Showing posts with label SuKa DuKa CiNTa. Show all posts
Showing posts with label SuKa DuKa CiNTa. Show all posts

Friday, July 15, 2011

SuKa DuKa CiNTa 17

Kini, Aisha rasa lebih tenang kerana hidupnya berada pada landasan yang betul. Alhamdulillah. Meskipun bekas kekasihnya masih menghubunginya, dia Cuma membalas sebagai seorang kawan dan tidak lebih daripada itu.

Aisha sudah serik untuk bercinta lagi, baginya biarlah jodoh itu datang dengan sendirinya. Perjalannya masih jauh untuk memikirkan soal jodoh. Keluarga dan pelajaran adalah yang paling penting buatnya saat ini.

Meskipun ada yang menasihatinya agar berusaha untuk mendapatkan jodoh, dia menjawab:
“Ya, saya memang berusaha. Berusaha untuk menjadi yang solehah kerana menginginkan lelaki yang soleh. Biar tak pandai masak asalkan pandai jaga hati suami.”

Aisha terkejut apabila terasa bahunya ditepuk dari arah belakang. Dia menolah, Miza.
“Kau ni kan, reti bagi salam tak?”, omel Aisha pada Miza.

“Maaf ye, Ustazah Aisha..Assalamualaikum...”, ujar Miza dengan nada bergurau.
“Waalaikumsalam..kan bagus macam tu..takla aku ni terkena sakit jantung..”,

“Ish..kau ni, ke situ pulak. Dah aku panggil kau, kau tak dengar aku tepuk la bahu kau...jauh sangat termenung tengok laut...rindu kat abang sayang ke...?”
“Ha ah...rindu sangat kat dye...banyak la kau punya rindu..aku takda abang sayang lagi la...saja je melihat keindahan alam yang mendamaikan ni...”

“Yelah tu...nak cover line...tak yah nak tipu la...aku kenal kau la...”
“Miza, kau tak kenal aku sepenuhnya lagi....maafkan aku Miza...”, ujar Aisha dalam hati tidak terluah pada Miza yang sedari tadi merenungnya. Aisha Cuma tersenyum dan kembali merenung keindahan pantai ciptaan Allah di hadapannya.

            “Aku bersyukur Ya Allah kerana Engkau berikan hidayah padaku sementara pintu taubatMu masih luas terbuka. Tetapkanlah hati ini Ya Allah dalam perjuangan untuk berubah ke arah yang lebih baik hanya keranaMu. Soal jodoh, aku pasrah atas ketentuanMu kerana ku tahu walau bagaimana sayangnya aku padanya kelak, dia tetap milikMu kerana Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.” Aisha berdoa di dalam hati sambil memandang laut yang tenang.

SuKa DuKa CiNTa 16

Aisha terkenang kembali saat bila dia rasa begitu lemah semangat dan tidak tahu pada siapa ingin dia mengadu, dia mengambil keputusan untuk berchatting dengan salah seorang blogger yang Aisha follow di laman maya.

            Dengan menggunakan nama samaran Sekadar Insan Biasa, Aisha memulakan luahan dengan soalan.

SIB: Salam, sy ingin bertanya tentang bbrapa soalan.
ZH: Wslm, tanyalah.

SIB: Bmna sekiranya seorg gadis itu pernah terlanjur dgn kekasihnya tetpi masih dara&kini dalam proses utk menjadi yg lebih baik, adakah masih ada lelaki yg baik yg mahu mengahwininya?
ZH: Wanita yang baik adalah utk llaki yg baik tidak kira siapa dia pada masa lalunya. Yg penting adalah siapa dia pd masa kini.

SIB: Adkh perlu utknya mencritakn kisah lalu pd suaminya kelak?
ZH: Bg sy kejujuran pentg dlm ssbuah hbgn. Suaminya pasti akn fhm&menerima gadis itu apa adanya dia.

SIB: Tapi si gadis masih blm yakin akn tindakannya&seringkali goyah dlm perjuangnnya utk berubah..
ZH: Kalau boleh si gadis perlu memberitahu keluarganya ataupun kawan-kawan terdekat ttg dirinya supaya sedkit sebnyk si gadis akn mndpt sokongn&dorongn.

SIB: Si gadis trlalu malu utk mnceritakn mslhnya pd org lain...dia tertekan dgn sikap bekas kekasihnya yg seringkali mndesak utk mlakukn perkara yg mlanggar syara’ meski dtolak bbrp kali.
ZH: Jikalau begitu, si gadis perlu memutuskn sgla medium yg mmbolehkan dia berhbung dgn bekas kekasihnya.

SIB: Meskipun si gadis dlm proses utk brubah...terkdg si gadis mash rasa tidak tenang apbl bersendirian...apa yg harus si gadis lakukan..? maaf krn byk brtanya...
ZH: Takpe, byk brtnya mmbuatkn sy berfikir. Sy ni bknlah seorg hafiz yg hafal al-Quran, tp sbg seorg yg baru nk mndalami al-Quran sy sarankan si gadis mngamalkn mmbaca Surah Al-Insyirah...krn pdnya ada ayt yg mnyebut, setiap kesusahan pasti ada kesenangan...insyaAllah mampu memberikn ketenangn pd hati yg mmbacanya.

SIB: Terima kasih krn sudi menjwb persoalan. Doakn kcemerlangn sy utk keputusn ujian semester lalu. Sambung lg len kali. Sy ada hal. Salam.
ZH: Sama2. Smoga berjaya. Sampaikn salam sy pd si gadis. Waalaikumsalam w.b.t

SuKa DuKa CiNTa 15

“Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah...” Aisha memanjatkan kesyukuran di dalam hatinya kerana keputusan peperiksaannya untuk semester lepas lebih baik daripada yang sebelumnya.

            Dia rasa bagai diberikan semangat baru untuk meneruskan kehidupan meski pun sakit yang dihadapinya kadangkala datang bertandang. Dengan kegembiraan yang masih terukir di sebalik senyumnya, setibanya di rumah Aisha menghubungi ibunya untuk berkongsi kegembiraan. Akan tetapi, ibunya tidak menjawab panggilannya. Aisha yakin ibunya pasti sedang sibuk.

            Pada malam itu, ibunya sendiri yang menghubunginya semula dan Aisha berkongsi kegembiraan pada ibunya. Sebelum ini, jika keputusan peperiksaan Aisha berkongsi pada ibu dan kekasihnya, tapi kini dia ada lebih ramai orang untuk dikongsikan kegembiraan kerana dia masih ada kawan-kawan yang sentiasa ada di sisinya

SuKa DuKa CiNTa 14

“Sakit Ya Allah... sakit... terima kasih kerana memberikan hambaMu merasa kesakitan ini... aku bersyukur Ya Allah kerana Engkau telah memilihku... terima kasih Ya Allah..sakit ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesakitan yang menimpa Rasulullah semasa baginda menyampaikan wahyu... Jadi, aku harus kuat melawannya... insyaAllah...aku boleh!” Aisha memberi semangat pada dirinya sendiri.

            Malam itu Aisha benar-benar rasa teramat sakit di bahagian kepala. Hinggakan dia tertidur tanpa menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarahnya.

            Keesokan paginya Aisha bangun untuk solat subuh seperti selalu sebelum dia memulakan harinya sebagai pelajar, meskipun peningnya masih tersisa. Cuti semester yang lalu membuatkan dia menyedari akan kesakitan yang dihidapinya. Apa pun yang terjadi hidup mesti diteruskan dan ilmu mesti lengkap di dalam dada sebagai persediaan seorang bakal ustazah pada masa hadapan. Itulah cita-citanya sejak kecil, guru. Namun tidak menyangka dia seorang bakal ustazah kelak. Syukur. Hanya itu yang mampu diperkatakan.

Wednesday, July 13, 2011

SuKa DuKa CiNTa 13

Jika dirimu itu sunyi dan sepi,
Diriku ini sudi menemani.

Indah kan kata-kata itu...namun, ia cuma kata-kata yamng mampu diungkap oleh sesiapa pun tapi tak dapat dibuktikan sejauh mana kebenarannya. Bukanlah mengharapkan insan itu membuktikannya. Tanpa dirinya di sisi pun Aisha mampu berdiri kerana Allah. Ya! Kerana Allah yang memberikan kudrat padanya agar mampu menjalani hari-harinya seperti biasa. Alhamdulillah.

Hari ini Aisha pergi ke pusat membeli belah bersama mak cik tersayang. Setibanya di tempat baju untuk bayi dan kanak-kanak, dia teringat pada seseorang yang pernah menemaninya membeli baju bayi untuk anak buah yang tercinta. Rasanya bagai baru semalam ia berlaku. Indahnya saat itu. Aisha tersenyum sendirian. Aisha terlalu merindukan saat mereka bersama seperti suatu ketika dahulu.

Walaupun mereka tidak boleh bersama, Aisha gembira dapat berada di sisinya sebagai salah seorang daripada ahli keluarganya. Begitulah hubungan Aisha dan Wan. Aisha akui, Wan adalah insan pertama yang pernah dia cintai dalam diam namun cinta itu dibiarkan saja setelah mengetahui kemungkinan untuk bersama itu tiada kerana mereka adalah adik beradik susuan. Aisha redha kerana Aisha yakin, pasti ada seseorang yang telah Allah tentukan untuknya. InsyaAllah...

Wednesday, June 15, 2011

SuKa DuKa CiNTa 12

Mata Aisha tertancap pada skrin laptopnya menahan kantuk nya tapi bagai ada sesuatu menghalangnya untuk tidur. Lagu Rela Setia menjadi halwa telinganya. Walaupun sudah berkali-kali didengar namun dia tidak merasa jemu kerana tiap kali itu juga hatinya tersentuh dengan bait-bait lagu itu.

Termenung bila sendirian 
Menggunung seribu harapan 
Tak mampu ku melupakan 
Walau kian kehilangan 
Kerna ku terlalu inginkan 
Untukmu riang berkekalan 
Relaku berlalu 
Walau mungkin tak termampu 
Selagi daya hatiku ini 
Akan tetap ku menyayangi 
Duka tiada ku peduli 
Bila rindu membelenggu 
Selagi nadi belum terhenti 
Ku buktikan cinta sejati 
Kerna hidupmu kian bererti 
Tak mungkin mudah kau mengerti 
Tak ingin saling dilukai 
Kedaifan ini 
Menjadi penghalang sanubari 
Relaku terus setia 
Menyayangimu 
Menyintaimu 
Walau berjauhan 
Teguh kalimah kasihku 
Termenung bila sendirian 
Menggunung seribu harapan
Moga kau mengerti
Bila nadi ku terhenti 

Setelah berkali-kali mendengar lagu itu, akhirnya airmata Aisha mengalir jua. Semua tanda-tanda sudah dialami. Namun, Aisha bersyukur. Ada insan yang memahami dirinya terutama sekali ibu. “Allah pilih aku supaya aku sentiasa mendekatkan diri padaNya,” bisik Aisha pada dirinya.

Tuesday, June 14, 2011

SuKa DuKa CiNTa 11

“I Hate You! I Hate You! I Hate You!” jerit Aisha namun ia hanya tersimpan di dalam hati, tidak terluah.

Menyedari kebodohan diri. “Apakah masih ada ruang untuknya bertaubat? Atau adakah begini jalan hidup yang telah tertulis untuk ku? Menjadi hamba kepada nafsu semata-mata? Kenapa aku dipilih? Ah!” Semua persoalan yang bermain di fikiran Aisha itu tidak ada jawapan. Tersimpan dan terpendam di dalam lubuk hatinya.

“Kau bodoh! Kau bodoh! Lelaki mana yang setia? Kerana nafsu kau jatuh tersungkur meski tak nampak pada zahir tapi batin kau menderita, Aisha!” Aisha terus-terusan bermonolog mengenang nasib dirinya.

“Ya Allah, masih adakah ruang keampunan untuk hambaMu yang hina ini? Meski pun sudah berkali-kali mengulang dosa yang sama? Ya Allah, apa yang harus ku lakukan...?” airmata terus mengalir membasahi pipi Aisha yang gebu itu. Kali ini, Aisha tekad tidak akan mengulangi lagi dosa lalu. “Tolong aku Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.” Aisha merayu.

Kini, Aisha sendiri tidak berteman. Tapi, dia yakin Allah ada untuknya. Shirman tetap menghubunginya tapi sebagai teman biasa. Soal Ashrique, maaf! Walaupun berjaya memiliki tubuhnya, hati dan cinta tetap tidak dapat bersemi untuk sekali lagi. Buat Asfar dan Airie, biarlah ingatannya pada mereka pergi bagaikan angin lalu. Mereka semua adalah kesilapan lalu tapi, andai Allah telah menetapkan jodohnya dalam kalangan mereka, Aisha pasrah. Bukan pasrah kerana menyedari dirinya pernah disentuh dan dilihat mereka, tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Aisha cuma mampu berdoa, berusaha dan bertawakkal hingga berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Soal jodoh, biarlah Allah yang aturkan untuknya.

Dia sudah serik. Cukup-cukup serik mendapat lelaki yang cuma menginginkan tubuhnya. Setelah dapat, dirinya seperti tidak pernah wujud. Tapi, itu bukan salah mereka. Salah Aisha kerana tidak mampu mengawal nafsu dan tidak menjaga batasan yang telah ditetapkan oleh syara’.
“Sungguh aku menyesal...” airmata Aisha mengalir lagi menyesali apa yang telah berlaku tapi masa yang lalu tidak akan kembali lagi untuknya. Dia sedar dia harus menempuhi masa kini dan akan datang dengan lebih berhati-hati supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan terus-terusan hidup dalam penyesalan yang tiada berkesudahan.

SuKa DuKa CiNTa 10

Semalam Aisha tidak lena tidur kerana memikirkan Airie. Hari ini, dia masih menanti khabar dari Airie. Namun, hampa. Aisha tak sangka betapa mudahnya dia diperbodohkan. Selama ini, dia asyik teringat pada Airie. Mesej Airie. Tak sangka pulak, Aisha merimaskan Airie. Dalam dia menyatakan benci pada Airie, hati kerap kali membisikkan Airie jodohnya. Tak sanggup Aisha dibiarkan sepi merindui bayang yang tak kunjung tiba. Mengharap kasih pada yang tak sudi. Airie berjaya menghancurkan hati Aisha selumat-lumatnya.

Tahniah Airie. Masih juga tidak mahu beralah. Airie menyatakan kepada Aisha bahawa Aisha yang sepatutnya berterima kasih padanya. Tak patut fikir negatif pada seseorang. Fikirlah apa yang terselindung. Aisha masih tak faham. Sekarang Airie dalam perjalanan balik ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baru Cina. Katanya, dia akan memberi penjelasan nanti kerana tak dapat bermesej semasa memandu. Aisha akur. Apa yang Aisha belajar sekarang, hatinya dikecewakan.

Cinta, sayang dan rindunya tidak dihargai. Penyesalan yang tidak berkesudahan. Namun, dia terus menunggu penjelasan dari Airie.
“Camne awk ley ckp awk syg sy? Adkh syg pd sy yg sbnr. Or syg pd suara sy. Or cmne?”
Mesej itu lah yang Aisha terima daripada Airie.
“Sy risaukan awk tiap kali xda msg dr awk sdgkn wk2 bkja dh tamat. Dlu awk xpnah xtgalkan psan...awk ckp xsuka msg, sy xganggu pn ms krja awk. Xkan sekrg dh berubah. Sy xboleh msg lgsung ke dlm shari?”
Aisha membalas dengan rasa tidak puas hati.
Menunggu balasan dari Airie... skrin telefon ditatap dengan linangan airmata.
“Camne tau time keje da hbs?” soal Airie bersahaja.
“Apa punya soalan lah...dah dia government staff mestilah habis keje pukul 5 petang. Takkan kerja lewat malam baru habis. Sabar je la...” omel Aisha sendririan tapi mesej Airie dibiarkan tidak berbalas.

Sabarlah wahai hati. Senyumlah... Tabahlah wahai hati. Shirman pun entah ke mana. Aisha call pun tak terjawab. Dimesej pun tak berbalas. Mesej terakhir mengatakan dia dalam perjalanan pergi ke rumah kakaknya.

Oleh kerana tidak mahu mengganggu pemanduan Shirman, Aisha telah meninggalkan pesan untuknya. “Drivelah dlu...sy xnk menyusahkn awk. Sy bkn sape2 pn dlm ht awk 2..bila2 pn boley rep. Xnk rep pn xpe. Dgn x drep msg sy 9t, sy akn tau btapa xbmknanya sy dlm hdup awk.”
Semalaman Aisha menunggu. Namun, tidak berbalas. Hampa. Tapi, pagi itu Shirman baru membalas mesejku menyatakan dia tertidur kerana penat semalam. Seungguh Aisha menyesal menyingkirkan dia pada malam itu. Hubungan Aisha bersama Airie, Aisha pun tak pasti bagaimana. Biarlah takdir yang menentukan.

SuKa DuKa CiNTa 9

Aisha tak dapat melupakan raut wajahnya. Senyumannya. Makanan kegemarannya, mi goreng ayam. Buah kesukaannya, mata kucing. Aisha belajar memasak mi goreng untuk pertama kalinya kerana ingin mahir memasak mi goreng ayam untuk Shirman suatu hari kelak.

Petang tadi, celoteh Aisha panjang lebar dalam pesanan ringkas untuk Shirman. Pelbagai hasrat, impian, cerita dan keinginan diluahkan. Seolah-olah Shirman mampu menjadikannya sebuah realiti. Andai dia punya pintu suka hati seperti yang ada dalam cerita Doraemon, dia akan melihat Shirman dari jauh meskipun tidak dapat berjumpa.

Kalau Aisha sakit atau bersedih, dia tak nak Shirman tengok atau berjumpa dengannya sebab Shirman tak nak Aisha bersedih. Dia hanya mahu Aisha gembira.

“Kenapalah aku sia-siakan sayang dan cinta seorang lelaki bernama Shirman kerana lebih memilih cinta Airie?” soal Aisha di dalam hati.

Walau apa pun luahan, itu adalah keputusan Aisha. Takkan dapat diundurkan masa, diulang semula. Segalanya telah terjadi.

Soal Airie, Aisha telah menghantar dua mesej untuknya. Aisha meluahkan padanya dengan ringkas, padat dan tepat. Mungkin dia masih sibuk dengan kerjanya atau pun tidak larat membalas kerana masih demam.

“Kita tunggu lah esok macam mana... malam ni tidur dulu. Dah penat jadi pengkritik filem Aku Masih Dara tadi. Semoga esok ada sinar bahagia untuk ku dan esok lebih baik daripada hari ini. Amin..” doa Aisha di dalam hati sebelum melelapkan mata.

SuKa DuKa CiNTa 8

Sekali lagi hati diruntun pilu dan hujan mulai membasahi pipi. Dosa semalam akan terus menghantui dirinya seumur hidup. Aisha yang membuat kerosakan pada dirinya dan dia jugalah yang menerima akibatnya. Tabahlah wahai hati... Tabahlah engkau...
Saat ini, Aisha rasa ingin mendengar lagu Aku Wanita Biasa yang dinyanyikan oleh Kris Dayanti. Malang sekali, laptopnya digunakan oleh adiknya untuk bermain Counter Strike. Tapi, lagu yang betul-betul dapat menenangkannya ialah lagu InsyaAllah dendangan Maher Zain. Bait-bait lagunya sungguh menyentuh jiwa...

Tika ini, Aisha ingin mengatakan kepada Airie... dia boleh mendapat wanita yang lebih baik dari dirinya untuk dijadikan pendamping seumur hidup. Aisha tidak selayaknya untuknya. Malah bukan untuk sesiapa pun...

Satu sms yang dapat mengembalikan semangatnya kini ialah message yang dihantar oleh seorang sahabat yang jauh di mata tapi dekat di hati... message nya begini: Mungkin pernah seseorang menyatakan padamu: “Aku mencintaimu... Aku tidak mahu kehilanganmu... Aku akan setia selamanya” Namun akhirnya dia pergi meninggalkanmu... Tapi ada satu peribadi yang mencintaimu dengan kasihNya yang kekal dan berkata: “Aku mengasihimu lebih dari yang kau tahu...” Dialah ALLAH yang menjagamu selalu...

Terasa begitu pantas masa berlalu. Seminggu selepas Airie meninggalkannya tanpa khabar berita, Aisha mulai rapat dengan Shirman. He’s so handsome. Kacukan lah katakan. Tapi, dalam perkenalan mereka yang sudah hampir sebulan, Airie kembali semula dengan menyatakan hasrat untuk bersamanya semula. Aisha terpaksa membuat pilihan antara cinta Airie atau cinta Shirman... akhirnya, dia memilih untuk meraih semula cinta Airie. Shirman kecewa akan tindakan Aisha berpaling darinya. Namun, dia redha andai Aisha bahagia.

Malang tidak berbau, bahagia sebentar cuma. Entahlah. Mungkin ia hanya perasaan Aisha yang terlalu emosional hingga mengakibatkan Airie rimas terhadapnya. Aisha tak tahu. Aisha benar-benar menyesal pada saat ini kerana telah memilihnya.
Aisha kemudiannya mengadu kepada Shirman namun, sms daripada Shirman membuatkannya semakin dirundung pilu.
“Saat awak pilih dia, maknanya awak dah pinggirkan saya walau selama ini saya ingin selalu di sisi awak. Bila-bila masa saya sudi temankan awak tapi bila awak dah pilih dia bermakna apa yang dia buat untuk awak tu tak ada kena mengena dengan saya. Dia pilihan awak bukannya saya jadi takda makna kita mesej lagi dan cuma yang saya cakap saya tak mau jadi second choice awak. Tak mungkin terjadi berebut perempuan. Berbahagialah... bye.”

Saat Aisha menertima pesanan ringkasnya... airmata Aisha meluncur laju. Betapa dia kehilangan. Kenapakah dia bodoh? Buta? Tapi, dia tabahkan jua menghadapi kehidupannya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

”Walau cukup baik saya layan awak, berjanji akan sentiasa di sisi, cinta awak sepenuh hati tapi sayangnya awak masih kembali pada dia yang pernah tinggalkan awak...mungkin memang kita takkan ada jodoh.”
“Like I said before, you are the one who leave me not me...”

Setiap kali Aisha membaca mesej yang disimpannya, hatinya akan tersentuh. Betapa dia telah menghancurkan hati Shirman yang begitu setia. Aisha mengatakan pada Shirman bahawa dia sukar untuk melupakan Shirman. Tapi, Shirman menjawab, padamlah nombornya pasti akan lupa. Aisha Cuma mampu membalas... “I’ll forget you if I cut myself and die, I’ll forget you if I lost my memories I’ll forget you if I’m married with someone else... But even I forget you, I can’t forget the love between us.” Ayat itu bukan Aisha ambil dari internet. Ayat itu ditaipnya dari hati yang penuh dengan sesalan... hanya Allah yang tahu perasaannya saat ini. Ayat itu bukan untuk memikat Shirman untuk kembali padanya... Cuma menyatakan bahawa Aisha tak akan lupa padanya.

SuKa DuKa CiNTa 7

Lega rasanya, lepas sampai rumah. Memang penat. Malam ini, malam yang cukup menggembirakan buat Aisha. Bertemu rakan-rakannya yang sama-sama belajar di sekolah rendah dahulu. Suasana memang riuh rendah. Masing-masing ada cerita untuk dikongsi kerana masing-masing menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang.

Namun, terselit juga kisah-kisah lucu zaman sekolah rendah yang tidak dapat dilupakan. Walaupun tidak semua dapat hadir ke jamuan reunion, kemeriahan tetap dirasa. Sebelum berangkat ke Kentucky Fried Chicken (KFC) tadi, Aisha memang sudah bertekad untuk meninggalkan telefon bimbitnya di rumah. Hal ini kerana, dia tidak mahu diganggu. Hatinya benar-benar keliru. Biarlah dia bergembira sebentar bersama rakan-rakan tanpa gangguan.

Ternyata tidak sia-sia Aisha menyertai jamuan tadi. Dia lupa seketika masalah yang sedang dihadapinya. Meskipun badan terasa letih, aku tetap berusaha untuk bergembira sekadarnya, tidak pula melampaui batas. Aisha lebih banyak menjadi pemerhati.

Cuma, bercakap bila dirasakan perlu. Dia melihat semua kawannya sudah dewasa. Ada yang maintain comel. Ada pula yang sudah berambut panjang. Macam-macam keletah. Saat itu, Aisha merasakan pantasnya masa berlalu...

Hubungannya bersama Airie setakat ini alhamdulillah. Dia berharap ia akan berpanjangan dan berkekalan serta bahagia di dunia mahupun akhirat. Ashrique masih menghubungi Aisha meskipun telah banyak menghina Aisha. Kini, dia kembali memuja Aisha. Lelaki yang merimaskan.

Sunday, June 12, 2011

SuKa DuKa CiNTa 6

Penat r selalu macam ni. Ok. Nyte. Salam.
Sms yang Aisha terima dari Airie memang betul-betul menyesakkan dadanya. Hati yang sarat menanggung rindu dibalas dengan belati yang ditikam terkesan di hati.

“Salahkah aku kerana terlalu merindu? Salahkah aku bila terlalu menyinta? Salahkah aku saat aku menjadikan aku miliknya?,” soalan demi soalan terbit tanpa dipinta namun inginkan jawapan.
Akhirnya Aisha nekad, mulai malam tersebut dia akan menyepi seperti yang Airie pinta.
“Kumpul rindu banyak-banyak.”
“Okey, fine.”

Aisha hanya menuruti apa jua permintaan Airie. Kali ini dia merasakan cintanya seolah-olah bertepuk sebelah tangan. Aisha sendiri semakin tidak pasti akan perasaannya saat ini. Dia hanya tahu, dirinya terluka dipinggirkan sehinggakan Aisha terfikir lebih baik mereka berhenti setakat ini sahaja. Kedukaan semakin menjadi gara-gara Aisha terbaca Airie memberi komen pada status seorang perempuan di laman sosial Facebook.

Hendak Aisha katakan tidak cemburu, dia menipu dirinya sendiri. Ya, memang Aisha cemburu. Tapi, Aisha cuba bersabar. Biarlah. Andai ada jodoh, takkan ke mana. Kekal atau tidak, Aisha Cuma berserah. Jikalau kekal bersama Airie, alhamdulillah. Andai tidak, Aisha tetap mendoakan kebahagiaannya. Lantas Aisha mengambil diarinya lalu menulis sesuatu.

”When you love someone, do pray for his/her happiness even they are not with you. Because, it will give you happiness rather than seeing them sad when they’re force to be with you.”

Aisha teringat betapa bahagianya semalam...
Mungkin benar, suka membawa duka. Tapi Aisha yakin apa yang berlaku hari ini cuma ujian kecil dari Allah untuk menguji kesabaran dan ada hikmah di sebaliknya. Dia sedar hanya Allah yang mengetahui kedukaannya tika itu.

SuKa DuKa CiNTa 5

Hari ini genap seminggu Aisha bersama Airie. Walaupun payah untuk Aisha belajar mencintai Airie, tapi dengan kesungguhan yang ada pada Airie membuatkan Aisha nekad untuk menjadikan Airie cinta terakhirnya.

Akan tetapi, keyakinannya mulai goyah kerana masih teringat pada kisah lalu. Dosa yang sering menghantuinya. Dosa bersama Ashrique dan Asfar.

“Bila difikir, ditimbang, dan kira-kira, aku memang tidak layak untuk Airie. Kenapa baru kini aku sedar...?,” suara itu kerap kali membisikkan kepada Aisha supaya sedar akan dirinya. “Ya, aku ingat akan dosa itu. Walaupun bukan berzina tapi ia tetap terlalu hampir kepada zina. Astarghfirullahalazim...,” bisik suara yang lain. “Ampunkan hambaMu yang lemah ini Ya Allah. HambaMu ini alpa. Jauhkanlah diri ini daripada mengulangi dosa yang sama Ya Allah...,” Aisha merintih di dalam hati. Tanpa sedar, airmatanya mengalir. “Adakah aku cuma layak untuk lelaki yang hanya hendakkan tubuhku?” “Apakah sudah tiada lagi cinta yang tulus buatku?”

Akhirnya, Aisha terlena lantaran memikirkan persoalan demi persoalan yang sering bermain di fikirannya. Perkenalannya dengan cinta lebih banyak merosakkan dirinya daripada membimbingnya. Cuma, Aisha sedar betapa dia tidak layak untuk menyalahkan cinta kerana ia adalah fitrah yang Allah ciptakan. Aisha juga sedar akan kesalahannya kerana alpa dan lupa batasan yang telah ditetapkan oleh syara’.

“Aku lah yang merosakkan diriku sendiri...,” tangisnya di dalam hati sebelum terlelap.

SuKa DuKa CiNTa 4

Beberapa bulan selepas berpisah dengan Asfar, Aisha mula bercinta dengan Airie. Seorang yang selalu sibuk dengan kerjaya tetapi itu tidak menghalangnya untuk meluangkan sedikit masa untuk Aisha. Walaupun kadang-kadang Aisha merasakan dirinya diabaikan, tapi Aisha faham akan tuntutan kerja Airie. 

Oleh sebab itu, Aisha banyak belajar bersabar. Cuma, terkadang kesabaran itu tidak mampu untuk menepis pelbagai andaian jahat yang tercetus oleh minda. Namun, Aisha telah sedaya upaya tidak mahu memikirkannya. Aisha yakin pada cinta Airie yang jujur dan ikhlas hanya untuk Aisha.

Tapi, satu perkara apabila bersama Airie, Aisha merasakan dirinya tidak pasti akan apa yang di rasakan. Rasa sayang itu memang ada. Aisha merasa dirinya seorang yang hipokrit kerana setiap kali dia menyatakan bahawa dia baik-baik sahaja sedangkan apa yang diperkatakan bukanlah apa yang dirasakan. Dalam sehari memang Aisha rasa gembira bersamanya tapi, pasti ada sedihnya dalam masa yang sama.

Sungguhpun begitu, Aisha tetap percaya kalau ada jodoh takkan ke mana. Allah selalu bersama. Cinta Allah lebih penting. Kalau Allah dah tak pandang dirinya, takkan ada sesiapa yang akan peduli padanya sama ada hidup atau pun tidak.

SuKa DuKa CiNTa 3

Seminggu telah berlalu, sejak dari hari Aisha mengeposkan surat kepada jejaka itu. Seminggu itu jugalah Aisha tertanya-tanya. Ternyata dirinya sudah tidak lagi bertakhta di hati jejaka itu. Lalu, dia bertekad meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa terus mengharapkan cinta daripada jejaka tersebut.

Aisha menghadiri kuliahnya seperti biasa walaupun jauh di sudut hatinya berkecamuk. Dia tidak tahu kepada siapa boleh diceritakan kisah duka hidupnya. Dia cuma mampu berharap Allah akan mengampunkan dosa yang telah dia lakukan selama ini.

Aisha nekad tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Dosa yang sama. Dalam dia meniti hari-hari rindu itu, Ashrique lah yang setia menghantar sms menasihatinya supaya tabah. Sesekali, ada juga permintaan untuk bersama kembali namun Aisha tidak mampu menerimanya semula. Cukuplah kenangan lalu mengajar Aisha. Dia tidak ingin dikongkong oleh lelaki yang cemburu buta.

Ashrique yang suatu ketika dahulu pernah mengugut untuk memberitahu ibu Aisha tentang perbuatan terkutuk yang telah mereka lakukan bersama andai Aisha meminta dihentikan percintaan mereka. Oleh sebab tidak tahan dengan sikap Ashrique, Aisha tetap dengan keputusannya untuk menghentikan percintaannya dengan Ashrique. Dan akhirnya Ashrique beralah. Mereka tidak berhubung hampir setahun. Tiap kali sms dihantar oleh Ashrique, Aisha menipunya kerana tidak mahu diganggu.

Malangnya, panas yang disangka sampai ke petang mengundang gerimis di tengahari. Cinta yang Aisha semai selepas berpisah dengan Ashrique juga kandas lalu Aisha mengambil keputusan untuk berterus-terang mengenai penipuannya selama ini kepada Ashrique.

Ashrique kesal dengan sikap Aisha yang tak pernah berubah. Dia kesal kerana dengan mudahnya Aisha menyerahkan tubuhnya kepada Asfar walaupun masih berjaya mempertahankan dara. Pelbagai kutukan dan hinaan yang Aisha terima darinya. Namun, Aisha tahu Ashrique memarahinya kerana sayang. Kadang-kadang Aisha sendiri keliru dengan sikap Ashrique yang seolah-olah ingin membuat Aisha cemburu tentang perkenalannya dengan Shanti dan Mun selepas mereka berpisah kerana sering tersalah hantar sms yang sepatutnya dihantar kepada Shanti atau pun Mun.

SuKa DuKa CiNTa 2

Pagi itu indah seperti kebiasaannya. Surat yang dicoretkan semalam masih setia di atas meja menanti untuk diletakkan ke dalam sampul surat yang juga berwarna biru. Aisha memilih sampul biru kerana insan yang akan menerima warkah yang dicoretkannya meminati warna tersebut, begitu juga dirinya.

Baginya biru lambang ketenangan. Andai dilanda masalah, jika ditenung langit biru, dia akan lupa seketika masalah dan segera memuji kebesaran Allah yang Maha Esa. Pantas dia lipat surat biru itu dan mengegam sampulnya sebelum menulis alamat penerima di bahagian hadapan sampul.

Di dalam hati, Aisha berdoa agar surat itu sampai ke tangan penerimanya dengan harapan dia sihat. Sebelum melangkah keluar dari bilik, Aisha menutup laptop yang sedari tadi bernyanyi riang memainkan lagu Andai Dapat Ku Undurkan Masa. Tiap kali mendengarnya, dia pasti teringat padanya. Namun, apalah daya Aisha, nasi sudah menjadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Rindu di hati hanya Allah yang tahu. Namun, sia yakin apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Setelah itu dia ke dapur untuk menemui ibunya yang sedang sibuk menyiapkan sarapan. Begitulah ibu Aisha. Rutinnya sama sejak Aisha mula mengenal dunia hinggalah dia dewasa kini. Tidak pernah ibunya jemu apatah lagi merungut.

“Hmmm…sedapnya bau…”
“Kamu nak ke mana ni?”
“Keluar dengan kawan sekejap. Bolehkan, bu?”
“Bolehlah, kalau tak diizinkan nanti muncung pulak,”gurau ibu.
“Mana ada…”
“Tengok tu…sarapan dulu baru boleh keluar.”
“Okey bu. Saya yang menurut perintah.”
“Nanti balik awal tau. Jangan nak bermalam pulak di rumah kawan.”
No problem.”

Usai sarapan, Aisha mencium tangan ibu sebelum keluar mendapatkan Miza yang datang menjemputnya.

“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Senyum lebar nampak. Ada apa-apa ke?”
“Alah, mana ada apa-apa pun. Saja nak mulakan hari dengan senyuman. Salah ke?”
“Aku tak cakap salah pun. Semalam kau kata nak ke pejabat pos, kan?”
“Ha ah, kau dah lupa ke Miza?”
“Takdelah lupanye, sayang oi…untuk kepastian. Tapi, sebelum itu, aku nak pergi sarapan dulu. Kau dah sarapan ke belum?”
“Aku dah sarapan la dengan mak aku tadi. Takpe aku temankan kau sarapan. Lepas tu pergi pejabat pos.”
“Kau tengok aje lah aku makan nanti,k.”
“Okey je. Aku kenyang lagi lah. Takdenyer nak kempunan sangat.”
Miza memilih untuk bersarapan di Restoran Melayu memandangkan ianya berhampiran dengan pejabat pos. Sementara menunggu pesanan sampai, kami berbual-bual kosong.
“Kau nak buat apa pergi pejabat pos pagi ni?”
“Nak pos surat lah, nak buat apa lagi?” jawabku berseloroh.
“Tahulah pos surat. Untuk siapa?”
“Adalah... biarlah rahsia.”
“Eleh... dengan aku pun nak berahsia.”

Aisha cuma diam dan membalas dengan senyuman. Pesanan Miza pun sampai sekaligus menyelamatkan Aisha daripada menjawab soalan cepumas Miza. Miza seorang yang tidak gemar bercakap ketika makan. Jadi, Aisha duduk berdiam diri dan hanya termenung melayan perasaannya.

“Aku tengok, kau termenung je masa aku sarapan tadi... ada masalah ke?”
“La... mana ada. Kau ni... Aku terpegun tengok kau makanlah tadi,” jawab Aisha berseloroh.
“Jangan nak tipu la... Pandang aku pun tak. Asyik pandang jalan.”
“Ye ke? Tak perasan pulak aku,” jawabnya masih ingin berselindung.
“Dah kau asyik pandang jalan, mana nak perasan aku tengok kau. Kau ada masalah ke? Ceritalah kat aku,” Miza masih mendesak kerana inginkan jawapan dari sahabatnya.
“Aku merenung masa depan je. Takde masalah la Miza... aku okey. Tak payah lah kau risau sangat,” jawab Aisha untuk meyakinkan Miza walaupun sebenarnya dia sendiri kurang pasti akan jawapannya.
“Baguslah kalau macam tu.”

Aisha hanya tersenyum. “Maafkan aku Miza sebab tipu kau.” Namun, ayat itu tidak diluahkan tetapi hanya dibisikkan di dalam hati. Selepas selesai segala urusan, Aisha meminta Miza menghantarnya pulang ke rumah walaupun Miza masih ingin meluangkan masa bersamanya. Bukannya Aisha tak sudi, tapi dia letih namun tidak tahu kenapa.

Setibanya di rumah, Aisha bergegas masuk ke biliknya dan terus menghempaskan badannya ke atas tilam sambil merenung siling biliknya. “Nasib baiklah Miza tidak bertanya lagi di pejabat pos tadi kepada siapa ku tujukan surat itu,” Aisha berkata kepada dirinya sendiri.

Sedang asyik memikirkan sama ada suratnya akan berbalas atau pun tidak, telefon Aisha berbunyi meminta dijawab. Aisha melihat nama yang tertera pada skrin telefon, lalu dibiarkan sahaja telefon itu bernyanyi semahu-mahunya. Setelah berhenti, dengan pantas Aisha menukar profil telefon bimbitnya supaya berada dalam mod senyap. Dia tidak mahu diganggu ketika itu. Aisha pun terlena kerana leka melayan perasaannya.

SuKa DuKa CiNTa 1

Assalamualaikum w.b.t.
Kehadapan dirimu yang selalu ku ingati, selalu ku rindui dan kasihi dengan harapan sihat hendaknya. Warkah ini ku layangkan buatmu hanya sekadar untuk menyatakan yang sejujurnya aku masih menyayangi, merindui dan pastinya mencintaimu…
Sebenarnya, diri ini tidak merelakan perpisahan itu tapi aku terpaksa kerana aku takut akan penghujung ceritera cinta kita yang mungkin akan menghampakanku. Atas sebab itulah aku mengambil keputusan untuk mengakhiri kisah cinta kita. Biarlah takdir yang menentukan. Andai sudah jodoh kita, pasti suatu hari kelak kita akan saling memiliki.
Aku tak mengharap dirimu membalas warkah ini kerna aku faham, mungkin pada saat ini dirimu sudah berpunya. Andai benar, aku di sini mendoakan dirimu berbahagia selalu dan usahlah mengenang ku lagi. Usai saja membaca warkah ini, kau bakarlah ia supaya menjadi abu yang bertebangan di bawa angin lalu agar angin itu membawa pergi kenangan kita bersama suatu ketika dahulu.
Yang pernah singgah di hatimu,
Aisha

Surat berwarna biru bercoret ink hitam itu ku biarkan sahaja di atas meja sebelum aku melelapkan mata.
 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template