Friday, April 13, 2012

Mahalnya Sakit

Salam semua, moga ceria hendaknya.
Moga hari ini datangkan 1001 pengalaman manis buat kita.
InsyaAllah...

Alhamdulillah, hari ini Allah pilih saya untuk tengok program Tanyalah Ustazah di TV9.
Sebelum ini hati tidak tertarik, tadi hati kata: "Menarik juga tajuknya."

Mahalnya Sakit.

Walaupun menonton agak lewat sedikit, terdapat beberapa input yang saya peroleh.

1. Sakit itu hadiah dari Allah, kerana sepanjang masa kita sakit itu diampunkan dosa.
2. Jangan hanya tahu mensyukuri nikmat Allah tapi tidak tahu bersabar apabila diberi sakit.
3. Syukur perlu disertakan dengan sabar
4. Ayat Allah itu penawar jangan bergantung pada bomoh atau pawang yang tidak guna ayat-ayat Al-Quran.

Bukan itu sahaja turut diceritakan bagaimana kisah Nabi Ayub yang sakit selama 17tahun tidak memohon doa untuk disembuhkan tetapi memohon diberikan kesabaran sepanjang sakitnya. 
Jika dibandingkan dengan saya, sakit sikit dah nangis...mempersoalkan kenapa saya sakit, tapi saya sedar mungkin sebab dosa masa lalu, akhirnya saya terima sahaja kesakitan yang diberikan jika itu boleh mengampunkan sedikit dosa lalu. 
Terima kasih Ya Allah kerana masih menyayangi hambaMu yang hina ini.

*Setakat ni sahaja saya mampu kongsi, ingatan saya kurang baik...tak lama pastu saya tertidur...huhu...
ni je dapat saya kongsi...moga bermanfaat...

Ingat!
"Yang bagi sakit itu Allah, Yang sembuhkan juga Allah."

Dapat nikmat kita SYUKUR,
Dapat sakit kita SABAR.

Sekian, mekasih sudi baca.
Moga bermanfaat.
Salah silap, maafkan saya.

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template