Friday, October 17, 2014

Setelah Sekian Lama

Setelah sekian lama laman ini terbiar sunyi
Setelah sekian lama laman ini terbiar sepi
Setelah sekian lama laman ini terbiar usang
Setelah sekian lama laman ini terbiar buang

Hari ini,
Terdetik HATI
Tertaip JARI
Menyatakan keinginan HATI
Menyuarakan dengan JARI

Sudah lama diri berkarya tiada
Sudah lama diri berimaginasi tiada
Sudah lama diri berdiam tanpa cerita
Sudah lama diri berdiam tanpa suara

Kadang,
Terfikir apa sudah tamat kisah
Terfikir apa sudah tiada penyudah
Terfikir apa sudah aku menyerah
Terfikir apa sudah aku lelah

Hingga,
Mungkin sudah tiba undur diri
Mungkin belum masa untuk diri
Mungkin banyak perlu dipelajari
Mungkin aku perlu merehat diri

Adakah,
Diri sudah kehilangan seni
Jari sudah kehilangan seri
Hati sudah kehilangan hati
Akal sudah kehilangan erti

Mohon,
Kembalikan diri yang dulu
Kiranya baik untuk aku
Kiranya baik untuk insan sekelilingku

Mohon
Kuatkan diri yang baru
Kiranya baik untuk aku
Kiranya baik untuk insan sekelilingku

kerana...

Saturday, May 31, 2014

OLD

Age is not a measure for maturity.
Age is not a license to blackmail.
Age is not a pass for searching other people's fault.

The older the person doesn't ensure their maturity.

But,  I still can tolerate and respect them.
Just a friendly reminder, RESPECT isn't something that you can buy. It must be earned.

Truely
Deeply
Sincerely

Me.
I maybe old but I have young soul that can't be sold.
I maybe old but I keep secret that mustn't be told.
I maybe old but I want to be cool rather than cold.
I maybe old but I hope I can stick to what I hold.

* last night I dream of a knight, good night!

Friday, May 30, 2014

Tatkala Rindu Bertamu

Jasad tak dekat tak bermakna jauh,
Hati mengingat itulah dekat,
Ku kirim doa tanpa jenuh,
Berharap cinta semakin kuat.

Bintang tinggi di atas awan,
Hadirnya cuma di waktu malam,
Hati mengingat tidak keruan,
Mengharap kasih tidak suram.

Angin malam meniup rambut,
Terasa dingin sayu menyapa,
Cinta tak usah  direbut-rebut,
kerana terkadang mendatangkan alpa.

*3 rangkap sahaja malam ini... =)
*khas buat dia yang ku cinta

Saturday, May 17, 2014

Kek oh Kek

5minit kek =)

Resepinya mudah....
Google kan sahaja...
" 2minit chocolate cake"
Kenapa anis punya 5 minit? Tengok saiz la..hee..
2min untuk yang dalam mug. ..

Mudah. Lazat. Yummy sexy deli.
Bon apetite.

Tuesday, May 13, 2014

Hanya bermadah

Ayat kata tak sanggup berpisah...
Tapi tingkah macam tak endah...
Entah, tak mengapa lah...
Kerana ku sudah berserah...
Bersedia pasrah...
Akan takdir Allah.

Sunday, November 3, 2013

Kerna Kamu Cuma Satu Untukku

... Pilu Hati Ibu ...
"Nisa, oh Nisa..." panggil ibu dari arah dapur.
"Mana pulak pergi budak ni..." omel ibu sendirian.
"Oh anakku Nisa yang comel, di manakah anakanda?" soal ibu lagi sambil tangannya pantas memasukkan satu per satu ramuan untuk Laksa Sarawak.
Masih tiada jawapan. Akhirnya hasrat ibu untuk meminta tolong daripada anak kesayangannya dilupakan sahaja.
Sementara di dalam bilik,
Nisa berpura-pura tidak mendengar ketika ibunya memanggil kerana sibuk melayari laman sosial.
Ping! Bunyi menandakan ada mesej baru masuk dalam ruangan chat.
Nisa tersenyum sendirian di dalam bilik. Mesej tersebut adalah daripada Irzan, buah hatinya.

Irzan: Salam, Nisa buat apa tu?
Nisa: Waalaikumsalam, online je ni. Nape?
Irzan: Saja tanya, tak boleh ke?
Nisa: Boleh je... jangan lebih-lebih sudah.
Irzan: Lebih-lebih yang macam mana?
Nisa: Macam-macam lah. Buat-buat tak tahu pulak.

Begitulah Nisa menghabiskan masa hujung minggu atau pun waktu cutinya sepanjang berada di rumah. Kalau tidak melayari laman sosial, dia akan keluar berjalan-jalan bersama rakan-rakannya. Dia tidak mempunyai keinginan untuk membantu ibunya untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti gadis-gadis lain yang seusia dengannya.
Sedang Nisa asyik melayari internet, pintu biliknya diketuk.
"Assalamualaikum, Nisa." kedengaran sayup suara ibunya.
"Hmm...mengganggu betul lah orang tua ni." rungut Nisa di dalam hati.
"Waalaikumsalam, bu. Ada apa?" tanya Nisa sejurus selepas pintu biliknya dibuka.
"Ibu nak ajak Nisa sarapan sekali. Ayah pun tengah tunggu Nisa nak makan sama-sama." panjang lebar ibu menjawab.
"Ala, Nisa tak lapar lagi lah bu. Ibu dan ayah makan lah dulu." jawab Nisa acuh tak acuh.
"Makanlah sekarang, nak. Nanti sejuk laksa tu tak sedap pulak. Jomlah sayang." ibu masih mahu memujuk.
"Bukannya tak dapat dipanaskan pun nanti. Ibu ni ada-ada je lah." serentak itu pintu bilik ditutup kuat.
"Astarghfirullahalazim." perlahan sahaja suara ibu diperlakukan sedemikian oleh anaknya sendiri.
"Ya Allah, apakah salahku padanya? Apakah selama ini aku kurang memberi didikan padanya?"
Begitulah lumrah sikap seorang ibu, seringkali rasa kekurangan dari didikannya apabila si anak tidak membesar seperti yang dibentuk.

... Doa Ibu...
"Ibu, Nisa nak keluar kejap. Mungkin balik lewat sikit." Cepat-cepat sahaja Nisa memberitahu ibunya.
"Keluar dengan siapa, nak?" soal ibunya perlahan.
"Ibu ni sibuk je nak tahu Nisa keluar dengan sape. Orang la, takkan binatang." bentak Nisa kemudian terus keluar dari rumah apabila kelihatan sebuah kereta hitam tiba di perkarangan rumahnya.
Nisa keluar tanpa menyalam tangan ibunya dan berlalu pergi. Perangai Nisa semakin menjadi-jadi jika ayahnya tiada di rumah. Itulah peluang keemasan bagi Nisa untuk membuat perangai kerana sepanjang ketiadaan ayah, takkan ada sesiapa yang akan mampu melarang mahupun menegahnya untuk berbuat onar. Ibu pula sememangnya tidak mampu untuk bersuara kerana hatinya mudah tersentuh lalu menyalahkan dirinya sendiri.
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku Ya Allah kerana gagal mendidiknya dengan baik. Ya Allah, lindungilah dia dari sebarang kemudaratan. Sungguh, hambamu ini tidak mampu untuk melihat apa yang terlindung daripadanya, Engkau jua yang Maha Melihat." ibu Nisa tetap mendoakannya meskipun hatinya terguris dengan tingkah Nisa sebentar tadi.
Laju sahaja Nisa melangkah pergi meninggalkan ibunya dengan pakaian yang ketat tidak mengikut syariat.

"Hai sayang, nape lambat sangat? Lama I tunggu." Manja sahaja suara Nisa bertanya pada Irzan.
"I ada kerja sikit tadi sayang, maafkan I ye. I bukan sengaja pun nak lambat-lambat. Rindu sayang tau." Kata Irzan cuba memujuk Nisa yang mula menarik muka masam kerana menunggu Irzan sudah hampir sejam.

... Maafku Pinta ...
Malam itu, ibu menunggu Nisa untuk makan malam bersama. Malangnya, Nisa tidak kunjung tiba. Hati ibu digamit rasa bimbang, rasa gelisah mula bertandang. Ibu tidak mampu untuk menjamu seleranya pada malam itu. Nasi terbiar di atas meja terhidang bersama lauk kegemaran Nisa yang sudah sejuk. Penat menunggu, ibu pun tertidur di meja setelah menutup hidangan dengan tudung saji.

Tiba-tiba, ibu dikejutkan dengan bunyi dering telefon. Cepat-cepat ibu bangkit dari tidurnya untuk menjawab panggilan tersebut kerana itu mungkin panggilan dari anak kesayangannya, Nisa.

"Assalamualaikum," kedengaran suara garau ayah.
"Waalaikumsalam abang," jawab ibu perlahan.
"Ayang ke mana dari tadi abang telefon tak diangkat?" tanya ayah.
"Maaf abang, ayang tertidur tadi." jawab ibu yang baru menyedari bahawa dia telah tertidur selama dua jam memandangkan sudah pukul  12 tengah malam.
"Alhamdulillah, lega sikit hati abang. Kalau tidak, mahunya abang balik tinggalkan kerja semata-mata nak pastikan isteri abang dalam keadaan sejahtera."
"Abang tak payah risau, fokus pada kerja abang. Doa untuk ayang, insyaAllah segalanya terkawal," ibu cuba untuk meyakinkan ayah.
"Baguslah kalau macam tu, abang nak tidur dulu ni. InsyaAllah, lusa abang dah boleh balik lepas siapkan kerja di sini. Ayang jaga diri elok-elok. Solat jangan lupa. Ha, lagi satu. Perhatikan Nisa sementara tunggu abang balik ye. Terima kasih, sayang. Jangan lupa baca doa sebelum tidur ye, mimpi indah," pesan ayah panjang lebar.
"InsyaAllah abang, ayang ingat semua pesan abang. Abang pun sama ye. Jaga diri. Maafkan ayang jika ada salah silap tutur kata malam ni. Assalamualaikum abang."
"Ayang tak buat salah ape pun. Waalaikumsalam sayang."

Ibu benar-benar rasa bersalah kerana tidak memberitahu ayah perkara sebenar tentang apa yang telah terjadi. Ibu masih tertanya-tanya ke mana perginya Nisa yang masih belum pulang dari petang tadi. Jika perkara ini diketahui ayah, sudah pasti Nisa akan dimarahi oleh ayahnya.

...Cinta Manusia...
Nisa balik dengan esakan pada malam itu. Namun, tika ibu bertanya dia membiarkan sahaja ibunya berfikir sendirian. Dia terus masuk ke biliknya dan tidak menghiraukan ibunya yang telah lama menunggu.

to be continued...


Wednesday, June 12, 2013

Kenapa Aku Perlu Lalui Semua Ini?

Kenapa aku?
Kenapa mesti aku?
Kenapa perlu aku?

Mengapa aku perlu dengar semua itu?
Mengapa aku perlu tahu semuanya?
Mengapa aku perlu hadapi semua ini?

Hati, kenapa perlu jujur?
Hati, kenapa perlu akur?
Hati, kenapa dengan kau?

Minda, kenapa tak halang?
Minda, kenapa tak tegah?
Minda, kenapa biar aku menyerah?

Akal, ke mana perginya kau?
Akal, ke mana halanya kau?
Akal, ke mana ingin kau bawa aku?

Hati, Minda, Akal, aku berserah pada ketentuanNya semula.
Akanku melangkah bagai tiada apa-apa, redha menjalaninya.

Wednesday, March 6, 2013

Hantaran Dari Jauh


Salam semuanya. 

Hari ini Anis rasa teruja sebab dapat hadiah yang ditunggu sejak minggu lalu.

Finally, tengahari tadi dapat mesej dari makcik,
"Barang pos awak dah sampai."
*kitorang memang mesej lagu tu...sesaje...walaupun sarawakian...hee kita 1Malaysia ma. =)

All of sudden hati rasa girang. Pelik. Haha.
Excited nak tahu apa la agaknya kan hadiah orang jauh bagi. *ngade*

Waktu makcik balik tadi tengok bungkusan, buat tak tahu je dulu. Hehe.
*wat busy sidai baju bagai... dah rileks baru bukak... men skodeng je dulu..lucu.
Pastu tengok ada kotak kecik. Dupdapdupdap... 
*saje bagi efek...haha..rantai la kat dalam...bukan cincin...

Masa untuk jamu mata anda.
Tengok je la gambar.


Terima kasih PosLaju Malaysia. Hehe.

catatan:
Terharu bila baca surat tu.
Better late than never.
&
Sesuatu yang diberi dengan keikhlasan pasti akan diterima dengan keikhlasan.


Sunday, February 24, 2013

Ubah Fengshui?

Salam sokmo!
Anis here. *bajet macam orang tunggula dye nye update kan kan kan...

Lama dah rasanya tak update blog. *lame ke?entahla...bukak sem baru dengan amanah baru ni agak menyukarkan Anis untuk update blog sekarang ni. Yelah tu...main game yang lebih sebenarnya.
Ok back to the topic.

Semalam Anis datang kerajinan dan kebosanan dalam masa yang sama melihatkan bilik yang sudah mula menyakitkan pancainderaku. *chewah...ayat macam bombastik.

Silalah tengok gambar sebelum dan selepas. (^_^)v
Bukan nak menunjuk. Hehe.
Nak cerita la... jika rasa dah bosan ngan susunan bilik, ubahlah! Takyah tunggu lama.
Bila suka bilik, semangat la nak buat kerja.

seleraknye bilik anak dara
ish3x...
tengok bilik camni
mata mana nak tahan
(__ __ !!)
see....
kan da comel!
haha...ngade tol kan.
ermmm yang fail tu masih jugak kat dalam tu.
*misi mencari almari fail masih K.I.V. sem depan la kot

Selesai perkongsian kemas bilik. Anis memang suka ubah2 susun atur bilik. Nak ubah fengshui la kononnya.
Sebenarnya untuk keselesaan diri sendiri dan bagi sedap mata sendiri tengok. 
Ada benda nak beli tapi memandangkan tak layak dapat BR1M terpaksa tahan dulu niat. Hehe. *ngade*
Target next sem: Meja study. *makin penuh bilik.hehe.*
Target yang dah dicapai: Tempat gantung tuala dan sejadah serta telekung. (RM35 sahaja) *tak tahu mahal ke tak. Hehe. Asalkan ada.

Alhamdulillah pada 15 Februari yang lalu, Anis dah jangkau usia 22 tahun. *what a big number.haha 
Jamulah gambar kat bawah ye.

dah tua pun dapat hadiah wo...hehe
tengah menunggu hadiah pos dari seseorang yang jauh
*kawan sahaja*
(^_^)v
apalah agaknya hadiahnye kan kan kan...

Kek tu piping sendiri. Hadiah untuk diri sendiri.
Elmo dari seorang sahabat sekelas.
Thanks Nur Afiqah Fatin bt Saipullah.
Moga Allah berkati dan rahmati dirimu.
I Love You.
Sekian...hehe.

plus: Beli hadiah birthday untuk diri sendiri... New baby. *Acer Aspire|V5 Touch. Lovin' it.

















Saturday, February 2, 2013

Should I say...

Dear you, PLEASE STAY.
Dear you, PLEASE GO AWAY.

Dear you,
I keep thinking, am I really loves you all these while?
Or, I'm just keeping you so that I'm not alone?
Or, I'm just being sympathy?

Dear you,
I don't know what to say anymore. I'm really sorry if all these while I'm stressing you with my attitude towards you. I'm trying hard to make you believe that I really loves you. But, the harder I try, the harder you are trying to believe me. I know, I'm not the best as you wish even though you say so.

Dear you,
Thank you for still believing me and be there for me. Even I've might have annoyed you with my bad attitude.
Thank you so much because still loving me. I can feel the love is still the same as the first time we know each other last year.

Dear you,
If Allah let us to be husband and wife, I will surely loves you and try not to make you hurt anymore.
I'm really sorry if lately I've neglected you. It is just because I am busy. I am so sorry and really sorry.
Take care always and never forget to be a good Muslim. Hope you'll lead me to Jannah. Amin.

Sincerely,
MeTheOneYouLove.

To,
YouTheOneILove

Friday, January 11, 2013

Dalam Kita Tetap Ada DIA

Saya SAYANG Awak
Awak SAYANG Saya

Saya CINTA Awak
Awak CINTA Saya

Saya RINDU Awak

Awak RINDU Saya

Walau kita saling sayang, cinta dan rindu 
ALLAH tetap PENENTU

Awak,
Andai ini takdir kita, saya harap awak mampu jalaninya.

Awak,
Andai ini jalan kita, saya harap awak mampu tempuhinya.

Awak,
Andai ini dugaan kita, saya harap awak mampu hadapinya.

Sebab,
Kalau awak lemah, siapa yang akan bimbing saya nanti?
Kalau awak longlai, siapa yang akan sambut saya nanti?
Kalau awak layu, siapa yang akan papah saya nanti?

Awak,
Maafkan saya, sebab sayalah awak sering diganggu.
Maafkan saya, sebab sayalah awak sering dilanda kekusutan.
Maafkan saya, sebab sayalah awak sering dilanda resah dan gelisah.
Maafkan saya.

Awak,
Saya harap awak kuat.
Saya harap awak tabah.
Saya harap awak yakin.

Kuatlah di kala dia cuba untuk menggoyahkan rasa.
Tabahlah di kala dia cuba untuk memisahkan kita.
Yakinlah di kala dia cuba untuk meracuni minda.

Ini kerana,
DIA ada bersama kita selagi mana kita mengingatiNya.
DIA ada bersama kita selagi mana kita tidak melupakanNya.

Awak,
Percayalah, hari itu pasti akan tiba.
Percayalah, kata itu akan dilafazkan.
Percayalah, ia pasti akan tiba.

Lambat atau cepat, DIA penentu.
Akan tetapi semuanya atas usaha KITA.
Tak perlu gopoh tak perlu berlumba-lumba.
Persiapkan diri kita untuk hari itu nanti.

Hati kita akan selalu terikat, andai ikatan itu disertai DIA.
Hati kita akan selalu setia, andai kesetiaan itu disertai REDHA.
Hati kita akan selalu bersama, andai kebersamaan itu disertai BERKAH.

Awak,
Dalam kita berharap akan bahagia, saya harap kita tidak terlalu leka.
Saya bukan hendak mendoa, jauh sekali ingin meminta perpisahan.
Andai ditakdirkan tiada jodoh kita, saya harap awak takkan bermuram durja.
Jalanilah hidup seperti sediakalanya kerana saya bukan DIA yang tanpanya saya awak masih hambaNya.
Namun, tanpa ada DIA tiada maknanya penyatuan kita.

DIA cipta kita, bukan kita mencipta.
DIA temukan kita, bukan kita mempertemukan.

DIA berkuasa atas awak.
DIA berkuasa atas saya.
DIA miliki awak.
DIA miliki saya.

Saya bukan milik awak dan jauh sekali awak milik saya. Segalanya pinjaman dunia dari DIA.

Awak,
bersama atau tidak kita nanti, saya nak awak tahu yang rasa ini tak pernah saya rasai sebelum ini.
Awak,
memiliki atau tidak kita nanti, saya nak awak tahu yang rasa ini tak pernah menipu.
Awak,
saya nak kita bersedia dengan apa jua kemungkinan kerana bukan pada kita letaknya kekuasaan.

Awak, saya pergi dulu.
Awak tahu siapa awak.
Awak juga tahu siapa saya.
Awak tahu siapa DIA.
Yang akhir itu buat saya cinta.

Teruskanlah memberi peringatan kepada saya kerana itu yang saya butu.
Semoga dipertemukan jua nanti. Amin.
Jaga diri, jaga iman, jaga segalanya.

With love, Anis.
Dikala sukar melelapkan mata.


Tuesday, January 8, 2013

Senyum Penawar Duka


Betul kata peribahasa, suka membawa duka.
Tiba" hati rasa sayu.

All of sudden,
abang jadi caring, mak pulak semacam ada sixth sense lately.

Oh Allah, help me.
Bukan niat untuk mengadu di blog usang ini. Namun, sekadar ingin berkongsi supaya yang lainnya akan lebih berhati-hati.

Anis percaya Allah takkan bebankan apa yang Anis tak mampu tanggung. Bukan Anis kata, AlQuran dah lama bagitau.

"Masa lalu ni, makin kita lari makin dia hampiri."
Tak kiralah masa lalu tu kelam, suram, indah, damai, ceria, gembira, duka, dan sebagainya.
Apa yang membuatkan masa lalu ini semakin menghampiri?
Bila kita nak berubah jadi yang lebih baik dan ingin mendapat yang lebih baik dari apa yang pernah kita ada.

Maaf, niat untuk meluah terhalang.
Biarku pendam sebuah duka.

(^_^)

Moga Allah permudahkan segalanya untukku dan juga buat kamu.
Amin.

Sunday, December 30, 2012

Pernahkah Terfikir... (Part 1)

Pernahkah terfikir jika suatu hari nanti mata yang boleh melihat ini menjadi buta?

Cuba anda tutup mata anda seketika. Gelap bukan? Pasti ada yang mahu cepat-cepat buka mata kan. Rasa teraba-raba walau dipimpin oleh seseorang. Rasa kurang yakin untuk melangkah walau ada suara yang menunjuk arah. Hidup kita bertuah bila mampu melihat keindahan alam ciptaan Allah. Syukur, syukur dan syukurlah.

Ikuti kisah ini.
Pagi itu, dia bangun seperti biasanya. Menunaikan solat subuh, kemudian bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Sebelum melangkah keluar rumah, dia mencari sesuatu. Apabila yakin pintu dan tingkap sudah dikunci, dia pun mengorak langkah menuju ke tempat kerja yang tidak jauh dari rumah.
Suasana pagi itu, amat bising dengan bunyi kenderaan di sekeliling. Itu sudah menjadi perkara biasa baginya kerana menyedari bahawa terdapat beberapa buah sekolah yang berdekatan dengan rumahnya.
Di pertengahan jalan, dia disapa oleh seseorang.
“Hati-hati pak cik.” Suara itu menghilang.
Dia hanya mampu mengucapkan terima kasih di dalam hatinya. Terdetik di hatinya, suara itu kepunyaan siapa. Namun, sudah pasti soalan itu tidak terjawab. Dia meneruskan perjalanan berbantukan tongkat di tangan sambil mengira-ngira langkahnya dengan hati-hati.
Seperti kebiasaannya, dia akan singgah di kedai untuk minum pagi sebelum memulakan kerja sebagai tukang urut. Itulah pekerjaan yang mampu dilakukan untuk mencari sesuap nasi.
Pada sebelah petang, sekali lagi dia terpaksa menghadapi laluan yang sibuk dengan kenderaan. Petang ini amat berbeza. Dia tersalah kiraan sehingga menyebabkan dia mundar-mandir dalam kesesakan lalu lintas. Mujurlah, ada seseorang yang datang membantunya.
“Pak cik nak ke mana ni?”
Suara itu lagi. Siapakah dia?
“Pak cik nak balik ke rumah pak cik. Tapi disebabkan jalan raya terlalu sesak, pak cik tersalah kiraan.” Sebak menjelaskan.
“Biar saya tolong pak cik ye.”
“Terima kasih.”
Setelah beberapa kali menjawab pertanyaan budak perempuan itu, akhirnya dia selamat sampai ke lorong rumahnya.
“Terima kasih ye, anak.”
“Sama-sama pak cik. Perkara kecil je. Lain kali, hati-hati ye pak cik. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Terima kasih Ya Allah kerana hulurkan bantuanMu melalui insan sepertinya.

Bagaimana jika dia di dalam itu adalah kita? Dibantu, tapi tak pernah mampu melihat siapa orang yang membantu.
Yang BUTA tak semestinya TAK NAMPAK
Yang CELIK tak semestinya MELIHAT

Renung-renungkan.

Thursday, December 6, 2012

Tutorial Letak Lagu Kat Blog

Salam 1M... HeHeHe
Cam pelikkan Anis tetibe je wat tutorial.
Sesaje...tengah tolong orang...post la sekali kat sini.
Biar gambar berbicara.
Harap" masa upload tak berubah kedudukan.









Thursday, November 29, 2012

Doomsday Preppers?

Salam readers, hope that you (the one who read for sure) are having a GOOOOD TIME =)

Tajuk cam WEIRDO kan kan kan? * ke dah ada yang tahu?
First and for most, I bet yang selalu tengok channel NatGEO a.k.a NGEO bukan NGO tahu pasal ni.
Beberapa jam yang lalu Anis tengok. It sounds interesting.
*lil bit weird but something that can make me think about preparing myself too.

Ok, orang kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA kan?
Bukan orang je kata. Allah pun ada.

Dalam Surah al Hujrat ayat 13,

"Wahai manusia, sesungguhnya kami telah ciptakan kalian dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-puak agar kalian saling berkenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."
[nak tahu lebih lanjut, klik]

Berbalik pada kisah asal. Tajuk POST hari ini malam ini.
What exactly is Doomsday Preppers ni?
Pelik semacam jep bunyinyer...
Jap Anis try translate untuk  korang k. Hihi.
Jawapan GTrans ialah...
Guess what? kiamat preppers (makin pelik bunyinya a.k.a sound terrible)
Ok mode serious ON. (^_^)

Doomsday Preppers explores the lives of otherwise ordinary Americans who are preparing for the end of the world as we know it. read more

Saje nak bagi readers tekan" read more tu...

the more you READ, the more you GAIN.
*takde kena mengena dengan Ads ok. Anis punye blog takde Ads nie...
sesaje nak iSHAREiCARE plus, tak reti nak letak" Ads bagai yang menyemak. hehe

Actually, the show made me realised how much that I prepare for that day? END of THE WORLD.
Hari Kiamat. Terasa diri amat kerdil. Bukanlah nak kata Anis nak prepare macam diorang buat tu.
Lupe nak RATE entry kali ini. Ia lebih kepada Muslim Awareness. *betul ke istilah nie. Tak kisah la sape bace pun kan. This is because iLIKEiSHAREiCARE =)

Semua orang tahu hari itu pasti tiba. Namun, kita tidak tahu bilakah akan terjadi. I wish I could have their spirit on keeping useful stuffs of theirs but modifying it in keeping a well good deeds for that day which is going to be presented in front of Allah.
[erm,,,mesti korang annoyed kan Anis rojakkan mat saleh ngan muhammad soleh punya bahasa. I'm sorry]

Diorang punya preparation memang tip top.
Check list bagai... 
Alangkah bagusnya kalau Anis ada preaparation macam tu kan kan kan...

For example:
Solat hari ini full ke tak? ( Ya / Tak )

Hari ini ada marah? ( Ya / Tak )

Simple question like that. Sometimes we missed that simple basic things just because we are rushing for something bigger and complex. 

All of sudden, idea pun terhenti di sini tika adik Anis yang bongsu dan comel mengetuk pintu memanggil-manggil untuk mengambil selimut. Ok done.

Hope dapat manfaat. 
Syukran sebab sudi baca.
Sama" lah kita berfikir.

They are preparing on their own and family.
Are we Muslim prepared ourself?

ps: 
hari semakin dekat... persediaan belum dibuat... namun alhamdulillah kerana Allah telah bagi Anis lulus jpj test hari ini... =) kegembiraan yang Allah bagi untuk Anis hargai semasa hidup ini dengan menambahkan lagi ibadah kepadaNya. tak bermakna takda ganjaran tak nak buat k. USAHA perlu. Jumpa len masa untuk sambung cerita tentang JPJ TEST (^_^)

Monday, November 26, 2012

Muda, Sebaya, Tua

Salam readers. Terima kasih sudi bertandang.
Suddenly, rasa nak update blog memandangkan driving lesson on 3 pm.
mana nak mula nie...tajuk punyelah simple...yeke?pi bekpes dulu baru sambung tulis.saving.
 *semalam taip. sambung balik draft... starts at 22:10*

Okey. Tengok tajuk mungkin korang dah dapat agak kan...
Erm... Anis nak bicara tentang... JODOH.
Waduh..koq bisa? Hee...

Seorang insan pernah tanya Anis...lebih kurang plus minus macam ni la soalannya:
"Bagaimana kalau suatu hari nanti, awak ditakdirkan berkahwin di mana pasangan awak jauh lebih tua?"

Anis jawab,,,
"Saya tak kisah kalau itu dah jodoh saya. Saya terima dia jika dia boleh terima saya apa adanya."
*korang mesti akan kata ini jawapan cliche kan? tapi, do i care? hehe ;P kidding

To be honest la,
Anis tak fikir pun pasal umur dalam memilih pasangan.
Nak tahu kenapa?
Anis pernah berpasangan dengan pelbagai peringkat usia.
*ayat macam hebat sangat...ni zaman jahiliyyah Anis dulu k.

MUDA pernah tapi UNOFFICIAL... kata sayang tapi ada orang lain... ape de hal...
SEBAYA pernah tapi A WEEK... kata sayang but keep me as 2nd choice... bodoh la time tu...
TUA pernah tapi MALAS NAK INGAT... mostly kuat cemburu...

But, Anis takkan salahkan diorang la pasal kisah lalu nie.... HITAM KELAM SURAM... biar diPENDAM tapi JANGAN SIMPAN DENDAM.

Manusia memang akan buat silap, but please... jangan repeat kesilapan yang sama.
*just a friendly reminder for me and you (the one who read this)*

CINTA ni ajar Anis about LIFE, LOVE, LIES and etc. Banyaklah.
*panjang sangat dah nie terpesong. U-Turn jap...

After all I've been through... finally I decide to only loves someone that really loves me.
Susah nak pertahankan prinsip ni tau. Lepas semua yang berlaku, Anis ingat Anis takkan fall in love lagi.
But I jatuh lagi la. Kali ni lain, LDR. Long distance relationship. Alhamdulillah, with all upside down, akan jumpa dia for the first time this December. Some people find it funny, when they know that we get together from Kolony. 
* apa itu kolony? pi tanya Mr. Google k. Anis tak nak citer panjang.

Berbalik pada tajuk lah...
Anis tak kisah sangat" pasal siapa jodoh Anis.
Anis pentingkan ciri" dia yang utama iaitu HE KNOW HOW TO TREAT ME WELL.
Means, HIS CARE. But, all in all AGAMA itu perlu jugak. Maklumlah nak adjust bakal wife yang tak bape baik nie kena ada ILMU AGAMA yang MANTOP.

Anis pernah tengok kehidupan MARRIED couples with different age stages.
But, Anis takkan citer lebih" la life diorang. P&C lah katakan. =)
Jangan risau okey. Anis akan conclude kan everything at the end.

Pasangan Lebih MUDA

Wanita Lebih Muda dari Lelaki:
    
Ini perkara biasa lah kan. Masyarakat tak kisah pun pasal ni. Ni always happened la. Takde rare sangat.
E.g: My own brother. Now dah ada dua orang anak perempuan yang comel macam Mak ANJANG. hihi
*ANJANG: Anis anak kedua dari enam. At Sarawak usually panggil anjang.

Ni yang rare lah kot,
Lelaki Lebih Muda dari Wanita:
  
Bagi Anis tak pelik mana pun. Biasa sahaja. Because Anis dilahirkan oleh married couple kategori ini.
Alhamdulillah, Anis bahagia je jadi anak kepada Puan Ja'yah binti Jair dan Allahyarham Saad bin Abdullah @ Lim Than Tee. Sweet loving couple.

Pasangan yang SEBAYA

Ermm... siapa ek dalam family Anis, *thinking.hehe*
Kalau tak silap Anis lah kan, pak cik Anis. Both cikgu and cikgi. Cikgi di SMK, cikgu di SK.

Pasangan yang TUA a.k.a BERUSIA

Lebih kurang lah dengan yang kat atas" tadi, kategori yang pertama tu. Terbalikkan aje. =)
Nak contoh jugak ke?
   
Lelaki Lebih Tua dari Wanita,
    
Ini biasa. E.g: Sweet loving married couple yang terpilih ialah... parents kawan Anis yang ayah dye jauh
lebih berusia daripada mak nye. But still yet happily ever after. Ni lah cinta orang dulu". *oops! takleh
conclude dulu. Belum habis lagi.

Yang ni rare but tetap ada.
Wanita Lebih Tua dari Lelaki,
    
Tak perlu pening pale fikir lah kawan"... Saidatina Khadijah dan Nabi Muhammad S.A.W kan ada.
Baca lah sirah tentangnya, betapa baginda amat mencintai isterinya.

Konklusi dah ke?
Pelikkan Anis ni,,, tetibe je ade part konklusi. Mana perginya pengenalan?
Aaah... pedulilah. hehe. Anis memang macam nie. Ikut suke dye je nak taip.

Pasal pasangan dalam hidup ni kan, tak payahla risau. One fine day, you will find one. =)
*suke ayat one fine day tu sebab dulu baca novel, sweet giler malangnya tak ingat dah novel mana.hehe

Jadi diri sendiri, jangan ubah diri semata-mata nak puaskan hati orang yang kita cintai k.

Sabar penting, jangan cepat melatah. Anis pun cepat melatah jugak. But, alhamdulillah. Sabar tu ada walaupun terkadang memakan diri sendiri. Tak kisah sangat, the result is 4 flat. hehe. kidding.

Perlu ada kepercayaan. Itulah orang selalu katakan. =) I trust you, you trust me. Bawak berbincang bila ada yang tak puas hati k.

Umur bukan kritertia utama untuk capai kebahagiaan dalam sesuatu perkahwinan. Meskipun banyak drama yang kita lihat di sekeliling kita, tak semestinya kita akan end up like the drama k. Hidup kita, pilihan kita. Lepas usaha kita doa, kemudian tawakkal pada Allah. MUDAH bukan?

Last but not least,
Kita selalu fikir pasal siapa JODOH kita sama ada MUDA|SEBAYA|TUA
Apa kata kita fikir bila MATI kita. Adakah MUDA|SEBAYA|TUA

Renung-renungkan.
Ini semua hanyalah pendapat Anis tentang jodoh.
If nak tahu dengan mendalam, GRAB A BOOK and READ.
(^_^)v

ps:
Anis akan test jpj Khamis nanti. Mohon doakan ya. =) Terima kasih, syukran, xie xie.
Kemudian... we can think about our December.








 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template