual dan/atau muntah
*Amat sensitif kepada cahaya dan suara, kes yang serius, seseorang itu mungkin akan pengsan.

Kebanyakan orang yang menghidap migrain juga mempunyai masalah seperti kebas pada tangan, lengan dan kaki semasa serangan, percakapan tidak jelas dan masalah penglihatan. Sesetengah mungkin menghidap lebih 50 tahun dan yang lain mungkin mempunyai migrain notorius, tetapi semua harus mengambil ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama jika tidak mendapat pemulihan sepenuhnya.

ANTARA RAWATANNYA:-

Banyak orang yang sering mengalami sakit kepala karena stres. Sejumlah cara nonmedis dapat membantu meringankan keparahan dan frekuensi serangan sakit kepala.Cuba saja hal-hal berikut ini

1. Rehat / baring di dalam tempat yang gelap dan sunyi.

2. Mandi. Dengan basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki membawa ke atas badan dan ke kepala)

3. Amalkan sujud setiap pagi. Memang la kan sebab solat subuh
4. Baring atas katil tapi kepala terjuntai ke bawah. Untuk mengalirkan darah ke dalam kepala.

5. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais dalam tuala dan tekapkan pada mata.
6. Urut bahagian atas mata. Atas kening tu. Urut sampai anda rasa migraine anda lega sikit
7. Amalkan minum air mineral ECPI

8. Elakkan terkena cahaya matahari atau cahaya lampu yang terang
9. Amalkan pemakanan buah epal hijau. Beserta kulit ok. kalau rajin buat jus epal.


10. Letak migraine ice atas dahi

11. Baring di atas bantal sejuk.

Lagi Petua Secara Alami:


PETUA ANAK ULU CHEKA:

Disini saya berikan antara petua untuk menghilang migraine:
carikan bahan-bahan berikut:

kacang hijau
lada hitam
garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diletak kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.


Sunday, February 26, 2012

Gastrik

Hanisah,
Kali ini saya hendak berceloteh mengenai gastrik. Mungkin Hanisah biasa dengar kan?
Jadi, kita tengok apa kandungannya kali ini:
TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging
sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser," katanya.
Bagaimanapun, katanya pembengkakan permukaan perut boleh disebabkan oleh bahan kimia yang diambil dalam makanan dan kimia yang terjadi dalam tubuh manusia sendiri seperti asid regurgitasi atau hempedu .
Ubat steroid dan bukan steroid, sesetengah antibiotik dan ubat-ubat tradisional Melayu dan Cina juga boleh menyebabkan gastritis (pembengkakan perut) serta berkemungkinan terjadi gastrik.
PUNCA GASTRIK
• Merokok
• Meminum minuman beralkohol
• Jangkitan bakteria helicobacter pylori
• Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser
• Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
• Gaya hidup yang tertekan (stress)
• Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).
Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik.
Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.

TANDA-TANDA GASTRIK
Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:
• Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
• Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut
• Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).
Dari bahan-bahan penulisan ini bolehlah saya rumuskan penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis sebagai:
Penyakit Gastrik / Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
Penyakit Gastrik / Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.


Tanda-tanda penyakit gastrik:
1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan penyakit gastrik:
1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
5. Elakkan makan terlalu kenyang
6. Elakkan cuka, makanan yang pedas
7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
9. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
11. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
Rawatan herba HPA:
Herba Tuju Angin + Teh Herba


Saturday, February 25, 2012

minum berdiri?

MENGAPA DILARANG MINUM BERDIRI:
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan
keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku
perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).



Friday, February 24, 2012

gelisah hati

Assalamualaikum..:-)
Di jalan Allah persaudaraan ini bukan milikku
dan bukan jua milikmu.
Persaudaraan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia..
kerana Dialah aku mengenalimu
dan
kerana Dia juga telah menetapkan aku dan kau
mengukir pelbagai kenangan bersama..
Persaudaraan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang..
Moga persaudaraan ini berkekalan untuk selamanya.. Amien..

Waalaikumsalam...
siapa pun awak,
siapa pun saya
kita tetap hamba
sandaran harapan kini hanya padaNya

*unknown number tak bermakna unknown person


Wednesday, February 22, 2012

LOW BP?

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah:
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
usia
aktiviti seharian
perasaan
ubatan
pendarahan
infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
stroke
penyakit jantung
penyakit pada mata
pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah:
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
cepat lelah
pening kepala ketika posisi badan berubah
sukar untuk berkonsentrasi
mata berkunang-kunang
mual
kulit berasa dingin, pucat dan lembap
pernafasan cepat dan pendek
defresi
cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Penyebab Tekanan Darah Rendah:
Tekanan darah ditentukan oleh dua perkara, iaitu jumlah darah yang dipam oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
Keadaan otot yang lemah.
Mengatasi dan Pengubatan Darah Rendah:
Ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk memperbaiki kondisi tekanan darah rendah (hipotensi),
diantaranya :
- Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas per hari, sesekali minum kopi agar memacu peningkatan degup jantung sehingga tekanan darah akan meningkat
- Mengkonsumsi makanan yang cukup mengandung kadar garam
- Berolah raga teratur seperti berjalan pagi selama 30 minit, minimal 3x seminggu dapat membantu mengurangi timbulnya gejala
- Pada wanita dianjurkan untuk mengenakan stocking yang elastis
- Pemberian ubat-ubatan (meningkatkan darah) hanya dilakukan apabila gejala hipotensi yang dirasakan benar-benar mengganggu aktivitas seharian, selain itu dokter hanya akan memberikan vitamin (suport/placebo) serta beberapa saranan yang dapat dilakukan bagi penderita.
Mengenai imej masyarakat yang sebagian besar berpikir bahwa dengan mengkonsumsi daging kambing bagi penderita hipotensi dapat meningkatkan tensi darah sebenarnya belum jelas, Namun dibenarkan kalau hal itu akan meningkatkan kandungan haemoglobin (Hb) dalam darah. Sekali lagi harus dipahami bahwa tekanan darah rendah artinya
supply darah tidak maksimal keseluruh bagian tubuh. Haemoglobin (Hb) rendah adalah berarti bahwa kandungan Hb sebagai zat pengikat oxygen dalam darah memiliki kadar rendah yang akibatnya penderita boleh pucat (anemia), pening (oxygen yang di angkut/supply darah ke otak kurang), merasa cepat lelah dan sebagainya.
Dalam kes Hipotensi yang benar-benar diperlukan pemberian ubat, biasanya ada beberapa jenis ubat yang biasa dipakai seperti fludrocortisone, midodrine, pyridostigmine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), caffeine dan erythropoietin.
Ubatan Herba:
H.B (dulu dikenali sebagai Health B) menggunakan bahan utama Hydrocotyle Asiatica (pegaga) dan Amaranthus Spinosus (bayam duri) yang amat baik untuk meningkatkan daya imunisasi dan tenaga khususnya kepada mereka yang mengalami kekurangan kadar darah merah dan mengatasi kelesuan tubuh badan. (Keluaran HPA)
Petua Tradisi:

Bayam merah sangat bagus untuk mengubati penyakit tekanan darah rendah.
Didihkan 1 liter air bersama bawang merah dan ikan bilis untuk lebih rasa
Masukkan bayam merah secukupnya.
Rebus sehingga bayam masak.
Makan sup ini bersama daun bayam tersebut selama 3 hari.
Selamat mencuba.
Penemuan Terkini:
-- Buah anggur terbukti dapat menyembuhkan tekanan darah rendah dan membantu fungsi hati dalam percubaan yang dilakukan oleh peneliti dari Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Penemuan tersebut diterbitkan dalam Journal of Gerontology Biological Science itu mungkin dapat membantu orang-orang dengan tekanan darah rendah.
Paling tidak seseorang harus mengkonsumsi 15 biji anggur dalam sehari untuk menyembuhkan tekanan darah dan menstabilkan fungsi hati.


Saturday, February 18, 2012

jerawat a.k.a pimp

Kenapa Ada Jerawat di Anggota Badan?
DAHI -
Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG -
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.

DAGU -
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI -
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
Antara fungsi hati adalah:
• Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
• Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.

PIPI KANAN -
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
Fungsi paru2 adalah menukar oksigen dari udara dengan karbon dioksida dari darah. Prosesnya disebut "pernapasan eksternal" atau bernapas. Paru-paru juga mempunyai fungsi nonrespirasi.

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) -
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Sekarang Hanisah dah tau kan kenapa jerawat ini tumbuh? Jadi , dengan itu dapatlah kita mengambil tindakan yang sesuai dengan melihat dari gejala2 jerawat yg timbul itu.
Contohnya kalau jerawat tumbuh di belakang badan, tandanya sistem perkumuhan bermasalah atau sembelit, mudahnya. Jadi kita carilah petua atau ubat yang boleh menghilangkan sembelit. Contohnya, makan buah betik, atau lebihkan makan sayur sayuran daun.


Thursday, February 16, 2012

Antioksida Vs Radikal Bebas?

Mengenali Antioksidan dan Radikal Bebas
Seringkali kita diberitahu akan kepentingan vitamin A, C dan E sebagai antioksidan. Tahukah anda apa itu antioksidan?
APA ITU ANTIOKSIDAN?

Antioksidan merupakan bahan semulajadi yang bertindak untuk menghentikan atau menghalang kerosakan pada tubuh badan yang disebabkan oleh radikal bebas (free radicals). Tubuh kita memerlukan antioksidan untuk menstabilkan radikal-radikal bebas ini supaya sel-sel tubuh terpelihara daripada terus rosak.

Memahami Radikal Bebas (Free Radicals) Secara Ringkas:
Kita sedia maklum yang sel tubuh kita ini terdedah kepada oksigen setiap masa. Oksigen memang sangat penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan, namun pendedahan kepada oksigen juga membuatkan sel tubuh teroksida ~ pengoksidaan. Pengoksidaan ini
menyebabkan bahan kimia dalam tubuh berubah dan terjadinya radikal bebas. Selain daripada pengoksidaan, pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, asap rokok, alkohol dan pencemaran turut menyebabkan terjadikan radikal bebas di dalam tubuh.
Radikal bebas ini akan menyebabkan reaksi berantai dalam tubuh yang membawa kepada kerosakan bahan kimia penting, DNA dan juga sel tubuh badan. Para saintis percaya bahawa radikal bebas ini turut menyumbang kepada proses penuaan, kanser, kencing manis dan sakit jantung.

BAGAIMANA DAN DARI MANA NAK DAPATKAN ANTIOKSIDAN?
Secara semulajadi, tubuh kita memang menghasilkan antioksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas yang dibebaskan secara oleh tubuh semasa proses biasa. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan diet yang sihat untuk melawan radikal bebas. Antara makanan yang kaya antioksidan termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin ACE, beta-carotene, lutein, lycopene dan selenium.
Kita juga boleh mengamalkan suplemen yang bersifat anti-oksidan. Pastikan anda mendapatkan maklumat yang betul dan tepat sekiranya mahu mengambil suplemen. Suplemen daripada sumber semulajadi adalah yang terbaik.

MAKANAN YANG KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN
Vitamin A - terdapat dalam susu, hati, mentega, telur
Vitamin C - terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Buah betik, kiwi, oren, dan strawberi adalah yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
Vitamin E - terdapat dalam kekacang dan bijirin seperti badam dan bunga matahari ; sayuran berdaun hijau seperti bayam ; minyak seperi kacang soya, canola oil, minyak bunga matahri.
Beta-karotene - terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna seperi lobak merah, kacang peas, betik, mangga, labu dan keledek ; sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kubis.
Lutein - terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam. kubis, collard
Lycopene - terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna merah jambu dan merah seperti anggur merah, tembikai, aprikot dan tomato.
Selenium - terdapat dalam bijirin seperi beras, jagung dan oats ; kacang ; legumes ; sumber dari haiwan seperti ikan, ayam, telur, keju ; roti dan pasta.
Apapun, variasikan makanan dalam diet seharian anda, dan pastikan ianya berzat serta seimbang.Sekiranya anda bercadang untuk mengambil suplemen, pastikan pengambilan suplemen juga mengikut kesesuaian dan taraf kesihatan anda.

Sekarang Hanisah dah tahu apa dia radikal bebas?
Kehadirannya akan menyebabkan kelemahan antibodi badan kita dan dengan itu senanglah penyakit2 datang. Manakala antioksidan akan mencegah kerosakan yang di bawa oleh radikal bebas ini.

Tuesday, February 14, 2012

D E N G G I

Hai Hanisah.
Assalamualaikum,
Selamat bertemu lagi di ruangan emel dari saya ini. Saya harap Hanisah tak jemu dengan celoteh dari saya yang tak henti2 menghantar emel kesihatan ni.
Oh ya, apa khabar? Didoakan Hanisah sihat disamping keluarga atau orang tersayang. Hanisah mesti pernah dengar perkataan denggi kan? Atau pernah terkena? Atau adik beradik pernah kena?
Kali ini saya nak cerita mengenai penawar denggi ni, cuba baca kat bawah:
PENGENALAN:
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

] Tanda dan gejala:
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan
biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut,
mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan
bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Perkara yang paling penting semasa pemantauan pesakit denggi adalah bacaan kandungan platlet dalam darah pesakit. Bacaan tersebut akan diambil setiap hari sebagai salah satu proses pemantauan. Bagi pesakit denggi, kandungan platlet darah akan berkurang daripada orang yang sihat.
Platlet merupakan struktur-seperti-sel (cell-like structures) yang paling kecil dalam darah dan adalah penting dalam proses pembekuan darah dan penyumbatan pembuluh darah yang rosak. Kandungan normal adalah diantara 150,000 hingga 400,000 platlet dalam
setiap microliter darah (150 - 400 x 109 per liter) (sumber: MedicineNet.com). Sebagai contoh fungsi platlet tersebut, sekiranya seorang pesakit denggi mengalami luka yang menyebabkan keluar darah, kekurangan platlet tersebut akan menyebabkan pendarahan yang berterusan.

Rawatan Herba Yg Terbukti:
Resepinya adalah sangat mudah dah sudah tentunya percuma kerana kita bertuah menjadi penduduk di bumi Malaysia yang mana daun betik sangat mudah diperolehi di mana-mana sahaja termasuklah di bandar besar.
Kaedah:
1. Ambil beberapa helai daun betik segar yang baru dipetik (tidak perlu ambil yang pucuk/terlalu tua).
2. Buangkan bahagian batang/pelepah daun betik tersebut dan carikkan bahagian daun sahaja.
3. Basuh daun dengan bersih, kemudian tumbukkan/ blend daun tersebut sehingga lumat/berair.
4. Perahkan jus daun betik yang telah ditumbuk tadi sehingga dapat sekurang-kurangnya 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik. Campurkan sedikit madu untuk mengurangkan rasa pahit daun betik tersebut.
5. Jangan didihkan/larutkan dengan air jus tersebut.
6. Minum 2 kali sehari (pagi dan petang) sebanyak 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik. Pastikan setiap kali nak minum baru buat jus tersebut.
7. Jangan minum air selepas minum ekstrak daun betik tersebut. Rasanya sangat pahit, namun kebiasaannya yang pahit itulah penawar, kan?!
Selain daun betik, daun pegaga juga dikatakan mempunyai khasiat yang sama dalam mengubati penyakit denggi. Jadi sekiranya susah untuk mendapatkan daun betik, bolehlah cuba dengan daun pegaga dengan kaedah yang sama diterangkan di atas.
Macamana Hanisah?
Percaya? Saya memang belum mencubanya, tapi kawan sekerja saya benar2 telah mencuba keatas anaknya sendiri. Dan memang menakjubkan! Anaknya pulih dari denggi. Saya tanya dari mana ia dapat petua tu?
Katanya dia sendiri melihat doktor membuat perkara tersebut di hospital sebagai satu eksperimen perubatan. Jadi kalau ada orang sekeliling yg kena denggi, cubalah Hanisah tolong ia dengan cara begini.
Ok, saya berundur dulu, jumpa lagi di lain masa, 'kalau panjang umur'.
Sekian,


Sunday, February 12, 2012

Untut? Ape tu?

Kaki Gajah atau Untut adalah disebabkan oleh parasit dan virus bawaan nyamuk Mansonia yang hidup di kawasan berpaya dan air bertakung, sama seperti nyamuk Aedes. Mereka yang mengidap penyakit ini akan mengalami keadaan di mana salah salah satu, atau kedua-dua kaki akan ´membesar´ akibat lapisan kulit yang tumbuh berlapis-lapis.
Jangkitan penyakit ini, yang lebih kerap menyerang lelaki berbanding wanita bermula apabila mangsa digigit nyamuk Mansonia betina, menyebabkan jangkitan cacing mikrofilaria yang menjadi punca penyakit ini.

PUNCA DAN JANGKITAN
Nama saintifik bagi penyakit ini ialah ‘Filariasis Limpatik’. Walaupun jarang berlaku, kerajaan mengkategorikannya sebagai masalah besar untuk negara ini.

Keadaan ini terutamanya berlaku di kawasan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah. Kajian pihak bertanggungjawab pada tahun 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan di negara ini dan 10 daripada pesakit disahkan menghidap Untut.
Kes-kes Untut jarang dilaporkan berlaku di Eropah dan Amerika Utara, kerana ketiadaan populasi nyamuk Mansonia di sana akibat iklim kurang sesuai bagi haiwan ini membiak.
Sebaliknya, cacing parasit mikrofilia Wuchereria Bancrofti, Brugia Malayi dan Brugia Timori amat sesuai hidup dalam persekitaran panas lembap seperti negara ini.
Cacing-cacing berkenaan menjangkiti sistem limpa lalu membiak hingga membentuk satu koloni besar dalam badan manusia, biasanya tanpa disedari perumahnya.
Kitaran hidup cacing parasit ini bermula apabila ia memasuki badan manusia, bertelur dan menghasilkan larva.
Selain manusia, haiwan seperti monyet dan beberapa jenis primat juga antara perumah yang dikenal pasti boleh menjadi tempat pembiakan cacing ini. Cacing-cacing yang kelihatan seperti benang jahit ini tidak membawa kesan buruk kepada manusia semasa ia hidup kerana jangkitannya bersifat Asimptomatik, justeru ia tidak berjangkit.
Namun begitu, kesan buruknya mula timbul apabila cacing ini mati dan sisa badannya terkumpul di badan perumahnya.
Larva mikrofilaria mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk menjadi cacing matang. Selepas setahun, cacing dewasa boleh membiak dan menghasilkan beribu-ribu mikrofilaria lagi. Dalam tempoh ini, mikrofilaria akan tersebar jika individu itu digigit nyamuk.
Dalam badan nyamuk, mikrofilaria mengambil masa antara tujuh hingga 21 hari untuk membesar ke peringkat paling berjangkit sebelum dipindahkan ke perumah baru apabila nyamuk menghisap darah mangsa lain.
Apabila sampai ke badan perumah baru, mikrofilaria ini akan masuk ke dalam sistem limfa untuk membiak di sana. Haiwan ini boleh hidup antara enam hingga 10 tahun dalam badan manusia, justeru, kesan jangkitan hanya dirasai apabila cacing dewasa mati.
KESAN JANGKITAN
Antara tanda jangkitan cacing ini ialah demam dan bengkak kelenjar yang berulang. Bagi kaum wanita pula, mereka mungkin mengalami masalah Anemia, sementara jangkitan pada kanak-kanak juga boleh menyebabkan mereka terencat. Tanda jangkitan yang akut pula ialah keradangan pada kulit, limfa dan salur limfa sebelum berakhir dengan kaki gajah yang kronik.
Bagaimanapun, bukan semua individu yang dijangkiti akan mengalami masalah Untut; ada yang hanya dilanda demam Filariasis. Sama ada seseorang itu akan dijangkiti Untut atau hanya sekadar demam Filariasis sahaja, bergantung kepada daya tahan terhadap penyakit seseorang individu itu.
Ia juga bergantung kepada berapa banyak cacing yang mati di dalm badan perumahnya, jika kaki bengkak dan besar, menandakan cacing dewasa yang mati adalah banyak.
Bahagian kaki yang membesar itu sebenarnya disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing yang membuatkan ia membahagi dengan cepat dan akhirnya membentuk lapisan sel berlebihan. Akibatnya, kaki kulit akan menjadi berlapis-lapis, tebal dan berlipat sehingga kaki akan kelihatan hodoh.
Pun begitu, kajian telah membuktikan bahawa bukan hanya kaki sahaja yang boleh mengalami kesan Untut, malah ada kes dimana ia terjadi di buah dada wanita dan alat sulit lelaki! Kaum lelaki yang dijangkiti penyakit ini sering dikaitkan dengan mengalami masalah kesuburan walaupun belum ada kajian saintifik yang membuktikan dakwaan ini, kecuali kesukaran bagi pengidapnya untuk melakukan hubungan intim.
Untut juga bukan penyakit keturunan kerana ia tidak akan menjangkiti anak-anak jika ibu bapa mereka terbukti ada menghidapnya. Penghidap Untut juga biasanya mempunyai kurang keyakinan diri akibat keadaan fizikal mereka, dalam kebanyakan kes, pesakit lebih gemar memencilkan diri dan tidak bergaul dengan masyarakat kerana akan hanya menjadi bahan ejekan.

ADAKAH ANDA BERISIKO?
Mereka yang berpotensi dijangkiti penyakit ini ialah penduduk kawasan pedalaman yang tinggal berhampiran sungai atau kolam yang kotor, kawasan di mana terdapat banyak tumbuhan keladi bunting serta kawasan aliran airnya adalah perlahan.
Turut berisiko ialah kawasan yang tidak mempunyai sistem pembentungan yang sempurna sepeerti kawasan setinggan. Oleh kerana ia sering menyerang penduduk kawasan yang kurang membangun, maka terdapat dakwaan tidak bertanggungjawab yang mengaitkannya sebagai penyakit orang miskin.
Bagi mereka yang dijangkiti Untut, adalah dinasihatkan supaya menjaga kebersihan, terutamanya di bahagian kulit yang berlipat (lengan dan kaki) kerana bahagian berkenan mudah berpeluh.
Namun, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati . Justeru, langkah terbaik adalah untuk menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal anda. Kita dinasihatkan agar menghapuskan tempat pembiakan nyamuk seperti tayar lama, botol, pasu, perangkap semut dan sebagainya.
Ramai antara kita yang kini mempunyai landskap berkolam dilaman rumah. Sekiranya kolam-kolam ini tidak dipantau kebersihannya, kelak ia akan memerangkap pemiliknya apabila menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Di kawasan-kawasan kampung pula, kolam-kolam tinggal juga hendaklah kembali diusahakan dengan menternak ikan daripada dibiarkan sahaja menjadi tempat pembiakan pelbagai nyamuk.

RAWATAN
Dahulu, proses diagnosis penyakit ini adalah sukar kerana cacing parasit ini mempunyai sifat yang hanya boleh dikesan pada waktu malam. Bagaimanapun, kini melalui teknologi terkini, kehadiran larva boleh dikesan melalui ujian darah ke atas antigen cacing parasit.
Bagi mereka yang sudah dijangkiti penyakit ini, antara ubat-ubat yang biasanya digunakan ialah Diethylcarbamazine (DEC) yang merencatkan perkembangan larva cacing di dalam badan perumah, manakala Albendazole pula khas untuk membunuh cacing dewasa.
Melalui rawatan sempurna, ia boleh mengatasi masalah kulit disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing, mengurangkan beban jangkitan.
Bahaya Untut turut mendapat perhataian pelbagai badan kesihatan antarabangsa yang mengambil inisiatif menwujudkan program menghapuskan penyakit ini.
Program Menghapuskan Filariasis Limpatik (GDELF) di bawah kelolaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula sejak tiga tahun lalu ke atas 250 juta penduduk dunia yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit ini.
Antara kaedah yang digunakan di negara kita ialah pengagihan ubat dari rumah ke rumah. Selain menghentikan tindakan cacing parasit penyebab untut, ia juga berkesan membunuh cacing kerawit.
more at,


 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template